Anda di halaman 1dari 6

[No. Rujukan: SMSM.

400-5/2/2( )]

KERTAS CADANGAN
PROGRAM SEKOLAH RAKAN
ALAM SEKITAR (SERASI) FASA II:
SUSTAINABLE GARDEN

KELAB ALAM SEKITAR


PANITIA PENDIDIKAN SENI
SMK ST MICHAEL, PENAMPANG
2021

By : Harold Mark G | SMK ST MICHAEL PENAMPANG


YBbrs. Pengetua Cemerlang SMK ST Michael Penampang

PROGRAM SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI) FASA II: SUSTAINABLE


GARDEN

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan yang
menghargai alam sekitar. Ini adalah kerana hanya di sekolahlah keperibadian dan persepsi
manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Apabila sudah dewasa atau
keluar dari alam sekolah, seorang manusia akan lebih sukar untuk dididik seperti kata
pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Sekolah-sekolah di Sabah telah mula
menerapkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di kalangan pelajarnya
dan mewujudkan generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar. Justeru itu, bagi
menghargai usaha murni pihak sekolah ini maka satu bentuk pengiktirafan diberikan kepada
pihak sekolah.

Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) yang melibatkan semua sekolah menengah
dan rendah di Sabah menjadi program utama sempena sambutan Minggu Alam Sekitar
Malaysia (MASM) di Sabah. Program ini merupakan pendekatan menyeluruh dalam
pengurusan, kurikulum, kurikulum dan penghijauan sekolah di kalangan warga sekolah
bersama-sama keluarga, komuniti setempat, pihak kerajaan dan swasta serta badan bukan
kerajaan. Ia dilaksanakan menerusi pendekatan pendidikan alam sekitar untuk membentuk
masyarakat yang prihatin dan menhargai alam sekitar pada sepanjang masa. SERASI juga
merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah
dan masyarakat ke arah kehidupan lestari.

Kelab Pencinta Alam merupakan satu platform pendedahan generasi muda untuk
menghargai alam sekitar untuk dinikmati oleh generasi yang lebih baharu kelak disamping
memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan murid.

Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi warga
sekolah yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif,
inovatif dan inventif. Kandungan kokurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan
warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga, masyarakat
dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.

Sustainable Garden (Taman lestari) adalah istilah yang tidak mempunyai definisi teknikal. Ini
adalah konsep menggunakan amalan berkebun yang tidak membahayakan bumi dan
penghuninya ketika berusaha untuk benar-benar memperbaikinya. Dengan mempraktikkan
berkebun yang lestari, anda mempraktikkan pengurusan alam sekitar yang baik.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

 Membudayakan amalan seni dalam taman secara lestari.


 Memupuk budaya inovasi seni dalam alam sekitar secara lestari.
 Mengolah alam sekitar agar kelihatan indah tanpa memusnahkan sumber sedia ada.
 Meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa.
 Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam
sekitar di sekolah.
 Memupuk sikat positif dan cintakan alam sekitar dalam kalangan murid, warga sekolah
khasnya dan masyarakat setempat amnya.

By : Harold Mark G | SMK ST MICHAEL PENAMPANG


 Mengadakan seni inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang
menitikberatkan pemeliharaan dan dan pemuliharaan alam sekitar.
 Mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program pendidikan seni dan alam sekitar.

4. KUMPULAN SASAR

Program ini pada umumnya melibatkan semua warga sekolah SMK St Michael Penampang,
namun pengerek utama kepada program ini adalah :-

 Semua ahli Kelab Pencinta Alam


 Semua ahli Pendidikan seni
 Semua Pekerja Perkhidmatan Pembersihan Kawasan & Bangunan.
 Warga sekolah.

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Aktiviti Tindakan
 Perkhidmtan Pembersihan Kawasan & Bangunan
Merapi dan menyediakan tapak  Kontraktor (Pembekal)
26 – 30 April 2021  Panitia Pendidikan Seni
 Kelab Pencinta Alam
 Panitia Pendidikan Seni
Merangka pelan Landskap
 Kelab Pencinta Alam
3 – 7 Mei 2021
 Warga Sekolah
 Perkhidmtan Pembersihan Kawasan & Bangunan
 Kontraktor (Pembekal)
Gotong-royong Mananam bunga
 Kelab Pencinta Alam
10 – 28 Mei 2021
 Panitia Pendidikan Seni
 Warga Sekolah

6.0 JAWATANKUASA KERJA

Jawatan Nama Guru


Pengerusi Pn. Jennifer Asing
Timbalan Pengerusi Pn. Flavia Ignatius
Naib Pengerusi Pn. Judith Fidelis Donsia
En. Ting Pick Kieng
Pn. Johanna Sibyl Disimond
Penyelaras Cik. Aerene Gabriel
Setiausaha Pn. Nelly Gilob
Penyelaras Pendidikan Seni Pn. Daina Maten
Pn.Dorothy Oswald

