Anda di halaman 1dari 9

Topik 1 : Konsep Keluarga

Keluarga adalah salah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama
sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil dan biasanya selalu ada hubungan
darah, ikatan perkawinan atau ikatan lainnya, tinggal bersama dalam satu rumah yang
dipimpin oleh seorang kepala keluarga dan makan dalam satu periuk.

Terdapat beberapa definisi keluarga dari beberapa sumber, iaitu:

1. Keluarga adalah sekumpulan orang dengan ikatan perkawinan, kelahiran, dan


adopsi yang bertujuan untuk menciptakan, mempertahankan budaya, dan
meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosional, serta sosial dari tiap
anggota keluarga (Duvall dan Logan, 1986).
2. Keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga
kerana adanya hubungan darah, perkawinan, atau adopsi. Mereka saling
berinteraksi satu dengan yang lain, mempunyai peran masing-masing dan
menciptakan serta mempertahankan suatu budaya (Bailon dan Maglaya,1978 ).
3. Keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri dari kepala
keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat di
bawah satu atap dalam keadaan saling ketergantungan (Departemen Kesehatan
RI, 1988). 

Suatu keluarga setidaknya memiliki ciri-ciri sebagai berikut:

1. Terdiri dari orang-orang yang memiliki ikatan darah atau adopsi.


2. Anggota suatu keluarga biasanya hidup bersama-sama dalam satu rumah dan
mereka membentuk satu rumah tangga.
3. Memiliki satu kesatuan orang-orang  yang berinteraksi dan saling berkomunikasi,
yang memainkan peranan suami dan istri, bapa dan ibu, anak dan saudara.
4. Mempertahankan suatu kebudayaan bersama yang sebagian besar berasal dari
kebudayaan umum yang lebih luas.

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 1


Bentuk kekeluargaan

1. Keluarga inti (Nuclear Family) adalah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan
anak-anak.
2. Keluarga besar (Extended Family) adalah keluarga inti ditambahkan dengan
sanak saudara. Misalnya : kakak, nenek, anak saudara, dan lain-lain.
3. Keluarga Berantai (Serial Family) adalah keluarga yang terdiri dari perempuan
dan lelaki yang menikah lebih dari satu kali dan merupakan satu keluarga inti.
4. Keluarga Duda/janda (Single Family) adalah keluarga yang terjadi perceraian
atau kematian.
5. Keluarga berkomposisi (Composite) adalah keluarga yang perkawinan
berpoligami dan hidup secara bersama.
6. Keluarga Kabitas (Cahabitation) adalah dua orang yang terjadi tanpa pernikahan
tetapi membentuk suatu keluarga.

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 2


Fungsi Keluarga

Terdapat 5 fungsi keluarga dalam masyarakat, iaitu :

Fungsi Biologi

 Untuk meneruskan keturunan


 Memelihara dan membesarkan anak
 Memberikan makanan bagi keluarga dan memenuhi keperluan asas
 Merawat dan melindungi kesihatan
 Memberi kesempatan untuk berekreasi

Fungsi Psikologi

 Memujudkan suasana kekeluargaan yang aman dan kasih sayang 


 Pemikiran yang positif, dalam menyelesaikan masalah
 Pengawalan dan kestabilan emosi
 Mengadakan hubungan baik diantara keluarga dengan keluarga lain atau
masyarakat

Fungsi Sosial Budaya atau Sosiologi

 Meneruskan nilai-nilai budaya


 Sosialisasi
 Pembentukan norma-norma, tingkah laku pada tiap tahap perkembangan anak
serta kehidupan keluarga

Fungsi Sosial

 Mencari sumber-sumber untuk memenuhi fungsi lainnya


 Pembahagian sumber-sumber tersebut untuk pengeluaran atau tabungan
 Pengaturan ekonomi atau keuangan

Fungsi Pendidikan

 Penanaman keterampilan, tingkah laku dan pengetahuan dalam hubungan


dengan fungsi-fungsi lain.
 Persiapan untuk kehidupan dewasa.
 Memenuhi peranan sehingga anggota keluarga yang dewasa

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 3


Teori Kekeluargaan Bronfenbrenner

Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individu


yang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistem
persekitaran yang mementingkan interaksi diantara satu sama lain. Interaksi antara
kanak- kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu boleh mempengaruhi proses
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.
Merujuk kepada konsep teori ini, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam
ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
(Mariani Md. Nor, 2006)

1.MIKROSISTEM

Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai


interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Ia meliputi keluarga,
guru, individu, rakan sebaya, sekolah dan persekitaran yang terlibat secara langsung

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 4


dengan kanak-kanak. Ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam
kehidupan seseorang kanak-kanak dan sebagai individu terdekat atau berhampiran
dengan komuniti kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah
laku kanak-kanak. 

Individu tidak dipandang sebagai penerima pengalaman yang pasif dalam setting ini
tetapi sebagai seseorang yang menolong membangunkan setting. Contohnya interaksi
kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara
rakan, jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak. 

Tingkah laku atau respons kanak –kanak juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa
terhadap kanak-kanak tersebut. Contohnya, kanak –kanak yang berkelakuan baik akan
disenangi oleh orang dewasa di sekitarnya dan mereka akan memberi respon positif
terhadap kanak –kanak ini

2.MESOSISTEM
Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang
lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi
interaksi dengan mikrosistem yang lain. Antaranya hubungan ibubapa – guru, ibubapa-
rakan, guru-rakan, antara rakan, hubungan antara pengalaman sekolah dengan
pengalaman keluarga, pengalaman sekolah dengan pengalaman rakan sebaya.
Contohnya , seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga mungkin
akan menghadapi masalah menjalinkan hubungan yang positif dengan gurunya.

Kajian yang dijalankan oleh Zarinah Arshat, Rozumah Baharudin, Rumayajuhari &
Rojanah Kahar (2002) mendapati bahawa faktor latar belakang keluarga dan tingkah
laku keibubapaan boleh mempengaruhi perkembangan emosi dan kognitif anak.
Pendidikan yang diterima oleh ibu merupakan sumber kekuatan diri yang boleh
mempengaruhi tahap estim diri dan pencapaian akademik anak dalam keluarga berisiko
di luar bandar. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi kebiasaannya melihat hubungan
anak sebagai dua hala, bersifat timbal balik , banyak melibatkan diri dalam aktiviti

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 5


pembelajaran anak dan mengamalkan komunikasi yang positif dan terbuka. Komunikasi
yang terbuka membolehkan ibu bapa menunjukkan kasih sayang melalui sentuhan,
kemesraan dan sokongan. Adalah menjadi fitrah manusia untuk disayangi dan
menyayangi. Tanpa kasih sayang, seseorang itu mungkin menghadapi pelbagai
masalah emosi. Justeru itu, ibu bapa perlu mempelajari bagaimana untuk menjadi
seorang pendengar yang aktif dan juga mengesahkan keperluan dan permasalahan
anak-anak mereka.(Arshat, Baharudin, & Kahar, 2002)

3.EKSOSISTEM
Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid
secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi
kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak
tersebut. Pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain.
Contoh, Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran mempunyai peranan yang besar dalam
menentukan kualiti taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan.
Keputusan mereka dalam perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-
pelajar di daerah tersebut.
Dari perspektif pendidikan, sistem bilik darjah didapati memainkan peranan penting
dalam mempengaruhi-perkembangan kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia sendiri
malah di merata dunia. Kajian mendapati 99.4% ibu bapa berkecenderungan
membantu kanak-kanak mendapatkan buku yang sesuai untuk anak-anak mereka
berbanding dengan bahan lain. Sementara 84.9% pula menyediakan bahan bantu
mengajar elektronik seperti CD Pendidikan dan tidak begitu berminat untuk membelikan
bahan mainan atau buku komik walaupun ada unsur-unsur pendidikan. (Mariani
Md.Nor, 2006)

4.MAKROSISTEM
Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh suatu masa. Misalnya, kanak-
kanak hari ini lebih fokus kepada permainan-permainan komputer atau kemajuan

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 6


teknologi yang ada kini jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh
tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Makrosistem merujuk
kepada perkembangan individu yang di pengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan
(Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan
pekerjaan-pekerjaan yang penting. Sebagai contoh, di sesetengah negara kaum lelaki
diberi peranan yang lebih besar di mana mereka diberi peluang pelajaran dan
pekerjaan-pekerjaan yang penting. Berlainan pula dengan negara-negara barat, kaum
wanita mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam memenuhi kehendak dan
keperluan semasa. Tanpa kita semua sedari hal ini akan memberi kesan ke atas
perkembangan sosial dan emosi khususnya ke atas peranan mereka dalam
masyarakat. Bukan itu sahaja, faktor persekitaran sangat berperanan penting setiap
perkembangan kanak-kanak. Suasana tempat tinggal yang harmoni akan membantu
membina persekitaran yang baik untuk seseorang kanak-kanak membesar dengan baik
dan melalui proses perkembangan yang menyeluruh.

