Anda di halaman 1dari 6

LAMPIRAN B

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR STAR

PLAN MENGAJAR

Nama Pengajar MOHAMED TUAH BIN SABTU

Kum. Pelatih PEMBANTU PERUBATAN PELATIH 23/2009

Semaster 1

Bil. Pelatih 139

Topik / Unit / Topik : SAINS TINGKAHLAKU


Tajuk Unit 2 : PENGENALAN KEPADA PSOKOLOGI MANUSIA
2.4 Pembelajaran

Tarikh / Masa 17.01.2009 @ 10.30 – 12.30 pm (2 jam)

Objektif Objektif Am:


Pembelajaran Memperkenalkan pelajar kepada topik Pembelajaran serta kepentingannya
kepada proses pembelajaran pelajar

Objektif Spesifik
Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-
1. Memberi maksud pembelajaran
2. Menghuraikan teori-teori pembelajaran
3. Menerangkan proses pembelajaran
4. Menyatakan kaedah-kaedah pembelajaran
5. Menerangkan teknik-teknik pembelajaran
6. Menghayati akan proses pembelajaran sebagai satu aspek
perkembangan manusia

Rujukan 1. Craig Cahhoun et al (1994) Sociology Mc Graw-Hill Inc : New York


2. John C. Rush (1984) Psychology – The Personal Science Wadswot
Publisher : California
3. Fieldman Robert (1993) Understanding Psychology Mc Graw-Hill
Inc : New York
4. Kagen Jerome (1991) Psychology – An Introduction HBJ College
Publisher : USA
5. Mahmood Nazar Mohamed (1990) Penghantar Psikologi – Satu
Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia DBP : KL
RANCANGAN PENGAJARAN
Masa / Isi Kandungan METODOLOGI Alat Bantu Penilaian
Langkah Mengajar
Aktiviti Pengajar Aktiviti Pelatih
Langkah 1 - Memperkenalkan pelajar - Menimbulkan minat tentang - Menjawab soalan yang LCD
Set induksi kepada topik pelajaran Matapelajaran Pembelajaran dikemukakan
5 minit (Percambahan minda) - Mendengar dan mencatat
- Objektif pelajaran - Menerangkan objektif pengajaran objektif pembelajaran
Langkah 2 - Maksud Pembelajaran - Menyatakan maksud-maksud - Memberi tumpuan, meneliti
10 minit pembelajaran penerangan, mencatat nota
dan memberi maklum balas

Langkah 3 Pelatih di soal imbas tentang maksud pembelajaran


Linkage Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan teori-teori pembelajaran dan kaedah-kaedah pembelajaran
Mini Closure
Langkah 4 - Teori-teori Pembelajaran - Menghuraikan teori-teori - Memberi tumpuan, meneliti
10 minit pembelajaran penerangan, mencatat nota
dan memberi maklum balas

Langkah 5 - Proses pembelajaran - Menerangkan proses pembelajaran - Memberi tumpuan, meneliti


10 minit penerangan, mencatat nota
dan memberi maklum balas

Langkah 6 Pelatih di soal imbas tentang teori-teori pembelajaran serta proses pembelajaran. Seterusnya pelatih akan diajarkan tentang
Linkage / kaedah-kaeadah pembelajaran dan teknik-teknik pembelajaran
Mini Closure
Langkah 7 - Kaedah-kaedah - Menyatakan kaedah-kaedah Memberi tumpuan, meneliti
10 minit pembelajaran pembelajaran penerangan, mencatat nota
dan memberi maklum balas

Langkah 8 - Teknik-teknik - Menerangkan teknik-teknik Memberi tumpuan, meneliti


10 minit pembelajaran pembelajaran penerangan, mencatat nota
dan memberi maklum balas
Langkah 9 Penutup Kognitif - Meminta pelajar merumus dan Membuat rumusan dengan
Penutup Merumus kembali apa menerangkan perasaan mereka bimbingan pengajar
5 minit yang telah dipelajari dan
menilai semula
pengetahuan pelajar
Penutupan sosial - Meningkatkan kesedaran pelajar Mencatat nota-nota penting
Meningkatkan kesedaran tentang tanggung-jawab mereka
pelajar tentang memahami topik pembelajaran
tanggungjawab dan sebagai persediaan menghadapi
peranan pelajar dalam alam pekerjaan
memahami topik ini

Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

………………………….. ………………………... …………………………...


Mohamed Tuah bin Sabtu En. Yu Chye Wah En. Mohad Jamarudi bin Mat Kastor
Pengajar Sains Tingkahlaku Timbalan Pengetua (Akademik) Penyelaras Program Basik
Kolej Pembantu Perubatan Kolej Pembantu Perubatan Kolej Pembantu Perubatan
Alor Star Alor Star Alor Star
KONTEN DAN OBJEKTIF
OBJEKTIF KONTEN

Langkah 1 Pengenalan
Induksi dan Hampir semua tingkahlaku kita lakukan adalah disebabkan oleh tindakbalas akibat daripada
menerangkan objektif pengalaman yang kita lalui. Pengalaman-pengalaman ini semua dikatakan sebagai
10 minit pembelajaran

Objektif
Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-
1. Memberi maksud pembelajaran
2. Menghuraikan teori-teori pembelajaran
3. Menerangkan proses pembelajaran
4. Menyatakan kaedah-kaedah pembelajaran
5. Menerangkan teknik-teknik pembelajaran
6. Menghayati akan proses pembelajaran sebagai satu aspek perkembangan manusia

Langkah 2 Maksud Pembelajaran


- Takrif Psikologi Kebanyakkan daripada tingkahlaku yang ditunjukkan dianggap sebagai respon kepada stimuli
- Bahagian-bahagian yang kita alami. Pembelajaran dikatakan telah berlaku apabila terdapatnya perubahan
Psikologi Manusia terhadap samada pemikiran, kelakuan dan sikap kita. Perubahan ini ada kalanya kekal dan
10 minit kesannya adalah daripada latihan, pengalaman dan pengaruh alam sekeliling.

Terdapat 3 elemen utama untuk proses pembelajaran berlaku


a) Wujudnya rangsangan atau stimuli – iaitu perkara yang akan dipelajari
b) Organisma – iaitu orang / individu yang akan belajar
c) Kesan – maklumbalas atau hasil selepas pembelajaran berlaku

Langkah 3 Pelatih di soal imbas tentang maksud pembelajaran


Mini closure dan
Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan teori-teori pembelajaran dan kaedah-kaedah
linkage
pembelajaran
5 minit
Langkah 4 Teori Pembelajaran
- Teori-teori Melalui teori pembelajaran kita dapat penerangan bagaimana pembelajaran berlaku serta
Pembelajaran kaedah-kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran. Terdapat 4 kumpulan utama
10 minit teori pembelajaran.
1. Pendekatan Behaviourist
Ia diasaskan oleh Ivan Pavlov dengan Penglaziman Klasikal dan BF Skinner dengan
Penglaziman Operant. Prinsip utama pendekatan ini mengatakan bahawa perangai dan
tingkahlaku manusia boleh dibentuk dari luar dengan cara memanipulasi keadaan
sekeliling. Menurut Skinner, pembelajaran lebih mudah difahami jika ia dilihat daripada
aspek sebab alam luaran dan persekitaran dari sebab dalaman atau sebab yang
disengajakan

Pembelajaran akan berlaku apabila terdapat persamaan dan jajaran antara stimulus dan
respon. Perlakuan individu dikawal oleh kedaan sekitar seperti pemberian, hadiah dan
denda. Semua pembelajaran adalah merupakan respon dari apa yang berlaku kepada
individu dan persekitaran dahulu dan sekarang. Perlakuan adalah merupakan hasil yang
dipelajari melalui menghubungkaitkan (association) dan penguatkuasaan (reinforcement).

2. Pendekatan Kognitif
Ia diasaskan oleh Gastalt dengan Pendekatan Kefahaman Dalaman (Insight), Chance
Tolman dengan Perlakuan Terancang dan Piaget dengan Konsep Asimilasi Dalam
Pembelajaran. Pendekatan Kognitif ini melihat proses dalaman manusia yang
mempengaruhi tingkahlaku dalam mengendalikan keadaan persekitarannya. Pendekatan
Kognitif melihat apa yang terdapat dalam fikiran seseorang; apakah persepsi serta
pandangannya terhadap keadaan sekeliling dan bagaimana ia merealisasikan kepada
dunia nyata. Setiap individu itu adalah penting dan pembelajaran dikatakan telah berlaku
apabila terdapat pengetahuan dalaman
3. Pendekatan Humanistik
Pendekatan ini mementingkan perasaan, persepsi, kepercayaan dan tujuan atau matlamat
seseorang individu itu. Setiap perlakuan itu ditentukan oleh manusia itu sendiri dan tidak
dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya. Manusia adalah bebas untuk menentukan pilihan
dalam kehidupan mereka. Apa yang penting adalah sebab dan punca sesuatu tingkahlaku
itu dan bukan kesan atau akibat dari perlakuan itu

Perlakuan dizahirkan dengan berpandukan kepada apa yang dipercayai oleh seseorang
individu dan ditujukan untnuk pencapaian sebenar. Perlakuan seseorang individu itu boleh
diubah dengan mengubah kepada persepsinya.

4. Pendekatan Sosial
Pembelajaran sosial adalah pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan tingkahlaku
orang lain. Kesan yang diperolehi bergantunglah kepada bagaimana tingkahlaku itu
dilakukan dan bagaimana pula ia difahami. Pembelajaran sosial merupakan sumbangan
besar pembelajaran kepada budaya kehidupan awal manusia untuk mendapatkan
maklumat.

Mengikut teori pembelajaran sosial, segala tingkahlaku kita dipelajari secara meniru.
Kanak-kanak belajar dengan melihat apa yang berlaku di sekelilingnya, terutama dari
ibubapa dan adik beradik mereka.

Langkah 5 Proses Pembelajaran


- Proses pembelajaran Untuk memastikan proses pembelajaran itu boleh berlangsung dengan lancar serta mendapat
kesan pembelajaran yang positif maka ada beberapa ciri yang perlu dititikberatkan Ciri-ciri
10 minit
tersebut adalah
a) Proses pembelajaran meliputi proses pengumpulan maklumat. Ia dapat dilihat melalui
tingkahlaku seseorang individu apabila proses adaptasi berlaku melalui interaksinya
dengan persekitaran
b) Proses Pembelajaran adalah kompleks dan melibatkan pelbagai aktiviti dan
tindakbalas. Ia merangkumi proses yang paling asas hingga kepada proses yang unik
dan abstrak
c) Tindakan pembetulan dan naluri adalah proses semulajadi (innate) dan bukanlah satu
proses pembelajaran
d) Tiap-tiap proses pembelajaran mempunyai 3 unsur penting yang merangkumi:-
i) Penggerak – rangsangan yang menyebabkan berlakunya sesuatu
tingkahlaku. Sebagai contoh kesakitan, lapar dan dahaga.
ii) Gerakbalas – merupakan tindakbalas terhadap Penggerak, contoh
kelakuan makan dan minum apabila berlakunya lapar dan dahaga.
iii) Peneguhan – tindakan yang memberi kekuatan atau ketegasan kepada
sesuatu gerakbalas, samada untuk mengulang gerakbalas tersebut atau
untuk menghentikannya. Ganjaran dan denda adalah 2 contoh
peneguhan.

Langkah 6 Pelatih di soal imbas tentang teori-teori pembelajaran serta proses pembelajaran. Seterusnya
Mini closure dan pelatih akan diajarkan tentang kaedah-kaeadah pembelajaran dan teknik-teknik pembelajaran
linkage
5 minit

Langkah 7 Kaedah-kaedah Pembelajaran


- Kaedah-kaedah Ada 4 kaedah pembelajaran yang lazim iaitu:-
pembelajaran a) Mencuba dan melakukan kesilapan (try and error)
15 minit Mengikut Thorndike pembelajaran yang diperteguhkan dengan kaitan stimulus respon
berlaku secara perlahan serta secara spontan sebagaimana perlakuan haiwan yang dikaji
dan kesannya perlakuan tingkahlaku yang memberikan kesan yang menyenangkan
menjadi lebih kerap
b) Meniru
Sebagaimana yang telah diperkatakan bahawa manusia adalah peniru yang paling hebat.
Boleh dikatakan setiap perkara yang kita lakukan semasa kecil adalah kesan dari peniruan
perlakuan orang yang lebih tua dari kita.
c) Menghafal
Pembelajaran adalah melakukan sesuatu mengikut proses yang tertentu agar keputusan
sebagaimana yang dikehendaki akan dapat dicapai. Oleh itu sekiranya kita berupaya
menghafal segala langkah-langkah yang perlu maka sudah tentu hasil yang kita kehendaki
pasti dapat dicapai.
d) Celik akal
Melakukan sesuatu berkali-kali menggunakan kaedah yang berbeza akan menjadikan kita
mahir dan akhirnya kita berupaya menemukan sesuatu yang baru samada kaedah
perlaksanaan atau keputusan yang berlainan dari kebiasaan. Inilah kaeday yang biasa
dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu untuk mendapatkan sesuatu ilmu baru atau
untuk memenuhi keperluan pengetahuan mereka.

Langkah 8 Teknik-teknik pembelajaran


- Teknik-teknik Untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang maksima ada beberapa teknik pembelajaran
pembelajaran yang perlu diikuti
10 minit a) Belajar secara sistematik – rancang pembelajaran anda. Bila hendak belajar, apa yang
hendak dipelajari, siapa yang terlibat dalam sesi pembelajaran, berapa lana masa
untuk sesuatu sesi dan sebagainya
b) Tentukan mendapat rehat yang secukupnya dan bersedia untuk belajar selepas
melakukan aktiviti yang merangsangkan
c) Pusatkan perhatian kepada perkara yang hendak dipelajari. Abaikan segala hal-hal
yang tidak berkaitan dengan pembelajaran
d) Pastikan ada masa rehat di antara waktu belajar. Adakan masa 10 – 15 minit selepas
45 – 60 minit belajar. Kelesuan fisikal akan bermula selepas 1 jam dan fikiran akan
letih setelah 2½ jam.
e) Pastikan suasana untuk berehat adalah sesuai. Lampu yang terang dan suasana yang
senyap adalah membantu mempercepatkan tercapainya kesan pembelajaran.
f) Cara kedudukan semasa belajar adalah penting dan mempengaruhi kesan
pembelajaran. Postur yang tidak sesuai mempercepatkan keletihan dan kelesuan.
g) Bertanya dan berbincang adalah kaedah yang baik dan membantu mencapai kesan
pembelajaran yang positif
h) Berhenti belajar samada untuk berihat atau untuk melakukan aktiviti yang lain semasa
anda berasa seronok dan selesa atau setelah berjaya menyelesaikan sesuatu
permasalahan dan tidak berhenti dalam suasana yang menjengkelkan.

Langkah 8 Penutup Kognitif


Penutup Meminta dan membantu pelajar merumus kembali apa yang telah dipelajari dan menerangkan
5 minit perasaan mereka

Penutupan sosial
Meningkatkan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab dan peranan pelajar dalam
memahami topik ini

Anda mungkin juga menyukai