Anda di halaman 1dari 6

“Keindahan Alam Sekitar “

KERTAS KERJA

PROGRAM SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI)


KELAB ALAM SEKITAR ZON 3
SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA SIKAT, MUKAH

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan yang
menghargai alam sekitar. Ini adalah kerana hanya di sekolahlah keperibadian dan
persepsi manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Apabila sudah
dewasa atau keluar dari aam sekolah, seorang manusia akan lebih sukar untuk dididik
seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Oleh itu, Sekolah
Kebangsaan Nanga Sikat, Mukah telah mula menerapkan usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar di kalangan muridnya dan mewujudkan generasi masa
hadapan yang menghargai alam sekitar. Justeru itu, pihak sekolah telah mengambil
keputusan untuk melibatkan diri dalam pertandingan Sekolah Rakan Alam Sekitar
(SERASI) pada tahun ini.

2.0 TUJUAN / OBJEKTIF

2.1 Untuk mempertingkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan


memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah.
2.2 Untuk memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga
sekolah khasnya dan masyarakat setempat amnya.
2.3 Untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar.
2.4 Mendidik warga yang berpengetahuan tentang penjagaan alam sekitar.
2.5 Mengamalkan kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah.
2.6 Menyalurkan pendidikan melalui pencemaran alam sekitar.

3.0 KONSEP

SERASI adalah berkonsepkan amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di


sekolah sepanjang masa. Ia turut menyokong dan mengukuhkan program pendidikan
alam sekitar merentas kokurikulum. SERASI adalah pendekatan menyeluruh yang
melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat,
Kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Konsep ini juga menitikberatkan
pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijaun
sekolah. SERASI merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat
mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat kea rah kehidupan lestari.

1
4.0 KUMPULAN SASARAN

Penyertaan adalah melibatkan semua staf dan murid Sekolah Kebangsaan Nanga Sikat,
Mukah.

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM

5.1 Pengerusi : En. Affandi Bin Bujang


Guru Besar

5.2 Naib Pengerusi : En. Muhd Asrul Shamri Bin Abdullah


Penolong Kanan Kokurikulum

5.3 Setiausaha : Cik Welen Wee


Guru Penyelaras

5.4 Penyelaras : En. Razak Bin Mahdar

5.5 Penasihat : En. Cornelius Anak Bulang

5.6 Ahli : En. Austin Nuyang Anak Joseph

Puan Marina Anak Rengan

Encik Ismail Bin Ahmat

Encik Norman Bin Naim

Puan Norita Anak Mesa

6.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Pelaksanan Program SERASI bagi Kelab Alam Sekitar Zon 3 Sekolah Kebangsaan
Nanga Sikat, Mukah dijalankan pada setiap Hari Isnin bermula pukul 4.00 petang
hingga 5.00 petang.

2
7.0 PENUTUP

Program SERASI merupakan program yang amat sesuai dilaksanakan di setiap sekolah
bagi memberi ilmu pengetahun tentang penjagaan alam sekitar. Anugerah SERASI
diharap dapat menjadi pemangkin kepada penerapan usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar untuk mewujudkan persekitaran sekolah lestari dan
seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………. ………………………….......
(CORNELIUS ANAK BULANG) (MUHD ASRUL SHAMRI)
Penasihat Kelab Alam Sekitar Zon 3 Penolong Kanan Kokurikulum
SK Nanga Sikat, Mukah SK Nanga Sikat, Mukah

3
8.0 LAMPIRAN

8.1 Projek menanam bunga dalam botol plastik untuk diletakkan di luar asrama

4
8.2 Aktiviti menanam bunga untuk keceriaan di kawasan Zon 3

5
6

Anda mungkin juga menyukai