Anda di halaman 1dari 16

ADAB MURID TERHADAP GURU

ADAB-ADAB BERCAKAP DENGAN GURU


1. Menggunakan bahasa yang sopan.
2. Memandang muka guru.
3. Merendahkan suara.
4. Menyahut panggilan guru

ADAB-ADAB YANG TIDAK WAJAR DILAKUKAN TERHADAP GURU


1. Suka menyampuk percakapan guru.
2. Meninggikan suara apabila bercakap dengan guru.
3. Tidak memandang muka guru apabila bercakap.
4. Tidak meminta izin apabila hendak keluar ke tandas

KELEBIHAN MENJAGA ADAB-ADAB BERCAKAP DENGAN GURU


1. Mendapat pahala.
2. Diberkati ilmunya.
3. Disayangi guru.
4. Disukai rakan-rakan

ADAB MURID TERHADAP GURU MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI..


1. Mendahulukan Salam Kepada Guru Dan Bersalaman Dengan Bercium
Tangan Sebagai Tanda Penghormatan - Ikut Jantina.
2. Jangan Banyak Bercakap Di Hadapan Guru.
3. Jangan Bercakap Jikalau Tidak Ditanya.
4. Jangan Bertanya Melainkan Jikalau Diarah Oleh Guru.
5. Jangan Menyangkal Kata-Kata Guru.
6. Jangan Mengumpat Pelajar Lain.
7. Jangan Berbisik Di Hadapan Guru.
8. Jangan Berpaling Kiri Dan Kanan.
9. Jangan Menyoal Semasa Guru Kepenatan.
10. Berdiri Apabila Guru Bangun (Ketika Guru Keluar Dan Masuk).
11. Dengar Dengan Khusyuk Ilmu Yang Disampaikan Walaupun Diulang
1000 Kali.
12. Rujuk Guru Dalam Memilih Ilmu.
13. Jangan Duduk Tempat Guru.
14. Jangan Berjalan Di Hadapan Guru Kecuali Darurat.
15. Jangan Ketuk Pintu Berulang Kali Hingga Guru Keluar Menemuinya.
16. Sentiasa Mendapat Keredhaannya Dan Jauhkan Kemurkaannya.
17. Muliakan Anak-Anak Guru.
18. Selalu Berhubung Dengan Guru.
19. Elakkan Tidak Menziarahi Guru Lebih 40 Hari. Ini Boleh
Mengurangkan Keberkatan Ilmu.
20. Selalu Mendoakan Guru Selepas Setiap Solat Lima Waktu.

ADAB DENGAN IBUBAPA


MAKSUD ADAB DENGAN IBU BAPA

Bersopan Santun Kepada Ibu Bapa Dalam Pertuturan, Perbuatan Dan Tingkah
Laku.
Ibu Bapa Merupakan Orang Yang Bertanggungjawab Terhadap Kelahiran Anak
Ibu Mengandung Akan Melahirkan Anak
Ibu Bapa Juga Bertanggungjawab Menyara Nafkah Anak, Memberi Kasih
Sayang, Dan Pendidikan Kepada Anak
Oleh Itu, Setiap Anak Wajib Taat Kepada Ibu Bapanya
Menderhaka Kepada Ibu Bapa Hukumnya Adalah Haram Dan Berdosa Besar
Anak Yang Derhaka Akan Dimasukkan Ke Dalam Neraka
CARA MENGHORMATI IBU BAPA
1. Dari Segi Percakapan
Bercakap dengan sopan santun
Bercakap dengan penuh hormat
Merendahkan suara
Menggunakan perkataan yang baik
Menunjukkan muka yang manis
Tidak membantah kata-kata mereka.
Tidak menyakiti perasaan mereka.
2. Dari Segi Pergaulan
Mencium tangan mereka ketika hendak keluar
Meminta izin mereka sebelum keluar
Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka
Jagan menghulurkan kaki ke arah mereka
Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan
Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan
mereka.
Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan
menyusukan.

Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.


Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan
Islam.

SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA


Merupakan perintah Allah S.W.T.
Sunnah Rasulullah S.A.W.
Sebagai balasan jasa baik mereka
Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan
Mendapat pahala dan ganjaran di akhirat
CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
1. Semasa Mereka Hidup
Membantu ketika diperluakn terutamanya ketika mereka sakit atau tua
Selalu menziarahi mereka
Mendoakan kesejahteraan bagi mereka
Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
Merawati mereka ketika sakit.
Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga
mempunyai KITA!

2. Setelah Mereka Meninggal Dunia


Mendoakan agar Allah S.W.T.mengampuni dosa mereka
Membayar hitang mereka sekiranya ada
Melaksanakan wasiat mereka yang tidak bercanggah dengan syarak
Berbuat baik kepada rakan mereka
Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga
mempunyai KITA!

AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA


Tidak mendapat keredhaan allah s.w.t
Dibenci oleh allah s.w.t
Tidak selamat hidup di dunia dan di akhirat
Mendapat dosa besar
Institusi keluarga akan hancur

Masyarakat menjadi kucar-kacir


Akan mendapat balasan azab neraka di akhirat

HIKMAH MENGHORMATI IBU BAPA


Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T
Dihormati dan dikasihi oleh manusia
Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah S.W.T
Jiwa tenang dan tenteram
Ikatan kekeluargaan bertambah erat

Perisa Dunia...: AURAT WANITA - JANGAN AMBILMUDAH.

AZAB MENINGGALKAN SOLAT

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :


Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan
diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati,
tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat

ENAM SIKSAAN SEMASA DI DUNIA.

Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan

Rezeki tidak diberkati

Dipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh

Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh

Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah

Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah

TIGA SIKSAAN SEMASA HENDAK MATI

Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah

Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia
tidak dapat menghilangkan dahaganya

Mati dalam keadaan yang sangat lapar

TIGA SIKSAAN SEMASA DI DALAM KUBUR

Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang
rusuk kiri

Dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya

Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama
seekor ular yang bernama SujuAkruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi
neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir

SEMASA HARI KIAMAT


Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang
panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya belakangnya.

SubhanAllah. begitu dahsyat azab Allah. Sedangkan kita terkena sedikit percikan api dunia pun
sudah tak tahan, sakit. inikan pula api dari neraka. Nauzubilllah. Semoga kita samasama dijauhkan dari azab Allah yang perit ini. Solat itu wajib. tiang agama. tak guna jika
kita beroleh seribu macam kejayaan jika solat tak jaga. apa pun yang penting bekalan di
dunia untuk akhirat. Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai