Anda di halaman 1dari 7

LAMPIRAN B

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR STAR

PLAN MENGAJAR

Nama Pengajar MOHAMED TUAH BIN SABTU

Kum. Pelatih PEMBANTU PERUBATAN PELATIH 23/2009

Semaster 1

Bil. Pelatih 139

Topik / Unit / Topik : SAINS TINGKAHLAKU


Tajuk Unit 2 : PENGENALAN KEPADA PSOKOLOGI MANUSIA
2.5 Kesedaran dan ingatan

Tarikh / Masa 02.02.2009 @ 10.30 – 12.30 pm (2jam)

Objektif Objektif Am:


Pembelajaran Memperkenalkan pelajar kepada topik Kesedaran serta kepentingannya
kepada proses pembelajaran pelajar

Objektif Spesifik
Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-
1. Memberi definisi kesedaran dan ingatan
2. Menjelaskan fungsi kesedaran dan ingatan
3. Menghurai secara ringkas faktor yang mempengaruhi ingatan dan
kelupaan
4. Menerangkan kaedah meningkatkan ingatan

Rujukan 1. Craig Cahhoun et al (1994) Sociology Mc Graw-Hill Inc : New York


2. John C. Rush (1984) Psychology – The Personal Science Wadswot
Publisher : California
3. Fieldman Robert (1993) Understanding Psychology Mc Graw-Hill
Inc : New York
4. Kagen Jerome (1991) Psychology – An Introduction HBJ College
Publisher : USA
5. Mahmood Nazar Mohamed (1990) Penghantar Psikologi – Satu
Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia DBP : KL
RANCANGAN PENGAJARAN
Masa / Isi Kandungan METODOLOGI Alat Bantu Penilaian
Langkah Mengajar
Aktiviti Pengajar Aktiviti Pelatih
Langkah 1 - Memperkenalkan pelajar - Menimbulkan minat tentang - Menjawab soalan yang LCD
Set induksi kepada topik pelajaran Matapelajaran Kesedaran dikemukakan
5 minit (Percambahan minda) - Mendengar dan mencatat
- Objektif pelajaran - Menerangkan objektif pengajaran objektif pembelajaran
Langkah 2 - Definisi Kesedaran dan - Memberi dan menerangkan - Memberi tumpuan, meneliti
10 minit ingatan definisi kesedaran dan ingatan penerangan, mencatat nota
dan memberi maklum balas

Langkah 3 Pelatih di soal imbas tentang definisi kesedaran


Linkage Seterusnya pelajar akan terangkan dengan fungsi kesedaran dan faktor yang mempengaruhi ingatan dan kelupaan
Mini Closure
Langkah 4 - Fungsi kesedaran dan - Menjelaskan fungsi-fungsi - Memberi tumpuan, meneliti
20 minit ingatan kesedaran dan ingatan penerangan, mencatat nota
dan memberi maklum balas

Langkah 5 - Faktor yang - Menghuraikan faktor yang - Memberi tumpuan, meneliti


30 minit mempengaruhi ingatan mempengaruhi ingatan dan penerangan, mencatat nota
dan kelupaan kelupaan dan memberi maklum balas

Langkah 6 Pelatih di soal imbas tentang fungsi kesedaran dan faktor yang mempengaruhi ingatan dan kelupaan. Seterusnya pelatih akan
Linkage / diterangkan kaedah meningkatkan ingatan
Mini Closure
Langkah 7 - Kaedah meningkatkan - Menerangkan kaedah Memberi tumpuan, meneliti
40 minit ingatan meningkatkan ingatan penerangan, mencatat nota
dan memberi maklum balas
Langkah 8 Penutup Kognitif - Meminta pelajar merumus dan Membuat rumusan dengan
Penutup Merumus kembali apa menerangkan perasaan mereka bimbingan pengajar
5 minit yang telah dipelajari dan
menilai semula
pengetahuan pelajar
Penutupan sosial - Meningkatkan kesedaran pelajar Mencatat nota-nota penting
Meningkatkan kesedaran tentang tanggung-jawab mereka
pelajar tentang memahami topik kesedaran sebagai
tanggungjawab dan persediaan menghadapi alam
peranan pelajar dalam pekerjaan
memahami topik ini

Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

………………………….. ………………………... …………………………...


Mohamed Tuah bin Sabtu En. Yu Chye Wah En. Mohad Jamarudi bin Mat Kastor
Pengajar Sains Tingkahlaku Timbalan Pengetua (Akademik) Penyelaras Program Basik
Kolej Pembantu Perubatan Kolej Pembantu Perubatan Kolej Pembantu Perubatan
Alor Star Alor Star Alor Star
KONTEN DAN OBJEKTIF
OBJEKTIF KONTEN
Langkah 1 Pengenalan
Induksi dan Kita mengetahui tentang apa yang berlaku disekeliling kita adalah disebabkan kita sedar dan
menerangkan objektif ingatan kita boleh berfungsi dengan sempurna. Cuba bayangkah apa yang akan berlaku
10 minit seandainya tahap kesedaran dan ingatan kita menurun. Cuba kita perhatikan kepada mereka
yang mengalami gangguan ingatan dan pemikiran mereka kacau.

Objektif
Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-
1. Memberi definisi kesedaran dan ingatan
2. Menjelaskan fungsi kesedaran dan ingatan
3. Menghurai secara ringkas faktor yang mempengaruhi ingatan dan kelupaan
4. Menerangkan kaedah meningkatkan ingatan

Langkah 2 Kesedaran dan Ingatan


- Definisi kesedaran Fenomena kesedaran masih tidak dapat diterangkan dengan jelas dalam bidang psikologi
dan ingatan kerana ia mempunyai beberapa pandangan dan pengertian yang berbeza.
10 minit
Keadaan sedar boleh didefinisikan sebagai suatu keadaan atau situasi pertukaran aliran
pengalaman masa kini yang melibatkan presepsi, perasaan, sensasi bayangan dan pendapat.

Manakala kesedaran adalah suatu keadaan yang mempunyai maksud yang berkait rapat
dengan keadaan sedar terhadap peristiwa dan pengalaman luaran serta dalaman yang
berlaku. Terdapat kebolehan untuk memproses dan memahami stimulus selain dari hanya
bertindak ke atas diri sendiri serta sedar terhadap apa yang berlaku di dalam, di luar dan di
persekitaran kita.

Ingatan pula adalah kebolehan mental kita untuk menyimpan dan kemudian mengeluarkan
atau mengenal kembali perkara-perkara atau pengalaman yang pernah kita alami. Ingatan
juga merupakan sistem mental yang aktif menerima, mengekod, mengubahsuai dan
mengeluarkan kembali maklumat tersebut apabila diperlukan

Ingatan juga merujuk kepada apa yang dikekalkan – keseluruhan jumlah pengalaman
termasuk sesuatu kejadian khusus yang boleh diulangkesahkan. Kita gunakan istilah ingatan
remembering untuk menyatakan maksud mengekalkan atau mengulang kembali pengalaman
lalu

Ingatan berbeza dengan gambar atau film kerana ingatan jarang dapat diulang semula secara
tepat. Jumlah perkara yang dapat diingati kembali dipengaruhi oleh berbagai faktor
termasuklah keadaan kesihatan, tumpuan, emosi dan pandangan.

Ingatan merupakan perpustakaan yang menyimpan sejarah dan keseluruhan pengalaman


peribadi anda. Perkara yang penting dalam ingatan ialah secara amnya kita mudah mengingati
perkara di bahagian awal atau akhir sesuatu senarai, perkara yang ganjil dan perkara-perkara
yang bermakna.
Langkah 3 Pelatih di soal imbas tentang definisi kesedaran
Mini closure dan
Seterusnya pelajar akan terangkan dengan fungsi kesedaran dan faktor yang mempengaruhi
linkage
ingatan dan kelupaan
5 minit
Langkah 4 Fungsi kesedaran dan Ingatan
- Fungsi kesedaran Kesedaran dan Ingatan mempunyai fungsi masing-masing yang tersendiri untuk lebih
dan ingatan memahami ada baiknya diterangkan satu persastu
20 minit
Fungsi Kesedaran
a) Pengawasan diri – supaya kita sedar dan akur dengan apa yang sedang berlaku dalam
tubuh badan dan persekitaran kita. Persepsi, memori dan pemikiran berfungsi dalam
keadaan sedar. Tugas utama sistem sensori badan manusia adalah memproses
maklumat yang diterima dari alam sekitar hingga ke tahap sedar mengenai apa yang
sedang berlaku di persekitaran termasuk dalam badan kita.
b) Pengawalan tindakan – supaya tindakan dan perlakuan dilakukan secara berkoordinasi.
Untuk melakukan sesuatu perkara kita merancang, memulakan dan beraksi mengikut
panduan yang ditetapkan. Apa jua perancangan perlaksanaan sama ada yang asas atau
yang kompleks, tindakan kita adalah berdasarkan dan berkoordinasi dengan peristiwa-
peristiwa dalam persekitaran kita.

Fungsi Ingatan
Walau apa pun jenis ingatan yang terlibat, untuk mengingat kembali sebarang pengalaman
pada masa akan datang memerlukan penjanaan tiga proses mental iaitu:-
a) Encoding atau Pengekodan iaitu penterjemahan tenaga rangsangan yang datang,
kepada kod saraf yang unik supaya boleh fahami dan diproses oleh otak
b) Storage atau Penyimpanan iaitu pengekalan bahan-bahan yang telah dilakukan
Pengekodan ke atasnya
c) Retrival atau Mendapatkan Kembali maklumat atau bahan yang telah tersimpan untuk
digunakan apabila tiba masa yang memerlukan maklumat tersebut.

Langkah 5 Faktor Yang mempengaruhi Kelupaan


- Faktor yang Sebelum mengetahui apa faktor yang menyebabkan kelupaan lebih baik kita mengetahui
mempengaruhi ingatan keseluruhan sistem ingatan di dalam mengembalikan semula informasi:-
dan kelupaan - sensory memory atau ingatan deria yang menyimpan atau menterjemah rangsangan
deria seperti penglihatan, bunyi, bau dan rasa dan hanya untuk satu atau dua saat
30 minit
- Ingatan Jangka Pendek termasuklah pengumpulan semula apa yang baru sahaja kita
cerap, informasi terhad yang bertahan untuk 20 saat melainkan ia diberikan perhatian
yang lebih
- Ingatan Jangka Panjang menyimpan informasi untuk digunakan semula pada bila-bila
masa sepanjang hayat. Informasi dalan Ingatan Jangka Panjang terdiri daripada ilmu
pengetahuan kita mengenai kehidupan di dunia secara keseluruhannya.
Sistem ingatan ini juga dikatakan sebagai peringkat dalam turutan memproses informasi. Ia
adalah berbeza bukan sahaja dari segi berapa banyak dan berapa lama maklumat itu boleh
dipertahankan tetapi bagaimana ia diproses. Ingatan yang diterima sehingga ke peringkat
Ingatan Jangka Panjang telah melalui dan diproses di peringkat sensory memory dan Ingatan
Jangka Pendek terlebih dahulu. Sensory memory diproses menjadi idea atau bayangan yang
kemudiannya disusun menjadi corak atau bentuk yang sesuai ke dalam jaringan sedia ada
dalam Ingatan Jangka Panjang

