Anda di halaman 1dari 28

Sebagai seorang guru prasekolah anda perlu mempunyai pengetahuan asas tentang

kekeluargaan bagi melicinkan tugas-tugas di prasekolah.


Soalan 1: Pengenalan
Keluarga adalah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,
perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Keluarga juga merupakan satu ikatan
kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang berkongsi kehidupan. Keluarga
merupakan lingkungan yang penting kerana pendidikan pertama bermula daripada
rumah yang terdiri daripada lingkungan keluarga.
Penglibatan keluarga dalam pendidikan anak sangat penting khususnya
dalam proses perkembangan anak dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.
Penglibatan ini termasuklah komunikasi antara ibu bapa dengan guru serta
kakitangan di sekolah.
Jenis-jenis Keluarga
Jenis-jenis keluarga ini terbentuk mengikut peredaran zaman di mana ia
sememangnya sudah tidak sama seperti institusi kekeluarga pada zaman dahulu.
Perkara ini berubah disebabkan oleh faktor ekonomi dan faktor sosial yang
melibatkan perubahan dari segi penjagaan anak-anak.
(i)

Keluarga Asas
Keluarga ini terdiri daripada suami, isteri dan mempunyai sekurangkurangnya seorang anak yang tinggal dalam sebuah rumah. Walaupun
keluarga ini hanya terdiri daripada suami, isteri dan anak, namun
hubungan kekeluargaan masih berlaku dengan keluarga luas.

(ii)

Keluarga Luas
Keluarga luas pula terdiri daripada suami, isteri, anak, menantu dan cucu
serta saudara mara yang ada pertalian keluarga yang tinggal dalam
sebuah

rumah

atau

rumah-rumah

yang

berdekatan.

Hubungan

kekeluargaan antara seorang ahli keluarga dengan ahli keluarga yang lain
sangat rapat.
(iii)

Ibu / Bapa Tunggal


Ibu atau bapa tunggal adalah apabila salah satu pasangan tidak lagi
bersama menjalani kehidupan keluarga yang disebabkan sama ada suami
atau isteri telah meninggal dunia atau disebabkan berpisah hidup akibat
perceraian. Bagi mereka yang tidak berkahwin tetapi memelihara anak
angkat juga dikenali sebagai penjaga tunggal atau ibu / bapa tunggal.

Fungsi keluarga
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (1978), terdapat 5 fungsi keluarga
iaitu fungsi biologi, fungsi psikologi, fungsi sosiolisasi, fungsi ekonomi dan fungsi
pendidikan.
(i)

Fungsi biologi
Sesebuah keluarga bertanggungjawab meneruskan keturunannya di
samping memelihara dan membesarkan anak-anak. Ibu bapa juga
bertanggungjawab memenuhi keperluan gizi keluarga di samping
memelihara dan merawat ahli keluarga jika sakit.

(ii)

Fungsi psikologi

Ibu bapa berperanan memberikan perhatian serta kasih sayang dan rasa
aman kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab
membentuk peribadi anak-anak serta mendidik mereka dengan identiti
keluarga.
(iii)

Fungsi sosialisasi
Ibu bapa juga bertanggungjawab membentuk dan membina sosialisasi
kepada anak-anak di samping membina norma-norma tingkah laku yang
bersesuaian dengan perkembangan anak-anak agar mereka dapat
meneruskan nilai-nilai kekeluargaan sehingga mereka sendiri memiliki
keluarga sendiri kelak.

(iv)

Fungsi ekonomi
Ibu bapa bertanggungjawab mencari sumber-sumber pendapatan untuk
memenuhi keperluan keluarga. Sumber-sumber pendapatan ini juga perlu
disimpan sedikit dengan tujuan tabungan untuk memenuhi keperluan
keluarga di masa akan datang seperti keperluan pendidikan anak-anak
dan juga kegunaan untuk hari tua.

(v)

Fungsi pendidikan
Anak-anak perlu dihantar ke sekolah untuk memberikan pendidikan
kepada mereka serta membentuk perilaku mereka bersesuaian dengan
bakat dan minat mereka masing-masing. Melalui pendidikan juga, anakanak boleh dipersiapkan untuk menghadapi kehidupan dewasa akan
datang.

Menurut Friedman (1998) pula, fungsi keluarga terbahagi kepada 4 fungsi


iaitu fungsi affective, fungsi sosialisasi peranan, fungsi reproduktif dan fungsi
ekonomi.
(i)

Fungsi affective

Bagi pendapat Friedman, fungsi keluarga dari segi fungsi affective adalah
ibu bapa bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang selesa dan
sihat dari segi mental, saling menghargai dan saling memerlukan antara
satu sama lain.
(ii)

Fungsi sosialisasi peranan


Sosialisasi peranan adalah proses perubahan dan perkembangan
seseorang individu untuk membentuk interaksi sosial dan mempelajari
peranan masing-masing dalam masyarakat.

(iii)

Fungsi reproduktif
Fungsi

ini

adalah

bagi

menjamin

kelangsungan

generasi

dan

kelangsungan hidup masyarakat.


(iv)

Fungsi ekonomi
Ibu bapa bertanggungjawab mencari sumber pendapatan untuk memenuhi
keperluan setiap ahli keluarga. Dengan fungsi ini juga, keluarga juga
bertanggungjawab dalam fungsi rawatan kesihatan dan konsep kesihatan
keluarga serta tujuan penjagaan kesihatan keluarga.

Pendekatan Keibubapaan
Pendekatan keibubapaan bermaksud cara didikan atau asuhan ibu bapa kepada
anak-anak mereka. Banyak pendekatan keibubapaan yang digunakan oleh
kebanyakan ibu bapa pada zaman sekarang.
Antara

pendekatan

yang

digunakan

adalah

pendekatan

demokratik.

