Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA GOTONG ROYONG MADANI TAHUN 2023

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran bagi
memenuhi kehendak dan aspirasi negara. Kebersihan persekitaran sekolah merupakan
salah satu faktor yang dapat merealisasikan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran
yang kondusif perlu dititik beratkan bagi memastikan sekolah bersih dan ceria serta selamat.
Program Gotong
Royong Madani dirancang dan akan dijalankan di SJKC Bemban Batu Gajah untuk
menjadikan sekolah sebagai institusi yang ceria, bersih dan selamat. Sehubungan dengan
ini, Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
serta pihak agensi luar telah merancang untuk menganjurkan gotong royong perdana di
peringkat sekolah. Jawatankuasa 3K ( Unit Keselamatan, Unit Kebersihan dan Keceriaan)
serta Unit Kantin akan berusaha berganding bahu merealisasikan segala perancangan
dengan penuh komitmen.

2.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk:

2.1 Memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak sekolah khususnya Guru
Besar SJKC Bemban untuk meluluskan “Program Gotong Royong Madani”
2.2 Memohon peruntukkan sebanyak RM 1180.00 anggaran perbelanjaan bagi aktiviti
program yang dirancang dan akan dilaksanakan.

3.0 MATLAMAT
Program Gotong Royong Madani adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif
terhadap alam sekitar serta melahirkan warga sekolah yang ceria dan berkualiti untuk
melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia, mencapai prestasi akademik yang
membanggakan serta keselamatan yang sentiasa terpelihara. Selain itu warga SJKC
Bemban juga akan berbangga dan menyayangi sekolah dengan ciri-ciri sekolah ceria,
selamat dan bersih.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Melatih murid-murid berdisiplin dan mencintai kebersihan, keceriaan dan


mengamalkan gaya hidup selamat.
4.2 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai sekolah selamat,
bersih dan ceria.
4.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara ibu bapa,
guru, murid, agensi kerajaan dan NGO serta badan sukarela.
4.4 Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga SJKC Bemban dan masyarakat
setempat terhadap keselamatan, kebersihan, keindahan dan keceriaan serta
menghargai kemudahan yang sedia ada di sekolah.
4.5 Mengembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.

5.0 TARIKH PROGRAM / AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh : 28 September 2023


Hari : Jumaat
Masa : 7.20 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Kawasan SJKC Bemban
Sasaran : 1. Guru-guru , pekerja sekolah , murid Tahun 4, 5 dan 6
2. Pihak agensi luar
Pakaian : Pakaian sukan sekolah / bersesuaian dengan aktiviti gotong royong

6.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM GOTONG ROYONG SEKOLAHKU INDAH

Pengerusi : Tuan Michael Tng


Naib Pengerusi : Puan Liew Yee Kuan (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
En Ng Swee Huat (Penolong Kanan Pentadbiran)
Puan Teo Siew Chin (Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras Program : Cik Yong Siew Chiy
Pen. Penyelaras Program : Puan Siti Fatimah
Setiausaha : En Lee Ming Han
Bendahari : En Yip Saik Fong

6.1 JAWATANKUASA PELAKSANA

Juruacara : Cik Lam Chook Kuan

Peralatan : Encik Che Zul

Makanan / Minuman : Puan Hjh Yazidah binti Atan (K) sarapan


pagi / makan
tengah hari Pengusaha Kantin Sekolah
Pekerja kantin

Jurugambar : Encik Wong Shui Tong


Siaraya : Pn Ng Kah Mun

7.0 KAWASAN GOTONG ROYONG


BIL KAWASAN AJK PELAKSANA BIDANG TUGAS
1 Blok A ( depan kelas ) • Mengecat

2 • Mengecat tiang

3 • Mengecat
• Membaik pulih

4 Kawasan Kelas • Mengecat semula batu


Pendidikan Khas / bata dan lainlain di
sekitar kawasan.
Bilik Kesihatan

5 Bilik Guru • Menceriakan bilik


guru

6 Kawasan Dewan • Meratakan batu


Terbuka • Mengecat dinding
(belakang kedai)
8.0 TENTATIF PROGRAM ( 27 September 2023 : Sabtu )

7.45 pagi : Kehadiran guru dan pekerja

8.00 pagi : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis


Ucapan Tuan Guru Besar SK Batu 38
Bacaan doa makan dan gotong royong

8.15 pagi : Sarapan pagi

8.30 pagi : Gotong royong


11.50 pagi : Mengemas dan menyimpan peralatan / sesi bergambar
12.00 tengah hari : Bersurai

9.0 BELANJAWAN 9.1 Sumber Kewangan


BIL PERKARA JUMLAH RM

1 Peruntukkan 900.00

JUMLAH BESAR 900.00

9.2 Perbelanjaan
BIL PERKARA JUMLAH RM
1. Sarapan pagi 138.00
orang X RM 3.00
2. Cat minyak 5 liter 2 300.00
tin X RM 150.00
4. Cat undercot (tong besar) 2 140.00
tong X RM 70.00
5. Air mineral 64.00
8 kotak X RM 8.00
6. Berus cat 88.00
40 orang X RM 2,20
7. Runcit 140.00
- Sarung tangan
- Plastik sampah - Lain-lain

JUMLAH BESAR 1060.00


10 PENUTUP

Adalah diharapkan Program Gotong Royong Sekolahku Indah berjaya dilaksanakan.


Kerjasama semua pihak amat diharapkan agar sekolah menjadi institusi yang dapat
melahirkan insan yang gemilang dalam pelbagai aspek.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ………………………………
(CIK YONG SIEW CHIY) (PN LIEW YEE KUAN)
Penyelaras Program Gotong Royong Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SJKC Bemban Batu Gajah

Ulasan;

*Diluluskan/ Tidak Diluluskan

……………………………………….
( En Michael Tng )
Guru Besar
SJKC BEMBAN
31000 BATU GAJAH,
PERAK.
Tunas Pandu Puteri
Hadapan Tahun 6 Arif
Puteri Islam Bersebelahan kelas Pendidikan Khas
Tunas Kadet Remaja Sekolah
Laluan ke kantin dan laluan ke bilik guru
Pengakap Blok A

Anda mungkin juga menyukai