Anda di halaman 1dari 9

DIPLOMA SAINS PERUBATAN DAN KESIHATAN

HBS 1062

SAINS TINGKAH LAKU

SEMESTER 1 BATCH 24 / TAHUN 1

TAJUK TUGASAN : INSTITUT KELUARGA

NAMA PENSYARAH: EN. AHMAD ZAHRULLAIL

NAMA :
NAMA NO. MATRIK
FARAH FARZANA BINTI REZALMAN DHMS24_00032
MUHAMMAD IQBAL BIN SHAHIDAN DMHS24_00033
ISI KANDUNGAN
PERKARA
1.0 DEFINISI KELUARGA
2.0 PENGENALAN INSTITUSI KELUARGA
3.0 PENGEMBANGAN HUBUNGAN SOSIAL
4.0 PEMENUHAN KEPERLUAN ASAS
5.0 PEMBENTUKAN KARAKTER NILAI DAN NILAI MURNI
6.0 PENDIDIKAN DAN PENGEMBANGAN AWAL
7.0 PERANAN PEGAWAI PEMBANTU PERUBATAN DALAM INSTITUSI
KELUARGA
8.0 PENUTUP
1.0 DEFINISI KELUARGA
Keluarga bermaksud sekelompok manusia yang hidup Bersama di bawah bumbung
yang sama. Perkataan keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu "kulawarga" yang
bermaksud "anggota" dan "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana
beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah hidup bersatu. Keluarga juga
bermaksud satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,
perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Menurut Yayasan Budi Penyayang
Malaysia pula, keluarga adalah asas kepada masyarakat dan merupakan unit
terkecil dalam masyarakat. Keluarga terdiri daripada empat iaitu keluarga asas yang
terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak, keluarga luas yang terdiri daripada
beberapa keluarga asas yang sama keturunan, keluarga orientasi iaitu keluarga
yang bertanggungjawab untuk meletak mereka kepada masyarakat melalui
pendidikan dan sebagainya dan akhir sekali, keluarga prokreasi iaitu keluarga yang
bertanggungjawab menghasilkan, membudayakan dan mensosialkan zuriat.
Peranan yang dimainkan oleh ahli di dalam keluarga memberi impak yang sangat
besar kepada kehidupan seseorang.

2.0 PENGENALAN INSTITUSI KELUARGA


Dewasa ini, setiap orang pasti mempunyai keluarga tidak mengira keluarga yang
mempunyai pertalian darah atau tidak, sama ada jauh atau dekat, yang masih
berpijak di muka bumi ini ataupun sebaliknya dan termasuk sekali dengan pusat
yang mengumpulkan semua orang yang mempunyai nasib yang tidak sama dengan
orang lain. Sesorang individu pasti mempunyai sekumpulan orang-orang tersayang
yang dianggap keluarga olehnya. Walaupun keluarga merupakan agen sosial yang
terkecil dalam masyarakat, akan tetapi keluarga memainkan peranan yang amat
besar kerana anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain putih dan keluargalah yang
perlu mencorakkannya. Malah, hadis Rasulullah SAW ada mengatakan bahawa
setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan yang bersih melainkan dua orang
tuanya yang berperanan mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani, atau Majusi.
Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa keluarga memainkan peranan penting dan
memegang tanggungjawab yang amat besar dalam membentuk diri dan tingkah laku
anak-anak dari segala aspek. Maka dengan ini, huraian ini akan menyatakan
kepentingan-kepentingan dalam institusi keluarga beserta maklumat untuk
menerangkan betapa pentingnya tingkah laku anak-anak dibentuk oleh keluarga.