Pendekatan ini adalah satu cara pembesaran di mana ibu bapa mengenakan
4

peraturan atau had-had batasan tingkah laku tertentu tetapi membenarkan


komunikasi yang bersifat terbuka dan anak-anak juga diberi kebebasan untuk
membuat keputusan sendiri dalam perkara-perkara tertentu. Anak-anak bebas
memberi pandangan dan sentiasa dibenarkan berbincang bersama ahli keluarga
lain. Hukuman berbentuk fizikal dielakkan dan jika mahu menghukum, ibu bapa perlu
memberikan alasan yang munasabah. Bagi pendekatan ini juga, komunikasi mesra
dan terbuka antara anak-anak dan ibu bapa wujud di mana pandangan setiap ahli
keluarga dihormati dan diambilkira dalam mengambil sebarang keputusan.
Selain itu, ada juga pendekatan autokratik atau autoritatrian di mana ibu bapa
mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak dengan membuat
peraturan-peraturan, memastikan nilai-nilai dipatuhi oleh anak-anak dan tidak
membenarkan anak menyoal tentang peraturan-peraturan dan nilai-nilai tersebut.
Corak asuhan ini mementingkan hukuman dan dendaan dalam bentuk fizikal kepada
anak-anak. Arahan ibu bapa harus dipatuhi tanpa sebarang alasan dan tingkah laku
anak-anak dibentuk berdasarkan undang-undang mutlak yang ditetapkan oleh ibu
bapa. Ibu bapa juga mempunyai harapan yang tinggi kepada anak-anaknya dan
mereka sentiasa mengongkong serta menghadkan pergerakan dan perlakuan anakanak. Ibu bapa yang menggunakan pendekatan ini selalu membuat kenyataan tanpa
perbincangan dengan anak-anak.
Pendekatan permisif pula merujuk kepada cara asuhan yang pasif. Ibu bapa
tidak mengawal tingkah laku anak-anaknya dan banyak memberi pilihan dan
tanggungjawab kepada anak-anaknya. Pendekatan permisif ini terbahagi kepada
dua iaitu permisif indulgen dan permisif negligen.
Pendekatan permisif indulgen adalah cara pembesaran bersifat corak
komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang menekankan tentang tingkah laku
anak-anak. Ibu bapa juga bersifat tidak mengawal tetapi tinggi dalam responsif.
Ada juga ibu bapa yang menggunakan pendekatan permisif negligen iaitu
gaya asuhan anak dicirikan dengan tiada langsung corak komunikasi terbuka antara
ibu bapa dengan anak. Ibu bapa mengambil langkah tidak terlibat atau mengabaikan

terus anak-anak. Dengan kata lain ibu bapa disifatkan tidak mengawal dan tidak
memberi respon terhadap anak-anak mereka.

(a)

Kepentingan keluarga dari segi nilai dan budaya dari pelbagai sumber

Definisi Keluarga, Nilai dan Budaya


Menurut Kamus Dewan (2005) ialah keluarga bemaksud saudara mara, sanak
saudara dan kaum kerabat. Keluarga juga didefinisikan sebagai semua orang yang

mempunyai keturunan antara satu sama lain yang terdiri dari suami, isteri, anak
serta keluarga angkat.
Menurut Helvie (1981), keluarga adalah sekelompok manusia yang tinggal
dalam sesebuah rumah tangga dalam jarak yang konsisten dan hubungan yang erat.
Menurut Depkes RI (1998) pula, keluarga adalah unit terkecil dalam masyarakat
yang terdiri daripada ketua keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan
tinggal di suatu tempat di bawah suatu atap dalam keadaan saling kebergantungan.
Bailon dan Maglaya (1978) berpendapat bahawa keluarga adalah dua atau lebih
individu yang hidup dalam satu rumahtangga kerana adanya hubungan darah dan
perkahwinan.
Nilai pula merupakan sesuatu yang sangat dikehendaki melibatkan unsur
penglibatan dan pemilihan. Ini kerana kebanyakan tingkah laku yang dipilih oleh
seseorang individu melibatkan nilai individu berkenaan atau nilai kelompoknya.
Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang berkekalan dari segi
masa atau suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Beliau juga
menakrifkan nilai sebagai satu kecenderungan atau pilihan iaitu sesuatu yang lebih
disukai sama ada mengenai hubungan sosial mahupun mengenai matlamatmatlamat serta ikhtiar untuk mencapainya.
Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh
sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Koentjaraningrat
(2002) mendefinisikan budaya sebagai seluruh total dari fikiran, karya dan hasil
karya manusia yang tidak berakal kepada nalurinya dan yang hanya dicetuskan oleh
manusia sesudah sesuatu proses pembelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Van
Peursen (1988) di mana beliau menyatakan kebudayaan adalah sebagai proses
belajar yang besar.
Dari segi pendidikan, NAEYC menyatakan budaya adalah termasuk nilai
kaum, identiti ras, tahap ekonomi, struktur keluarga, bahasa dan agama serta
kepercaya politik keluarga di mana ia sangat mempengaruhi perkembangan anakanak dan hubungannya dengan dunia luar.
Kepentingan keluarga dari segi nilai dan budaya
7

