Anda di halaman 1dari 6

LAMPIRAN 8.

2
PERMAINAN SAMPUL AJAIB

NOTA:

Permainan ini berkonsepkan surat berantai yang bertujuan menerangkan satu senario
ke senario yang lain. Guru boleh memilih beberapa dua Doktor Muda untuk membantu
menyediakan bahan permainan. Guru boleh membuat salinan Lampiran 8.2 dan meminta
Doktor Muda memotong dan memasukkan nota senario ke dalam sampul surat seperti
yang disarankan. Berikut disediakan dua situasi sebagai pilihan bagi permainan ini.

SITUASI 1

Sampul pertama (warna hijau)

Hari ini adalah hari sukan sekolah Farah. Farah terpilih untuk mewakili rumah sukannya iaitu
rumah kuning dalam acara lumba lari. Farah berasa sangat bersemangat dan bertenaga
pada pagi itu. Dia bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam acara tersebut. Bagi
mendapat tempat pertama, adakah Farah akan bersarapan pada pagi tersebut?

• Bersarapan : buka sampul berwarna biru


• Tidak bersarapan : buka sampul berwarna merah

BERSARAPAN PAGI

Sampul berwarna biru

Farah merasakan dia perlu untuk mengambil sarapan pada pagi itu. Sarapan penting
untuk memberikannya tenaga semasa berlari nanti. Pada pagi itu, ibunya menyediakan
bijirin sarapan dan segelas susu untuknya. Tetapi Farah tidak menyukai sarapan
tersebut. Apakah yang akan dilakukan oleh Farah? Adakah Farah bersarapan di
Rumah, atau
Luar / Kantin Sekolah?

• Rumah : buka sampul warna putih


• Luar / Kantin Sekolah : buka sampul warna kuning

Sampul putih (bersarapan di rumah)

Farah teringat akan kata gurunya tentang pentingnya mengambil sarapan pagi yang berkhasiat.
Jadi, dia terus ke meja makan untuk bersarapan pagi. “Mmmm…lazat betul makanan ini, ibu”
kata Farah dengan nada riang. Ibunya tersenyum melihat Farah yang nampak bersemangat
dan bertenaga. Setelah selesai, Farah bersalaman dengan ibunya dan terus ke sekolah…
Apakah yang terjadi seterusnya?Adakah Farah lebih bertenaga selepas bersarapan pagi?.......
LAMPIRAN 8.2
Buka sampul warna putih A.
• Sampul putih A

Makanan yang disediakan oleh ibu Farah adalah sangat berkhasiat dan memberi tenaga kepada
Farah semasa berlari. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan stamina dan membolehkan Farah
kelihatan lebih bersemangat dan bertenaga. Farah juga dapat berlari dengan pantas dan tidak
mudah berasa penat. Jadi, Farah berpeluang mendapat tempat pertama dalam acara itu nanti..

SEMOGA BERJAYA, FARAH……


Buka sampul warna putih B untuk melihat sama ada Farah berjaya / tidak.

• Sampul putih B

Farah berasa sangat gembira apabila diumumkan dia mendapat tempat pertama dalam
acara lumba lari. Kawan-kawan Farah bersorak keriangan. Ibubapa Farah juga turut merasa
gembira dan bangga dengan kejayaan anaknya.

TAHNIAH...FARAH...
Utamakan Sarapan Pagi...Amalkan Makan Secara Sihat

Sampul kuning (bersarapan di luar / kantin sekolah)

Farah teringat akan kata gurunya tentang pentingnya mengambil sarapan pagi yang
berkhasiat. Tetapi ibunya hanya menyediakan bijirin sarapan dan susu sahaja. Farah
merasakan makanan itu tidak cukup untuk memberikannya tenaga. Jadi, dia mengambil
keputusan untuk membeli sarapan di luar atau di kantin sekolah. Selepas bersalaman
dengan ibunya, Farah terus ke sekolah. Tibanya di sekolah, Farah terus membeli sosej dan
nuget ayam untuk sarapannya. Baginya makanan itu dapat memberi tenaga padanya dan
berkhasiat. Apakah yang terjadi seterusnya? Dapatkah Farah meningkatkan staminanya?

Buka sampul warna kuning A.


• Sampul kuning A

Makanan seperti sosej dan nuget ayam adalah makanan yang berlemak dan berminyak.
Jadi, ia tidak sesuai diambil dalam kuantiti yang banyak. Makanan seperti ini memang
sedap tetapi kurang berkhasiat. Semasa berlari, Farah cepat berasa letih dan lariannya
juga tidak laju. Akibatnya, Farah ketinggalan di belakang. Peserta-peserta lain sudah maju
ke hadapan. Hanya tinggal beberapa meter sahaja lagi untuk ke garisan penamat...

Adakah Farah dapat mengejar kawan-kawannya dan mendapat tempat pertama?