3.0 PENGEMBANGAN HUBUNGAN SOSIAL

Pengembangan hubungan sosial memainkan peranan sentral dalam membentuk


dan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Hubungan sosial mencakupi interaksi
dan huubungan dengan orang lain dalam berbagai konteks, bermula dari lingkungan
keluarga yang mendidik anak-anak dari kecil untuk berkomunikasi dengan orang lain
sehingga ke masyarakat yang luas. Oleh hal yang demikian, dari kecil anak-anak
sudah diasah kemampuan yang sangat penting dalam hubungan sosial iaitu
kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik dan jelas. Melalui interaksi dengan
orang lain, seseorang dapat belajaar mengenai keterampilan komunikasi secara
lisan dan bukan secara lisan yang dapat memudahkan interaksinya dapat
berkembang pada zaman yang semakin maju. Kemampuan ini tidak hanya
membantu dalam menyampaikan idea dan perasaan secara efektif, akan tetapi ia
juga dapat mempengaruhi cara seseorang merespon dan memahami orang lain.
Seterusnya, selain daripada kemahiran sosial yang dibentuk oleh keluarga, institusii
keluarga juga dapat mempengaruhi dapat meningkatkan kemahiran dalam
pergaulan dengan hubungan sosial yang dapat mempengaruhi pembentukan identiti
individu. Melalui interaksi dengan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat seseorang
dapat membentuk persepsi tentang dirinya sendiri. Berhubungan dengan itu,
pengembangan hubungan sosial juga dapat mengajarkan keterampilan sosial dan
interpersonal yang penting dalam kehidupan sehari. Walaubagaimanapun, penting
untuk diingatkan tidak semua masyarakat dalam hubungan sosial dapat memberikan
dampak yang positif kepada seseorang individu. Sekiranya ada individu yang terlibat
dengan hubungan sosial yang toksik atau merugikan dapat membentuk tingkah laku
yang negatif dan menahan perkembangan individu. Oleh itu, institusi keluarga harus
memainkan peranan sebagai ibu bapa untuk mengawal anak-anak untuk tidak
terlibat dengan hubungan sosial yang negatif.
4.0 PEMENUHAN KEPERLUAN ASAS

Di samping itu, pemenuhan keperluan asas dalam institusi keluarga adalah kunci
utama untuk menciptakan lingkungan yang sihat dan berdaya tahan dalam
mengukuhkan perhubungan dalam keluarga. Institusi keluarga memainkan peranan
sebagai unit dasar di dalam masyarakat yang bertanggungjawab untuk memastikan
anggotanya memperoleh keperluan asas masing-masing. Keperluan asas
mencakupi pelbagai aspek termasuk keperluan fizikal dan keperluan mental. Hal ini
bersangkut-paut dengan peranan masing-masing di dalam institusi keluarga seperti
seorang bapa atau ibu yang bekerja harus bertanggungjawab dalam memastikan
keperluan fizikal seperti memberi nafkah kepada anggota keluarga, pakaian yang
bersih dan tempat tinggal yang aman dan selamat. Keluarga berfungsi sebagai
tempat di mana anggotanya merasa aman dan terlindungi secara fizikal dan
menciptakan dasar yang kuat untuk kesejahteraan mereka.

Selain itu, pemenuhan keperluan bukan sahaja perlu memastikan keperluan


emosional juga merupakan aspek yang penting dalam dalam institusi keluarga.
Semua pihak di dalam anggota keluarga mestilah memberikan sokongan emosi,
kasih sayang dan perhatian. Keluarga menciptakan ikatan emosional yang kukuh,
memberikan tempat bagi anggotanya untuk berbagi perasaan, merayakan
kebhagiaan dan mengatasi tantangan hidup bersam-sama. Keperluan dalam
memberikan sokongan emosional dapat tidak boleh diabaikan kerana sokongan
tersebut sangat berpengaruh dalam kehidupan anak-anak. Ditambah lagi dengan
zaman yang semakin canggih ini, ramai anak-anak yang telah didedahkan kepada
dunia luar kerana penggunaan gajet yang bebas menyebabkan ramai kanak-kanak
yang masih belum bersedia untuk menjalani kehidupan realiti akan menyebabkan
ramai kanak-kanak yang mental belum sepenuhnya bersedia akan mendapatkan
tekanan stress dari sosial media zaman kini. Seterusnya, pemberian kasih sayang
dari ibu bapa kepada anak-anak sangat penting kerana kanak-kanak zaman kini
mempunyai mental yang sangat lemah sehingga menyebabkan ramai kanak-kanak
yang cepat tersinggung apabila tidak mendapatkan perhatian walaupun sekejap
sahaja.
5.0 PEMBENTUKAN KARAKTER NILAI DAN NILAI MURNI

Pembentukan karakter nilai dan nilai murni dalam institute keluarga sangat penting
bagi mewujudkan keluarga yang bahagia. Keluarga Bahagia sangat dalam setiap
keluarga tetapi bukan senang untuk mendapatkan keluarga yang bahagia. Semua
individu memandang rendah tentang hal ini tetapi tetapi sukar menentukan
bagaimana ianya boleh dicapai.

Berdasarkan Kajian Mahmood (1997) menyatakan bahawa kebahagian tercapai


apabila seseorang mengalami kesenangan, gembira, mempunyai objektif dan tujuan
hidup yang jelas bersikap optimistik, merasa selesa dan merasa nikmat dengan
setiap yang ada. Secara ringkas, keluarga yang bahagia dapat dipupuk di dalam hati
tanpa terletak pada kekayaan, kuasa, kedudukan dan apa saja yang bersifat
kebendeaan. Dalam Quran dan Al-Sunnah juga telah memberikan panduan dalam
banyak aspek tentang kekeluargaan seperti objektif pembinaannya, cara
perkahwinan dikelolakan dan hubungan yang diamanahkan antara satu sama lain.

Antara nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam keluarga ialah sikap adil.
Ibubapa hendaklah bersikap adil dengan anak-anak dalam memberi kasih sayang
kepada mereka. Ibubapa perlulah memberikan kasih sayang yang sama rata kepada
semua anak-anak bagi mengelakkan ketidakfahaman. Sebagai contoh, jika ibu atau
bapa hendak menyuruh melakukan kerja rumah haruslah memberi tugas kepada
semua anak supaya dia tidak akan membandingkan kasih sayang ibubapa terhadap
dirinya. Selain itu, anak-anak haruslah diajarkan bercakap perkara yang betul sahaja
walaupun mereka salah. Ibubapa tidak boleh melakukan perbohongan terhadap
anak-anak kerana anak-anak telah meletakkan kepercayaan mereka terhadap
ibubapa. Hal ini kerana ibubapa merupakan contoh ikutan kepada anak-anak.
Selanjutnya, ibubapa mestilah mengajar anak-anak supaya jangan sesekali
mengambil barang orang lain yang bukan milik mereka.

Tambahan pula, amalan tolong menolong perlu diamalkan untuk menjadikan


kehidupan sesebuah keluarga itu akan lebih rapat dan harmoni. Slogan "Rumahku
Syurgaku" akan menjadi kenyataan kerana rumah akan menjadi harmoni dan tiada
pergaduhan antara satu sama lain. Tolong menolong juga merupakan amalan baik
yang dituntut dan dapat mendisplinkan diri. Nilai sayang menyayangi juga perlu ada
dalam diri individu. Sebagai ibubapa, seharusnya menyayangi anak-anak dan anak-
anak pula mestilah sentiasa menyayangi ibubapa. Sebagai contohnya, sentiasa
mendengar segala nasihat mereka dan selalu menghormati mereka pada setiap
masa. Hal ini dapat membina keperibadian yang terbaik dan terpuji yang boleh
mendatangkan kebaikan pada negara dan masyarakat. Maka, institut keluarga
sangat penting untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri.

6.0 PENDIDIKAN DAN PENGEMBANGAN AWAL

Pendidikan dan perkembangan awal diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Hal ini kerana Pendidikan itu sangat penting bagi setiap individu. Tanpa Pendidikan,
manusia tidak dapat berkembang. Pada anak-anak telah berusia beberapa bulan,
Ibubapa boleh mengajar anak-anak tentang pengetahuan Kemahiran hidup seperti
cara makan sendiri, mengajar membuang hadas sendiri dan seharusnya
mendedahkan anak-anak dengan pembelajaran awal seperti cara membaca,
mengira dan menulis. Kemahiran ini boleh mendidik anak-anak untuk berdikari dan
belajar untuk membesar.

Apabila anak sudah mencapai usia satu dan dua tahun, ibubapa perlu mangajar
anak-anak untuk berjalan sendiri, bercakap, membaca, menulis dan mengikut
arahan. Selain itu, kebanyakan ibu-bapa di Malaysia menghantar anak-anak mereka
yang berusia empat tahun ke bawah ke TASKA, di sana kanak-kanak mula
mendapat pendidikan secara tidak formal dengan bermain dan beraktiviti bersama
rakan sebaya dan pengasuh. Peringkat seterusnya di usia 5 hingga 6 tahun, kanak-
kanak di Malaysia akan mula memasuki sistem pendidikan secara formal di Taman
Didikan Kanak Kanak yang juga dikenali sebagai TADIKA atau ‘kindergarten’.
Setelah mencapai usia tujuh hingga 12 tahun, anak-anak akan mula dihantarkan ke
sekolah rendah untuk pembelajaran awal mengenai pengetahuan asas Pendidikan.
Di sekolah rendah, kanak-kanak akan didedahkan kepada pelbagai mata Pelajaran
seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Dari situ, anak-anak
dapat menambah pengetahuan yang lebih lanjut mengenai kemahiran
pembelajaran. Seterusnya, setelah menjelang usia 13 tahun, anak-anak akan
melajutkan Pelajaran ke peringkat seterusnya iaitu peringkat sekolah menengah.
Anak-anak akan mempelajari dan menambah pengetahuhan yang lebih mendalam
dan menyeluruh di sekolah menengah. Dan akhirnya setelah berusia 18 tahun,
ibubapa boleh melanjutkan pembelajaran anak-anak ke peringkat atas seperti
universiti, kolej untuk menyambung pembelajaran ke diploma, degree dan sarjana
muda dan lain-lain.