Dalam sesebuah institusi kekeluargaan, ibu bapa berperanan penting membentuk


peribadi dan nilai-nilai serta budaya ke dalam diri setiap anak-anak mereka. Nilainilai dan budaya yang dipupuk hendaklah nilai-nilai dan budaya yang boleh diterima
masyarakat setempat juga nilai dan budaya yang boleh diterima oleh agama
masing-masing.
Pepatah Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya begitu sinonim
dengan anak-anak serta pendidikan awalnya. Pada peringkat usia kanak-kanaklah
ibu bapa harus menekan pendidikan tentang nilai dan budaya. Nilai dan budaya
adalah berbeza antara pelbagai kaum dan pelbagai bangsa. Setiap kaum dan
bangsa mempunyai nilai-nilai hidup serta budayanya yang berbeza. Seperti
contohnya di Malaysia, kaum Melayu terkenal dengan nilai-nilai kesopanan dan
kesantunannya. Kaum Cina pula terkenal dengan ketekunan berniaga dan saling
bantu-membantu dalam perniagaan mereka. Begitu juga dengan kaum India dan
kaum-kaum lain di Malaysia yang masing-masing mempunyai nilai dan budaya
tersendiri.
Secara amnya, sesebuah keluarga berperanan menerapkan nilai kasih
sayang dalam keluarga mereka seperti menurut hadis Ath Thatawi; Cintailah anak
dan sayangilah mereka. Apabila berjanji sesuatu kepada mereka tepatilah.
Sesunggunya mereka tahu hanya kamulah yanng memberi mereka rezeki.
Seseorang anak perlu diberikan kasih sayang daripada seorang ibu juga daripada
seorang bapa secukupnya. Kasih sayang adalah perasaan yang lahir daripada jiwa
yang suci dan murni dan bukan berbentuk kebendaan. Persekitaran dan asuhan
oleh sesebuah keluarga juga perlulah sentiasa harmoni. Anak-anak boleh melihat
ibu bapa mereka sebagai contoh dan membalas kasih sayang itu kepada ibu bapa
mereka. Kasih sayang yang terbina dalam keluarga dapat melahirkan sikap jujur dan
terbuka dalam kalangan ahli keluarga. Nilai ini penting bagi mewujudkan rasa kasih
sayang dan akan melahirkan anak-anak yang penuh kasih sayang dan bertimbang
rasa dalam kehidupan mereka. Kasih sayang juga akan menyebabkan anak-anak
berasa bahagia apabila berada dalam keluarganya. Anak-anak akan berasa seronok
apabila sentiasa berada dalam keluarga yang kaya dengan kasih sayang.

Dalam sesebuah keluarga juga, ibu bapa berperanan memberikan contoh


yang baik kepada anak-anak dalam tingkah laku sosial yang sihat berdasarkan
kepada nilai dan budaya bangsa dan agama masing-masing. Ibu bapa perlu
memberikan contoh yang baik dari pelbagai aspek seperti budaya hidup, pergaulan
dengan orang ramai, cara mengendalikan masalah dan rutin harian.
Dalam sesebuah keluarga juga ibu bapa bertanggungjawab menitikberatkan
budaya ilmu dan pendidikan dalam diri setiap anak-anak mereka. Anak-anak dididik
untuk mementingkan pendidikan. Budaya ilmu akan disemai dalam diri mereka
sepanjang masa. Secara tidak langsung ini dapat membantu anak-anak dalam
pelajaran mereka tanpa perlu dipaksa-paksa untuk belajar. Anak-anak yang
diterapkan dengan nilai budaya ilmu akan sentiasa cintakan ilmu dan sentiasa
berusaha untuk mempelajari perkara-perkara baharu.
Sesebuah keluarga juga perlu menerapkan nilai pengurusan ekonomi. Ia
bersesuaian dengan kehidupan zaman kini di mana setiap keperluan hidup
memerlukan wang. Semua agama menuntut penganutnya supaya bekerja keras
mencari wang dan harta untuk membina kehidupan yang maju. Ini penting kerana
dengan penggunaan wang juga akan menstabilkan kehidupan manusia dan
mengelakkan sesebuah keluarga itu daripada terjerumus ke kancah kemiskinan.
Dengan wang juga, sesebuah keluarga boleh mendapatkan keperluan harian seperti
tempat tinggal yang selesa, pakaian, makanan sihat dan ubat-ubatan serta
keperluan harian yang lain. Walaupun keperluan wang itu penting, namun
pengurusan ekonomi juga penting agar wang yang diperolehi dapat diguna dan
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Nilai pengurusan ekonomi juga penting agar
segala perbelanjaan dapat diuruskan dengan betul dan terancang. Ini dapat
mengelakkan pembaziran, berbelanja secara berlebih-lebihan dan membeli
barangan yang tidak perlu. Anak-anak perlu dididik dengan nilai berjimat cermat.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni
iaitu baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang,
keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan mental dan fizikal, kejujuran,
kerajinan,

kerjasama,

kesedaran,

kesyukuran,

rasional

dan

semangat

bermasyarakat yang boleh disemai dalam diri setiap anak-anak. Ini merupakan
tanggungjawab ibu bapa agar nilai-nilai murni ini dapat disemai dalam diri setiap
9

individu. Apabila anak-anak ini telah diterapkan dengan nilai-nilai murni yang telah
disarankan oleh PPK ini, tentulah generasi kita akan lebih berakhlak mulia dan
disegani oleh masyarakat dunia. Jika kita lihat dari 16 nilai-nilai murni yang telah
disyorkan oleh PPK ini, ia telah meliputi hampir semua faktor-faktor untuk
melahirkan individu yang baik. Nilai-nilai yang terkandung dalam 16 nilai-nilai murni
ini jika dipraktikkan agar melahirkan negara yang aman dan hormani.
Setiap kaum mempunyai budaya masing-masing. Setiap kaum mempunyai
budaya yang nyata berbeza berbanding budaya kaum yang lain. Budaya ini adalah
identiti setiap kaum. Budaya amat penting untuk diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi baru agar budaya kaum masing-masing tidak luput dek zaman. Budaya ini
akan dipelajari dalam keluarga masing-masing sama ada dipelajari daripada ibu
bapa atau datuk dan nenek dalam sesebuah keluarga. Budaya-budaya ini meliputi
cara berpakaian, makanan, bahasa dan lain-lain. Ibu bapa bertanggungjawab
mengajar dan mendidik anak-anak agar anak-anak juga mengetahui budaya dan
identiti kaum mereka sendiri. Apabila dewasa kelak diharapkan anak-anak ini dapat
meneruskan tradisi dan budaya kaum masing-masing dengan mengajarnya kepada
waris mereka pula.

(b)

Cara-cara dan langkah-langkah seorang guru prasekolah mengukuhkan


nilai dan budaya yang positif dalam kalangan murid

Menurut Neuman, Hagedorn, Celano & Daly (1995), guru perlu memahami budaya
dan latar belakang keluarga bagi setiap murid-muridnya. Perilaku seseorang murid
akan dipengaruhi oleh budaya dan nilai yang diterapkan dalam keluarganya.
Perilaku juga akan dipengaruhi oleh latar belakang keluarga murid. NAEYC
10

mengenal pasti di mana individu yang mengendalikan kanak-kanak akan


menghadapi banyak masalah dengan nilai dan amalan budaya masing-masing. Oleh
itu, sebagai seorang guru prasekolah kita perlu mempersiapkan diri agar dapat
menghadapi masalah-masalah ini dengan baik.
Dengan terbinanya sebuah keluarga yang utuh dengan nilai dan budaya yang
baik, ia secara tidak langsung telah membantu guru prasekolah untuk mengukuhkan
nilai dan budaya yang positif kepada murid. Namun begitu, tidak semua keluarga
yang berjaya menerapkan nilai-nilai dan budaya yang positif dalam diri anak-anak
mereka. Ini menjadi tanggungjawab guru di sekolah agar menerapkan nilai-nilai
dalam diri murid-muridnya serta mengukuhkan nilai-nilai positif yang sedia ada pada
diri murid-murid.
Sudah menjadi tanggungjawab seorang guru mewujudkan suasana yang
harmoni dan kondusif dalam kelas mereka. Persekitaran yang selamat juga penting
agar pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Ini juga dapat membantu
mengukuhkan nilai-nilai dan budaya positif dalam kalangan murid-murid. Nilai kasih
sayang yang telah diterapkan di rumah akan terus terjalin hingga ke sekolah jika
sesebuah keluarga benar-benar menerapkan nilai kasih sayang dalam diri setiap
anak-anak.
Guru juga boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap diri anak-anak
murid melalui aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Banyak

aktiviti

yang

boleh

dilakukan

seperti

aktiviti

gotong-royong

yang

menggalakkan nilai tolong-menolong dan nilai kebersihan, aktiviti lakonan pula boleh
menggalakkan nilai-nilai kesedaran, keberanian dan kasih sayang, dan aktiviti
lawatan juga boleh menggalakkan nilai kesedaran dan kasih sayang sesama
manusia, kasih sayang kepada makhluk lain dan kasih sayang kepada alam sekitar.
Pengukuhan budaya kaum masing-masing juga boleh dilakukan oleh guru.
Bukan semua keluarga mengajar budaya kaum masing-masing kepada anak-anak
mereka. Ia bersesuaian dengan zaman moden ini, ibu bapa sudah tidak
menganggap budaya itu sesuatu perkara yang penting berbanding dengan wang
dan kemajuan. Oleh itu, mereka tidak menitik beratkan budaya ini. Jika ia dibiarkan,
11

budaya kita akan hilang dan luput ditelan zaman. Sebagai seorang guru prasekolah,
guru boleh menerangkan budaya setiap kaum melalui pelbagai aktiviti. Antara aktiviti
yang boleh dijalankan adalah aktiviti membuat dan memasak kuih-kuih dan
makanan

tradisional

kaum,

pertandingan

memperagakan

pakaian

tradisi,

pertunjukan tarian tradisional dan mempelajari kraftangan tradisi setiap kaum. Ia


boleh dijalankan dengan santai agar ia tidak terlalu berat bersesuaian dengan
peringkat umur murid-murid.
Selain itu, guru juga boleh mengadakan sambutan perayaan setiap kaum
seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, sambutan Perayaan Deepavali, sambutan Hari
Tahun Baru Cina serta sambutan perayaan-perayaan yang lain. Melalui sambutan
ini, guru boleh menimbulkan suasana perayaan sebenar seperti hidangan makanan,
pakaian dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan sesuatu perayaan tersebut.
Jika di rumah ibu bapa tidak mengamalkan budaya ini, sekurang-kurang murid-murid
dapat merasai pengalaman menyambut sambutan perayaan setiap kaum sama ada
perayaan kaum mereka sendiri atau kaum yang lain.
Melalui aktiviti bacaan juga nilai dan budaya dapat diterapkan dalam diri
setiap murid-murid. Aktiviti-aktiviti bacaan ini perlulah dipilih yang bersesuaian
dengan peringkat umur murid-murid dan mempunyai nilai-nilai murni yang ingin
diterapkan dalam diri murid-murid. Selain itu melalui aktiviti bacaan ini juga muridmurid boleh diterapkan dengan nilai berkongsi dan nilai sabar serta nilai bantumembantu. Nilai berkongsi boleh diterapkan apabila murid-murid berkongsi bahan
bacaan mereka semasa aktiviti dijalankan. Nilai sabar pula boleh diterapkan apabila
murid-murid bersabar untuk meneruskan pembacaan mereka dan meneruskan
bacaan mereka bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kebolehan mereka.
Nilai bantu-membantu juga boleh diterapkan apabila murid membantu rakannya
yang lain untuk membaca bahan bacaan masing-masing. Ini adalah kerana setiap
individu berbeza dan mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Oleh itu, nilai
bantu-membantu ini sangat penting dan boleh diterapkan melalui aktiviti bacaan.
(c)

Peranan guru untuk membina hubungan dengan ibu bapa atau keluarga
murid

12

Sebagai seorang guru, membina hubungan dengan ibu bapa atau keluarga murid
adalah sangat penting. Banyak faedah yang boleh diperolehi apabila hubungan ini
terbina. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membina hubungan antara guru
dengan ibu bapa atau keluarga murid.
(i)

Berkomunikasi dengan ibu bapa atau keluarga murid


Keluarga murid perlu dimaklumkan tentang semua program yang
diadakan oleh pihak sekolah mahupun program yang dijalankan di
prasekolah atau menceritakan perkembangan anak-anak. Banyak cara
yang

boleh

dilakukan

untuk

berkomunikasi.

Kebiasaan

guru

berkomunikasi dengan ibu bapa atau keluarga melalui surat rasmi atau
buku memo (yang biasa digunakan di prasekolah). Berkomunikasi melalui
telefon juga boleh dilakukan jika terdapat perkara-perkara yang penting
untuk maklumat segera. Pihak ibu bapa juga perlu memahami bahawa
komunikasi ini memerlukan komunikasi dua hala.
(ii)

Membuat perjumpaan
Menurut Rosazizi Abdul Rahim dan Mohd Sharani Ahmad dalam Panduan
Kurikulum Prasekolah, perjumpaan boleh dibahagikan kepada 3 kategori
iaitu di peringkat awal, pertengahan dan akhir. Peringkat awal perjumpaan
dilakukan pada sesi awal persekolahan. Melalui perjumpaan ini guru akan
menerangkan hal-hal berkenaan prasekolah, kakitangan, kurikulum yang
dijalankan dan pengurusan fizikal prasekolah. Di peringkat pertengahan,
ibu bapa dan guru boleh berbincang berkenaan perkembangan anak-anak
mereka berdasarkan penilaian secara berterusan yang dijalankan oleh
guru. Di peringkat akhir perjumpaan, aktiviti penyampaian sijil dan
sebagainya boleh dibincangkan.