Atau Farah ketinggalan di belakang?....

Buka sampul warna kuning B untuk melihat sama ada Farah berjaya / tidak.
•Sampul kuning B

Farah berasa sangat sedih dan kecewa apabila diumumkan dia mendapat tempat ketujuh dalam
acara tersebut. Ibubapa Farah juga turut merasa hampa dengan anaknya. Namun, ibubapanya
tetap memberi kata-kata dorongan kepada Farah supaya mempertingkatkan lagi usahanya
dan sentiasa menjaga kesihatannya terutamanya pemakanan hariannya. Cuba lagiii....Farah...

Utamakan Sarapan Pagi...Amalkan Makan Secara Sihat
LAMPIRAN 8.2
TIDAK BERSARAPAN PAGI

• Sampul berwarna merah

Farah merasakan dia tidak perlu untuk mengambil sarapan pada pagi itu.
Sarapan pagi membuatkannya tidak kuat lari dan menyebabkannya sakit perut.
Jadi, Farah hanya mengambil segelas susu sahaja pagi itu. Setelah bersalaman
dengan ibunya, Farah terus ke sekolah dengan keadaan tergesa-gesa.

Adakah tindakan Farah itu betul? Apakah yang akan terjadi pada Farah semasa acara
tersebut?

Buka sampul merah jambu A

• Sampul merah jambu A

Tepat pukul 8.30 pagi, acara pun bermula. Farah berasa sangat bersemangat pada pagi itu. Dia
yakin akan memenangi acara tersebut. Farah hanya dapat bertahan beberapa minit sahaja.
Selepas itu, dia mula berasa penat dan tidak larat untuk meneruskan larian. Tambahan pula,
perutnya sudah mula berasa lapar. Jadi, Farah telah ketinggalan jauh ke belakang. Peserta-
peserta lain telah memintasnya. Farah cuba sedaya upaya untuk meneruskan lariannya...

Adakah Farah dapat memintas peserta-peserta lain di saat-saat akhir ?

Buka sampul merah jambu B.


• Sampul merah jambu B

Farah berasa sangat sedih dan kecewa apabila diumumkan dia mendapat tempat terakhir dalam
acara tersebut. Ibubapa Farah juga turut merasa hampa dengan anaknya. Namun, ibubapanya
tetap memberi kata-kata dorongan kepada Farah supaya mempertingkatkan lagi usahanya
dan sentiasa menjaga kesihatannya terutamanya pemakanan hariannya. Cuba lagiii....Farah...

Utamakan Sarapan Pagi...Amalkan Makan Secara Sihat

SITUASI 2

Sampul pertama (warna hijau pekat)

Pada hari ini, Izham perlu menghadiri peperiksaan akhir tahun. Peperiksaan akan bermula
pada pukul 8.30 pagi. Malangnya, pada hari ini Izham terlewat bangun. Dia bergegas
bangun dan bersiap untuk ke sekolah. Adakah Izham akan bersarapan pada pagi itu?

• Bersarapan : buka sampul berwarna biru


• Tidak bersarapan : buka sampul berwarna merah
LAMPIRAN 8.2
BERSARAPAN PAGI

Sampul berwarna biru

Izham merasakan dia perlu mengambil sarapan pada pagi itu. Tetapi dia sudah terlewat.
Dia perlu segera ke sekolah. Adakah Izham bersarapan di:-
• Rumah, atau
• Luar / Kantin Sekolah?

• Rumah : buka sampul warna putih


• Luar / Kantin Sekolah : buka sampul warna kuning

Sampul putih (bersarapan di rumah)

Izham merasakan dia perlu mengambil sarapan pada pagi itu. Lantas, dia terus ke dapur
untuk bersarapan. Ibunya telah menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk Izham seperti
bijirin dan roti beserta dengan segelas susu. Ibunya berasa sangat gembira melihat Izham
bersarapan. Setelah selesai, Izham bersalaman dengan ibunya dan terus ke sekolah...8.30
pagi, peperiksaan pun bermula..Apakah yang terjadi seterusnya?....

Buka sampul warna putih A.


• Sampul putih A

Makanan yang disediakan oleh ibu Izham adalah sangat berkhasiat dan dapat memberi
tenaga kepada Izham untuk menjawab peperiksaan itu. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan
daya ingatan serta membolehkan Izham kelihatan segar dan tidak mengantuk. Jadi, Izham
dapat menjawab soalan-soalan itu dengan mudah...

SEMOGA BERJAYA..IZHAM
Buka sampul warna putih B sama ada Izham dapat menjawab soalan atau tidak.
• Sampul putih B

Izham dapat menjawab kesemua soalan dengan baik. Tiada ruang kosong yang ditinggalkan.
Izham berasa sangat gembira. Masa peperiksaan digunakan sepenuhnya dengan rasa
bertenaga dan tidak mengantuk sehingga masa peperiksaan tamat.Izham berharap
semoga dia memperoleh markah yang baik dalam peperiksaan nanti..Apabila keputusan
peperiksaan diumumkan, apakah yang terjadi?

