Anda di halaman 1dari 12

LAMPIRAN B

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR STAR

PLAN MENGAJAR

Nama Pengajar MOHAMED TUAH BIN SABTU

Kum. Pelatih PEMBANTU PERUBATAN PELATIH 23/2009

Semaster 1

Bil. Pelatih 124

Topik / Unit / Topik : SAINS TINGKAHLAKU


Tajuk Unit 2 : PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI MANUSIA
1.2 Perkembangan Manusia

Tarikh / Masa 06/01/2009 10.30 – 12.30 pm @ 2 Jam.

Objektif Objektif Am:


Pembelajaran Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar tentang
Perkembangan Manusia

Objektif Spesifik
Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-
1. Menerangkan tahap-tahap perkembangan manusia
2. Menjelaskan teori-teori perkembangan manusia
3. Menerangkan perkembangan Pra-natal
4. Menerangkan tiap-tiap perkembangan selepas pra-natal
5. Menghayati akan perkembangan manusia semenjak dari dalam
kandungan hingga keusia tua

Rujukan 1. Craig Cahhoun et al (1994) Sociology Mc Graw-Hill Inc : New York


2. John C. Rush (1984) Psychology – The Personal Science Wadswot
Publisher : California
3. Robert Fieldman (1993) Understanding Psychology Mc Graw-Hill
Inc : New York
4. Kagen Jerome (1991) Psychology – An Introduction HBJ College
Publisher : USA
5. Mahmood Nazar Mohamed (1990) Penghantar Psikologi – Satu
Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia DBP : KL
RANCANGAN PENGAJARAN
Masa / Isi Kandungan METODOLOGI Alat Bantu Penilaian
Langkah Aktiviti Pengajar Aktiviti Pelatih Mengajar
Langkah 1 - Memperkenalkan pelajar - Menimbulkan minat tentang - Menjawab soalan yang LCD
Set induksi kepada topik pelajaran Matapelajaran perkembangan dikemukakan
10 minit manusia (Percambahan minda) - Mendengar dan mencatat
- Objektif pelajaran - Menerangkan objektif pengajaran objektif pembelajaran

Langkah 2 - Tahap-tahap - Menerangkan tahap-tahap - Memberi tumpuan,


20 minit perkembangan manusia perkembangan manusia meneliti penerangan,
mencatat nota dan memberi
maklum balas
Langkah 3 Pelatih di soal imbas tentang tahap-tahap perkembangan manusia
Linkage Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan teori-teori perkembangan manusia
Mini Closure

Langkah 4 - Teori-teori perkembangan - Menjelaskan teori-teori - Memberi tumpuan,


20 minit manusia perkembangan manusia meneliti penerangan,
mencatat nota dan memberi
maklum balas
Langkah 5 Pelatih di soal imbas tentang teori-teori perkembangan manusia
Linkage Seterusnya pelajar akan diajar berkenaan perkembangan pra natal
Mini Closure

Langkah 6 - Perkembangan pra natal - Menerangkan perkembangan pra - Memberi tumpuan,


20 minit natal meneliti penerangan,
mencatat nota dan memberi
maklum balas
Langkah 7 Pelatih di soal imbas tentang perkembangan pra natal
Linkage / Seterusnya pelajar akan beritahu berkenaan perkembangan manusia selepas pra natal
Mini Closure
Langkah 8 - Perkembangan manusia Menerangkan perkembangan Memberi tumpuan,
20 minit selepas pra natal manusia selepas pra natal meneliti penerangan,
mencatat nota dan memberi
maklum balas
Langkah 9 Penutup Kognitif - Meminta pelajar merumus dan Membuat rumusan dengan
Penutup Merumus kembali apa menerangkan perasaan mereka bimbingan pengajar
10 minit yang telah dipelajari dan
menilai semula
pengetahuan pelajar

Penutupan sosial - Meningkatkan kesedaran pelajar Mencatat nota-nota penting


Meningkatkan kesedaran tentang tanggung-jawab mereka
pelajar tentang memahami topik psikologi
tanggungjawab dan manusia
peranan pelajar dalam
memahami topik ini

Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

………………………….. ………………………... …………………………...


Mohamed Tuah bin Sabtu En. Yu Chye Wah En. Mohad Jamarudi bin Mat Kastor
Pengajar Sains Tingkahlaku Timbalan Pengetua (Akademik) Penyelaras Program Basik
Kolej Pembantu Perubatan Kolej Pembantu Perubatan Kolej Pembantu Perubatan
Alor Star Alor Star Alor Star
KONTEN DAN OBJEKTIF
OBJEKTIF KONTEN
Langkah 1 Pengenalan
Induksi dan A’qaiduiman, kejadian a’lam serta asal usul kejadian manusia.
menerangkan
objektif Objektif
10 minit Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-
Objektif Spesifik
Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-
1. Menerangkan tahap-tahap perkembangan manusia
2. Menerangkan perkembangan Pra-natal
3. Menjelaskan teori-teori perkembangan manusia
4. Menerangkan tiap-tiap perkembangan selepas pra-natal
5. Menghayati akan perkembangan manusia semenjak dari dalam kandungan
hingga keusia tua

Langkah 2 Menerangkan Tahap Perkembangan Manusia


- Tahap-tahap 1. Dalam Kandungan
perkembangan 2. Bayi
manusia 3. Kanak-kanak
20 minit 4. Remaja
5. Dewasa

Langkah 3 Pelatih di soal imbas tentang tahap-tahap perkembangan manusia


Mini closure dan Seterusnya pelajar akan diajar berkenaan perkembangan pra natal
linkage 10 minit

Langkah 4 Menerangkan Perkembangan Pra Natal


- Perkembangan pra 1. Persenyawaan
natal 2. Zygote
20 minit 3. Embryo
4. Fetus
5. Age of viability

Langkah 5 Pelatih di soal imbas tentang perkembangan pra natal


- Linkage dan Mini Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan teori-teori perkembangan manusia
Closure 10 minit

Langkah 6 Menjelaskan Teori-teori Perkembangan Manusia


- Teori-teori 1. Teori Perkembangan psikososial oleh Erikson
perkembangan - Peringkat trust vs mistrust
manusia - Peringkat autonomy vs shame and doubt
20 minit - Peringkat initiative vs guilt
- Peringkat industri vs inferiority
- Peringkat identity vs role confusion
- Peringkat intimacy vs isolation
- Peringkat generativity vs stagnation
- Peringkat Ego intergrity vs despair
2. Teori Perkembangan Kognitif olah Piaget
- Peringkat Sensori-Motor
- Peringkat Preoperational
- Peringkat Operational Konkrit
- Peringkat Operational Formal

Langkah 7 Pelatih di soal imbas tentang teori-teori perkembangan manusia


- Linkage / Seterusnya pelajar akan beritahu berkenaan perkembangan manusia selepas pra natal
Mini Closure
10 minit
Langkah 8 Perkembangan manusia selepas pra natal
- Perkembangan 1. Neonates
manusia selepas pra 2. Bayi
natal 3. Kanak-kanak
20 minit 4. Remaja
5. Dewasa

Langkah 9 Penutup Kognitif


Penutup Meminta dan membantu pelajar merumus kembali apa yang telah dipelajari dan
5 minit menerangkan perasaan mereka
Penutupan sosial
Meningkatkan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab dan peranan pelajar dalam
memahami topik ini
KONTEN PENGAJARAN
Topik : SAINS TINGKAHLAKU
Unit 2 : Perkembangan Manusia

Rujukan.
1. Craig Cahhoun et al (1994) Sociology Mc Graw-Hill Inc : New York
2. John C. Rush (1984) Psychology – The Personal Science Wadswot Publisher :
California
3. Fieldman Robert (1993) Understanding Psychology Mc Graw-Hill Inc : New
York
4. Kagen Jerome (1991) Psychology – An Introduction HBJ College Publisher :
USA
5. Mahmood Nazar Mohamed (1990) Penghantar Psikologi – Satu Pengenalan Asas
Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia DBP : KL
Objektif
Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-
1. Menerangkan tahap-tahap perkembangan manusia
2. Menerangkan perkembangan Pra-natal
3. Menjelaskan teori-teori perkembangan manusia
4. Menerangkan tahap-tahap perkembangan selepas pra-natal
5. Menghayati akan perkembangan manusia semenjak dari dalam kandungan hingga
keusia tua
Tahap Perkembangan Manusia
Kehidupan manusia lazimnya terbahagi kepada 6 tahap perkembangan iaitu semasa:-
1. Dalam Kandungan

2. Bayi
Kebiasaannya setelah 38 minggu dalam kandungan fetus ini akan dilahirkan
samada secara semulajadi mahupun dengan bantuan kaedah perubatan. Ia dikenali
sebagai neonates selama 4 minggu terawal kehidupannya. Merupakan masa yang
paling kritikal dan penting untuk keujudannya. Ia dilahirkan dengan diselaputi
vernix dan lanugo. Dibekalkan dengan tindakbalas semulajadi yang akan kekal
untuk beberapa bulan awal selepas kelahiran dan akan digantikan dengan
tindakbalas yang lebih kompleks. Antara tindakbalas tersebut adalah rooting
reflex, sucking reflex, gag reflex, startle reflex dan Babinski reflex.
Kebiasaan bayi berupaya mengiring pada usia 3 bulan, duduk pada usia 6 bulan,
berdiri pada usia 11½ bulan dan berjalan sejurus selepas satu tahun. Merupakan
peringkat pertama perkembangan psikososial dan mula belajar secara sensori
motor.

3. Kanak-kanak
Ada dua peringkat yang nyata iaitu Peringkat awal kanak-kanak (toddlers) dari
18 bulan hingga 3 tahun dan peringkat kanak-kanak dari 3 hingga 12 tahun. Di
peringkat awal pertumbuhan fisikal berlaku amat pantas. Berat badan meningkat
tiga kali ganda dan ketinggian meningkat 50% berbanding semasa kelahiran.
Pertumbuhan ini akan menurun setelah mencapai usia tiga tahun. Mula melalui
peringkat kedua perkembangan psikososial dan belajar secara pre operational.
Di peringkat kanak-kanak pertumbuhan fisikal berkembang secara purata 5 paun
dan ketinggian 3 inci setahun sehingga remaja. Melalui peringkat ke tiga dan ke
empat perkembangan psikososial dan belajar secara preoperational dan
kemudiannya belajar secara operational konkrit

4. Remaja
Masa perantaraan di antara kanak-kanak dan dewasa merupakan jangkawaktu
yang kritikal dalam perkembangan manusia. Perubahan fisikal berlaku adalah
disebabkan oleh penghasilan berbagai hormon yang menjejaskan setiap aspek
kehidupan remaja. Ketinggian dan berat badan meningkat dengan pantas bermula
pada usia 10 bagi kanak-kanak perempuan dan 12 tahun bagi lelaki. Remaja boleh
membesar sebanyak 5 inci setahun.
Akil Baligh adalah masa dimana bermulanya kewujudan organ seks sekunder.
Bagi gadis ia bermula antara 11 – 12 tahun dan 13 – 14 bagi lelaki. Perubahan
fisikal yang berlaku semasa remaja mempunyai kesan yang nyata kepada
bagaimana seseorang itu dilihat dan bagaimana mereka melihat diri sendiri. Selain
dari perubahan yang berlaku kepada fisikal adalah penting untuk memahami
perubahan psikologi dan sosial remaja. Remaja mula mencari siapa sebenarnya
mereka dan bagaimana mereka boleh menyesuaikan diri. Mula melalui peringkat
ke lima dalam perkembangan psikososial dan mencari identiti sendiri. Diperingkat
ini tekanan untuk mengenalpasti kemahuan sendiri amatlah jelas. Remaja
mengalami masa yang sukar kerana tekanan ini datang serentak dengan perubahan
fisikal dan perubahan penting andaian masyarakat terhadap mereka. Dimasa ini
remaja kurang bergantung kepada orang dewasa (ibu-bapa) tetapi menggunakan
rakan sebaya untuk membuat pertimbangan sosial

5. Dewasa
Peringkat terakhir dalam perkembangan manusia ini mempunyai tiga peringkat
iaitu:-
- Awal dewasa
Bermula dari usia 18 – 30 tahun. Merupakan satu peringkat usia yang
menumpukan kepada menjalinkan hubungan rapat dengan orang lain.
- Pertengahan dewasa
Bermula dari usia 30 – 60 tahun. Merupakan satu peringkat yang menentukan
samada seseorang itu telah dapat menyumbangkan sesuatu kepada kehidupannya
atau sebaliknya
- Akhir dewasa
Adalah peringkat terakhir kehidupan seseorang sehingga menjelangnya kematian
Perkembangan Pra Natal
Persenyawaan ialah apabila sperma lelaki berjaya menembusi telur perempuan.
Dimasa itu jugalah segala warisan genatik ditentu dan diperturunkan kepada seseorang.
Apabila telur disenyawa oleh sperma, ia membentuk entiti satu sel dinamakan zygote
mempunyai 23 pasang chromosome yang berbentuk rod mengandungi maklumat asas
keturunan. Setiap kromosom mengandungi beribu-ribu genes iaitu unit yang
membolehkan informasi genetik dipindahkan samada secara individu ataupun kombinasi
dan menghasilkan karektor tertentu seseorang. Sesetengah gen bertanggung jawab
membentuk sistam yang biasa seperti jantung, sistem peredaran darah, paru-paru, otak
dan lain-lain manakala yang lain mengawal karektor yang menjadikan manusia itu unik
seperti konfigurasi muka, warna mata, ketinggian dan lain-lain. Jantina kanak-kanak juga
ditentukan pada masa persenyawaan ini dengan kombinasi gen dari ibu dan bapa.

Zygote yang bermula sebagai satu sel, menjalani proses pembahagian sel dan
dalam masa 4 minggu telah membesar sebanyak 10,000 kali ganda dan berukuran 1/5
inci. Pada masa ini ia dikenali sebagai embryo, mempunyai jantung, otak, usus dan
beberapa organ lain yang masih diperingkat awal tetapi boleh dikenalpasti. Setelah 8
minggu, embryo berukuran 1 inci dan mempunyai tengan, kaki dan muka yang nyata.

Setelah minggu ke 8, embryo akan melalui masa kritikal, peringkat pertama dari
beberapa peringkat per natal dimana pertumbuhan tertentu mesti berlaku untuk
membolehkan individu itu berkembang secara normal. Sebagai contoh, jika mata dan
telinga tidak terbentuk di peringkat ini maka ia tidak akan terbentuk dan jika ia terbentuk
secara tidak normal maka ia akan kekal tidak normal. Pada massa ini embryo adalah amat
peka kepada persekitaran dan akan mempengaruhi perkembangannya.

Bermula dari minggu ke 9 sehinggalah waktu kelahiran ia dikenali sebagai fetus.


Pada masa ini ia mula bertindak balas kepada sentuhan. Membengkokkan jarinya apabila
tangannya disentuh. Pada minggu ke 16 hingga 18 pergerakkannya menjadi semakin kuat
hingga ibu mula merasai adanya kandungan, rambut mula tumbuh, muka menyamai rupa
paras semasa kelahiran. Organ utama mula berfungsi dan keseluruhan neuron otak telah
dihasilkan, walaupun begitu peluang untuk terus hidup di luar rahim ibu adalah terlalu
tipis.

Minggu ke 24 fetus mempunyai banyak karektor yang akan ditunjukkan semasa


kelahiran. Seandainya ia dilahirkan pada masa ini, ia boleh membuka dan menutup mata,
menghisap, menangis, melihat ke atas ke bawah dan sekeliling dan boleh juga memegang
objek yang diletakkan di tangannya. Walaupun begitu ia masih belum berupaya untuk
hidup lama di luar ibunya.

Fetus terus membesar dan simpanan lemak bawah kulit mula terbentuk. Minggu
ke 28 ia mencapai age of viability dan boleh selamat jika dilahirkan pramasa dengan
bantuan teknologi perubatan yang cangih. Mempunyai berat sebanyak 3 paun dan 16 inci
panjang. Diakhir masa kandungan yang normal selama 38 minggu fetus biasanya
berukuran 20 inci dan seberat 7 paun.
Teori-teori Perkembangan Manusia
1. Teori Perkembangan psikososial oleh Erikson
- Peringkat trust vs mistrust
Merupakan peringkat pertama dalam perkembangan psikososial. Bermula dari
selepas kelahiran sehinggalah keusia 1½ tahun. Bayi membentuk perasaan
percaya jika keperluan fisikal dan keperluan psikologikal mereka dapat
dipenuhi secara berterusan. Sebaliknya jika penjagaan keperluan fisikal dan
psikologikal tidak dapat dipenuhi secara berterusan bayi tersebut akan
membentuk perasaan tidak percaya dan menyebabkannya gagal mengatasi
cabaran di peringkat yang seterusnya

- Peringkat autonomy vs shame and doubt


Merupakan peringkat kedua dimana dari usia 1½ hingga 3 tahun kanak-kanak
ini akan membentuk kebebasan dan autonomi jika mereka diberi kelonggaran
untuk melakukan penerokaan atau mereka akan merasa malu, tidak
mempercayai diri sendiri dan berduka jika mereka sentiasa dikawal dan
ditegah. Kunci kepada perkembangan autonomi adalah ibubapa mengamalkan
pengawalan yang bersesuaian. Terlebih kawalan menyebabkan kanak-kanak
itu tidak berdaya menggerakkan diri sendiri dan kurang kawalan
menyebabkan kanak-kanak itu memaksa dan tidak dapat dibentuk.

- Peringkat initiative vs guilt


Peringkat ketiga dari usia 3 – 6 tahun. Di tahap ini masalah utama adalah
keinginan kanak-kanak untuk melakukan aktiviti secara bebas dan perasaan
bersalah akibat kesan yang tidak diingini atau dijangkakan daripada perbuatan
tersebut. Jika ibubapa bertindak secara positif kepada percubaan kanak-kanak
ke arah kebebasan mereka membantu kanak-kanak tersebut melepasi krisis ini
secara positif

- Peringkat industri vs inferiority


Dari usia 6 hingga 12 tahun kanak-kanak akan mengalami peringkat ke empat
dan merupakan peringkat terakhir dalam perkembangan manusia peringkat
kanak-kanak. Di peringkat ini perkembangan psikososial yang berjaya akan
ditunjukkan dengan meningkatnya kecekapan dalam semua tugasan, samada
secara perhubungan sosial mahupun kemahiran akademik. Kesukaran di
peringkat ini akan menyebabkan perasaan kegagalan dan tidak berupaya

- Peringkat identity vs role confusion


Peringkat ini menumpukan kepada umur remaja. Merupakan peringkat yang
penting dimana semua orang cuba mencari dan menentukan apa yang
istimewa dan unik tentang diri mereka. Mereka cuba menemui identiti sendiri.
Kekeliruan terhadap perlakuan yang paling sesuai dicontohi dalam kehidupan
boleh membawa kepada identiti yang tidak stabil. Satu lagi ciri penting
peringkat identity vs role confusion ini adalah menurunnya pergantungan
terhadap maklumat dari ibubapa untuk membuat pertimbangan sosial tetapi
beralih kepada rakan sebaya untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
- Peringkat intimacy vs isolation
Melibatkan mereka yang dalam lingkungan usia 18 – 30 tahun. Menjalinkan
hubungan merupakan aganda utama. Kesukaran mengakibatkan perasaan
kesunyian dan takutkan kepada perhubungan dengan orang lain. Manakala
kejayaan mengatasi krisis di peringkat ini ditunjukkan dengan kemungkinan
menjalinkan perhubungan yang intim ditahap fisikal, intelek serta emosi.

- Peringkat generativity vs stagnation


Setelah usia meningkat melebihi 30 tahun, secara lazim individu telah
mempunyai komitmen kepada keluarga. Apakah sumbangan individu tersebut
kepada keluarganya. Kejayaan diperingkat ini ditunjukkan dengan perasaan
positif terhadap kehidupan manakala kesukaran menyebabkan timbulnya
perasaan tersekat dan tidak berupaya menyumbangkan sesuatu untuk genarasi
akan datang. Jika seseorang tidak berjaya menyelesaikan krisis identiti semasa
remaja dia mungkin masih tercari-cari untuk mengenalpasti kerjaya yang
sesuai.

- Peringkat Ego intergrity vs despair


Kejayaan mengatasi masalah pada peringkat ini ditunjukkan dengan perasaan
puas dan mencapai suatu kehidupan. Kesukaran menjalani peringkat ini
merupakan hasil dari perasaan kesal terhadap sesuatu yang mungkin akan
dicapai tetapi gagal untuk mencapainya secara realiti.

2. Teori Perkembangan Kognitif olah Piaget


Kanak-kanak tidak dapat memahami beberapa idea mengenai kehidupan sehingga
mereka mencapai sesuatu peringkat perkembangan kognitif (pemikiran).
Perkembangan Kognitif – merupakan proses dimana kanak-kanak memahami
perubahan dunia sebagai hasil dari fungsi umur dan pengalaman. Teori
Perkembangan Kognitif mencari penerangan kepada kemajuan intelek kuantitatif
dan kualitatif yang berlaku semasa tumbesaran. Jean Piaget (1970) mengatakan
bahawa kanak-kanak melalui satu siri yang mengandungi empat peringkat
berbeza dalam turutan tetap yang seragam. Peringkat-peringkat ini bukan sahaja
berbeza dari segi kuantiti infomasi yang diterima malahan berbeza dari segi
kualiti pengetahuan dan kefahaman. Pergerakan dari satu peringkat ke peringkat
yang seterusnya berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang
tertentu dan telah terdedah kepada beberapa pengalaman yang sesuai. Tanpa
adannya pengalaman tersebut, kanak-kanak diandaikan tidak berupaya mencapai
tahap pertumbuhan kognitif yang maksimum. Empat peringkat perkembangan
Piaget dikenali sebagai:-
- Peringkat Sensori-Motor
Menurut Piaget peringkat ini bermula dari selepas kelahiran sehingga keusia
dua tahun. Di peringkat awal, kanak-kanak kurang berkebolehan untuk
memahami persekitarannya menggunakan samada bentuk, bahasa atau lain-
lain simbol. Bayi tidak mempunyai kefahaman tentang objek atau orang yang
tidak bersamanya pada sesuatu masa tertentu. Ketiadaan object permenence.
Object Permenence adalah kesedaran bahawa objek atau orang tetap wujud
walaupun mereka hilang dari pandangan. Object Permenence merupakan
perkembangan yang kritikal di peringkat Sensori-Motor.

- Peringkat Preoperational
Peringkat yang bermula dari dua hingga tujuh tahun. Perkembangan yang
terpenting semasa peringkat Preoperational ini ialah didalam penggunaan
bahasa. Kanak-kanak membentuk Sistem Representasi Dalaman yang
membolehkan mereka menerangkan berkenaan orang, kejadian dan perasaan.
Menggunakan simbol dalam permainan, mengandaikan buku yang ditolak
sebagai kereta.
Pemikiran kanak-kanak lebih maju berbanding semasa peringkat Sensori-
Motor tetapi adalah lebih rendah berbanding orang dewasa. Satu contoh yang
nyata adalah Pemikiran Egocentric di mana mereka melihat dunia melalui
prespektif mereka. Kanak-kanak preoperatif mempunyai fahaman bahawa
semua orang berkongsi pendapat dan pengetahuan sebagaimana mereka.
Satu lagi kekurangan yang nyata di peringkat ini adalah kebolehan untuk
memahami Principle of Conservation yang merupakan pengetahuan
mengenai kuantiti yang tidak bergantung kepada susunan dan penampilan
fisikal sesuatu objek.

- Peringkat Operational Konkrit


Kemahiran memahami Principle of Conservation menandakan bermulanya
Peringkat Oprational Konkrit. Walau bagaimanapun ada sesetengah aspek
conservation yang masih belum difahami sepenuhnya sehingga kebeberapa
tahun yang akan datang.
Semasa peringkat Operational Konkrit, kanak-kanak membina kebolehan
untuk berfikit dengan lebih teratur, mula mengatasi sesetengah karektor
pemikiran egocentric. Satu prinsip utama yang dipelajari dalam peringkat ini
ialah reversibility hingga ke secara konsepnya. Bagaimana pun mereka masih
lagi terikat dengan realiti dunia yang konkrit.

- Peringkat Operational Formal


Peringkat ini menghasilkan cara pemikiran yang baharu – dimana ianya dalam
bentuk yang lebih abstrak, formal dan secara logik. Sebagai contoh, mereka
dapat menjawab dengan tepat serta logik kepada soalan berikut. Apa yang
menentukan kelajuan hayunan pendulum? Adakah panjangnya tali, atau berat
pendulum atau kekuatan tenaga yang menggerakkan pendulum?
Kanak-kanak di peringkat Operational Konkrit menyelesaikan masalah
menggunakan pendekatan yang bahaya, tanpa plan tindakan yang logik dan
rational. Sebagai contoh mereka akan berterusan menukar panjang tali dan
berat pendulum serta kekuatan tenaga yang digunakan untuk menolak
pendulum secara serentak, mengakibatkan mereka tidak dapat mengenalpasti
faktor yang tepat. Manakala mereka yang di peringkat Operational Formal
menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan yang lebih sistematik.
Mereka mengkaji kesan perubahan terhadap satu angkubah tertentu pada satu
masa. Kebolehan untuk mengenalpasti kemungkinan, merupakan karektor
pemikiran Operational Formal.

Perkembangan manusia selepas pra natal


1. Neonates
2. Bayi
3. Kanak-kanak
4. Remaja
5. Dewasa
Peringkat terakhir dalam perkembangan manusia ini mempunyai tiga peringkat
iaitu:-
- Awal dewasa
Bermula dari usia 18 – 30 tahun. Merupakan satu peringkat usia yang
menumpukan kepada menjalinkan hubungan rapat dengan orang lain. Mula
berdikari dan terus mencari identiti diri. Kenal kepada erti tanggung jawab serta
boleh dipertanggungjabkan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Mempunyai
halatuju kehidupan yang jelas serta berusaha kearah mencapai cita-cita.
Mempunyai komitment yang jelas serta berupaya mengekalkan komitment
tersebut atau sekurang-kurangnya berusaha menyelamatkan maruah diri.
- Pertengahan dewasa
Bermula dari usia 30 – 60 tahun. Merupakan satu peringkat yang menentukan
samada seseorang itu telah dapat menyumbangkan sesuatu kepada kehidupannya
atau sebaliknya. Replication of life ditunjukkan dengan nyata pada peringkat ini.
Terbentuknya genarasi kedua dan seterusnya ketiga atau terhentinya jalur
keturunan. Usaha kearah pencapaian self actualization diteruskan
- Akhir dewasa
Adalah peringkat terakhir kehidupan seseorang sehingga menjelangnya kematian.
Di peringkat ini seseorang itu akan mengecapi self actualization yang telah
diusahakannya ataupun meratapi kegagalannya dalam menempuh kehidupan

Anda mungkin juga menyukai