13

Gambar 1: Perjumpaan dengan ibu bapa


Di Barat, banyak sesi perjumpaan yang diadakan bukan semata-mata
untuk membincangkan hal-hal berkaitan dengan perkembangan anakanak ataupun hal-hal berkaitan sekolah. Tetapi ibu bapa sering membuat
perbincangan

bersama

guru

serta

ibu

bapa

murid

yang

lain

membincangkan tentang kehadiran anak-anak ke sekolah pada musimmusim tertentu. Melalui perjumpaan ini juga mereka mengadakan pelbagai
aktiviti lain selain dari perbincangan dan mesyuarat kecil.
(iii)

Risalah, majalah dan bahan bertulis


Guru boleh menggalakkan pihak ibu bapa mengeluarkan risalah atau
majalah secara bulanan, mingguan atau harian. Pengeluaran risalah atau
majalah ini boleh diterbitkan dengan perkara-perkara yang menarik dan
mesra pembaca dengan mengetengahkan gambar-gambar ciptaan atau
kreativiti anak-anak dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan di prasekolah
dan aktiviti luar.
Kandungan risalah juga boleh memasukkan tentang pengumuman
tentang program atau aktiviti.

Selain memaklumkan ibu bapa secara

terus, melalui risalah atau majalah ini juga boleh memasukkan catatan
14

perbualan di antara anak-anak dengan keluarganya tentang apa yang


berlaku dalam program yang dijalankan. Risalah-risalah ini juga boleh
ditampal di papan kenyataan yang ada di prasekolah.
Di Barat, kebanyakan guru menghantar jurnal harian ke rumah yang
dihasilkan dengan bantuan murid-murid sebagai salah satu kurikulum
mereka.
(iv)

Menganjurkan seminar dan bengkel


Guru prasekolah juga boleh menganjurkan seminar ibu bapa. Melalui
program ini, guru boleh mendedahkan ilmu-ilmu baru serta ciri-ciri
kerjasama secara tidak langsung. Guru juga boleh membantu ibu bapa
berkongsi ilmu tentang cara-cara mengendalikan konflik anak-anak serta
cara kawalan disiplin anak-anak di rumah.

(v)

Lawatan ke rumah
Cara lain untuk membina hubungan dengan ibu bapa atau keluarga murid
adalah dengan membuat lawatan ke rumah. Sememangnya, banyak
program seperti Parents as Teacher (P.A.T), rumah berasaskan Head
Start dan perkhidmatan intervensi awal adalah disampaikan secara
langsung melalui lawatan ke rumah.

15

Gambar 2: Lawatan guru ke rumah keluarga murid.


Anak-anak dan ibu bapa sentiasa bertemu dengan orang baharu di
sekeliling mereka dan guru boleh membina kefahaman yang baik tentang
sesebuah keluarga apabila guru melihat sendiri di mana keluarga itu
tinggal dan bagaimana mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Ini
juga membantu murid-murid baharu berasa lebih selamat dengan sekolah
baharu mereka.
Lawatan tidak semestinya dilakukan hanya apabila murid-murid itu
sakit ataupun tidak hadir agak lama. Murid-murid akan berasa seronok
dan berbangga apabila guru mereka datang melawat mereka dan ibu
bapa mereka di rumah. Ia dianggap sebagai hari yang bersejarah dan
tidak dapat dilupakan. Apabila di sekolah, tidak mustahil murid itu akan
menegur gurunya dengan mengatakan, Cikgu datang rumah saya
semalam kan?

Soalan 2: Laporan Hasil Temubual dan Pemerhatian

16

Pemerhatian telah dibuat ke atas sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, isteri
dan empat orang anak, iaitu dua orang lelaki dan dua orang anak perempuan.
Pemerhatian dan dijalankan dari 3 September 2010 hingga 9 September 2010.
Manakala, temu bual pula telah dijalankan tidak mengikut ketetapan. Temu bual
dilakukan secara tidak formal dan perbualan berbentuk perbualan sesama ahli
keluarga.
Puan Janna dan suami bukanlah seorang yang berkelulusan tinggi. Oleh itu
perbualan dilakukan secara santai dan hanya berkisar tentang cara pasangan ini
mengendalikan anak-anak mereka. Laporan ini banyak tertumpu kepada hasil
pemerhatian yang dijalankan sahaja.
Latar belakang Keluarga Subjek
Subjek

: Muhammad Amzar bin Azlan

Umur

: 6 tahun

Tarikh Lahir

: 24 Jun 2004

Tempat Lahir

: Hospital Seremban

Bilangan Adik-beradik

: 4 orang

Bilangan dalam Adik-beradik: 3


Nama Bapa

: Azlan bin Ali

Pekerjaan

: Penyelia Kilang

Nama Ibu

: Janatul Firdaus binti Zamahuri

Pekerjaan

: Pengusaha Taska

Bilangan Anak

: 4orang ; 2 orang lelaki, 2 orang perempuan

Nama Anak

: (i)

Tempat Tinggal

(a)

Muhammad Afiq, 8

(ii)

Nur Ain, 7

(iii)

Muhammad Amzar, 6

(iv)