Penyelaras Kebitaraan Alam sekitar SKK Cik Aerene Gabriel


Pn. Nestre Polinon

Penyelaras Landskap Sekolah & Sustainable Cik Diana Michelle William Sibungkil
Garden

Penyelaras Program Water Vision & SPEAK Cik Aerene Gabriel


UP Pn. Nestre Polinon

Penyelaras Baja Kompos Pn. Faridah Sahak

By : Harold Mark G | SMK ST MICHAEL PENAMPANG


Pn. Claris Disuil

Penyelaras Moing’s Heritage Cik Aerene Gabriel


Cik Wong Yiew Chin

Penyelaras Mud Ball & EM Juice Pn. Cheong Sing Lerh


Cik Hildah Kuyun
Pn. Junaidah @ Junaidah Bt Gaine
Penyelaras Penamaan, Pelabelan &
Dokumentasi Tanaman & Tumbuhan sekolah

Panduan Senarai Tugas


1. Merancang program dan aktiviti berkaitan peningkatan kesedaran seni dan alam
sekitar.
2. Sentiasa menjaga kelestarian alam sekitar di sekolah selaras dengan pengiktirafan
sekolah sebagai sekolah Lestari, Mentor SERASI dan Eco School.
3. Mengadakan program ‘outreach’ khidmat bantu dan perkongsian ilmu berkaitan
dengan pendidikan alam sekitar kepada sekolah lain.
4. Bekerjasama dan berkolaborasi dengan jabatan dan agensi luar berkaitan
pemupukan kesedaran alam sekitar.
5. Penyelaras untuk taman dan kawasan khas sekolah sentiasa memastikan kawasan
tersebut terjaga, label- label yangbersesuaian adalah kemaskini dan
mengemaskinikan maklumat dalam fail atau folio yang berkaitan.
6. Penyelaras bagi penamaan dan pelabelan serta dokumentasi tanaman
dantumbuhan sekolah sentiasa memastikan pelabelan kemaskini dan folio atau fail
dikemaskini setiap tahun.
7. Bekerjasama untuk mengadakan pameran berkaitan alam sekitar jika diminta oleh
pihak sekolah, PPD, JPN atau agensi lain

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 SUMBER KEWANGAN


Yuran Khas Sekolah RM17,850.64

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perihal Kuantiti Harga/Unit Jumlah
1 Site Clearing & Labour Cost 1 2,730.00 2,730.00
2 Eugenia (L) 125 10.00 1,250.00
3 Bunga Tai kerbau 125 0.80 100.00
4 Polynesia - short leaves(L) 14 20.00 280.00
5 Portoluca(M) 27 5.00 135.00
6 Red Cuphea 90 0.80 72.00
7 Crepe Jasmine (L) 4 50.00 200.00
8 Head pipe Brass 1 17.00 17.00
9 Dwarft Onion Leaves 20 6.00 120.00
10 Variegated red Cuphea 25 7.00 175.00
11 Blue Diamond 28 8.00 224.00
12 Talking Jasmine 1 10.00 10.00
Jumalah Besar Anggaran Perbelanjaan RM5,313.00

By : Harold Mark G | SMK ST MICHAEL PENAMPANG


8.0 PENUTUPAN

Dengan adanya kertas kerja ini, diharapkan semua aktiviti dan pelaksanaan dapat dilakukan
mengikut seperti yang telah dirancangkan. Selain itu kertas kerja ini juga akan menjadi
sumber rujukan dan punca kuasa dalam melaksanakan apa-apa aktiviti yang berkaitan
dengan program ini. Sehubungan dengan itu, adalah bersar harapan pihak penganjur atau
penyelaras agar program ini dan keperluan kewangan dapat diluluskan oleh pihak
pentadbiran sekolah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………. …………………………………….
AERENE GABRIEL FLAVIA IGNATIUS
Penyelaras Penolong Kanan HEM
SMK St Michael Penampang SMK St Michael Penampang
TARIKH: TARIKH:

By : Harold Mark G | SMK ST MICHAEL PENAMPANG


[No. Rujukan: SMSM.400-5/2/2( )]

KERTAS CADANGAN PROGRAM SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI) FASA


II: SUSTAINABALE GARDEN

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan kertas kertas PROGRAM SEKOLAH RAKAN ALAM


SEKITAR (SERASI) FASA II: Sustainable Garden

atau

Tidak Meluluskan kertas kertas cadangan PROGRAM SEKOLAH


RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI) FASA II: Sustainable Garden

Ulasan:
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..

…………………………………….
JENNIFER ASING
Pengetua Cemerlang
SMK St Michael Penampang
TARIKH:

By : Harold Mark G | SMK ST MICHAEL PENAMPANG

Anda mungkin juga menyukai