Makrosistem melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal
termasuklah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina
dititikberatkan. Di sesetengah Negara seperti di Amerika Syarikat, peranan mengikut
jantina yang pelbagai dapatditerima. Di Amerika juga, sejak di sekolah lagi kanak-kanak
telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dengan
perempuan. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan
peranan lelaki di mana kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dalam budaya
tersebut.

Satu dari aspek status sosioekonomi murid adalah faktor perkembangan dalam
kemiskinan. Kemiskinan dapat mempengaruhi perkembangan anak dan merosak
kemampuan mereka untuk belajar, meskipun kanak-kanak dari golongan miskin sangat
rajin. (Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008).

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 7


Makrosistem, dalam teori ekologi Bronfenbrenner meliputi kebudayaan di mana individu
ingat bahawa kebudayaan mengacu pada pola perilaku, keyakinan dan semua produk
lain. Dari sekelompok manusia yang diteruskan dari generasi-generasi ingat juga
bahwa studi lintas budaya perbandingan antara satu kebudayaan dengan kebudayaan
lain atau lebih kebudayaan lain, memberi informasi tentang generalitas perkembangan

5.KRONOSISTEM
Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai
contoh, kehadiran ahli baru dalam sebuah keluarga membawa perubahan dan memberi
kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Contohnya apabila ibu melahirkan ahli baru
dalam keluarga, maka kanak-kanak tersebut akan berasa tersisih dan memikirkan ibu
bapa mereka tidak menyayangi mereka kerana ibu bapa mereka memberi lebih
tumpuan dan perhatian kepada ahli baru dalam keluarga tersebut. Bukan itu sahaja,
perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih
berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak
dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
Kronosistem merangkumi pembuatan pola kejadian lingkungan dan transisi sepanjang
kehidupan. Contohnya pengaruh negatif perceraian yang seringkali memuncak pada
tahun pertama perceraian. Dua tahun setelah perceraian, interaksi keluarga tidak terlalu
berantakan dan lebih stabil. Dengan mempertimbangkan lingkungan sosial budaya,
wanita masa kini lebih mungkin didorong untuk mengejar kerjaya dibandingkan dengan
wanita 20 atau 30 tahun yang lalu.

Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa.


Contohnya, kanak-kanak pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama
dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan
kanak-kanak atau diasuh di rumah orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah.
Kronosistem meliputi pemulaan peristiwa-peristiwa sepanjang rangkaian kehidupan dan
keadaan sejarah dari perkembangan individu. Misalnya, dalam mempelajari implikasi
perceraian terhadap anak-anak, para pengkaji menemukan bahawa kesan negatif
sering memuncak pada tahun pertama setelah perceraian dan bahawa kesan
penceraian akan menjadi lebih buruk bagi anak laki-laki daripada anak perempuan

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 8


(Hetherington, 1989 dalam Santrock, 2008). Dua tahun setelah perceraian, interaksi
dalam keluarga tidak begitu stabil dan akan menjadi lebih terkawal. (Santrock, Psikologi
Pendidikan, 2008)

Bronfenbrenner semakin banyak memberi perhatian kepada kronosistem sebagai


sistem lingkungan yang penting. Dia memperhatikan dua permasalah penting, iaitu
kebanyakan anak-anak di luar negara yang hidup dalam kemiskinan (terutama dalam
keluarga bapa/ibu tunggal) mempunyai perkembangan yang sangat berbeza-beza di
antara satu sama lain.(Santrock, Life-Span Development, 2002). Bronfenbenner juga
berpendapat bahawa anak-anak sekarang adalah generasi pertama yang mendapatkan
perhatian setiap hari, generasi pertama yang lahir pada zaman teknologi yang dipenuhi
oleh komputer dan bentuk media baru, generasi pertama yang lahir dalam revolusi
seksual, (Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008).

Permuafakatan Dengan Keluarga (SECE 1033) Page 9

Anda mungkin juga menyukai