Anda di halaman 1dari 3

DALIL WAJIB BERADAB KEPADA IBU BAPA

Ertinya''Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya,ibunya telah
megandungkanya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan( dari awal mengandung hingga
akhir menyusuinya)dan tempoh menceraikan susunya dalam masa 2 tahun.(Dengan demikian
bersyukurlah kepada-Ku dan kedua-dua ibu bapamu dan ingatlah kepada Aku jualah tempat
kembali.(untuk menerima balasan)''.

(Surah Lukman, ayat 14)

MAKSUD ADAB DENGAN IBU BAPA


Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku.
Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran anak
Ibu mengandung akan melahirkan anak
Ibu bapa juga bertanggungjawab menyara nafkah anak, memberi kasih sayang, dan pendidikan kepada anak
Oleh itu, setiap anak wajib taat kepada ibu bapanya
Menderhaka kepada ibu bapa hukumnya adalah haram dan berdosa besar
Anak yang derhaka akan dimasukkan ke dalam neraka
CARA MENGHORMATI IBU BAPA
1. Dari Segi Percakapan
Bercakap dengan sopan santun
Bercakap dengan penuh hormat
Merendahkan suara
Menggunakan perkataan yang baik
Menunjukkan muka yang manis
Tidak membantah kata-kata mereka.
Tidak menyakiti perasaan mereka.
2. Dari Segi Pergaulan
Mencium tangan mereka ketika hendak keluar
Meminta izin mereka sebelum keluar
Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka
Jagan menghulurkan kaki ke arah mereka
Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan
Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan.
Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.
SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA
Merupakan perintah Allah S.W.T.
Sunnah Rasulullah S.A.W.
Sebagai balasan jasa baik mereka
Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan

Mendapat pahala dan ganjaran di akhirat


CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
1. Semasa Mereka Hidup
Membantu ketika diperluakn terutamanya ketika mereka sakit atau tua
Selalu menziarahi mereka
Mendoakan kesejahteraan bagi mereka
Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
Merawati mereka ketika sakit.
Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!
2. Setelah Mereka Meninggal Dunia
Mendoakan agar Allah S.W.T.mengampuni dosa mereka
Membayar hitang mereka sekiranya ada
Melaksanakan wasiat mereka yang tidak bercanggah dengan syarak
Berbuat baik kepada rakan mereka
Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!
AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Tidak mendapat keredhaan allah s.w.t
Dibenci oleh allah s.w.t
Tidak selamat hidup di dunia dan di akhirat
Mendapat dosa besar
Institusi keluarga akan hancur
Masyarakat menjadi kucar-kacir
Akan mendapat balasan azab neraka di akhirat
HIKMAH MENGHORMATI IBU BAPA
Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T
Dihormati dan dikasihi oleh manusia
Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah S.W.T
Jiwa tenang dan tenteram
Ikatan kekeluargaan bertambah erat

Seorang datang menghadap Rasulullah saw dan bertanya:


"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku perlakukan dengan baik? Rasulullah
menjawab yang bermaksud: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah
menjawab: Kemudian Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah menjawab:
Kemudian Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah menjawab lagi:
Kemudian ayahmu. (Riwayat Muslim)

Adab terhadap ibu bapaTerdapatnya dasar-dasar yang ditetepkan adab terhadap ibu
bapa, antaranya:
Taai perintah ibu bapa kita dengan saksama.

Segera menjawab panggilan mereka.

Tidak bermuka masam dalam apa jua keadaan.

Tidak keluar ke rumah tanpa izin mereka.

Tidak membat keputusan kecualai setelah mendapat izin daripada mereka.

Memberikan hadiah kepada mereka pada waktu-waktu tertentu.

Memuliakan sahabat mereka.

Sabar ketika menjaga mereka jika mereka telah lanjut usia.


Tidak perlu gundah gulana dan bingung jika kita pernah bersikap buruk terhadap ibu bapa
kita. Segera bertaubat dan kembali kepada Allah swt.
Firman Allah, bermaksud: Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri
sendiri mereka, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (Surah al-Zumar:53)

Bertaubatlah dan lakukan kebaikan kepada ibu bapa kita. Hendaklah kita menjada
silaturrahim antara dengan keluarga terdekat, nescaya keluarganya akan mencintainya,
dperluaskan rezekinya, ditambah umurnya, dan Allah memasukkannya ke dalam syurga
yang dijanjikanNya.
Ingatlah wahai sahabat, sehebat manapun kejayaan kita hubungan dengan ibu bapa mesti
dijunjung ingatan. Letakkan dikedudukan tertinggi setelah cinta pada Allah dan rasul kerana
sehebat manapun kita menongkah dunia, tidak termampu untuk kita membalas jasa dan
tiap titis peluh ibu bapa kita ini untuk membesarkan dan memberi keselesaan kepada kita.
Ikhlaslah sepenuh hati tanpa meminta balasan, kelak berhadapan Allah swt, InsyaAllah kita
dimasukkan ke dalam golongan yang memlakukan kebaikan dan kebajikan. Wallahu aalm.

Anda mungkin juga menyukai