Anda di halaman 1dari 12

BAB 8 :

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


PEMIMPIN

Disediakan Oleh : Pensyarah Pengajian Umum MURNI


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN

• “Pemimpin dalam sesebuah organisasi mempunyai peranan dan


tanggungjawab kepada berbagai pihak.

• Beliau berperanan memastikan bahawa organisasi yang dipimpinnya


menyumbang dan memenuhi keperluan kesemua pihak ini.

• Pihak-pihak tersebut ialah organisasi itu sendiri, pekerja, persekitaran


dan negara”.

Disediakan Oleh : Pensyarah Pengajian Umum MURNI


Objektif Pembelajaran

Setelah mengikuti unit diharapkan anda dapat:

• Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada


organisasi.

• Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada pekerja.

• Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada


persekitaran.

• Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada negara.


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN

Organisasi Negara

Pekerja Persekitaran

Disediakan Oleh : Pensyarah Pengajian Umum MURNI


1 ORGANISASI
 Membentuk visi dan objektif organisasi
• Pemimpin berperanan dan bertanggung jawab membentuk visi dan objektif
bagi mencipta kejayaan dan meningkatkan produktiviti serta keuntungan
organisasi yang dipimpinnya.

 Menyampai dan menerangkan pelaksanaan visi dan objektif kepada warga


organisasi
• Visi dan objektif ini perlu difahami oleh semua individu dalam sesebuah
organisasi supaya mereka sama-sama berkongsi visi dan objektif organisasi
dan seterusnya melaksanakan apa yang telah digariskan. Pemimpin
memainkan peranan penting dalam meyakinkan pengikutnya untuk bergerak
dan merealisasikan visi dan objektif ini.

 Meningkatkan kepakaran kesemua warga organisasi


• Dalam membina satu pasukan yang teguh, pemimpin perlu menggembleng
semua tenaga dalam organisasi berdasarkan kepakaran masing-masing untuk
bersama-sama berganding bahu merealisasikan visi dan objektif organisasi.
2 PEKERJA
Peranan Personal

1. Ketua- bertanggungjawab mentadbir para pekerja.


2. Pemimpin- mendorong pekerja kearah mencapai matlamat organisasi.
3. Penghubung- menghubungkan antara individu dan kumpulan sesama pekerja.

Peranan Penerimaan dan Penyampaian Maklumat

1. Peneraju- mendapatkan maklumat semasa daripada pekerja dan menyelaraskan


urusan organisasi.
2. Penyebar- memaklumkan kepada pekerja dari masa ke semasa tentang organisasi.
3. Jurucakap- menjadi jurucakap mewakili pekerja dan organisasi apabila berhubung
dengan pihak luar sama ada menerangkan tentang dasar, perancangan atau apa
sahaja maklumat berhubung pekerjanya.
Peranan Membuat Keputusan

1. Pengusaha- Pemimpin berperanan dan bertanggung jawab mencetus idea bagi


mempertingkatkan produktiviti pekerja.
2. Penyelamat kekecohan- bertindak sebagai penyelamat kekecohan yang berlaku antara
pekerja.
3. Penyedia sumber- Menyediakan sumber-sumber yang diperlukan oleh pekerja seperti
perkakasan, bantuan kewangan dan sebagainya.
4. Perunding- Pemimpin bertanggungjawab sebagai wakil pekerja dan organisasi
menjalankan rundingan samada di luar atau di dalam bagi menyelesaikan masalah
dengan berkesan.

Peranan Pembangun Sumber Manusia

1. Perancang strategik- merancang strategi untk membangunkan dan mengptimumkan


sumber manusia untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang.
2. Perekabentuk dan pembangun sistem- merekabentuk program, intervensi strategi dan
perlaksaan program pembangunan sumber manusia.
3. Pakar- menjadi pakar rujuk dalam segala aspek yang bersangkutan dengan
pembangunan sumber manusia.
3 PERSEKITARAN
Penghasilan Produk Yang Berkualiti

• Memastikan produk yang dihasil dan berikan kepada pengguna adalah berkualiti.
• Produk yang dihasilkan perlulah memenuhi kriteria yang ditetapkan.
• Di mana produk tersebut tidak menjejaskan atau membahayakan pengguna.

Penawaran Perkhidmatan yang Berkualiti

• Pemimpin perlu memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pengikut atau


pengguna adalah berkualiti dan menepati standard.
• Kegagalan menawarkan perkhidmatan yang berkualitui akan menjejaskan nama baik
organisasi dan mungkin imej nya sendiri.
Memastikan Keharmonian

Pemimpin juga berperanan memastikan ketenteraman, keharmonian


dan kesejahteraan kepada kelompok pimpinannya.

Pengawal Alam Sekitar

Kepemimpinan juga menuntut pemimpin memastikan sebarang


keputusan, tindakan dan cara perlaksanaan sama sekali tidak
menjejaskan alam sekitar, sama ada berbentuk pencemaran atau
pelanggaran akta alam sekitar.
4 NEGARA
Mengekalkan Keharmonian

 Pemimpin perlu memastikan keharmonian terutamanya jika organisasi yang


dipimpinnya mengandungi pelbagai kaum.

Mengharumkan Nama Negara

 Pemimpin menjadi cermin kepada negara.


 Mereka bukan sahaja memimpin sekelompok pengikut setempat, kemungkinan
menjadi pemimpin di peringkat antarabangsa adalah besar.
Menambah hasil negara

 Pemimpin menjadi agen yang merangka, merancang, membina dan membentuk


dana untuk menghasilkan pendapatan kepada negara.

Menjana pembangunan

• Setiap pengikut inginkan kehidupan yang selesa. Oleh itu pemimpin perlulah
mengusahakan pembangunan sama ada dari perspektif material dan spiritual
agar kehidupan rakyat sejahtera.
AKTIVITI PELAJAR
 Kepemimpinan anda dalam organisasi mula dipertikaikan.
 Para pekerja mendakwa anda gagal memandu organisasi
mencapai objektif.
 Anda juga dituduh mengamalkan sikap memilih dalam
pengiktirafan dan penghargaan kepada pekerja.
 Bincangkan bagaimana anda mengatasi perkara ini dan
meyakinkan pekerja bahawa anda seorang pemimpin yang baik.

Disediakan Oleh : Pensyarah Pengajian Umum MURNI

Anda mungkin juga menyukai