Anda di halaman 1dari 2

Mengalakkan amalan yang sihat dan selamat di rumah dengan cara mendidik ibu bapa

mengenai isu-isu kesihatan, keselamatan dan pemakanan anak-anak.


Isu Kesihatan
Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Generasi masa kini perlulah dididik untuk
mengamalkan budaya hidup yang sihat. Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh
pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Ibu bapa
memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup
yang sihat.
Ibu bapa haruslah mengalakkan anak-anak mereka untuk bersenam. Bersenam adalah kunci
utama untuk gaya hidup yang sihat. Para doktor menasihatkan agar setiap orang untuk bersenam
sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Bersenam dapat melancarkan peredaran darah di dalam
tubuh kita justeru mengkuatkan jantung kita. Walaupun pada masa kini semua orang sangat sibuk dengan
kerja serta persekolahan mereka namun sedikit masa haruslah diluangkan untuk bersenam agar kesihatan
kita terjamin.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan
secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak
menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun.
Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di
peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata
pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.
Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan
mampu menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak
mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapat
ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah memastikan
anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya,
pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup sihat.
Isu Keselamatan
Pada zaman ini, kehilangan kanak-kanak sering dipaparkan dalam berita serta muka depan
akhbar. Situasi sebegini membimbangkan ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak mereka. Untuk
memastikan perkara macam ini daripada tidak berlaku lagi, kanak-kanak haruslah diajar mengenai
keselamatan sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa haruslah menasihati anak-anak mereka agar tidak berjalan
di lorong-lorong serta jalan-jalan yang sunyi secara bersendirian. Kanak-kanak haruslah digalakkan untuk
sentiasa berjalan secara berkumpulan.
Ada beberapa cara-cara untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin. Pertama ibu bapa
perlu menyuruh anak-anak mereka agar tidak bercakap dengan orang luar yang mereka tidak kenali . Ibu
bapa juga harus melarang anak-anak mereka daripada mengambil makanan serta minuman daripada
mereka yang tidak dikenali. Setiap ibu bapa juga mestilah menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas
seni mempertahankan diri seperti taekwando, karate, silambam dan silat. Jika kanak-kanak tahu seni
mempertahankan diri, mereka boleh pertahankan diri mereka apabila mereka didekati dengan orang yang
tidak dikenali.
Kesimpulannya, ibu bapa atau pendidik perlu mengajar anak mereka serba sedikit pendidikan
seks, iaitu bahagian aurat badan mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. Ibu bapa perlu
membimbing anak mereka supaya menolak ajakan atau pujukan orang yang tidak dikenali walaupun
terdapat gula-gula yang enak. Dalam masa yang sama, ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan
anak mereka tidak berseorangan sama ada di rumah atau di luar rumah.
Isu Pemakanan
Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak
mereka adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Gaya hidup
yang sihat bermula dengan cara pemakanan yang sihat serta seimbang. Pemakanan yang seimbang adalah
pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu
karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan
makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak.
Ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan di luar, khususnya gerai-gerai
makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan penuh minyak. Jika tabiat yang baik
ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila
dewasa kelak. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak
kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang
berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli. Jelasnya,
ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk amalan
gaya hidup sihat. Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi cara pemakanan anak-anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai