Anda di halaman 1dari 1

Ini antara soalan yang ditanya oleh salah seorang bekas peserta seminarku di Grup Rahsia Alumni Seminar

Hartanah AE semalam. Walaupun beliau telah diajar sebelumnya akan langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa sesi seminar aku sebelumnya, namun aku faham akan perasaan gabra yang melanda beliau ketika ilmu itu dipraktikkan dan di bawah ini aku ceritakan serba ringkas langkah awal dan mudah untuk para pembaca mengikutinya kelak : 1. Setelah selesai tinjauan tapak (site viewing) dilakukan dan anda berpuas hati dengan kondisinya, maka cuba berunding dengan tuan punya kediaman untuk menerima seminimum mungkin duit deposit/booking. 2. Jika tuan punya kediaman bersetuju, bayar dan dapatkan dokumen-dokumen seperti kad pengenalan beliau dan Perjanjian Jual Beli lama (S&P) untuk urusan penyediaan S&P baru. 3. Dokumen-dokumen tersebut beserta perakuan penerimaan booking kemudiannya diserahkan kepada peguam yang bakal menguruskan S&P anda dan pada masa yang sama bergegaslah ke beberapa buah bank untuk mendapatkan maklumat berkaitan pakej-pakej pinjaman. 4. Setelah kesemua dokumen permohonan pinjaman disediakan (dokumendokumen tersebut ada diceritakan di dalam ebook terbaru aku), pohonlah ke beberapa buah bank dan nantikan keputusan gembira dari mereka. 5. Sebaik sahaja pinjaman anda diluluskan, maka bersegeralah membayar baki downpayment yang telah anda dan tuan punya kediaman persetujui.

Anda mungkin juga menyukai