Anda di halaman 1dari 23

BAB 10

KEPIMPINAN
PENGENALAN

• Kepimpinan secara umumnya adalah satu bidang yang sangat luas yang merangkumi
hampir semua aspek kehidupan manusia. Ini kerana manusia, dalam segala aspek
kehidupannya tidak terlepas sama ada menjadi pemimpin atau seseorang yang
dipimpin.
• Noraini & Ahmad (2011) mentakrifkan kepimpinan adalah keupayaan
mempengaruhi individu atau sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat kumpulan
atau organisasi.
• Robbins (2003) mendefinisikan kepimpinan sebagai suatu kemampuan untuk
mempengaruhi sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat. Pemimpin pula
merupakan seorang yang dalam kedudukan untuk mempengaruhi orang-orang lain
untuk bertindak, dengan ianya sendiri memiliki kemahiran-kemahiran moral,
intelektual dan social yang diperlukan untuk mengambil peluang kedudukan
tersebut.
• Menurut Robbins (2005) lagi, kepimpinan didefinisikan sebagai keupayaan
mempengaruhi kumpulan ke arah mencapai matlamat. Kebolehan mempengaruhi
boleh terhasil sama ada daripada sumber formal (seperti kuasa dan jawatan individu)
atau sumber tidak formal (seperti pengaruh peribadi dan kemahiran unik yang
dimiliki).
Pemimpinan;
• Didefinisikan sebagai keupayaan mempengaruhi individu
bekerja ke arah mencapai matlamat.
Perbezaan antara kepimpinan dengan
pengurus :
• Kepimpinan – menumpu pada perkara-perkara berkaitan
perubahan (elemen wawasan), menetapkan sasaran,
memotivasi
• Pengurusan – menumpu pada perkara yang berkaitan
dengan pencapaian matlamat organisasi & kerumitan dalam
pengurusan harian organisasi. Mengurus, merancang,
mengawal.
KEMAHIRAN PEMIMPIN

1. Kemahiran teknikal
2. Kemahiran kemanusiaan
3. Kemahiran konseptual.
1. Kemahiran Teknikal
Kecekapan dan kefahaman tentang satu aktiviti yang
melibatkan kaedah, proses, prosedur dan teknik.
2. Kemahiran Kemanusiaan
Keupayaan bekerja sebagai ahli kumpulan, kemahiran
perhubungan awam, berkerjasama, memahami diri sendiri dan
orang lain.
3. Kemahiran Konseptual
• Kemahiran melihat sesuatu usaha secara menyeluruh.
• Mengenali fungsi-fungsi berlainan dlm organisasi yang
berkaitan antara satu sama lain.
• Memahami perubahan yang berlaku pada satu fungsi akan
mempengaruhi fungsi yang lain.
• (kemahiran konseptual-penting pd organisasi besar)
Lain-lain kemahiran:
4. Kemahiran rakan sebaya (peer skills)
5. Kemahiran kepimpinan
6. Kemahiran menyelesaikan konflik
7. Kemahiran memproses informasi
8. Kemahiran membuat keputusan
TEORI KEPIMPINAN
• Tiga pendekatan tentang perspektif kepimpinan yang digunakan secara
meluas iaitu;

Sifat Tersendiri (Traits)


Kepimpinan Tingkah Laku (Behaviours)
Kontigensi (Contingency)
Transformasi (Transformation)
1. Pendekatan Sifat Tersendiri
• Kepimpinan yang berkesan mempunyai ciri-ciri tertentu.
• Pendekatan ini menegaskan – daya kepimpinan merupakan suatu sifat semula
jadi.
• Kajian mengatakan – sifat lazim yang ada pada seorang pemimpin yang berjaya
merangkumi kecerdasan, keyakinan diri, dorongan dalaman dan extroversion.
• Dalam keadaan tertentu, keberkesanan kepimpinan tidak bergantung kepada
sifat-sifat yang ada pada pemimpin tetapi lebih kepada bagaimana sifat-sifat
dipadankan dengan situasi.
• Mempunyai personaliti luaran dan keyakinan yang tinggi dianggap pemimpin
yang berkesan
2. Pendekatan Tingkah laku
• Berdasarkan andaian bahawa pemimpin gaya serta tingkahlaku pemimpin
berkesan boleh dibezakan daripada tingkahlaku pemimpin yang tidak berkesan.
• Pendekatan ini menentukan apa yang dilakukan oleh seseorang pemimpin iaitu;
1. Bagaimana dia mendelegasikan tugas?
2. Bagaimana dia berkomunikasi dengan orang bawahan dan cuba memotivasikan
mereka?
3. Bagaimana dia bekerja?
• Tingkah laku adalah suatu yang boleh dipelajari- pendekatan ini
menegaskan dua aspek penting iaitu merintis struktur dan
bertimbang rasa.
• Merintis struktur – ketua akan mendefinisikan peranan mereka dan
menentukan struktur peranannya.
• Bertimbang rasa – kebolehan mengawal situasi dalam situasi latihan
dengan memberi penghormatan kepada idea dan perasaan ahli
kumpulan
• Kelemahannya – teori ini mengabaikan elemen-elemen situasi yang
boleh mempengaruhi kejayaan/kegagalan dalam kepimpinan
3. Pendekatan Kontigensi(luar jangka)
• Berdasarkan andaian bahawa keberkesanan pemimpinan adalah
dipengaruhi oleh faktor-faktor situasi.
• Pendekatan ini melihat tiga unsur iaitu gaya kepimpinan, pekerja dan
situasi penting untuk kepimpinan yang berkesan.
• Kepimpinan sebagai fungsi ketiga-tiga unsur tersebut.
• Perubahan salah satu unsur akan menjejaskan pencapaian objektif
organisasi.
4. Kepimpinan Transformasional
• Gaya kepimpinan yang mempengaruhi pengikut untuk bekerja lebih masa
daripada sepatutnya ke arah mencapai wawasan sesebuah
kumpulan/pasukan.
• Diperkenalkan oleh Burns (1978) & Bass (1985), yang membezakan
kepimpinan transformasional & transactional berdasrkan Teori Mastow.
• Kepimpinan transactional hanya menumpukan kepada pencapaian
keperluan fisiologi dan keselamatan manakala kepimpinan
transformasional menumpukan kepada tahap keperluan lebih tinggi.
• Ciri-ciri Kepimpinan Transformasional
1. Mempunyai karisma
2. Memberangsangkan dan meningkatkan semangat
pengikut
3. Merangsang minda dan pengikut dengan
menggunakan taknik intelektual
Gaya Kepimpinan
1. Kepimpinan Arahan
2. Kepimpinan Penyokong
3. Kepimpinan Penyertaan
Kepimpinan Arahan
• Tetapkan objektif
• Berorientasikan kerja dan menekankan pembangunan kemahiran
• Abaikan perasaan/pandangan ahli kumpulan
• Mengagih tanggungjawab kepada ahli kumpulan
• Mementingkan prestasi
• Mengawal ahli kumpulan dengan ganjaran/dendaan
• Pentingkan hierarki autoriti
Kepimpinan Penyokong
• Ramah dan mudah ditemui.
• Bertimbang rasa.
• Memberi perhatian kepada ahli kumpulan dan menggalakkan mereka
memberi pandangan.
• Sentiasa memberi nasihat secara berterusan.
• Pentingkan harmoni pasukan
• Menggunakan ganjaran positif dan bukan dendaan.
Kepimpinan Penyertaan
• Berkongsi tanggungjawab dengan ahli kumpulan.
• Ahli kumpulan berpeluang menentukan matlamat sendiri.
• Berbincang untuk menyelesaikan masalah/perbezaan
pendapat.
• Berkongsi kejayaan atau kegagalan
KEPIMPINAN BERKESAN
• 1. Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka
yang berpengaruh, pintar, agresif, herinisiatif dan mempunyai keyakinan diri dan
kebolehan menyelia. Maka, bagi bakal-bakal pemimpin dan juga pemimpin kini,
Latihan latihan dalam membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan
diri adalah berfaedah.
• 2. Mengetahui dan mengawal gaya anda. Gaya yang terbaik sekali bergantung kepada
banyak faktor (selain daripada berorientasikan tugas dan berperikemanusiaan). Maka
perlu bagi mereka menganalisis dan memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan
suatu keadaan fleksibel supaya dapat dipadankan kepada situasi berkenaan.
• 3. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain. Bakal-bakal pemimpin
harus mengikuti andaian-andaian Teori Y, McGregor. Dengan mempercayai bahawa
manusia adalah pandai, kreatif, sanggup bekerja, bertanggungjawab dan ingin
menyelesai kan masalah, dapat meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin
yang berkesan.
• 4. Memenuhi keperluan-keperluan staf ini merupakan secara mudah kenyataan
pemikiran Maslow dan McGregor. Tetapi di dalam amalannya, beraneka masalah
dihadapi. Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong pekerja yang keperluan
mereka tidak dapat dipenuhi melalui kerja mereka? Bagaimanakah dia dapat
meyakinkan staf supaya mempersetujui matlamat organisasi? McGregor telah
mencadangkan suatu teknik seperti penyertaan staf dan sesi-sesi dialog yang
membincangkan perkara-perkara seperti matlamat-matlamat organisasi.
• 5. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Kajian-kajian Fiedler mencadangkan bahawa
bagi tugas-tugas kreatif. dan yang berbentuk keusahawan (seperti mencipta keluaran
baru atau membuka syarikat baru) adalah lebih wajar bagi anda untuk menubuhkan
matlamat yang menyeluruh untuk dijadikan panduan oleh staf, dan kemudiannya
ber~antung kepada budi bicara mereka untuk menjalankan kerja. Bagi kerja yang
dilakukan secara berulang-ulang pula, pemimpin biasanya menguatkuasakan suatu
set peraturan yang terancang dan rapi, untuk melaksanakan kerja.
• 6. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal, anda perlu bertindak
sebagaimana yang dijangka dan diingini oleh pengikut atau staf, agar mendapat
sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.
Sumber Kuasa Pemimpin
1. Ganjaran – kawalan ganjaran
2. Hukuman
3. Autoriti – kuasa berdasar tugas rasmi, undang-undang,
perlantikan
4. Kepakaran – ilmu, kepakaran, kemahiran
5. Karisma – personaliti yang berkarisma

Anda mungkin juga menyukai