Faktor yang mempengaruhi ingatan dan kelupaan


a) Keusangan – kehilangan informasi disebabkan oleh ketidakgunaan. Kajian
menunjukkan berlakunya perubahan fisikal kepada otak apabila sesuatu perkara baru
dipelajari. Namun jika maklumat tersebut tidak tidak digunakan kesan fisikal tesebut
akan hilang. Semakin kerap maklumat tersebut digunakan semakin nyata kesan fisikal
kepada otak.
b) Tekanan – kesukaran mengingat sewaktu mengalami tekanan samada emosi, fisikal,
sosial mahupun spiritual. Ini adalah disebabkan kegagalan memberi tumpuan kepada
apa yang hendak diingati atau bertindak mengikut keutamaan kepentingan.
c) Gangguan Retroaktif – kesukaran mengingat informasi terdahulu disebabkan
pendedahan kepada maklumat baru. Contoh, menghadapi kesukaran mengingati fakta
dalam ujian subjek anatomi yang diadakan sejurus selepas kelas Biosains
d) Gangguan Proaktif – maklumat yang diperolehi dahulu mengganggu proses mengingat
maklumat yang lebih baru. Contoh, awalnya kita belajar Bahasa Melayu, kemudian kita
belajar pula Bahasa Inggeris. Semasa menjalani peperiksaan Bahasa Inggeris kita
mengalami kesukaran menerangkan dalam Bahasa Inggeris kerana mencari
persamaan makna dalam Bahasa Melayu
e) Kehilangan Petunjuk Sosial – Mengapa kerap kita tidak dapat mengingati nama dan
rupa ramai kawan-kawan dan guru kita dahulu bila kita berpeluang berjumpa. Kerana
telah berlaku perubahan. Orang yang kita kenali dahulu adalah berbeza dengan yang
kita temui sekarang.
f) Kaedah Helah Beladiri (repression) – kita sengaja melindungi diri kita dari mengingati
ingatan dan pengalaman pahit yang menyakitkan, menakutkan dan dahshat serta
menekan ingatan itu ke peringkat bawah sedar atau tidak sedar
g) Tempoh Masa – untuk ingatan itu diproses menjadi Ingatan Jangka Panjang ia
perlukan tempoh masa yang tertentu. Seandainya masa terlalu singkat maka ia tidak
akan dapat di jadikan Ingatan Jangka Panjang
h) Aras Keyakinan – aras keyakinan dibentuk melalui pembacaan dan pengalaman yang
ditempuhi. Semakin banyak pembacaan dan pengalaman yang ditempuhi semakin
tinggi aras keyakinan. Semakin tinggi aras keyakinan, semakin tajam ingatan
seseorang kerana pemikirannya selalu digunakan.
i) Tahap kesihatan fisikal dan mental – otak memerlukan bekalan oksigen dan nutrien
yang secukupnya bagi membolehkan ia berfungsi secara optimum. Bila tahap
kesihatan terganggu, bekalan oksigen dan nutrien ke otak terganggu menyebabkan
meningkatkannya kelupaan dan ingatan merosot
j) Kerap mengambil makanan secara berlebihan – selepas mengambil makanan darah
akan bertumpu di sirkulasi portal untuk membantu melaksanakan proses
penghadaman. Kesannya bekalan darah ke otak berkurang; menyebabkan tumpuan
terhadap pembelajaran tidak dapat dikekalkan pada tahap optimum, proses ingatan
tidak dapat dijalankan sepenuhnya.
k) Gangguan terhadap fungsi otak – banyak perkara yang boleh memberikan gangguan
fungsi otak dan seterusnya menyebabkan kelupaan. Antaranya akibat kemalangan,
kesan pengambilan dadah dan alkohol, penyakit psikiatri dan kemerosotan otak

Langkah 6 Pelatih di soal imbas tentang fungsi kesedaran dan faktor yang mempengaruhi ingatan dan
Mini closure dan kelupaan. Seterusnya pelatih akan diterangkan kaedah meningkatkan ingatan
linkage
5 minit
Langkah 7 Kaedah-kaedah Meningkatkan Ingatan
- Kaedah Kita telah faham bahawa ingatan itu amat penting untuk manusia meneruskan kehidupan dan
meningkatkan ingatan melanjutkan kelangsungan peradaban di atas muka bumi dangan aman dan harmoni. Maka
40 minit adalah amat perlu untuk mempertingkatkan Ingatan setiap individu yang ada. Kaedah mudah
untuk meningkatkan Ingatan adalah dengan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi Ingatan
dan menyebabkan Kelupaan. Kaedah lain yang boleh digunakan adalah:-
a) SQ3R –
i) Survey – melakukan pembacaan sepintas lalu untuk mendapatkan
pandangan keseluruhan mengenai bab berkenaan
ii) Question – menyediakan soalan-soalan berkenaan maklumat yang ingin anda
perolehi dari pembacaan di bab itu
iii) Read – membaca bab berkenaan secara teliti dengan mencatit nota penting dan
mencari dan memikirkan hujah-hujah utama dan penting
iv) Recite – membaca untuk mencari makna yang sebenar dari apa yang telah
dibaca. Gunakan kefahaman ini untuk menjawab soalan-soalan yang telah
disediakan diperingkat awal.
v) Review – membaca ringkasan bab berkenaan dan baca bab berkenaan sekali
lagi secara sepintas lalu dan buat perbandingan dengan nota yang telah anda
sediakan

b) Kaedah Loci
Meletakkan idea atau perkataan kepada tempat tertentu. Sebagai contoh jika anda ingin
memperkatakan tentang sebuah rumah idaman; mulakan pembukaan dengan
menceritakan jalan masuk menuju rumah tersebut, teruskan dengan ruang rehat/tamu
sebagai idea pertama. Idea utama seterusnya adalah ruang makan dan seterusnya
hinggalah keseluruhan rumah itu diterangkan termasuk kawasan belakang rumah. Anda
boleh juga membahagikan kepada how, what, when, where, why and whom tentang
sesuatu perkara agar semua maklumat yang ingin anda sampaikan tidak tercicir.

c) Latihan dan ulangan – walaupun latihan tidak semestinya menjadikan sesuatu itu
sempurna tetapi ia banyak membantu. Dengan belajar dan melakukan latihan melepasi
titik kemahiran asas–satu proses dinamakan overlearning–kita dapat menunjukkan
keputusan yang lebih baik dalam Ingatan Jangka Panjang berbanding dengan mereka
yang tidak mengamalkannya
d) Penyalinan dan penyusunan nota.
Dalam konteks meningkatkan ingatan “sedikit adalah lebih baik”. Daripada anda cuba
untuk menyalin segala-gala adalah lebih baik anda dengan dan fikirkan akan bahan yang
disampaikan, mencatatkan poin penting setelah menimbangnya dalam ruanglingkup yang
lebih luas. Dalam isu mengambil nota secara efektif, memikirkan tentang bahan adalah
lebih penting dan berkesan dari menulis nota itu sendiri. Inilah alasan mengapa meminjam
nota orang lain adalah pilihan yang salah kerana anda tidak mempunyai ingatan yang
boleh digunakan untuk memahaminya

e) Penyusunan text bacaan


Anda perlu mempastikan dari awal mengenai struktur dan kandungan bahan bacaan
tersebut dengan melihat secara sepintas lalu menggunakan daftar isi kandungan,
ringkasan setiap bab, perkara-perkara penting sehinggakan baik jika anda mengetahui
ringkasan bab, sebelum memulakan pembacaaan mana-mana bab.

f) Mengkelompokkan askara-askara
Penyusunan abjad-abjad atau bentuk tertentu juga membantu memperkuat ingatan
terutama Ingatan Jangka Panjang. Sebagai contoh untuk mengingati 5 tasik besar di
Amerika Utara anda hamya perlu mengingati perkataan HOMES. Semasa berdepan
dengan kemalangan atau kecemasan ingat DR ABC.

g) Membuat Peta Minda


Peta minda membantu kita melakukan imaginasikan turutan perkara-perkara penting yang
perlu disampaikan tetapi dalam olahan yang ringkas. Perkara yang terdapat dalam peta
minda hanyalah poin-poin penting, tetapi dengan kefahaman anda berupaya
menerangkannya dengan secara terperinci.

h) Refleksi dan Journal


Penulisan dan pembacaan refleksi dan journal sendiri pada setiap hujung hari adalah satu
kaedah membantu dan menggalak otak kita mengingati apa yang berlaku dalam proses
pembelajaran pada setiap hari. Semakin banyak anggota dan pancaindera yang
digunakan dalam pembelajaran, semakin kuat ingatan kepada apa yang dipelajari.

i) Sentiasa mengulangkaji secara berkala


Jika telah benar-benar tahu dan memahami, maka ulangkaji adalah tidak perlu. Tetapi
adalah lebih baik jika anda sedang mengikuti proses pembelajaran agar melakukan
ulangkaji bahan pelajaran beberapa kali dalam usaha untuk mencapai tahap overlearning.

Langkah 8 Penutup Kognitif


Penutup Meminta dan membantu pelajar merumus kembali apa yang telah dipelajari dan menerangkan
5 minit perasaan mereka

Penutupan sosial
Meningkatkan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab dan peranan pelajar dalam
memahami topik ini

Anda mungkin juga menyukai