Anda di halaman 1dari 1

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti

perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item
yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau
dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku
itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkaraperkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah
yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat.
Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya
kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan
supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan.
Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau
amalan yang lebih tepat dan kekal. Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti
dengan menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu,
orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah. Ianya dapat
digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat
flashback. Selain itu, dengan menggunakan senarai semak guru dapat memberi fokus
pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah
penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak.

Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan
beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi
mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu
keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan
sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah
merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod
maklumat.
Dodge et. Al (1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat
tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang
dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai