Anda di halaman 1dari 20

BAB 3:

CORAK
KEPEMIMPINAN
Objektif Pembelajaran
Setelah mengikuti unit diharapkan anda dapat:

• Mengenalpasti ciri-ciri corak kepemimpinan berdasarkan tajuk.

• Mengenalpasti corak kepemimpinan yang diimplimentasikan di


organisasi dan masyarakat.

• Menganalisis apakah corak kepemimpinan yang diimplimentasikan


dalam organisasi dan masyarakat mengikut konsep asal ataupun
telah dilakukan pengubahsuaian.

• Menjelaskan bagaimanakah corak kepemimpinan ini boleh


dilaksanakan mengikut nilai dan budaya setempat.
Apakah Corak Kepimpinan?

• Corak kepimpinan seorang pemimpin mempengaruhi


anggota-anggota kelompok dalam usaha mencapai matlamat
kelompok.

• Corak kepemimpinan bermaksud pemimpin mempunyai


kuasa penuh untuk:
 mengarah
 mengawal
 memikul tanggungjawab
 mengharapkan tindakan dilakukan tanpa
perundingan dua hala.
Kepemimpinan
Autokratik
CORAK KEPEMIMPINAN
Kepemimpinan
Demokratik

Kepemimpinan
Laissez-faire

Kepemimpinan
Transformatif

Kepemimpinan
Transaktional

Disediakan Oleh : Pensyarah Pengajian


Umum MURNI
KEPEMIMPINAN AUTOKRATIK
• Kepemimpinan Autokratik akan mewujudkan perhubungan yang
sehala antara pengikut dengan pemimpin.

• Pemimpin memiliki kuasa penuh untuk menentukan segalanya.

• Pemimpin akan menentukan segala dasar, perancangan dan


menetapkan pelan perlaksanaan.

• Tindakan dalam kepemimpinan adalah tanpa penglibatan


pengikut dan jika ada penglibatan sekalipun, penglibatan pengikut
adalah terlalu minimum.
CIRI KEPEMIMPINAN AUTOKRATIK
 Setiap polisi diputuskan oleh pemimpin.

 Pengikut tidak tahu apa hala tuju pemimpin kerana pemimpin


hanya mengambil satu langkah dalam satu masa.

 Pengikut tidak tahu pelan tindakan pemimpin kerana tidak


dikongsikan.

 Pemimpin tentukan tugas dan tanggungjawab pengikut pada satu-


satu masa.

 Pemimpin mengkritik atau memuji pengikut secara personal.

 Sering memberikan hukuman dan ganjaran untuk mencapai


sesuatu objektif.

 Meragui kebolehan pengikut.


KEPEMIMPINAN AUTOKRATIK
KEKUATAN KELEMAHAN
1. Keputusan dapat dicapai dengan 1. Mampu musnahkan moral dan
segera. semangat pengikut.

2. Pemimpin memiliki kuasa pemutus. 2. Pemimpin kurang mengambil peduli


pendapat dan pandangan pengikut.
3. Operasi organisasi berjalan lancar
tanpa banyak kerenah. 3. Hubungan antara pemimpin dengan
pengikut kurang mesra.
4. Pemimpin boleh memanipulasi
kekuatan dan kelemahan pengikut. 4. Cenderung mewujudkan perasaan
tidak puas hati dikalangan pengikut.

5. Pengikut terlalu bergantung kepada


pemimpin.

6. Tidak berjaya membantu individu


yang berpotensi.
KEPEMIMPINAN DEMOKRATIK

• Kepemimpinan Demokratik secara dasarnya banyak memberi galakan


dan sokongan kepada pengikut untuk mengambil bahagian dalam:
 perancangan
 keputusan
 cara perlaksanaan

• Dalam organisasi, pengimplimentasian corak ini dapat dilihat apabila


pemimpin memberikan penekanan yang maksimum kepada kedua-dua
aspek iaitu tugas dan manusia.
CIRI KEPEMIMPINAN DEMOKRATIK
• Pemimpin dan pengikut bersama berbincang untuk pembentukan
polisi dan keputusan.

• Setiap aktiviti dilaksana setelah dibincangkan secara bersama.

• Pengikut bebas bekerja dengan sesiapa yang dirasakan sesuai dan


pemimpin tidak menghalang; tetapi memberikan beberapa pandangan
peribadinya.

• Idea-idea pemimpin boleh dibincang dan dikritik.

• Pemimpin sedia menerima kritikan dan kelemahan.

• Pembahagian tanggungjawab.
KEPEMIMPINAN DEMOKRATIK
KEKUATAN KELEMAHAN
1. Menggalakkan penglibatan semua 1. Proses pembuatan keputusan
pihak dalam perancangan, membuat memerlukan masa panjang.
keputusan dan perlaksanaan.
2. Pemimpin tidak memiliki kuasa
2. Membangkitkan moral dan semangat penuh.
pengikut kerana pengikut merasa
dihargai. 3. Tindakan serta merta sukar
dilaksanakan.
3. Mampu menggunakan segenap
kepakaran dan kemahiran untuk 4. Risiko semasa pembuatan keputusan
mencapai objektif organisasi. kerana perlu berkompromi.

4. Menggalakkan percambahan idea. 5. Sukar untuk pemimpin mengambil


sesuatu tindakan terhadap pengikut
5. Melahirkan semangat dan kerja kerana perlu mengikut prosedur yang
berpasukan. telah ditetapkan.
KEPEMIMPINAN LAISSEZ-FAIRE
• Laissez-faire ialah satu bentuk corak kepemimpinan yang
menunjukkan satu perhubungan yang paling sedikit
antara pengikut dengan pemimpinnya.

• Pemimpin:
 Bertindak sebagai penyalur maklumat dan
sumber fizikal sahaja.
 Memiliki kuasa yang terlalu sedikit dalam
membuat keputusan.
 Membuat keputusan apabila diminta oleh
pengikut.

• Pemimpin yang mengamalkan corak ini dalam organisasi


dikenalpasti apabila beliau hanya memegang peranan
minimum, iaitu sekadar cukup untuk menjaga keahlian
organisasi sahaja.
CIRI KEPEMIMPINAN LAISSEZ-FAIRE

 Memberi kebebasan kepada pengikut untuk membuat


keputusan.
 Pemimpin hanya membuat keputusan apabila diminta.
 Pemimpin akan menyalurkan segala kemudahan yang
diperlukan oleh pengikut.
 Pemimpin mengambil bahagian yang minimum dalam
perbincangan.
 Kurangnya penekanan terhadap peraturan.
KEPEMIMPINAN LAISSEZ-FAIRE
KEKUATAN KELEMAHAN
1. Peluang untuk setiap pengikut 1. Kurang bimbingan dan arahan
bangunkan potensi diri. menjadikan objektif organisasi sukar
dicapai.
2. Sesuai untuk penyelarasan dengan
jumlah pengikut yang minima. 2. Proses pembuatan keputusan rumit.

3. Pengikut tidak bergantung atau 3. Sukar mewujudkan kemantapan


dikawal oleh pemimpin. organisasi dan pengikut.

4. Individu berpeluang belajar 4. Berpotensi mewujudkan kekecewaan


memimpin diri sendiri. dikalangan pekerja yang memerlukan
kepemimpinan.
KEPEMIMPINAN TRANSFORMATIONAL
• Pemimpin menginspirasikan pengikut untuk mencapai sesuatu tahap yang
membanggakan.

• Corak ini menekankan bahawa pemimpin perlu:


 Memahami kehendak pengikut.
 Menerima keperluan dan motif pengikut.
 Membantu pengikut mencapai ketepuan potensi.

• Pemimpin menjadi agen perubah iaitu:


 Menjadi role model.
 Menjadi individu yang mampu mencipta dan membangunkan
matlamat organisasi secara jelas.
 Berupaya membangunkan rasa keyakinan pengikut.
 Mampu memberikan makna kepada kehidupan dalam organisasi.
CIRI KEPEMIMPINAN TRANSFORMATIONAL

 Karismatik.

 Penggerak intelek.

 Perhatian kepada keperluan dan kehendak individu.

 Pembangun potensi.

 Agen perubahan.
KEPEMIMPINAN TRANSFORMATIONAL
KELEMAHAN KEKUATAN
1. Keupayaan pemimpin memenuhi 1. Pemimpin memahami kehendak dan
keperluan setiap pengikut. keperluan pengikut.

2. Manipulasi oleh pengikut. 2. Kehendak, nilai dan moral pengikut


diiktiraf.
3. Bukan tugas mudah untuk mengajar
pengikut merubah tingkahlaku. 3. Pencorak dan penggalak kepada
wawasan.
4. Bersifat elit dan corak kepemimpinan
berorientasikan pencapaian 4. Membawa makna dan nilai positif
matlamat jangka panjang. kepada pemimpin dan pengikut.
KEPEMIMPINAN TRANSACTIONAL
KEPEMIMPINAN TRANSACTIONAL
• Kepemimpinan jenis ini memfokuskan kepada penyelesaian tugas rutin
dalam mencapai matlamat organisasi.

• Pemimpin hanya mengambil tindakan berdasarkan peristiwa semasa.

• Pemimpin tidak merancang untuk masa depan organisasi atau


masyarakat.

• Pengikut hanya dijelaskan apakah peranan dan tugas yang perlu


dilaksanakan sejajar dengan matlamat organisasi.
CIRI KEPEMIMPINAN TRANSACTIONAL

 Menggunakan ganjaran untuk merangsang tugas pengikut.

 Pemimpin menganggap jawatan sebagai batu loncatan.

 Pengikut melaksanakan tugas mengikut arahan pemimpin.

 Kepemimpinan dilaksanakan secara pengurusan pengecualian.


KEPEMIMPINAN TRANSACTIONAL
KELEMAHAN KEKUATAN
1. Tiada wawasan jelas. 1. Pengikut jelas tentang peranan dan
tugas.
2. Keputusan hanya untuk
menyelesaikan masalah semasa. 2. Mampu memiliki hasil dengan serta
merta.
3. Pemimpin berkemungkinan
menggunakan kedudukan untuk 3. Pengawasan dan mencapaian
kepentingan peribadi. matlamat mudah diselaraskan.

Anda mungkin juga menyukai