Anda di halaman 1dari 4

Teori situasi beranggapan bahawa persekitaran organisasi yang berbeza

memerlukan cara kepemimpinan yang berbeza jika keberkesanan ingin


dirasakan. Kepemimpinan yang berkesan bergantung pada beberapa faktor
seperti faktor pengikut, faktor pemimpin dan faktor situasi yang saling
mempengaruhi.
Antara teori situasi adalah:
Teori Kontinjensi Fiedler (1967).
Teori Situasi Hersey dan Blanchard (1977).
Teori Kontinjensi menyatakan bahawa tidak terdapat satu cara terbaik dalam
memimpin sesebuah organisasi. Sesuatu gaya kepemimpinan mungkin
berkesan dalam satu situasi tetapi
lain.

Dengan

erti

kata

sebaliknya berlaku dalam situasi yang

lain,

kepemimpinan

optimal

tertakluk

kepada(contingent upon)orientasi psikologikal pemimipin dan tuntutan


persekitaran yang terdiri daripada:
Saiz

organisasi,

bagaimana

pemimpin

menyesuaikan

diri

dengan

persekitaran.
Sumber dan cara pengoperasian yang berbeza.
Tanggapan pemimpin terhadap staf dan sebaliknya.
Penggunaan teknologi dan sebagainya.
Daripada kajian-kajian yang dijalankan oleh Fiedler, beliau merumuskan
keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kesepadanan di antara dua
variable, iaitu gaya kepemimpinan dan tahap sokongan persekitaran
(situational favorableness). Tingkah laku pemimpin mungkin digerakkan oleh
tugasan ataupun perhubungan antara manusia dan diperjelaskan dalam tiga
dimensi kritikal, iaitu:

Hubungan pemimpin-ahli(leader-member relation), iaitu sejauh manakah


pemimpin diterima dan disokong oleh ahli. Jika ahli kumpulan menerima
pemimpin, pemimpin berasa dirinya dihormati dan diinspirasikan untuk
memimpin ahli ke tahap yang lebih berkesan.
Struktur tugasan(task structure) merujuk kepada kejelasan tugas dan
kejelasan peranan ahli dalam melaksanakan tugas tersebut. Apabila tugas
adalah

rutin

dan

didefinisikan

dengan

jelas,

ahli

mengetahui

bidangtugasannya, maka situasi menyokong proses kepemimpinan.


Kedudukan kuasa(position power) sekiranya pemimpin mempunyai kuasa
rasmi yang kuat (untuk melantik, mendisiplin, menukar, menentukan naik
pangkat), maka situasi menyokong proses kepemimpinan.
Teori Situasi Hersey dan Blanchard (1977) menggabungkan dan meluaskan
idea Grid Pengurusan Blake and Mouton serta Model Kontinjensi Fiedler.
Mengikut Mersey dan Blanchard, keberkesanan kepemimpinan berasaskan
situasi. Terdapat empat gaya kepemimpinan yang diutarakan oleh mereka,
iaitu gaya memberitahu, menjual, mengambil bahagian dan menurunkan
tanggungjawab(telling, selling participating, delegating).
Penggunaan gaya kepemimpinan yang berbeza-beza perlu disepadankan
dengan tahap kematangan ahli dalam kumpulannya.
Tahap kematangan ahli ditafsirkan berdasarkan dua aspek yang khusus,
iaitu:
Kematangan psikologikal, iaitu keyakinan, kebolehan dan kesediaan ahli
untuk menerima tanggungjawab yang diberikan.
Kematangan pengendalian tugas, iaitu kemahiran dan pengetahuan teknikal
yang dimiliki.
Kumpulan Kematangan RendahMotivasi yang rendah, kurang kemahiran,
kurang pasti matlamat organisasi, kurang kejelekitan kumpulan. Pemimpin

perlu meluangkan masa untuk memperjelas peranan ahli dan matlamat


organisasi, membuat penyeliaan yang lebih rapi serta menggalakkan ahli
untuk 'menerima' tugas mereka melalui cara 'pujukan.' Gaya kepemimpinan
yang sesuai bagi kumpulan ini ialah memberitahu dan menjual.
Kumpulan Kematangan TinggiMotivasi yang tinggi, mempunyai kemahiran
tinggi, komited kepada matlamat organisasi, ahli kumpulan dan pemimpin
saling mempercayai. Peranan pemimpin ialah sebagai pemudah cara dan
mengekalkan

komunikasi

yang

baik.

Gaya

kepemimpinan

mengambil

bahagian sesuai diamalkan untuk kumpulan ahli yang berkemahiran tinggi


tetapi kurang bersemangat.Gaya menurunkan tanggungjawab adalah sesuai
diamalkan

bagi

kumpulan

yang

mempunyai

tahap

kematangan

dan

kemahiran yang tinggi.


Terdapat beberapa isu yang perlu diambil kira berkaitan dengan Teori Situasi
Hersey

dan

Blanchard

apabila

soal

kesesuaian

gaya

kepemimpinan

dibincangkan. Pertamanya, faktor budaya sesuatu kelompok masyarakat


akan mempengaruhi cara kerja dan gaya kepemimpinan. Contohnya, dalam
budaya tertentu, tugas dantatakerja dihargai, manakala dalam budaya lain,
perhubungan manusia dan unsur birokrasi dihargai.
Perkara kedua berkaitan dengan pendapat bahawa pemimpin lelaki lebih
berorientasikan tugas, manakala pemimpin wanita bersifat prihatin dan
sensitif, iaitu lebih berorientasikan perhubungan manusia.Ketiganya, model
situasi hanya membincangkan hubungan pemimpin dan ahli-ahli dibawah
jagaannya, isu struktur, politik dan simbol tidak diperbincangkan.
Ciri persamaan antara Teori Kontinjensi Fiedler dengan Teori Situasi Hersey
dan Blanchard adalah kedua-duanya menyatakan bahawa tidak terdapat
satu cara terbaik dalam memimpin sesebuah organisasi. Perbezaan utama
ialah Teori Situasi lebih berfokuskan pelbagai gaya kepemimpinan yang perlu
diamalkan berdasarkan faktor persekitaran (lebih kepada kematangan ahli),
manakala Teori Kontinjensi mengambil perspektif yang lebih luas, iaitu faktor-

faktor penentu keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kebolehan


pemimpin itu sendiri serta faktor- faktor sokongan persekitaran yang lain.

Anda mungkin juga menyukai