Anda di halaman 1dari 1

Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku Dia amat memalukanku!

alukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara
keluarga kami.
suatu hari semasa di sekolah menengah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan
ini kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya. Lalu kawanku mengatakan EEEE, ibumu hanya ada satu
mata! Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata,
Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!! Ibuku hanya berdiam diri!!! Aku tidak pun
sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan
perasaannya Aku ingin keluar dari rumah itu Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke
Singapura.
Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku. Tiba-tiba ibuku datang
menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku
mentertawakannya Aku menjerit kepadanya, Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan pantas ibuku menjawab Maaf, Saya tersilap alamat dan terus menghilangkan diri.
Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.. Oleh itu aku telah memberitahu suamiku yang aku akan
pergi untuk urusan perniagaan Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!. Jiran memberitahuku
yang ibuku telah meninggal Aku tidak menitiskan setitik airmata pun!! Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku
membacanya
Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar. Kamu mungkin tidak tahu. Semasa kamu masih kecil,
kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata.. Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata
Oleh itu Aku memberi salah satu mataku kepada kamu Aku amat berbangga kerana anak perempuanku dapat melihat dunia ini dengan mata
ibumu ini Dengan kasihku kepadamu IBUMU

Anda mungkin juga menyukai