Nur Afifah, 3

: Seremban 2, Negeri Sembilan

Pendekatan Keibubapaan

17

Pendekatan keibubapaan bermaksud cara didikan atau asuhan ibu bapa kepada
anak-anak mereka. Banyak pendekatan keibubapaan yang digunakan oleh
kebanyakan ibu bapa pada zaman sekarang.
Bagi keluarga Puan Janna ini, pendekatan yang digunakan boleh saya kata
adalah pendekatan permisif. Namun, pasangan Puan Janna dan Encik Azlan
menggunakan pendekatan permisif indulgen. Pendekatan permisif indulgen adalah
cara pembesaran bersifat corak komunikasi yang

terbuka dan ibu bapa kurang

menekankan tentang tingkah laku anak-anak. Ibu bapa juga bersifat tidak mengawal
tetapi tinggi dalam responsif. Walaupun pasangan ini tidak mengambil berat tentang
tingkah laku anak-anak mereka, namun mereka tidaklah mengabaikan terus anakanak mereka.
Ini dapat dilihat melalui kesan pendekatan ini. Anak-anak Puan Janna suka
bergantung pada orang lain. Ini jelas apabila setiap perkara yang berlaku, anakanaknya terlalu bergantung kepada ibunya iaitu Puan Janna walaupun perkara itu
kecil sehingga seorang doktor yang pernah merawat anak sulung Puan Janna (Afiq)
merungut, sikit-sikit ibu, sikit-sikit ibu!
Melalui pemerhatian yang dibuat selama hampir 1 minggu, Puan Janna
banyak mengikut kehendak anak-anaknya yang boleh saya sifatkan sebagai terlalu
memanjakan anak tanpa menegur atau menghukum tingkah laku yang tidak diingini
itu. Sebagai contoh, apabila salah seorang anaknya menginginkan sesuatu, Puan
Janna terus mendapatkan barangan tersebut tanpa mengatakan tidak atau melarang
anaknya. Perkara ini dilihat berulang kali berlaku walaupun barangan tersebut tidak
penting dan bukan suatu keperluan.
Selain itu, dari pelajaran, hasil daripada temu bual bersama kakak kepada
Puan Janna iaitu Puan Maria, Puan Maria mengatakan bahawa Puan Janna
mengambil ringan pelajaran anak-anaknya. Tiada langkah yang diambil ekoran
daripada masalah anaknya Afiq yang berusia 8 tahun, tetapi masih tidak pandai
membaca.
(b)

Kawalan Disiplin Anak

18

Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Anak-anak


merupakan harta yang tidak ternilai yang Allah anugerahkan kepada setiap
pasangan suami dan isteri. Maka ia menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk
mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin. Ibu bapa juga perlu mengawal disiplin
anak-anak dengan menggunakan pendekatan yang baik dan bersesuaian agar tidak
memberi kesan negatif kepada anak-anak.
Kamus Bahasa Melayu (1995) mendefinisikan disiplin sebagai kepatuhan,
kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan. Manakala
mengikut Kamus Dewan (2000) mendefinisikan disiplin sebagai latihan terutamanya
pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan
yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda
dikenakan. Menurut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Rogers 21st Century
Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah latihan dan dendaan (Training and
punishment). Disiplin juga adalah latihan untuk mengawal diri sendiri.
Kawalan disiplin ke atas anak-anak sangat penting. Terdapat beberapa
langkah kawalan disiplin yang sesuai boleh dipraktikkan oleh ibu bapa ke atas anakanak. Antaranya adalah;
(i)

Menunjukkan contoh yang baik dan sikap positif


Jika menginginkan anak-anak berkelakuan baik, ibu bapa haruslah
menjadi contoh yang baik. Ibu bapa perlu sentiasa bersikap positif agar
dapat menunjukkan contoh yang baik dari pelbagai aspek termasuklah
cara percakapan, rutin harian dan lain-lain perkara. Anak-anak akan lebih
memahami bagaimana untuk berkelakuan baik dan positif jika dapat
melihat contoh yang baik di hadapan mata mereka sendiri. Jika ibu bapa
tidak berkelakuan baik, maka samalah seperti ibu ketam mengajar anak
berjalan lurus.

(ii)

Pesanan yang tidak terlalu panjang

19

Kebanyakan ibu bapa yang selalu menggunakan pesanan yang terlalu


panjang sehingga anak-anak tidak memahami apakah yang ingin
disampaikan oleh ibu bapa mereka. Arahan atau pesanan mestilah
menggunakan ayat mudah, jelas dan pendek serta mengandungi isi yang
ingin kita sampaikan. Seperti contoh pesanan yang patut digunakan oleh
ibu bapa adalah turun! Nanti jatuh, sakit.
(iii)

Menerangkan sebab dan akibat daripada kesalahan yang dilakukan


oleh anak
Menurut Dr. Fazilah Kamsah, anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita
menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan. Hal ini
demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan
daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak
perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada
perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting agar akal anakanak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik
supaya tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amat penting
agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus
pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.
Menurut Marjorie V. Fields (1998) dalam bukunya Constructive
Guidance and Discipline pula, setiap kesalahan atau tingkah laku yang
tidak diingini mestilah ditegah dan diterangkan mengapa tidak boleh
dilakukan. Jika ibu bapa hanya menegah tingkah laku tidak diingini itu
tanpa menerangkan sebab dan akibatnya, maka tingkah laku itu akan
berterusan dan berulang lagi pada masa lain.

Puan Janna dilihat seperti berat sebelah dalam menghukum anak-anaknya.


Puan Janna akan menghukum anak-anak yang kedua dan ketiga jika mereka
melakukan kesalahan. Namun apabila anak sulungnya melakukan kesalahan, Puan

20

Janna tidak mengambil sebarang tindakan. Beliau hanya membiarkan tingkah laku
anaknya itu tanpa menegah ataupun menerangkan akibat jika melakukannya.
Puan

Janna

juga

tidak

menekankan

tindakan

yang

positif

dalam

mengendalikan kawalan disiplin anak-anaknya. Beliau banyak menggunakan cara


memarahi sebagai penyelesaian kepada konflik anak-anaknya.
(c)

Penyelesaian Konflik

Sebagai ibu bapa, mereka perlu mendengar anak-anak mereka apabila mereka
sedang berkomunikasi. Mereka perlu diberi peluang untuk berkomunikasi tentang
pandangan dan perasaan mereka. Kanak-kanak boleh berkomunikasi secara verbal
dan juga secara bukan verbal dengan bahasa tubuh mereka. Melibatkan mereka
bertanyakan soalan untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi kegembiraan dan
kesedihan mereka.
Sebagai orang dewasa juga, kita perlu bercakap dengan kanak-kanak seperti
mana kita memahukan orang lain bercakap dengan kita. Contohnya, jika kita
menginginkan orang lain bercakap sopan dengan kita, begitu juga kita perlu
bercakap dengan kanak-kanak. Untuk menyelesaikan sesuatu konflik kanak-kanak,
orang dewasa perlu menggunakan nada suara yang biasa tanpa meninggikan suara
atau mengeluarkan suara yang berbaur kemarahan. Tidak perlu menjerit, berkatakata manis atau berkata-kata kasar apabila berkomunikasi dengan kanak-kanak.
Ibu bapa dan guru juga perlu membina hubungan mata (eye contact) apabila
berkomunikasi dengan kanak-kanak. Jika kita mengkehendaki kanak-kanak
memahami bahawa kita tidak berpuas hati dengan tingkah lakunya, kita perlu
memastikan bahawa kanak-kanak benar-benar tahu bahawa kita sedang berkatakata dengannya.
Apabila berkomunikasi dengan anak-anak, ibu bapa perlulah menggunakan
bahasa dan ayat yang mudah agar mudah difahami oleh anak-anak. Ayat-ayat yang
panjang tidak memberi makna jika ia tidak difahami oleh anak-anak.

21

Untuk mengatasi konflik anak-anak, ibu bapa perlu memberikan arahan yang
positif dan bukan arahan yang berbentuk ayat negatif. Contoh arahan yang baik
adalah Makan biskut itu dan bukanlah arahan seperti Ibu beritahu tadi jangan...
arahan positif ini memberitahu kanak-kanak apa yang mereka perlu lakukan dan
bersesuaian dengan tahap perkembangan bahasa dan pemahaman intelek mereka.
Melalui pemerhatian yang dilakukan ke atas keluarga Puan Janna, dalam
suatu kejadian di mana Amzar berebut buku cerita dengan adiknya, Afifah yang
berumur 3 tahun sehingga menyebabkan Afifah berteriak dan menangis kerana
Amzar berjaya merampas buku tersebut daripada Afifah. Amzar berdegil tidak mahu
mengalah atau memberikan buku cerita tersebut kepada Afifah. Akibatnya Afifah
terus menangis tanpa mahu berhenti walaupun abangnya, Afiq cuba menggantikan
buku cerita tersebut dengan barang permainan yang lain.
Selang beberapa minit kemudian, Puan Janna datang kepada anak-anak
yang sedang berkelahi ini dan terus memarahi Amzar serta memukulnya
menggunakan tangan tanpa memberi sebab mengapa Amzar dipukul. Puan Janna
merampas buku cerita pada tangan Amzar dan memberikannya kepada Afifah
semula. Afifah berhenti daripada terus menangis, manakala Amzar pula mula
menangis kerana buku ceritanya telah dirampas dan telah dimarahi serta dipukul
oleh ibunya. Amzar mengasingkan diri di suatu sudut sehingga tangisannya berhenti.
Selepas 15 minit kemudian, Amzar kembali aktif dan bergembira mengikut kakak
saudaranya keluar bersiar-siar tanpa mempedulikan adiknya lagi.
Kesimpulannya Puan Janna tidak dapat menyelesaikan konflik dalam
kalangan anak-anaknya dengan baik. Sepatutnya, beliau bertindak lebih positif
dalam mengendalikan konflik anak-anaknya.

REFLEKSI
Nama

: Syaza Yasmin binti Ismail

No. Kad Pengenalan

: 880524-08-6430
22

Pada semester ini, pelajar-pelajar Major Prasekolah Semester 6 diberi tugasan


berkaitan dengan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak-anak. Tugasan ini
juga meliputi kepentingan keluarga dari segi nilai dan budaya, pembinaan hubungan
antara ibu bapa dan guru, pendekatan keibubapaan, kawalan disiplin anak dan
pengurusan konflik anak-anak.
Sememangnya saya mengakui bahawa walaupun pada semester ini kami
hanya mempunyai dua tugasan, namun saya berasa tugasan yang diberikan sangat
berat. Kedua-dua tugasan yang kami perolehi ini memerlukan kami untuk
memahami tugasan dengan sebaik-baiknya. Saya memulakan tugasan ini agak
lambat kerana tidak memahami tugasan ini dengan baik.
Selepas beberapa perbincangan dibuat, akhirnya saya memahami soalan
yang diberikan dalam tugasan. Walaupun tidak memahami dengan sepenuhnya,
namun saya tekad untuk menyiapkan tugasan ini mengikut kefahaman saya. Apabila
saya telah menyiapkan tugasan ini, saya telah membandingkan laporan saya
dengan laporan dengan rakan-rakan yang lain. Ternyata kefahaman saya tidaklah
tersasar jauh seperti kefahaman rakan-rakan yang lain.
Melalui proses-proses yang sukar, saya menghadapi pelbagai masalah untuk
menyiapkan tugasan ini. Dibebani dengan pelbagai tugasan lain seperti Praktikum
Fasa 2, penyediaan laporan Praktikum Fasa 2, kuliah yang padat, tugasan tutorial,
persediaan persembahan sketsa sempena Perhimpunan Bulanan dan beberapa
tugasan lain menyebabkan saya terpaksa membahagikan masa dengan sebaikbaiknya.
Walaupun saya telah menemui banyak buku-buku rujukan yang berkaitan
dengan tajuk tugasan, tetapi tidak semuanya bersesuaian dengan apa yang ingin
saya garapkan dalam laporan ini. Buku-buku rujukan dalam simpanan saya tidak
banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Saya bersama rakan-rakan telah
pergi ke Perpustakaan Universiti Malaya untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan
termasuklah beberapa jurnal. Tidak banyak jurnal berkaitan dengan Pendidikan Awal
Kanak-kanak menyediakan rujukan kami agak terhad.
23

