Anda di halaman 1dari 4

PERANAN IBU-BAPA

1. Mencurahan kasih sayang

- Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk
dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini
disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap
dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang
amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih
sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama
Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa
yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa
yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa
yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
- Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala
pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu
pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra
dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu
cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada
ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan
di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anakanak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.
-Masa itu emas

2. Didikan agama dan moral yang sempurna

- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat
menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan,
pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di
kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang
bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan
efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman
dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga
akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala
tidak munasabah.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan
nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan
menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata
peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama
dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa
setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan
harmoni akan dapat dilahirkan.

3. Bertanggungjawab terhadap kebajikan

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anakanak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari
semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah
untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai
contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu
bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat
dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan

penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan
oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi.
Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat
kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk
menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak
mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.

4. Menjadi suri teladan


- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu
bapa perlu menjadi role-model kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan
teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.
- Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut
dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu
sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka,
mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana
bapa borek, anak rintik.
- Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti
pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan
menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan
dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak
menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada
anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan
berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak
di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah
tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah
diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.

5. Tegas menghukum anak

Mendidik anak-anak dengan menghukum merupakan satu perkara yang tidak boleh
dipandang ringan apabila didapati mereka tidak mengikuti arahan. Hukuman yang
diambil oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka adalah berbeza dan tidak sama
dengan undang-undang dikenakan ke atas masyarakat. Ibu bapa perlu mengambil
pendekatan-pendekatan berhikmah dalam menghukum anak-anak antaranya dengan
memberikan nasihat dengan lemah lembut dan kasihan belas. Dalam sebuah hadis
Hendaklah anda bersifat lemah lembut dan jangan sekali-kali bersikap keras. Ibn
Khaldun dalam bukunya al-Muqaddimah menyatakan bahawa kekerasan yang
berterusan dengan anak-anak akan menjadikannya lemah semangat, jiwanya
memberontak, kecergasannya akan hilang, menjadi malas dan suka berdusta. Ibu bapa
juga boleh menghukum anak-anak dengan menunjukkan raut wajah yang tidak senang
seperti memalingkan muka dari mereka, menunjukkan perasaan marah. Wahai Abu
Dharr! Tidak patut engkau mengatanya dengan menyebut ibunya. Sesungguhnya
engkau masih terpengaruh dengan cara-cara jahiliyyah (al-Bukhari). Ibu bapa juga
boleh memulaukan anak-anak dengan cara tidak bercakap dengan mereka untuk
sesuatu tempoh. Memukul anak-anak mungkin merupakan cara terakhir seperti dalam
hadis Suruh anak-anak kamu mengerjakan sembahyang seusia tujuh tahun dan
pukullah mereka apabila telah mencapai umur sepuluh dan pisahkanlah antara mereka di
tempat tidur.

Ibu bapa perlu bersikap tegas dalam mengawal fizikal anak-anak segala tindakan
mereka yang boleh merosakkan tubuh badan dan kesihatan perlulah dilarang. Di sini kita
dapat melihat sebahagian ibu bapa yang tidak bertegas dan membiarkan anak-anak
mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan bukan sahaja dari segi
kesihatan bahkan juga merugikan wang. Perbuatan-perbuatan seperti merokok dan
pergaulan bebas akan mengundang berbagai masalah kesihatan dan sosial. Di sini saya
suka mencadangkan agar pihak berwajib bersikap lebih tegas dalam mewujudkan zon
bebas merokok dan menjadikan masyarakat Malaysia zero smoking. Program-program
hiburan perlu dikemaskinikan supaya elemen-elemen yang baik dipaparkan dan elemenelemen negatif yang menggalakkan anak-anak kepada pergaulan bebas mestilah
dimonitor dengan serius.

6.

Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak


- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya
mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam
kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan
sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli
keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat
pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng
arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang
dikecapi.
Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan
memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa
hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu
rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan
bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah
yatim

7.

Tidak mengongkong anak anak

Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk
melakukan apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke
lembah kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang
berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam
menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh
terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk
menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal
mengungkapkan kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan katakata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah
yang tandus. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya
dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana anak
umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu
bapa. Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi
hak hakiki dan azali anak-anak.

*Last night at about 2am, I took a 10 minute shower. I took a shower with the door wide open, with
the bathroom being 10 feet away from my room.
When I returned to my room, I noticed my laptop, laptop power charger, external keyboard, Ipod
touch, Ipod charger were missing. Everything looked untouched otherwise. Upon further
inspection, they had taken 9 dollars from my wallet. They left other valuables untouched, like my
cell phone, digital camera, 35mm camera, and personal 25-inch TV.
I had stupidly forgotten to lock the front door earlier in the evening after my neighbor had
delivered a missed UPS package to me, so they got in with unforced entry.
My room is on the 2nd floor... meaning they came into the house, went UPSTAIRS, noticed my room
light was on, still were bold enough to go into a lit upstairs area, stole my shit, then left. I'm just
amazed at how bold these guys were to go into a house that had an awake person inside, and still go
upstairs to steal stuff.
Upon inspection of the downstairs area, my HDTV, two bikes, etc. were still there. Upon closer
inspection, I discovered that these guys stole MY RESERVE STASH OF TOILET PAPER.
I have pretty much zero hope of recovering my stuff. I actually don't care at all about the
monetary value of things I lost (which does amount to over 2 grand), but rather the work I lost
because I work primarily on my computer.

*When I arrived home from school, I noticed that the front door of my house was open and that
the door jam was broken. Sticking my head inside the door, I heard a noise upstairs. "The burglar is
still here," I thought. Doing something that I never should have done, I entered the house and
slowly climbed the stairs. As I turned at the top of the stairs, I came face to face with the
burglar. Not knowing what to do, I said, "Hi, I'm looking for John. Is he home?" The burglar
shrugged his shoulders, which gave me the chance to escape. I walked down the stairs faster than I
had walked up, with the burglar following me.
The event left me a little ashamed for not having done more. My unexpected entry had interrupted
the burglar, but my inability to act had let him get away. I now know that I did the right thing by
not trying to restrain him, since he may have had a gun.
I called my cousin who lived next door. I explained what had happened, and he called 911. When the
police arrived, I explained again what happened, but when questioned about the appearance of the
buglar, I couldn't remember a thing. I had stood so close the the thief only moments before, but
now could not give the police any physical description. The shock apparently blocked my memory.
Fortunately, the buglar only got away with $50 from my parent's desk. If I had not interrupted
nim, he would likely have gotten away with a lot more. The policeman explained to me how my
decision to enter the house had placed me in great danger and cautioned me never to do that again.
If this ever happens again, I will know what to do. First, I will always remember never to enter my
house if my suspicion tells me that an intruder migth be inside. Second, I will go next door and call
911. Third, I will stay inside the neighor's house until the police arrive.

Anda mungkin juga menyukai