Anda di halaman 1dari 5

Kawalan agama dalam keluarga

Fungsi agama kepada manusia adalah penting dalam mendidik sifat


keperabadian seseorang penganut. Agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagian
hidup. Tetapi dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti
memberi pandangan dunia tentang satu-satunya budaya sesebuah agama atau
kepercayaan dan kedudukan manusia di dunia.

Dalam konteks kawalan agama dalam kekeluargaan dapat di terangkan suatu


yang penting kerana berawal dari masa anak-anak, keluarga mengajarkan nilai budaya
dan nilai sosial. Keluarga juga merupakan sumber utama yang memberikan dukungan
emosional. Idealnya, seseorang menerima cinta, pemahaman, keamanan, penerimaan,
keakraban, dan persahabatan dalam keluarga . Di dalam konteks institusi kekeluargaan
dapat di hubungkan dalam dua perspektif fungsional dan perspektif konflik.

Perspektif membimbing setiap orang untuk menentukan bagian yang relevan


dengan fenomena yang terpilih dari konsep-konsep tertentu untuk dipandang secara
rasional.

Menurut Dahrendorf, konflik sosial mempunyai sumber structural, iaitu hubungan


kekuasaan yang berlaku dalam struktur organisasi sosial, dengan kata lain konflik
antara kelompok dapat di lihat dari sudut konflik tentang kesahan hubungan yang ada.

Setiap masyarakat dalam segala hal tunduk atau akur pada proses perubahan
sosial yang terjadi dimana sahaja. Setiap masyarakat dalam segala hal memperlihatkan
ketidaksesuaian dan konflik. Konflik sosial terdapat di mana- mana sahaja. Setiap unsur
dalam masyarakat memberikan peranan terhadap perpecahan dan perubahan.

Agen sosialisasi yang pertama adalah keluarga. Mengenai keluarga ini dikatakan
sebagai agen sosialisasi pertama dan utama yang paling dianjurkan dalam kehidupan
bersosialisasi. Keluarga sebagai langkah awal kita dalam mengenal segala sesuatu
yang berhubungan dengan lingkungan sekitar. Sebelum mengenal lingkungan, tentunya
kita dikenalkan dulu pada lingkungan keluarga. Keluarga akan mengajarkan kita banyak
hal, yang membuat kita menjadi siap untuk hidup bersosialisasi dengan masyarakat
sekitar. Kita mengenal orang tua serta saudara-saudara tujuannya untuk memberi
gambaran awal mengenai karakteristik orang lain di luar lingkungan keluarga.

Dr. H. Samsu Uwes, M.Pd. mengatakan bahwa: Masa depan kualitas kehidupan
suatu generasi, terkait dan sangat dipengaruhi oleh suasana kehidupan keluarga masa
kini. Mutu moral kehidupan yang telah melambangkan dalam suatu rumah tangga akan
sangat mempengaruhi moral anak turunannya (karakter anak-anaknya). Bila kualitas
moral dan karakter suatu keluarga tinggi, akan tinggi pula peluang keberhasilan anak
turunannya, demikian juga sebaliknya. (Mimbar pendidikan, 2004:34).
Keluarga merupakan pendidikan yang pertama dan penting bagi seorang anak
kerana anak mencontohi apa yang di lakukan oleh ibu bapa. Ianya akan mempengaruhi
perkembangan rohani dan jasmani. Ianya dapat menanam sifat dan sikap seseorang
berdasarkan pemahaman agama dan budaya. Seorang anak mempelajari bahasa,
budaya dan agama daripada orang yang paling dekat iaitu ibu bapa.

Ibu bapa harus mengenalpasti perkembangan jasmani, akal , dan rohani setiap
anak-anak. Ianya bertujuan agar anak dapat berkembang secara maksima. Ianya perlu
disedari bahawa setiap anak yang di lahirkan mempunyai potensi dan bakat yang
berbeza dan oleh yang demikian, ibu bapa harus menentukan cara yang sewajarnya
untuk mendidik dan membimbing anak-anaknya. Ibu bapa harus bersikap lemah lembut
serta tidak memaksa mereka dengan cara yang tidak sesuai dengan perkembangan
jiwa anak.

`Setiap anak adalah individu yang tidak dapat diibaratkan sebagai tanah liat
yang bisadibentuk sesuka hati oleh ibu bapa. Namun harus disesuaikan dengan
perkembangan minda dan potensi anak sebagai tanda kasih sayang dan
tanggungjawab moral ibu bapa yang secara konsisten dilandasi oleh sikap kepercayaan
dan mempunyai suatu pola relasi hubungan antara kesedaran kewajiban dengan
kepatuhan terhadap ibu bapa atas kesedaran tersebut. (Samiawan, 2002:57).

Pendidikan yang paling utama dalam keluarga ialah yang merangkumi


pendidikan rohani anak atau pendidikan agama. Pendidikan agama dimaksudkan untuk
meningkatkan potensi spiritual anak agar menjadi manusia yang beriman, bertaqwa
pada Tuhan Yang Maha Esa dan berakhlak mulia.