Maklumat dari carian internet sedikit sebanyak membantu saya menyiapkan


tugasan ini. Maklumat yang diperolehi memberi sedikit input dan kefahaman kepada
saya tentang intipati tugasan yang sedang dilakukan.
Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak perbincangan bersama rakan-rakan
diadakan. Perbincangan ini bertujuan untuk berkongsi idea dan bertukar-tukar
maklumat berkaitan dengan tugasan. Rakan-rakan banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Melalui perbincangan ini juga saya lebih memahami soalan
tugasan dengan baik.
Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya pelajari. Saya banyak
mempelajari hal-hal keibubapaan serta peranan guru dalam membina hubungan
dengan ibu bapa. Ilmu-ilmu serta maklumat yang diperolehi sepanjang menyiapkan
tugasan ini boleh dipraktikkan pada masa akan datang apabila saya bergelar
seorang guru atau seorang ibu pada suatu hari nanti.
Selepas menyiapkan tugasan ini, barulah saya sedari bahawa ilmu
keibubapaan sangat penting untuk semua para ibu bapa. Pendekatan keibubapaan
yang baik sangat penting kepada semua keluarga bagi melahirkan masyarakat yang
harmoni dan penuh nilai-nilai kasih sayang dan toleransi. Nilai-nilai yang disemai
dalam keluarga juga akan melahirkan individu yang bijak mengendalikan kehidupan
dan mengendalikan hubungan sosial dengan masyarakat sekeliling.
Sebagai seorang bakal guru prasekolah juga, tugasan ini sangat berharga
kerana banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan.
Saya telah memperolehi pengetahuan baharu tentang peranan guru prasekolah dan
cara-cara untuk mengendalikan konflik kanak-kanak. Selain itu, saya juga mendapat
banyak idea cara-cara untuk membina hubungan antara guru dan keluarga muridmurid.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak
yang banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini
terutamanya kepada pensyarah pembimbing yang memberikan bimbingan serta
rakan-rakan sekuliah yang sentiasa memberi maklumat serta idea-idea bernas.
24

Sesungguhnya jasa dan budi baik kalian tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.
Semoga Allah saja yang dapat membalas segala budi baik kalian.
Sekian.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS


Nama Pelajar

: Syaza Yasmin binti Ismail

Kumpulan

: PISMP 6C
25

Mata pelajaran

: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Prasekolah

Pensyarah

: Puan Hafiza binti Sulaiman

Tarikh

Perkara yang dibincangkan

Tanda tangan
pensyarah

19 Julai 2010
26 Julai 2010
29 Julai 2010
7 Ogos 2010
14 Ogos 2010

Penyerahan tugasan kerja kursu s PKP


Taklimat kerja kursus oleh pensyarah
Mencari maklumat di internet
Draf kerja kursus
Menaip hasil dapatan daripada sumber

22 Ogos 2010

internet
Membuat rujukan daripada buku-buku

23 Ogos 2010
27 Ogos 2010

rujukan
Perbincangan dengan rakan-rakan
Menaip laporan hasil dapatan rujukan

30 Ogos 2010
1 September 2010
4 September 2010
8 September 2010
15 September 2010

dan perbincangan
Membina soalan temu bual
Pemurnian soalan temu bual
Mula membuat pemerhatian
Membuat pemerhatian dan temu bual
Menyediakan laporan tugasan kerja

17 September 2010

kursus
Menyediakan laporan tugasan kerja

18 September 2010
20 September 2010

kursus
Pemurniaan kerja kursus
Penyerahan kerja kursus kepada
pensyarah

RUJUKAN
Patricia F. Heamon & Verna Hildebrand ( 2009). Guiding Young Children 8th Edition.
Upper Saddle River, NJ: Merill / Pearson Education Inc.
Henniger, M. (2005). Teaching Young Children: An Introduction. Upper Saddle River,
NJ: Pearson / Merill / Prentice Hall.
C.Stephen White & Mick Coleman (2004). Early Childhood Education. Upper Saddle
River, NJ: Merill / Pearson Education Inc.
26

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2003). Panduan Kurikulum
Prasekolah. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ansary Ahmed & Mansor Fadzil (2007). Pendekatan dan Kurikulum dalam
Pendidikan Awal Kanak-kanak. Serdang: UNITEM Sdn. Bhd.
Marjorie V.Fields & Cindy Boesser (1998). Constructive Guidance and Discipline:
Preschool and Primary Education Second Edition. Upper Saddle River, NJ:
Pearson / Merill / Prentice Hall.
Ansary Ahmed, Mansor Fadzil & Abd Razak Habib (2007). Pengenalan Pendidikan
Awal Kanak-kanak. Selangor: UNITEM Sdn. Bhd.

Elkind, D. (2001 September / October). Instructive discipline i built on understanding:


Choosing time in. Child care Information Exchange, 141, 7 8

Sue Grossman (2008 Spring). I Just Dont Like That Kid: Confronting and
Managing Personal Feelings about Children. Childhood Education: Infancy
Through Early Adolescence, 147 149

Janice Patterson & Lynn Kirkland (2007 Fall). Sustaining Resilient Families for
Children In Primary Grades. Childhood Education: Infancy Through Early
Adolescence, 130 134
Rosnaaini Hamid, Suhanim Abdullah & Syahrul Faizaz Abdullah (2004, Disember).
Pendekatan

Keibubapaan

Berdasarkan

Surah

Luqman.

Diperoleh

dari

http://www.psb1.uum.edu.my/TESIS/Penyelidikan%20Print/2005/ROSNAAINI
%20HAMID,%20SUHANIM%20ABDULLAH%20DAN%20SYAHRUL%20FAIZAZ
%20ABDULLAH.pdf
27

Mashitah Ibrahim (1999, Oktober 14). Institusi Keluarga Membentuk Peribadi.


Diperoleh dari http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg01158.html
Saiful Ariff (2010, September 10). Penanaman Nilai Moral dalam Keluarga. Diperoleh
dari

http://www.jelajahbudaya.com/keluarga/penanaman-nilai-moral-dalam-

keluarga.html

28

Anda mungkin juga menyukai