Anda di halaman 1dari 3

SEK KEB BATANG MELAKA

77500 SELANDAR, MELAKA.

KERTAS KERJA

PROGRAM 3K

KELASKU CERIA

TARIKH : 05 – 09 MAC 2018


(isnin – jumaat)
ANJURAN : PPKI IBNU SINA
SK BATANG MELAKA
1. PENGENALAN

Kelas merupakan tempat dan “rumah” bagi murid di sekolah. Kelas yang menarik dan
kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu ke kelas bagi menuntut
ilmu. Suasana kelas yang kondusif akan memberi murid keselesaan untuk belajar di
samping merasa teruja untuk menerima lmu yang baharu.
Keceriaan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-murid dalam
kelas tersebut. Program keceriaan kelas adalah salah satu medium untuk guru dan
murid bersama-sama berganding bahu untuk mengolah dan menceriakan kelas
mereka untuk kepuasaan diri sendiri untuk keselesaan semasa belajar di dalam kelas.
Semoga Program Kelasku Ceria ini akan dapat mencapai objektifnya untuk
menceriakan kelas dan memberi murid suasana pembelajaran yang baru dan lebih
kondusif

2. NAMA PROGRAM : Program Kelasku Ceria (3K)

3. TEMPAT : PPKI Ibnu Sina SK Batang Melaka

4. OBJEKTIF & KEBAIKAN :

4.1 Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria serta bermaklumat.
4.2 Membina kreativiti murid dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas
bersih dan ceria.
4.3 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama,
hormat-menghormati, menghargai dan tolong-menolong.

5. PESERTA SASARAN

Semua guru, PPM dan murid PPKI Ibnu Sina

6. JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Puan Nor ‘Aine bt. Md. Sap (Guru Besar)


Pen. Pengerusi 1 : Puan Norashikin bt. Abu Hassan (GPK P.Khas)

Pen. Pengerusi 2 : Tuan Hj. Abu Talib b. Karim (GPK Pentadbiran)

Pen. Pengerusi 3 : Encik Mohd Sanizam b. Mohd Zin (GPK HEM)


Pen. Pengerusi 4 : Puan Rohana bt. Abdullah (GPK Koku)
AJK : Puan Nor Shahidah bt. Abdul Latif
Puan Hjh. Rafidah bt. Yaakop
Encik Muhammad Hasif b. Abd Hamid
Encik Muhammad Iz’aan b. Basuni
Puan Norsyafiqah bt. Abdul Rahim
Puan Noorhawa Deelyla bt. Abd Hamid
Cik Nurul Izzati bt. Jamaludin
Puan Masfarha bt. Mohamad
8. AKTIVITI / PROGRAM

1. Membersihkan kelas (lantai, tingkap, siling dan dinding)

2. Mengemaskini :-

- Maklumat kelas

- Maklumat sekolah

- Visi dan misi

- Peraturan Kelas

- Jadual waktu kelas

- Pelan kebakaran

- Jadual bertugas murid

- Carta organisasi kelas

- Senarai murid

- Maklumat / biodata murid

- Susun atur perabot

- Sudut matapelajaran / hasil kerja murid

3. Kreativiti dan inovasi

9. PENUTUP

Pelaksanaan program seperti ini diharap dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan. Selain itu, ianya adalah untuk merealisasikan visi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek
jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui program ini juga diharap objektif
untuk mewujudkan suasana pembelajaran kelas yang lebih kondusif dan menarik akan
dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Anda mungkin juga menyukai