7.0 PERANAN PEGAWAI PEMBANTU PERUBATAN DALAM INSTITUSI


KELUARGA

Institusi keluarga merupakan faktor yang terbesar dalam pembentukan jati diri
terhadap tumbesaran kanak-kanak yang menjadi akar dalam aspek kejayaan dunia.
Akan tetapi, setiap institusi dalam hal keluarga pasti mempunyai masalah di dalam
hubungan keluarga yang mampu memecahbelahkan hubungan antara keluarga.
Oleh hal yang sedemikian, ini juga boleh dikaitkan dengan peranan pegawai
pembantu perubatan dalam membantu masyarakat yang mempunyai masalah
dalam keluarga dengan memberi dorongan dan nasihat kepada mereka. Tugas
sebagai pembantu perubatan berkait rapat dengan membantu dalam penyediaan
rawatan dan penjagaan kesihatan yang dapat memberikan penjagaan dan rawatan
kesihatan kepada ahli keluarga yang memerlukan. Dengan hal yang berkaitan
dengan ayat di atas, pegawai pembantu perubatan juga dapat membantu
memberikan bimbingan psikososial kepada anggota keluarga yang mengalami
stress atau kecemasan berkaitan dengan masalah kesihatan. Mereka dapat
memberikan dukungan emosional dan membantu keluarga dalam mengatasi
tantangan mental yang terkait dengan keadaan kesihatan. Hal ini amat diperlukan
jika ada sesebuah keluarga yang salah seorang mempunyai masalah stress sendiri
dan tidak ingin untuk mencuba berkomunikasi bersama keluarga yang menyebabkan
ahli keluarga yang lain berasa resah hati jika tidak dapat membantu salah satu ahli
keluarga tersebut kerana buntu tentang masalah individu tersebut. Selain itu,
pegawai pembantu perubatan juga dapat membantu dengan menggunakan
sarannya dalam membantu sesebuah keluarga tersebut untuk membuat keputusan
yang berkaitan dengan perawatan kesihatan anggota keluarga. Mereka dapat
memberikan informasi yang diperlukan, menjelaskan tujuan kepentingan perawatan
kepada diri mahupun keluarga, dan membantu keluarga dalam membuat keputusan
yang terbaik untuk kepentingan setiap ahli anggota keluarga. Mungkin ada satu
masa dimana mungkin ketua keluarga ingin membuat keputusan akan tetapi ada
juga ahli kelurga yang tidak menyetujui keputusan tersebut dikeranakan keputusan
tersebut tidak mendatangkan manfaat atau merasa ketidakadilan yang terjadi.
Disebabkan itu, pembantu perubatan boleh meredakan keadaan dengan cara
memberikan maklumat dengan lebih jelas dan kelebihan atau keburukkan yang akan
diterima tentang keputusan tersebut. Dengan berbuat demikian, setiap masyarakat
yang akan dapat mewujudkan ahli keluarga yang aman dan harmoni.

9.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, keluarga ini sangat penting untuk semua individu dan
masyarakat yang hidup. Keluarga merupakan komponen penting dalam proses
pembentukan masyarakat dan negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan negara
tidak akan sempurna. dapat mengekalkan dan mengukuhkan kesinambungan
generasi manusia akan datang. Hal ini sedemikian untuk memastikan kewujudan
manusia di bumi ini berterusan. Keluarga merupakan titik permulaan bagi
membangunkan negara yang aman bahagia. Berkahwin dan berkeluarga juga
merupakan sebahagian daripada Sunnah Nabi Muhammad SAW. Maka, berkeluarga
merupakan sunnah yang boleh dicontohi. Semua ahli keluarga perlulah bersama-
sama menjalankan tangungjawab masing-masing dan mengambil berat antara satu
sama lain. Hal ini kerana tanpa keluarga, siapa kita pada hari ini. Oleh itu, kita
perlulah bersama berganding bahu memelihara keharmonian dalam keluarga agar
melahirkan individu yang positif, mengurangkan kes jenayah, mengelakkan
berlakunya masalah sosial dalam keluarga dan mampu menjamin keamanan
negara.

Anda mungkin juga menyukai