Buka sampul warna putih C


• Sampul putih C

Izham berasa sangat gembira dengan keputusan yang diperolehinya. Izham juga telah
terpilih sebagai pelajar terbaik di sekolahnya..Ibu bapa Izham sangat bangga dan gembira
dengan anaknya.

TAHNIAH..IZHAM.
Utamakan Sarapan Pagi...Amalkan Makan Secara Sihat
LAMPIRAN 8.2
Sampul kuning (bersarapan di luar / kantin sekolah)

Izham merasakan dia perlu mengambil sarapan pada pagi itu. Tetapi dia terlewat pada
pagi itu. Jadi, dia terus ke sekolah selepas bersalaman dengan ibunya. Izham membeli
sarapan di gerai yang berdekatan dengan sekolahnya. Dia membeli sosej dan nuget
ayam untuk sarapan paginya. Dia merasakan makanan itu adalah berkhasiat untuk
sarapannya. Izham makan dengan berselera. 8.30 pagi, peperiksaan pun bermula..
Apakah yang terjadi seterusnya?....

Buka sampul warna kuning A


• Sampul kuning A

Sosej dan naget ayam adalah makanan yang berlemak dan berminyak. Jadi, ia
tidak sesuai diambil dalam kuantiti yang banyak. Makanan seperti ini memang
sedap tetapi kurang berkhasiat. Izham merasa mengantuk dan hilang daya
tumpuan semasa peperiksaan berjalan. Dia berasa amat gelisah kerana hanya
dapat menjawab beberapa soalan sahaja disebabkan rasa mengantuk...
Adakah Izham dapat mengatasi masalah ini?...

Buka sampul warna kuning B


• Sampul kuning B

Izham tidak dapat menjawab kesemua soalan dengan baik. Banyak ruang kosong yang
ditinggalkan.Izham berasa sangat gelisah. Dia hanya dapat menjawab beberapa soalan
sahaja. Masa peperiksaan tidak dapat digunakan sepenuhnya. Ini kerana dia berasa tidak
bertenaga dan sangat mengantuk sepanjang masa peperiksaan. Izham dapat merasakan
yang dia tidak dapat memperoleh markah yang baik dalam peperiksaan ini. Apabila
keputusan peperiksaan diumumkan, apakah yang terjadi?

Buka sampul warna kuning C


• Sampul kuning C

Izham berasa sangat sedih dan kecewa dengan keputusan yang diperolehinya. Ibu bapa
Izham juga berasa hampa dan sedih dengan keputusan anaknya. Namun, ibubapanya tetap
memberi kata-kata dorongan kepada Izham supaya mempertingkatkan lagi usahanya dan
selalu menjaga kesihatannya terutamanya pemakanan hariannya..Cuba Lagiiiii........Izham

Utamakan Sarapan Pagi...Amalkan Makan Secara Sihat

TIDAK BERSARAPAN PAGI

• Sampul berwarna merah

Izham merasakan dia sudah terlewat dan tidak sempat untuk bersarapan pagi. Jadi,
dia terus ke sekolah selepas bersalaman dengan ibunya. Izham juga berpendapat
dia perlu berada di sekolah dengan segera. Kalau tidak tentu dia akan terlepas
peperiksaan pagi itu. Oleh itu, Izham tidak mengambil sarapan pada pagi itu.

Adakah tindakan Izham itu betul? Apakah yang terjadi seterusnya?


LAMPIRAN 8.2

Buka sampul merah jambu A

• Sampul merah jambu A

Pukul 8.30 pagi, peperiksaan bermula. Izham hanya dapat bertahan selama beberapa minit
sahaja. Selepas itu, dia mula berasa mengantuk dan tidak bertenaga. Jadi, dia tidak dapat
menjawab kesemua soalan dengan baik. Banyak soalan yang ditinggalkan. Lagipun perutnya
sudah mula berasa lapar. Ini mengganggu tumpuan Izham semasa menjawab soalan. Izham
mula berasa cemas dan gelisah.Dia pun maghantar kertas tersebut kepada gurunya...

Buka sampul merah jambu B.

• Sampul merah jambu B

Izham berasa sangat sedih dan kecewa dengan keputusan yang diperolehinya.
Izham gagal dalam peperiksaan. Ibu bapa Izham juga berasa hampa dan sedih
dengan keputusan anaknya. Namun, ibubapanya tetap memberi kata-kata
dorongan kepada Izham supaya mempertingkatkan lagi usahanya dan selalu
menjaga kesihatannya terutamanya pemakanan hariannya..Cuba Lagiiiii........Izham

Utamakan Sarapan Pagi...Amalkan Makan Secara Sihat

Anda mungkin juga menyukai