Menurut Prof. Ahmad tafsir dalam buku ilmu pendidikan dalam perspektif islam
(2007: 157), ada dua arah mengenai kegunaan pendidikan agama dalam keluarga.
Pertama, penanaman nilai dalam arti pandangan hidup yang kelak mewarnai
perkembangan jasmani akalnya. Kedua, penanaman sikap yang kelak menjadi asas
dalam menghargai guru dan pengetahuan di sekolah

Menurut Al-Ghazali, bahwa anak adalah amanat dari Allah dan harus dijaga dan
dididik untuk mencapai keutamaan dalam hidup dan mendekatkan diri pada Allah.
Semuanya bayi yang dilahirkan ke dunia bagaikan sebuah mutiara yang belum diukur
dan belum berbentuk tapi amat bernilai tinggi. Maka kedua orang tuanyalah yang akan
mengukir dan membentuknya menjadi mutiara yang berkualiti tinggi dan disenangi
semua orang.
Fungsi sosial institusi keluarga dalam masyarakat

Setiap masyarakat mengawal tingkah laku seksual ahli-ahlinya, walaupun cara


kawalan tersebut berbeza-beza. Dalam kebanyakan masyarakat, terdapat hukum
agama dan undang-undang yang melarang perhubungan jenis di luar kawalan
perkahwinan. Dalam kajian Murdock (1949) beliau mendapati hanya kurang daripada
lima peratus daripada 250 masyarakat yang dikajinya mempunyai sikap liberal terhadap
kebebasan seks di luar perkahwinan.

Keluarga juga berfungsi menambahkan bilangan ahli ke dalam masyarakat.


Tidak ada masyarakat yang boleh kekal lama sekiranya setiap generasi tidak dapat
menambahkan ahli. Keluarga juga menentukan peranan ibu dan bapa dalam
pengasuhan anak. Walaupun kanak-kanak boleh dilahirkan tanpa pernikahan, keadaan
seperti ini tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada ahli masyarakat.

Proses sosialisasi bermula dalam keluarga, Anak-anak bergantung sepenuhnya


kepada kedua ibu bapa mereka untuk mendapat makan minum, perlindungan dan kasih
sayang dan mereka mudah dipengaruhi oleh sikap ibu bapa mereka. Keluarga
mempunyai fungsi menyalurkan kebudayaan-kebudayaan masyarakat kepada generasi
muda seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa masyarakat tersebut.
Memang terdapat agen-agen sosialisasi yang lain seperti rakan sebaya, sekolah dan
media massa tetapi keluarga adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling
berpengaruh dalam pembentukan personaliti kanak-kanak.

Satu lagi fungsi penting bagi keluarga ialah memberi sokongan emosi kepada
ahli-ahlinya. Walaupun terdapat manusia yang suka bersendirian, secara keseluruhan
manusia ialah insan yang suka berinteraksi. Manusia bukan sahaja memerlukan
persahabatan tetapi juga memerlukan jagaan dan kasih sayang. Memang telah diakui
bahawa manusia memerlukan kasih sayang bagi perkembangan normal. Daripada
peringkat bayi hingga ke peringkat tua, manusia memerlukan keluarga masing-masing
untuk mendapat kemesraan

Ibu bapa mengajar anak-anak apa yang betul dan membezakan dengan apa
yang salah. Setiap masyarakat memerlukan kawalan sosial iaitu mekanisme yang
menentukan ahli-ahlinya mematuhi peraturan. Tanpa kawalan sosial yang berkesan,
sesebuah masyarakat akan porak poranda. Di mana sahaja di dunia, kanak-kanak mula
mempelajari tentang peraturan daripada ibu bapa mereka. Melalui kawalan sosial inilah,
keluarga mengekalkan rukun dan damai dalam masyarakat.

Orang dewasa mempunyai tanggungjawab menjaga dan mendidik kanak-kanak


sehingga mereka dewasa. Ibu bapa memberi tempat perlindungan untuk keselamatan
anak-anak kerana ini sudah menjadi tanggungjawab mereka. Tidak ada institusi lain
dalam masyarakat yang melaksanakan kedua-dua fungsi melahirkan anak dan
kemudian menjaga mereka dengan sempurna atau setakat yang boleh.

Setiap keluarga memainkan peranan ekonomi. Dalam keluarga tani, setiap orang
ahli mempunyai peranan untuk memberi sumbangan kepada kerja di ladang. Pekerjaan
tersebut adalah mengikut kriteria jantina dan umur pula. Begitulah juga halnya dengan
keluarga peniaga kecil. Setiap ahli dalam keluarga mempunyai peranan utama untuk
memaksimumkan keuntungan dalam perniagaan. Konflik perspektif konflik
menyatakan perkahwinan dan kewujudan institusi keluarga ini tidak mendatangkan apa-
apa faedah kepada individu atau masyarakat melainkan konflik semata-mata.

Konflik institusi keluarga

Wujudnya institusi keluarga menyebabkan penindasan dan mengekalkan


ketidaksamaan. Dimana keluarga yang kaya dan berkuasa akan menindas keluarga
yang lemah. Keadaan ini akan berterusan. Di dalam keluarga, perkongsian hidup suami
isteri sering diuji pelbagai ujian dan akibatnya wujud ketegangan. Perkahwinan menjadi
medan perjuangan suami isteri dan masing-masing ingin mengawal pasangan masing-
masing. Sistem kekeluargaan ini akan mengekalkan lagi kedudukan tinggi kaum lelaki.
Kedudukan lelaki lebih tinggi daripada status wanita. Dimana lelaki merupakan ketua
keluarga. Di dalam susunan masyarakat perkahwinan adalah diunsurkan untuk
memperkukuhkan keadaan berkeluarga.

Penceraian mungkin akan berlaku dalam institusi keluarga. Ini disebabkan oleh
ketegangan yang berlaku diantara pasangan tersebut. Kesan negatif akan wujud
terutamanya terhadap anak-anak. Dimana anak-anak mereka akan terbiar sehingga
membawa kepada salah laku jenayah

Anda mungkin juga menyukai