Anda di halaman 1dari 13

Pengetua dan Hubungan Manusia

Dari Wikipedia, ensaiklopedia bebas

Perhubungan sesama manusia sangat penting diambil perhatian. Hubungan sesama


manusia tidak dapat dielakkan. Di peringkat sekolah , kejayaan pentadbiran sesebuah
sekolah sangat bergantung kepada cara mana hubungan antara pengetua, pentadbir, guru,
pelajar dan ibu bapa dan pihak luar .

Kebanyakan pengetua dan pentadbir telah mengetahui pelbagai teori pengurusan dan
ilmu psikologi. Malangnya ramai pengetua tidak aplikasinya di sekolah atau merasakan
tidak sesuai dilaksanakan di peringkat sekolah. ‘Block mental ‘ ini harus diketepikan.
Sepatutnya para pengetua mengubahsuai teori-teori yang dipelajari dan tidak
mengabaikannya begitu sahaja.

Contohnya :

 Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru – hanya sekitar 20 ibu bapa yang hadir
daripada 2700 bapa yang sepatutnya hadir.
 Masalah disiplin pelajar. Seringkali ibu bapa menyatakan disiplin anaknya semasa
di sekolah rendah amat baik, tetapi apabila bertukar ke sekolah menengah ,
disiplin anaknya semakin teruk. Dakwaan ibu bapa begini membawa maksud
pendidikan sekolah menengah telah merosakkan anaknya.
 Masalah black metal di kalangan pelajar.
 Permasalahan politik yang dipegang oleh anak-anak sejak di bangku persekolahan
 Kecenderungan ibu bapa menghantar anak ke sekolah bercorak agama
 Penagihan dadah
 Kemerosotan prestasi pelajar Melayu dalam pelajaran Matematik dan Bahasa
Inggeris.

Komunikasi Pengurusan
Komunikasi pengurusan ialah proses bagaimana pengetua berkongsi pengalaman dengan
guru-guru, kakitangan sokongan, para pelajar dan masyarakat sekitar sekolah. Seseorang
pengetua yang berkesan, popular, disukai ramai dan disanjung oleh oleh guru-guru, ibu
bapa dan para pelajar, perkara yang diambil perhatian ialah kemahiran berkomunikasi.

Berkomunikasi bukan sekadar bercakap, malahan berdiam diri dan berpakaian juga jenis
komunikasi. Pengetua amat memerlukan kemahiran komunikasi pengurusan kerana
beberapa faktor :
Menjalin hubungan

Dengan adanya kemahiran berkomunikasi, pengetua dapat menjalin hubungan mesra


dengan semua pihak dan proses pengajaran – pembelajaran berjalan lancar.

Semua guru tidak rasa tertekan kerana adanya kemesraan daripada pengetua. Guru-guru
merasakan diri mereka dihargai, dikasihi dan dimuliakan.

Semua pelajar lebih mudah berhubung dengan pengetua dan menyalurkan masalah tanpa
ada sebarang sekatan. Apabila pelajar dapat menyatakan masalah, maka pengetua lebih
mengetahui corak dan asas permasalahan di sekolah. Maka sebarang permasalahan, rasa
tidak puas hati lebih mudah diselesaikan. Jadi komunikasi merupakan suatu pelepasan
keluhan perasaan emosi dan memenuhi keperluan sosial. Contohnya : • Penyebaran
risalah agama Kristian di kalangan pelajar Islam atau bukan Islam. Buku-buku Bible New
Tastament diedarkan di luar sekolah dan dibawa ke kawasan sekolah tentu akan
menimbulkan isu sensitif di kalangan pelajar terutama sekali di kalangan Islam. Pelajar
yang terlibat dapat memberitahu perkara itu dan tindakan dapat diambil dengan cepat .
Contohnya melaporkan kepada pihak polis atau pihak berkuasa yang lain.

Saling faham memahami

Melalui kemahiran berkomunikasi, para pengetua lebih saling faham memahami. Pihak
atasan dapat memahami citarasa dan kehendak orang bawahan. Sementara pihak
bawahan dapat mengetahui matlamat, objektif dan kehendak yang ingin dicapai oleh
pihak atasan.

Segala maklumat sampai secara terus, tanpa melalui pihak ketiga. Komunikasi secara
terus dan kerap adalah lebih baik. Jadi tidak akan berlaku penapisan maklumat.
Tambahan pula maklumat boleh disampaikan secara formal dan tidak formal. Maklumat
yang disampaikan secara tidak formal lebih memberi kesan di dalam ingatan.

Penyebaran maklumat lebih berkesan. Contohnya pengetahuan teknologi, latihan kerja,


kewangan , pengurusan dan sebagainya. Pihak bawahan akan berfungsi lebih bebas, lebih
kreatif, berkeyakinan dan penuh dedikasi.

Selain itu pembentukan matlamat akan lebih terarah dan terancangan. Pembentukan
matlamat yahg merupakan perahan idea pengetua dan guru-guru akan lebih mujarab
menyelesaikan masalah di sekolah . Dalam membuat keputusan , mesyuarat dan
perbincangan mesti selalu diadakan. Alternatif yang dirumuskan akan diedarkan kepada
semua bagi tujuan perbincangan dan maklumbalas. Apabila persetujuan dicapai, ia akan
dimeteri , diedarkan dan dilaksanakan.
Mempengaruhi

Satu perkara yang tidak kurang penting ialah pengetua dapat mempengaruhi orang
bawahan secara lisan dan secara fizikal. Guru-guru dana para pelajar akan lebih kagum
dan terarah fikirannya kerana ‘boss’ begitu dekat dengan mereka. Guru-guru dan pelajar
dapat digerakkan untuk mengubah tingkalaku, minat dan bekerjasama ke arah
peningkatan prestasi akademik dan ko kurikulum di sekolah.

Misalnya pengetua mahu guru-guru lain bekerjasama dan mematuhi idea yang hendak
dilaksanakan seperti mengadakan Jogathon dan Jamuan amal. Aktiviti ini hanya akan
berjaya jika mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para guru dan pelajar.

Komunikasi juga sebagai alat kawalan. Organisasi sekolah mempunyai hierarki, panduan
yang formal yang perlu dipatuhi. Organisasi yang leper memudahkan maklumat
disampaikan.

Membantu

Selain itu pengetua dapat membantu menyelesaikan masalah orang bawahan. Masalah
peribadi dapat diluahkan tanpa rasa malu. Pengetua akan bertindak sebagai fasilitator dan
kaunselor. Prestasi guru-guru dan pelajar dapat ditingkatkan dengan memberikan
dorongan dan bimbingan.

Contohnya pengetua dapat membantu masalah guru yang tidak dapat mengawal kelas
dengan baik. Pengetua atau guru disiplin menyiasat segera aduan guru tersebut. Pelajar
yang nakal , bising dan tidak membuat latihan yang diberi, mestilah dihukum. Sekiranya
pelajar tersebut bergaduh dengan pelajar lain atau tidak menghormati guru, tindakan
gantung atau buang sekolah boleh diambil.

Berseronok

Seterusnya komunikasi yang berkesan melahirkan rasa seronok bagi kedua-dua pihak.
Pihak bawahan akan lebih megah kerana hubungan yang begitu akrab. Sementara
pengetua sendiri mempunyai lebih banyak kawan, lebih banyak hubungan dan sentuhan.

Contohnya pengetua dapat memberi nasihat secara berjenaka dan jenaka tersebut dapat
difahami dengan jelas , sedangkan isinya cukup pedas .

Ada beberapa halangan kepada komunikasi yang berkesan . Antaranya ialah :

 Tanggapan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Tindakan pengetua
memuji seorang guru yang rajin akan ditanggap sebagai ‘cuba bodek’ oleh guru
yang lain.
 Perbezaan makna bahasa. Istilah yang sama yang digunakan oleh pengetua
mungkin mempunyai maksud yang berbeza. Contohnya 'penyegan' - Maksud
pertama ‘pemalu’ .Maksud kedua ‘pemalas’
Antara pemalu dan pemalas cukup jauh bezanya. Jadi pengetua harus mengelakkan
istilah-istilah seperti ini.

 Suasana bising mengganggu aliran maklumat ke dalam ingatan.


 Emosi penghantar dan penerima mesej akan mencairkan maklumat. Mesej akan
kehilangan makna jika kita sedang marah, sayang, benci, cemburu, takut dan
sebagainya.

Tekanan dan Konflik Guru

Tekanan adalah punca segala penyakit . Tetapi tekanan juga memberikan faedah yang
besar kepada kita . Jadi penerimaan terhadap tekanan dan pengurusan tekanan amatlah
penting. Sebagai seseorang pengetua, beliau mestilah memanfaatkan peranan tekanan dan
menguruskannya dengan sebaik-baiknya.

Pengetua sendiri terdedah kepada pelbagai tekanan dan antara tanda-tandanya ialah :

 Bimbang amat sangat - prestasi sekolah merosot


 Terlampau agresif - memukul pelajar tanpa belas
 Hilang selera makan
 Sugul dan tak bermaya - tubuh keletihan
 Mudah terganggu - hilang kawalan diri.
 Kurang tumpuan dan motivasi
 Tidur yang terganggu - terkenang masalah sepanjang masa
 Tidak cukup rehat / tidak senang diri
 Mabuk -

Semua tanda-tanda di atas mestilah diperhatikan oleh pengetua terhadap dirinya dan
kepada kakitangan di sekolah. Perundingan amatlah penting.

Jadi pengetahuan tentang tekanan dan konflik amat penting. Pengetua dapat mengetahui
apakah, punca,tanda- tanda atau gejala, kesan-kesan tekanan dan jalan penyelesaiannya.
Pengetua sebagai pemimpin harus mengambil langkah bijak mengatasi segala masalah.
Jangan pula pengetua menjadi punca tekanan yang berat. Pemberian tugas kepada guru
haruslah berpada-pada, mengikut kemampuan guru tersebut. Contohnya :

 Guru yang sering menggeletar di dalam kelas.Pengetua harus merujuk guru-guru


seperti ini kepada pakar kaunselor kerana proses pengajaran dan pembelajaran
akan terganggu.
 Guru yang cenderung memberontak /Guru yang memberontak sering dikaitkan
dengan parti politik. Sikap kepartian haruslah disematkan di dalam hati sahaja dan
tidak diluahkan ke dalam kelas. Selalunya sikap ini terbawa-bawa sehingga
mengganggu guru –guru yang lain. Contohnya pengasingan pelajar lelaki dan
perempuan di dalam kelas. Ada guru yang setuju dan ada yang tidak. Perkara ini
juga ada kaitan dengan hukum agama dan dibabitkan dengan dasar politik negara.
 Pelajar merokok
Pelajar yang merokok di sekolah atau di luar sekolah mestilah dipantau secara bijak.
Kemungkinan pelajar ini menghadapi tekanan di rumah lalu mengambil keputusan
merokok – sebagai escapism kepada masalahnya.

 Ibu bapa yang marah-marah di sekolah.

Guru-guru memang tertekan apabila ibu bapa marah-marah dan menyalahkan pihak guru.
Contohnya kesalahan ejaan dan tatabahasa di dalam karangan Bahasa Melayu tidak
ditanda secara cermat oleh guru Bahasa Melayu. Pengetua harus berkomunikasi secara
bijak, tidak menafikan hujah-hujah ibu bapa dan tidak pula menyalahkan guru-guru
seratus peratus. Jika pengetua menyokong ibu bapa, morale guru akan jatuh . Cara terbaik
ialah menegur pada lain masa yang sesuai, bukan semasa isu itu sedang meletup.

Ada beberapa strategi yang difikirkan sesuai diterapkan oleh pengetua apabila
berhadapan dengan tekanan . Pengetua sendiri mestilah bijak dalam menguruskan masa.
Jadual waktu kerja , takwim tahunan dan diari kerja mestilah ada di sisi setiap masa.
Dahulukan perkara yang wajib , segera dan diuruskan dengan bijak.

Pengetua juga menggalakkan para guru dan pelajar memiliki jadual waktu harian di
sekolah dan di rumah. Setiap seorang mempunyai diari. Perdana Menteri sendiri
mempunyai diari, jadi sudah tentu kita juga mempunyai diari sendiri , bagi mencatatkan
perkara yang akan dilakukan dan mencatatkan apa yang telah dilakukan

Selain itu aktiviti senaman sebelum waktu belajar . Pada peringkat permulaan selama 5 –
10 minit. Satu masa dahulu ada aktiviti senaman di jabatan-jabatan kerajaan, tetapi
kemudian senyap tanpa berita. Sebenarnya aktiviti ini dapat menggerakkan semula otot
dan melancarkan peredaran darah. Golongan guru adalah antara yang tidak terlibat
dengan aktiviti sukan, sungguhpun sentiasa terlibat dalam menganjurkan sukan tahunan
di sekolah.

Selepas bekerja pula, hendaklah berbaring di lantai dan kaki di atas kerusi supaya darah
turun ke otak. Dengan ini kelegaan akan berlaku.

Sokongan sosial juga penting di kalangan guru. Pengetua hendaklah memberikan


sokongan kepada guru dan pelajar yang memerlukan . Sokongan sosial ini termasuklah
bertanya khabar , bercerita tentang hal-hal peribadi, hal ehwal pelajar di dalam kelas dan
yang lebih penting pengetua dapat mengecam nama guru-guru dan pelajarnya.

Melalui pendekatan organisasi pula, pengetua tentu boleh menentukan pemilihan dan
penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya
supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah ubahsuai
tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama sekali sasaran
matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah dilibatkan guru-guru.
Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan guru mungkin terlalu lambat,
tetapi ia lebih mudah untuk diterima.
Setiap guru dan pelajar hendaklah dilatih mengutamakan perkara yang mudah dan senang
supaya ia akan menghasilkan kerja yang menyeronokkan.

Sikap berani berterus terang juga patut digalakkan. Dengan ini hal-hal yang kecil dan
remeh boleh diketahui orang pengetua. Pengetua akan dapat mengetahui setiap inci
permasalahan. Tambahan pula guru yang berterus terang tentang ketidakmampuannya
menjalankan tugas adalah lebih baik daripada memendam rasa.

Tekanan yang dihadapi di rumah pula dapat dirungkaikan dengan memantapkan


kemahiran keibubapaan. Seminar keibubapaan perlu diadakan dengan menjemput
penceramah-penceramah atau pakar motivasi daripada pihal luar. Pastikan tiada
hubungan selepas kerja. Biarkan kerja-kerja di sekolah terhenti setakat di sekolah sahaja.
Biarkanlah waktu terhenti apabila kita balik ke rumah. Apabila sampai di rumah,
sepatutnya mencipta ruang bebas tekanan, seperti di sudut bilik dan mendengar irama
muzik perlahan. Di samping itu mengimbau kenangan masa lalu dengan membelek
kembali gambar-gambar zaman persekolahan atau album sekolah .

Sedapat mungkin pengetua mengatur rombongan ke tempat-tempat menarik dengan


seluruh anggota keluarga guru. Rombongan keluarga guru di peringkat sekolah rendah
lebih kerap berbanding dengan sekolah menengah. Ini mungkin disebabkan di sekolah
menengah ada pelbagai kaum, agama dan budaya. Sebaliknya di sekolah rendah, guru-
gurunya lebih seragam, bilangannya kecil dan lebih mudah muafakat. Hari Keluarga
boleh diatur , misalnya ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

Tekanan juga dapat ditinjau dari pendekatan Islam. Masalah disiplin dan motivasi dapat
diselesaikan melalui cara ini. Contohnya mengadakan  :

 Solat hajat untuk pelajar PMR dan SPM


 Majlis Qiamulail untuk semua guru beragama dan pelajar
 Mengadakan majlis qurban kambing atau lembu semasa hari raya haji. Daging
qurban disedekahkan kepada pelajar-pelajar miskin.
 . Ziarah menziarahi rumah pengetua , guru dan pelajar semasa hari raya.
 Pertandingan mencipta tanglong kepada semua bangsa.

Melalui cara-cara ini, hubungan pengetua-guru –pelajar akan lebih erat.

Perubahan dan Tekanan Terhadap Perubahan


Masyarakat adalah manifestasi pendidikan yang diterima. Lantaran itu masyarakat
mahukan perubahan dalam pendidikan dilakukan dengan segera. Pelbagai faktor dilihat
bagi menentukan keputusan perubahan yang terbaik dan sesuai dengan kehendak serta
norma masyarakat.

Pengetua selaku pentadbir dan pengurus di sekolah berperanan melakukan perubahan.


Perubahan ini termasuklah dari segi perubahan fizikal , mental dan sikap setiap warga
sekolah itu.
Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada perubahan pendidikan. Antaranya ialah :
Berlakunya bencana alam seperti banjir besar, kebuluran dan kebakaran yang dahsyat.
Pengetua hendaklah melakukan tindakan drastik terhadap perubahan ini. Orang ramai
melihat sekolah dapat menyelesaikan apa sahaja masalah. Masyarakat mahukan ahlinya
bijak menghadapi sebarang risiko dan tidak mahu ketinggalan. Pendidikan menjadi
sasaran perubahan dan agen perubahan yang terpenting. Tekanan juga berlaku apabila
pengimportan teknologi. Pengetua dilihat orang yang paling maju untuk menerima
perubahan teknologi. Contohnya teknologi komputer dan internet. Komputer dan internet
sering diwar-warkan dapat menyelesaikan segala masalah. Sedangkah apa yang berlaku
di sekolah mahupun universiti ialah ketiadaan kakitangan mahir untuk
mengendalikannya. Rempuhan teknologi maklumat tidak dapat dielakkan lagi. Maklumat
kini berada di hujung jari jika kita mahu menggunakannya. Orang terkaya di dunia iaitu
Bill Gates adalah usahawan perisian komputer Microsoft. Oleh yang demikian, pengetua
harus meninjau keadaan sekeliling. Keadaan sekeliling ini termasuklah fenomena di
seluruh dunia. Imigrasi penduduk dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan lain-lain
membawa budaya yang baru. Pengetua dilihat orang yang berada pada barisan paling
hadapan untuk menapis budaya yang dibawa. Contohnya warganegara Malaysia yang
pulang dari Afghanistan telah bersikap militan dan ciri-ciri tersebut menular di kalangan
guru dan pelajar. Pengetua harus menjenguk dan mengintai, apakah ciri-ciri militan itu
wujud di sekolah. Globalisasi semakin hampir ke muka pintu. Barangan luar dari luar
negara akan bersaing dengan barangan tempatan. Teknologi pendidikan akan sampai ke
pintu-pintu sekolah. Apakah pengetua, guru dan pelajar bersedia menghadapinya. Apakah
tidak mungkin rakyat Malaysia akan menganggur kerana barang Malaysia tak laku lagi
lantaran lebih mahal dan kurang bermutu Pelajar semakin aktif, kreatif dan sentiasa
menggunakan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apakah
pengetua bersedia menghadapinya atau menjadi model yang kaku di sekolah.

Ada pelbagai teknologi yang perlu dihadapi oleh pengetua , anataranya ialah :


o Kamera digital , CD Writer, pengimbas ,
o Laman hompej - setiap sekolah, persatuan malahan setiap individu
mempunyai laman web sendiri.
o email
o Majalah elektronik
o Tele marketing , teleconferensing, sidang video
o Hand phone dan satelit.

Zaman sentiasa berubah dan beredar dengannya. Mereka yang gagal untuk berubah akan
ketinggalan zaman. Tidak ada bangsa atau negara yang boleh mengasingkan diri daripada
melakukan perubahan , menerima perubahan , baik perubahan dari luar , mahupun
perubahan dari dalam.

Ingatan Perdana Menteri Malaysia terdahulu, Dr Mahathir Mohamad, “ Kejayaan atau


kegagalan seseorang banyak bergantung kepada dirinya sendiri . Bangsa yang dikelilingi
oleh keadaan yang menekan , boleh berjaya . Sedangkan bangsa yang mempunyai negara
yang serba mewah mungkin lebih miskin dan lemah “

Setiap warga pendidik mestilah berfikir secara positif dan kreatif. Anggaplah dan lihatlah
setiap situasi yang muncul dengan tiba-tiba dan melihat perubahan sebagai satu peluang.

Sebarang perubahan memerlukan keseimbangan baru di dalam sisitem itu. Ia akan


ditentang tetapi secara relatif tidak sering berlaku. Apabila perubahan berlaku, haluan
perubahan itu akan ditentang dengan kuat. Dorongan utama bagi perubahan adalah
daripada luar.

Di sekolah , perubahan hasil daripada penukaran pengetua lebih berkemungkinan berlaku


jika pengetua baru datang dari luar organisasi. Bilangan pembaharuan yang
diperkenalkan berkadar songsang dengan tempoh perkhidmatan seseorang pengetua.
Semakin berhierarki sesebuah sekolah itu, bertambah kurang kemungkinan perubahan.

Di sekolah atau di mana-mana juga organisasi, biasanya perubahan cenderung berlaku


dari atas ke bawah. Semakin baik dan kreatif seseorang pengetua itu, maka semakin
baiklah sekolah yang ditadbirnya.

Penerimaan masyarakat kepada perubahan dasar-dasar kerajaan banyak bergantung


kepada kreativiti seseorang pengetua . Contohnya penubuhan sekolah wawasan, sekolah
bestari, penggunaan komputer dalam bilik darjah , reka bentuk sekolah yang berbeza dan
sebagainya. Kini , reka bentuk sekolah tidak lagi seragam, malah wujud reka bentuk
kreatif.

Tidak ramai orang yang suka dengan perubahan. Setiap individu berasa dirinya tidak
berupaya untuk berubah kepada teknologi baru. Oleh itu pengetua harus memastikan
tidak wujud “ Zon Selesa’ pada dirinya, guru-guru dan para pelajar di bawah kawalannya.
Walaupun nampaknya sesuatu perubahan itu bermula dari atas, namun kejayaan sesuatu
perubahan adalah bermula dari bawah.

Dinamika Kumpulan
Setiap manusia perlu berinteraksi di antara satu dengan yang lain. Setiap orang akan
bergabung antara satu dengan yang lain untuk membentuk kumpulan yang kreatif,
sefahaman dan dinamik ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Sebagai seorang
pengetua di sekolah, beliau harus memupuk pembentukan kumpulan – kumpulan yang
sihat . Pembentukan kumpulan yang sihat ini agak sukar dibentuk di kalangan orang
Melayu berbanding di kalangan pelajar Cina. Pelajar Melayu seringkali hilang tumpuan .
Selain itu kekuatan kumpulan dihakis oleh perasaan cemburu.

Pembentukan kumpulan adalah satu cara bagi melatih pelajar ;

 memahami diri sebagai seorang individu


 memupuk keyakinan diri dan kebolehan berdikari
 melatih mendengar dengan teliti dan memahami orang lain
 mengajar pelajar menjadi ahli masyarakat yang berkesan.
 menyelidik nilai diri yang lama dan berani mencuba yang baru
 bertanggungjawab terhadap tingkahlaku sendiri
 Menyediakan suasana yang selamat untuk menjelajah perasaan sendiri dan belajar
mengatasi yang negatif.
 Melatih pelajar menjelajah perhubungan mereka dengan orang lain terutama
dengan mereka yang berkuasa seperti ibu bapa, pengetua, guru, jiran , abang /
kakak dan sebagainya.

Pengetua dan guru hendaklah menggalakkan kumpulan – kumpulan kecil ini seperti :

 Kumpulan bahas di dalam kelas


 Kumpulan belajar / ulangkaji bersama
 Persatuan akademik seperti Persatuan Bahasa Melayu
 Persatuan Sukan seperti Rumah Merah dan Kelab Sofbol.
 Persatuan Berunifotrm seperti Persatuan Pengakap.

Di kalangan guru pula, pengetua dapat membentuk kumpulan –kumpulan melalui


jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan . Contohnya :

 Jawatankuasa Jadual Waktu


 Lembaga disiplin
 Lembaga Koperasi Sekolah
 Kelab Guru

Kumpulan ini cukup penting. Ia memberi pertolongan kepada lebih ramai ahli berbanding
jika bergantung kepada kerja persendirian. Perhubungan yang rapat dapat dibentuk dan
pengetua bentindak sebagai sebagai pemudahcara jika ia melibatkan kumpulan guru.

Setiap kali pertemuan, pelbagai masalah dibincangkan. Bilangan pelajar yang mendapat
faedah lebih ramai dan mereka yang ketinggalan turut mendapat manfaat. Tetapi jangan
pula wujud ‘ahli tumpang’ - yang turut serta tetapi tidak menyumbang sesuatu.

Dalam kumpulan ini, setiap ahli berpeluang menyelidiki perasaan dan sikap dalam suatu
suasana yang bebas dan mesra. Mereka juga bebas mengeluarkan idea dan pendapat
tanpa dipermain-mainkan oleh orang lain. Suasana kumpulan akan mengajar kira
memandang orang lain dengan lebih positif dan tidak defensif. Setiap ahli menjadi
pemberi dan penerima pertolongan.

Di sekolah menengah biasanya terdapat bebebrapa halangan , seperti :

 Guru berijazah tidak rapat dengan guru berijazah. Alasan yang diberikan guru
berijazah bergaji besar tetapi hanya mengajar Tingkatan Peralihan.
 Guru sesi pagi dan guru sesi petang ‘ bercakaran ‘. Apabila kelas kotor, guru sesi
pagi menyalahkan pelajar sesi petang dan sebaliknya. Hal-hal begini akhirnya
membabitkan guru-guru kelas.
 Guru keluaran universiti tidak aktif dalam aktiviti ko kurikulum. Tambahan pula
guru-guru wanita hanya berpayung di tepi padang apabila aktiviti sukan
dijalankan.
 Guru Cina dan India tertumpu mengajar ‘subjek yang bernilai ‘ seperti Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains. Sementara guru Melayu mengajar Bahasa Melayu,
Pendidikan Seni, Sejarah dan Geografi.

Sungguhpun penilaian atau permasalahan ini setengah masak, tetapi kesannya cukup
besar kepada kemajuan organisasi sekolah.

Penilaian Preastasi
Penilaian adalah proses yang berterusan untuk menerangkan sejauh mana kejayaan atau
kegagalan telah diperolehi. Kejayaan sesebuah sekolah amat dipengaruhi oleh pelbagai
faktor , dalaman dan luaran. Kejayaan sesebuah sekolah biasanya dibandingkan dengan
sekolah yang lain. Seringkali perbandingan yang dibuat itu tidak adil. Contohnya
perbandingan prestasi Sekolah Menengah Asrama Penuh dengan Sekolah Bantuan
Kerajaan biasa.

Di sinilah pengetua harus bijak menjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat


sekeliling. Namu begitu kekurangan-kekurangan yang ada bukan satu alasan mutlak
untuk tidak berusaha mencapai kejayaan lebih cemerlang.

Dalam sekolah pula, penilaian melibatkan penilaian prestasi kerja yang dilakukan oleh
setiap kaki tangan. Dalam Sistem Saraan Baru , penilaian prestasi melibatkan pemberian
anugerah prestasi menegak dan melintang.

Penilaian kerja mesti dilakukan jika mahu produktiviti meningkat. Ada pelbagai
perimeter yang digunakan dan sering cenderung kepada penilaian subjektif. Inilah yang
menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan guru kerana perimeter tidak jelas, tidak telus
dan cenderung diberikan kepada ‘kroni’ dengan alasan ‘kroni’ itu memang layak.

Kejayaaan penilaian personel bergantung kepada falsafah yang diamalkan oleh sesebuah
sekolah itu, sikap serta kemahiran pegawai penilai.

Kepada pengetua, penilaian prestasi merupakan cara untuk menggalakkan peningkatan


prestasi setiap guru di samping memberikan ganjaran kepada mereka yang bekerja
dengan baik. Guru yang baik akan diberi kenaikan pangkat .

Kelemahan dan kekuatan prestasi dalam sekolah dapat diketahui. Sekiranya terdapat
kelemahan, pengetua dapat mengenalpasti keperluan latihan yan bakal diberi. Seterusnya
prestasi dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Ia juga sebagai perbicaraan disiplin yang
adil.

Penilaian pengajaran di kelas sering berhadapan dengan ketidaktepatan maklumat. Guru-


guru mungkin mengajar dengan baik ketika pengetua atau ketua-ketua bidang melakukan
pencerapan. Tetapi pada masa lain, guru tersebut mengajar Matematik sambil lwa ,
dengan penuh prasangka, tidak lansung menggunakan alat bantu mengajar dan
sebagainya. Oleh itu pengetua harus berhati-hati dalam perkara ini.

Budaya Organisasi Sekolah


Budaya adalah satu cara kita membuat kerja . Di dalam sistem ini terkandung corak idea,
pemikiran, norma dan nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu.

Pengetua sebagai ketua di sekolah haruslah mempelopori atau menjadi juara sesuatu
budaya yang positif. Apa yang dilakukan oleh seseorang pengetua akan menjadi ikutan
dan akan dikenang sepanjang zaman. Contohnya budaya yang perlu disemai ialah :

 Budaya penyayang
 Budaya hormat menghormati
 Budaya berani menyoal
 Budaya membaca

Setiap budaya yang dinyatakan di atas perlu diiringi dengan pelbagai aktiviti yang
berkaitan . Budaya Membaca misalnya disemai melalui aktiviti :

 Projek Nilam – setiap pelajar yang telah habis membaca sesebuah buku, mencatat
laporan ringkas buku yang telah dibaca.
 Sudut buku di dalam kelas - menjadi tempat majalah dan surat khabar.
 Pondok buku - tempat membaca buku
 Laluan ilmu - papan penyataan yang penuh dengan maklumat berguna
 Seminggu sebuah novel - diterapkan kemahiran membaca buku

Budaya Penyayang pula disertai dengan pelbagai aktiviti yang


menyeronokkkan .Contohnya ;

 Guru terlebih dahulu menyapa pelajar


 Projek mentor-mente
 Buku biodata rakan sekelas
 Buku catatan harian ( diari ).

Penutup
Pengetahuan pengetua tentang ‘hubungan manusia dalam pendidikan ‘ cukup penting. Ia
akan membentuk ciri-ciri kepimpinan yang berkesan :
 kemahuan yang tinggi untuk memimpin dan tabah bertindak menghadapi cabaran
 Pintar dan berinisiatif tinggi
 berwawasan dan mempunyai matlamat yang jelas mengenai organisasi dan
pengajaran
 bekerja keras dan menjadi contoh yang baik kepada staf yang lain.
 memberi peluang kepada guru menonjolkan kepemimpinan mereka
 mengetahui batasan kepimpinan formal dan tidak formal seperti kemahiran
interpersonal , ramah dan baik hati.
 Proaktif dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas.

Pengetahuan di atas selaras dengan saranan Sergiovanni ( 1995 : 85 ) , seorang pengetua


yang berkesan perlu mempunyai lima kemahiran iaitu :

 Kemahiran teknikal
 kemahiran manusia
 Kemahiran pendidikan
 . Kemahiran simbolik
 Kemahiran budaya.

Bibliografi
 Ainon Mohd & Abdullah Hassan ( 1994 ) , Teknik Berfikir : Konsep dan Proses ,
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

 Aminuddin Mohd Yusof ( 1990 ) . Kepimpinan. Hulu Kelang : Dewan Bahasa


dan Pustaka.

 Edmund Terence Gomez ( 1990 ), Pelaburan korporat UMNO, Forum Enterpise ,


Petaling Jaya.

 Paul Findley, ( 1990 ) Mereka Berani Bicara, Penerbit Mizan, Bandung.

 Goldenson , R.M. ( 1970 ) . The Ensyclopedia of Human Behaviour Vol.2 ,


Garden City, New York. Doubleday & Co. Inc.

 Harold Koontz & Heinz Weihrich, 1997 ) , Pengurusan, Dewan Bahasa dan
Pustaka , Kuala Lumpur.

 Hersey,P. and Blanchard,R.K., ( 1973). Grid Principles and Situationalism : Both.


A Response to Blake and Mouton, Group and Organization Studies.

 Hussein Mahmood ( 1997 ) , Kepimpinan dan Keberkesana Sekolah. DEB Kuala


Lumpur.
 Jaafar Muhamad ( 1992 ), Asas Pengurusan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

 Jaafar Muhamad ( 1997 ) , Kelakuan Organisasi . Leeds Publications. Kuala


Lumpur.

 John Naisbitte & Opatricia Aburdene , ( 1990 ) Megatrends 2000, Avon Books
international.

 Juriah Long dan rakan ( 1992 ). Aliran dalam amalam pendidikam menjelang
abad ke 21. Bangi : UKM

 Kamaruddin Hj Kachar ( 1989 ). Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala


Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd.

 Lee Iacocca , ( 1990 ), Iacocca – Sebuah Autobigrafi, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

 Philip K, Liam .F dan S. Jatusripitak ( 1986 ) Kompetisi Baru , Penerbit Pt.


Gramedia, Jakarta.

 Rahim Abdullah( 1998) , Asas Pengurusan. Utusan Publications & Distributors


Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

 Roald F.C ,John e. Corbally dan Raphael O.N (1997 ) , Pengenalan Pentadbiran
Pendidikan, Penerbit Universiti Putra Malaysia : Serdang.

 Robert Ornsteion and Paul Ehrlich ( 1989 ) New World New Mind, Simon &
Schuster Inc.

 Sayles, L.R . and Strauss, (1974). Human Behaviour in Organizations, Englewoos


Cliff , New Jersey. PrencticeHall.

 Sindhunata , ( 1993 ), Dilema Usaha Manusia Rasional : Kritik Masyarakat


moden oleh Max Horkheimer, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

 Tay Swee Noi dan Peter J. Smith ( 1990 ). Managing Stress – A Guide To Asian
Living , Federal Publication ( S) Pte. Ltd, Singapura.

 Wan Azmi Ramli ( 1991) , Pengurusan Masa kini, Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

 Zaidatol Akmaliah Lope Pihie ( 1990 ). Pentadbiran Pendidikan. Fajar Bakti Sdn.
Bhd.Shah Alam Selangor

 Zurina Hassan ( 1994) . Cabaran Wawasan 2020. Malindo Printers Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai