Anda di halaman 1dari 29

Konsep Pendidikan Islam dan Matlamat

Persekolahan Ugama/Arab di Malaysia

Bahagian I

Pendahuluan

Ketika Singapura jatuh ketangan Jepun dalam tahun 1942, sebabnya


yang terbesar adalah mudah sekali : meriam-meriam besarnya yang
terikat secara permanent kepada landasan-landasan konkrit,
semuanya menghala ke laut. Strategi tentera Inggeris membuat
asumsi bahawa cabaran dari musuh akan datang dari arah laut.
Apabila serangan Jepun datang dari belakang melalui hutan-hutan
belantara, pertahanan singapura yang dianggap sebagai "kubu yang
mustahil dapat ditembusi" ("invincible fortress") ternyata tidak
berkesan lagi. Meriam-meriam itu memang perkasa tetapi ia
menghadap ke arah yang salah.

Pendidikan pun akan gagal menghasilkan buah yang dinanti-nantikan


sekiranya ia memilih strategi yang salah. Kegagalan dan kepincangan-
kepincangan yang dialami oleh sistem pendidikan liberal dan sekular
dan sekular dalam soal pembentukan peribadi insan dalam mana
terdapat panduan yang harmonis antara ilmu, budi pekerti, jiwa yang
luhur dan amal yang mulia, dan korelasinya dengan berbagai-bagai
krisis sosio-budaya yang parah dalam masyarakat moden seharusnya
memberi stimulus kepada suatu pemikiran kembali secara menyeluruh
dan asasi terhadap persoalan pendidikan dalam zaman sekarang.
Kertas kerja inipun tidak berpotensi lebih dari suatu panggilan untuk
semua pihak yang berhubung erat dengan pendidikan Islam secara
khusus dan mereka-mereka yang merupakan "decision-makers" dalam
soal pendidikan nasional supaya melakukan suatu "rethinking" yang
mendalam dan radikal (kalau perlu) untuk kebaikan bangsa, negara
dan tanah air.

"Rethinking" itu, pada hemat kami harus diarahkan kepada


pembentukan sistem pendidikan yang mengintegrasikan apa yang
dikenal sebagai "ilmu-ilmu agama" dan "ilmu-ilmu duniawi" supaya
peribadi mental yang lahir dari sistem itu bukan saja mempunyai
kecerdasan mental dan ketrampilan (skill) tetapi juga -- dan ini
sebenarnya lebih penting dalam perspektif Islam -- budi pekerti, jiwa
yang luhur dan akhlak yang utama. Di dalam peribadi-peribadi itu,
nilai-nilai morallah yang menentukan arah, tujuan dan penggunaan
semua maklumat-maklumat yang mengalir masuk ke dalam dirinya
melalui berbagai-bagai saluran atau proses pembelajaran (learning
process). Asumsi pokok dalam kertas kerja ini ialah hanya dengan jalan
itu saja suatu bangsa, bahkan suatu peradaban akan dapat
mengelakkan diri dari malapetaka sosio-budaya yang maha dahsyat
yang menggugat kesejahteraan dan ketenteraman hidup manusia
akibat dari terpisahnya dan tersisihnya kebenaran-kebenaran Wahyu
(revealed truths) dari kehidupan mental, kerohanian dan kebendaan
manusia. Dari perspektif ini soal-soal seperti "pembasmian
kemiskinan" semuanya diakui adalah masalah yang sangat urgent --
akan mendapat kedudukannya yang sebenar dalam scale of priorities
atau skala urutan-urutan keutamaan yang berpaksikan Wahyu.

Sifat Pendidikan Islam dan Konsep Ilmunya

1. Pendidikan yang tidak sama ertinya dengan pembelajaran atau


pengajaran tetapi merangkumi kedua-duanya ditentukan sifatnya oleh
pandangan hidup (Weltanschauung) sesuatu kebudayaan kerana ia
merupakan alat terpenting untuk merealisasikan tujuan-tujuan dari
pandangan hidup itu. Oleh kerana ruang lingkup agama Islam
merangkumi semua aspek kehidupan insan sebagai homo sapien,
homo politicus, homo aeconomicus, homo religious, dan sebagai
theomorphic being (iaitu makhluk yang dapat mengenal Tuhan dan
mencapai penghampiran denganNya ) maka pendidikan Islam
mempunyai sifat yang serba merangkumi.

Kecenderungan tabi'e pendidikan Islam ialah menyatukan semua


ilmu pengetahuan di bawah authority dan pengendalian Al Quran dan
Sunnah yang merupakan teras di dalam sistem pendidikannya dan
kebudayaan Islam seluruhnya. Di dalam kebulatan dan kesatuan ilmu-
ilmu itu akidah Islamiah yang menjadi pusatnya yang menentukan
orientasi dan methodology dan matlamat ilmu-ilmu lain oleh kerana ia
membicarakan soal-soal yang terpenting di dalam hidup manusia --
dari mana ia datang, apakah sifat manusia yang sebenar, untuk
apakah ia dijadikan dan untuk apakah alam raya ini diciptakan,
kemana ia akan pergi dan bagaimanakah seharusnya ia melakukan
hubungan dengan Penciptanya dan bagaimanakah ia harus menjalani
hidup di dunia ini. kebenaran-kebenaran mutlak yang terkandung di
dalam "ilmu agama" (baik dalam bidang akidah, kerohanian, ibadah,
akhlak, ilmu Al-Quran dan Hadith) mewarnai dan menjiwai seluruh
pendekatan seorang Muslim kepada ilmu-ilmu lain seperti sains fizikal
dan tabi'e, sains kemanusiaan dan sains kemasyarakatan.

Konsep pendidikan yang unified ini yang berdasarkan kepada konsep


ilmu yang integrated yang merupakan keistimewaan Islam berlawanan
sekali dengan aliran pemikiran yang memisahkan ilmu ke dalam dua
"water-tigh compartments" yang tidak dapat di damaikan iaitu yang
disebut di Barat sebagai "theology" dan "science" atau "religious
knowledge" dengan "secular knowledge" atau faith dan knowledge.
Pengkotakan yang "antagonistic" ini tidak dapat berlaku dan tidak
dibenarkan berlaku di dalam teori pendidikan Islam, oleh kerana isi
kandungan "theology" dan "science" di dalam Islam tidak
mengkontradik satu sama lain malah ia bersifat isi-mengisi dan
lengkap melengkapi. Kedua-duanya lahir dari outlook yang satu iaitu
Tauhid. sebaliknya sejarah peradaban Barat dari zaman Pertengahan
sampai kepada zaman moden menunjukkan pertarungan yang hebat
"theology" dan "science" yang akhirnya dimenangi oleh science. Sebab
permulaan timbulnya permusuhan itu tidak lain oleh kerana "theology"
mengemukakan dogma-dogma yang anti-rasional yang hendak
dipertahankan mati-matian walaupun akal waras sudah tidak dapat
menerimanya lagi. Pertentangan itu berubah menjadi konflik antara
"authority" dan "truth". Dengan terpisahnya gereja dari Negara,
terpisahlah juga "science" dari "religion", sehingga berkembanglah
sains di atas dinamismanya sendiri, lepas dan bebas"autonomous" dari
segala norma-norma agama. Sekularisma atau faham keduniaan
semata-mata menjadi fait accompli dalam tamaddun Barat dan ini
membolehkan akal manusia Barat dengan scientific methodnya
berkembang tanpa sekatan dari irrational dogmas lagi. Akhirnya akal
yang tidak lagi dikendalikan oleh norma-norma transcendant (samawi)
membawa para cerdik pandai kepada faham scientism atau
pendewaan sains dengan segala akibat-akibat buruk yang dapat dilihat
dalam zaman technocentric ini.

Selain daripada sifat kesatuannya, pendidikan Islam merangkumi


pendidikan formal dan informal. Ia adalah pendidikan "sepanjang
hayat". Di dalam pendidikan informal yang sangat berkesan ialah
pendidikan di rumah tangga dalam lingkungan keluarga kerana di
sinilah seorang Muslim mendapat asas-asas pembentukan peribadinya.
Seterusnya pendidikan di dalam masyarakat, melalui proses sosialisasi
seorang Muslim, tidak kurang besar pengaruhnya di atas pertumbuhan
peribadi Muslim. Pendidikan formal dan pendidikan informal di dalam
Islam mempunyai pengaruh timbal balik dan hubungan yang
complementary yang satu tidak dapat berdiri sendiri tanpa mengalami
sesuatu ketidakseimbangan.

Sejarah tamadun Islam menunjukkan bahawa bentuk pendidikan


formal adalah biasanya responsive kepada perubahan zaman dan
tingkatan kemajuan kehidupan sosio-politik masyarakat tanpa
mengorbankan prinsip-prinsip yang asasi dalam pendidikan Islam.
Adanya sistem halaqah di masjid-masjid, kitab-kitab untuk mengajar
membaca dan menulis, sekolah istana, "sekolah" kedai buku,
kumpulan-kumpulan diskusi (literary salons) untuk cendiakawan-
cendiakawan tertentu, madrasah-madrasah, pusat-pusat pendidikan
atau universiti-universiti di dalam pendidikan formal Islam
menunjukkan juga bahawa bentuk lahiriah adalah masalah yang tidak
begitu penting dalam Islam, asal isinya mampu membentuk manusia-
manusia yang benar-benar terdidik. Organisasi pengajian yang
berbeza-beza itu juga menunjukkan perkembangan pendidikan Islam
dari tahap yang simple kepada tahap-tahap yang lebih kompleks dan
sophisticated.

Kurikulum Pendidikan Islam

Sebagai satu contoh yang representatif mengenai luasnya ruang


lingkup kurikulum pengajaran Islam formal dalam zaman kegemilangan
kebudayaan islam dapatlah kita ambil ringkasan yang diberi olehAbu
yahya Zakaria di dalam bukunya "Al-Lu'Lu' An-Nazim Fi Raum At-
Ta'allum Wa't-Ta'lim. Kurikulum pengajaran waktu itu meliputi mata
pelajaran:

1. Syariat (pengajian-pengajian hukum) seperti fiqh, tafsir dan ilmu


hadith.
2. Adabiah (pengajian kesusasteraan) seperti nahu, sorof,
balaghah, insya', membaca dan sejarah.

3. Riyadiah (pengajian ilmu pasti) seperti ilmu ukur, ilmu bintang,


ilmu hisab, algebra, seni muzik, ethika dan ekonomi rumah
tangga.

4. Aqliah (ilmu-ilmu akal) seperti logik, dialektika, ilmu kalam,


metafisika, sains tabi'e, ilmu ketabiban dan kimia. Di samping itu
terdapat juga ilmu kehaiwanan, pertanian, ta'bir mimpi dan
astroloji.

Dalam hubungan ini ada baiknya kami kutip maklumat yang diberi oleh
seorang sarjana yang mengkaji sejarah pendidikan Islam secara
mendalam tentang luasnya manfaat yang terbit dari kurikulum
pengajaran Islam pada zaman lampau.

The richnekss of the Islamic curriculum may be determined


by its practical and useful consequences, leading to such
ventures as calculating the angle of the ecliptic, measuring
the size of the earth, calculating the procession of the
equinoxes, inventing the pendulum clock, explaining in the
field of optics and physics such phenomena as refraction of
light, gravity, capillary attraction and twilight, using the
globe in teaching geography of the round earth,
developing observatories for the empirical study of
heavenly bodies, making advances in the uses of drugs,
herbs and foods for medication, establishing hospitals with
a system of interns and externs, improving upon the
science of navigation, introducing new concepts of
irrigation, fertilization and soil cultivation, discovering
causes of new diseases and developing correct diagnoses
of them, proposing new concepts of hygiene, making use
of anesthetics in surgery with newly innovated surgical
tools, introducing the science of dissection in anatomy,
furthering the scientific breeding of horses and cattle and
finding new ways of grafting to produce new types of
flowers and fruits. In the area of chemistry the curriculum
led to the discovery of such substances as potash, alcohol,
nitrate of silver, nitic acid, sulphuric acid and corrosive
sublimate. It also developed to a high degree of perfection
the arts of textiles, ceramics and metallurgy.

Adanya perkembangan-perkembangan asli dalam ilmu-ilmu sains


tabi'e, fizikal dan ilmu hayat di dalam kebudayaan Islam tidak
bermakna penterapan atau penerimaan sekularisma kerana pertama
sekali ilmu-ilmu itu tidak bersifat "secular" dalam pandangan Islam : ia
adalah tidak lain dari organisasi intelektual yang sistematik dari
hukum-hukum alam yang berpunca dari Allah S.W.T dan yang
merupakan sebahagian dari ayat-ayat Kauniyyah (tanda-tanda
kebesaran Allah) yang dapat dipelajari dari alam syahadah. Kedua,
sekularisma adalah suatu pandangan hidup keduniaan semata-mata
dan ia bertentangan secara diametrikal dengan pandangan hidup
Tauhid atau kesatuan hidup duniawi dan ukhrawi yang diajar oleh
Islam. Kesatuan ilmu-ilmu syariah atau naqliah dengan ilmu-ilmu aqliah
dalam kebudayaan Islam dalam skema mana ilmu-ilmu aqliah bukan
sekular atau keduniaan sebagaimana terdapat dalam nomenclature
(pendidikan Barat Moden) mendapat status secondary tapi bukan
bererti tidak penting serta tidak pula ia telepas dari pengelolaan dan
pengawasan dari akidah Islam. Ilmu-ilmu aqliah yang sekarang
menjadi bidang garapan natural, physical, biological dan social
sciences tetap menjadi subservient (tunduk) kepada ilmu-ilmu syariah
yang menggarap bidang-bidang ilmu yang sentral dalam agama Islam.
Peribadi-peribadi yang lahir dari sistem ini seperti para hukama' (sages
atau Muslim intellectuals par excellence) di zaman lampau adalah
contoh-contoh keperibadian yang benar-benar integrated yang jarang-
jarang terdapat dalam sejarah tamaddun manusia. Tamaddun yang
dibina atas karya-karya intelektual manusia "ulamak-saintist" seperti
ini tidak sama kualitinya dari tamaddun atau pembangunan
masyarakat yang dibina atas prinsip-prinsip scientism, secularism,
materialism atau skepticism.
Pemisahan ilmu-ilmu syariah dari ilmu-ilmu aqliah dalam masyarakat
orang-orang Islam adalah fenomena khas zaman penjajahan negeri-
negeri Islam. Pemisahan sehingga membawa kepada dichotomy
(pembelahan dua) aliran-aliran "secular" dan "religious" dengan segala
implikasi-implikasinya merupakan mercu kejayaan siasah pendidikan
(educational politics) penjajahan dunia Barat di atas dunia Islam.
Dichotomy itu tidak pernah diredhai oleh teori pendidikan Islam.
Orientasi Pendidikan Islam
Penekanan kepada scope pendidikan formal dalam Islam tidak bererti
bahawa soal jiwa atau orientasi pendidikan Islam tidak dianggap
penting. Para ahli pendidikan Islam semuanya sepakat bahawa ;
Maksud pendidikan dan pengajaran bukanlah memenuhi otak anak
didik dengan segala macam ilmu yang belum mereka ketahui tetapi
maksudnya ialah mendidik akhlak dan jiwa mereka, menanamkan rasa
fadhilah virtues, membiasakan mereka dengan kesopanan yang tinggi,
mempersiapkan mereka untuk suatu kehidupan yang suci seluruhnya
ikhlas dan jujur. Maka tujuan pokok dan terutama dari pendidikan Islam
ialah mendidik budi pekerti dan pendidikan jiwa. Semua mata
pelajaran haruslah mengandungi pelajaran-pelajaran akhlak, setiap
juru didik haruslah memikirkan akhlak keagamaan sebelum yang lain-
lainnya kerana akhlak keagamaan adalah akhlak yang tertinggi,
sedang akhlak yang mulia itu adalah tiang dari pendidikan Islam.
Ghazali berpendapat "tujuan dari pendidikan ialah mendekatkan diri
kepada Allah, bukan pangkat dan bermegah-megah dan janganlah
hendaknya seorang pelajar itu belajar untuk mencari pangkat, harta,
menipu orang-orang bodoh atau bermegah-megah dengan kawan."
Pada saat pendidikan Islam mengutamakan segi-segi kerohanian dan
moral maka segi-segi pendidikan mental, jasmani, matematik, ilmu
sosial dan jurusan-jurusan praktis tidak diabaikan begitu saja sehingga
dengan demikian pendidikan tersebut merupakan pendidikan yang
komplit ....................
Tujuan Pendidikan Islam
Dengan orientasi moralistiknya dan scopenya yang menyatukan ilmu-
ilmu syariah dan ilmu-ilmu aqliah dalam wadah iman kepada Yang
Maha Esa maka lengkaplah pendidikan Islam untuk memenuhi
keperluan sebenarnya dari hidup insan di atas muka bumi ini. Al-Quran
telah menegaskan berkali-kali bahawa :

1. Status manusia yang kekal abadi ialah sebagai "hamba Allah".


2. Peranan manusia di dunia ialah melaksanakan kehendak Allah
dan memanfaatkan alam raya ini untuk kebahagiaan hidupnya di
dunia dan di akhirat nanti. Peranan ini dikenal sebagai peranan
Khalifah Allah di bumi.

3. Alam dijadikan untuk manusia mengambil manfaat seluas-


luasnya.
Status hamba dan role Khalifah ini adalah ibarat "two sides of the
coins". Dari ilmu-ilmu syariah dan aqliah manusia dididik untuk
merealisasikan sepenuhnya erti status hamba dan role Khalifah.
Manusia perlukan ilmu pengetahuan sains dan teknologi untuk
memanfaatkan alam ini sebaik-baiknya. Dalam mengolah sumber-
sumber alam yang fizikal atau non-fizikal ini dengan "know-how" yang
diberikan oleh sains dan teknologi, manusia "Khalifah" tidak akan
menjadi sebab timbulnya "ecological imbalance" dalam alam,
exploitation yang rakus dan tamak didorong oleh suatu kebudayaan
yang "power oriented", penemuan-penemuan yang merbahaya kepada
keselamatan manusia atau penggunaan sains dan teknologi untuk
tujuan-tujuan yang berkepentingan sempit. Ringkasnya,
penyalahgunaan ilmu tidak dapat dan tidak dibenarkan berlaku dalam
Islam oleh kerana role Khalifah itu diawasi dan dikendalikan oleh
norma-norma yang terbit dari status hamba Allah termasuk di
dalamnya;
a) prinsip menjauhi kezaliman di atas alam luar atau di dalam diri
sendiri
b) prinsip berzikrullah (mengingati dan menyedari secara
continue hubungan dan implikasi hubungan manusia dengan
pencipta dan penguasa alam ini) dan
c) prinsip bersyukur kepada Allah atas limpahan kurniaNya dan
kemurahanNya dalam menyediakan kemudahan-kemudahan
yang tak terhitung banyaknya. Prinsip syukur atas kemurahan
Allah menimbulkan keinginan yang kuat untuk menggunakan
semua kelengkapan-kelengkapan (fizikal dan non-fizikal) dalam
batas-batasannya yang wajar. Rasa syukur bersama rasa
bimbang akan kemurkaan Allah menimbulkan suatu mekanisma
pengawasan diri sendiri yang "built-in". Dengan itu power yang
begitu hebat yang diberikan oleh sains dan teknologi moden
kepada manusia tidak akan disalahgunakan atau dijadikan
sasaran pendewaan dalam bentuk scientism. Tujuan akhir
Khalifah Allah tidak lain melainkan "hasanah fi'd-dunya" dan
"hasanah fi'l-akhirah" dan matlamat pendidikan Islam pun tidak
terkeluar dari landasan yang sama.
Pendidikan dan Pandangan Hidup Islam
Di permulaan kertas kerja ini ada disinggung bahawa pendidikan Islam
adalah alat terpenting untuk realisasi tujuan-tujuan yang terkandung di
dalam pandangan hidup atau world-view Islam sebagaimana juga
pendidikan masyarakat Komunis adalah saluran untuk membentuk
suatu masyarakat "tak berkelas" kerana ini adalah masalah pokok,
kami akan membicarakannya dengan seberapa lengkapnya. Islam
adalah suatu agama dalam erti suatu dasar hidup yang comprehensive
yang menjadi petunjuk kepada kehidupan manusia dalam segala
urusan kehidupannya. Ia meliputi bidang peribadatan yang khusus dan
bidang kehidupan sosial manusia. Dasar hidup dan petunjuk itu timbul
dari wahyu allah yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W dan
membawa dua fungsi yang amat penting iaitu :

i. Mewujudkan perlaksanaan yang sebenar mengenai hubungan


manusia dengan Penciptanya (Allah).
ii. Mewujudkan perlaksanaan yang sebenar mengenai hubungan
antara manusia sesama manusia. Semuanya ini jelas seperti
yang dinyatakan Allah :

"Ditimpakan kehinaan (hilang kekuasaan) ke atas mereka di manapun


mereka berada selain daripada mereka yang menjaga hubungan
dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia ............."

Islam sebagai suatu agama dalam erti Adden


yang meliputi keseluruhan dasar hidup dengan
jelas memberi petunjuk kepada manusia
mengenai hakikat hubungan manusia dengan
Khaliknya (Penciptanya) dalam bentuk sistem
ibadat yang lengkap yang wajib dilaksanakan
oleh setiap Muslim.

Sistem ibadat dalam Islam membawa sistem nilainya yang tersendiri


iaitu nilai pahala. Dalam peribadatan yang khusus ini yang menjadi
matlamat utamanya ialah keselamatan dan kesejahteraan salam di
akhirat. Sebab menurut Islam, kehidupan manusia di alam ini bukanlah
merupakan matlamat terakhir kerana dunia tidak dianggap sebagai
suatu yang merupakan Alfa dan Omega (yang awal dan yang akhir)
tetapi kehidupan itu sendiri adalah hanya merupakan suatu amanah
dari Allah yang menciptanya dan kerananya manusia
bertanggungjawab terhadap amanah itu. Dengan menyedari hakikat
ini maka menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk berusaha bagi
merealisasikan amanah dan perintah Allah berhubung dengan aturcara
dan tatacara kehidupan manusia Muslim di dunia ini ........ Demikian
sebenarnya perlaksanaan tauhid dalam hidup.
Dalam Islam, dasar hidup mengenai perkara hubungan antara manusia
sesama manusia adalah melahirkan sistem sosial yang meliputi cara
perlaksanaan kehidupan manusia sebagai suatu kelompok masyarakat.
Sistem sosial ini membawa nilai yang pada mulanya berbeda dengan
bahagian pertama (hubungan manusia dengan Allah) tetapi pada
penganalisaan akhirnya adalah menuju matlamat yang sama iaitu
mencapai keredhaan Allah. Pada dasarnya, di dalam sistem sosial yang
menjadi matlamat utamanya ialah keselamatan dan kesejahteraan
(salam) di dunia.
Kehidupan itu sendiri harus didasarkan kepada usaha merealisasikan
Iradah Allah (The will of Allah) yang diamanahkan kepada manusia
Muslim. ini bermakna bahawa tugas manusia Muslim adalah berIradah
Allah. Inilah sebenarnya yang menjadi asas kepada dasar pendidikan
dan pelajaran Islam yang harus dijadikan pedoman kepada setiap
Muslim yang insaf dalam usaha mereformasikan konsep pendidikan
dan pelajaran.
Islam dalam sifatnya sebagai sistem sosial, membentuk kebudayaan
ummat. Justeru itu dalam perlaksanaan pendidikan dan pelajarannya,
ia akan merangkumi bidang-bidang kemasyarakatan, ekonomi,
undang-undang, politik, kenegaraan dan antarabangsa, sains dan
teknologi, seni dan falsafah. Ini disebabkan perkara-perkara tersebut
telah menjadi persoalan kehidupan manusia sesama manusia.
Jawapan-jawapan terhadap segala persoalan yang tersebut itu
diimplimentasikan dalam kehidupan setiap Muslim. Dengan itu, ia akan
melahirkan kebahagiaan manusia di dunia ini. hal yang demikian, tepat
sebagaimana penjelasan Allah berhubung dengan harapan orang
Muslim dalam menjalani hidupnya di dunia ini :

"Wahai Allah (Tuhan yang memelihara kami) berilah kami kebahagiaan


di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat dan jauhkan kami dari
siksaan neraka ......... "
Dengan ini jelas sekali bahawa matlamat Islam dalam kehidupan
manusia ini di antara lain ialah untuk menyelesaikan dan mengatasi
segala problem kehidupan sosial umat manusia yang meliputi
problem-problem yang berhubungan dengan kerohanian dan moral,
masalah kekeluargaan dan kemasyarakatan di segenap peringkat dan
ketika supaya dengan itu wujud suatu bentuk kehidupan manusia yang
dapat mengharmonikan antara keperluan-keperluan kerohanian dan
kebendaan. Dengan itu, terbentuklah suatu masyarakat manusia yang
adil terhadap diri sendiri dan masyarakat seluruhnya. Jadi, tumpuan
pendidikan dan pelajaran adalah berasaskan kepada konsep ini. Ianya,
haruslah berdasarkan kepada orientasi ideologi Islam itu sendiri.
Pendidikan Islam dalam konteks ini membawa fungsi untuk melahirkan
manusia yang berpengetahuan dan punya kesejajaran dengan dasar
kehidupan Islam. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah pengetahuan-
pengetahuan yang merangkumi ilmu mengenai hubungan antara
manusia dengan penciptanya (Allah) yang dimanifestasikan dalam
ilmu-ilmu akidah dan soal-soal cara perlaksanaan ibadah khusus dan
dalam waktu yang sama berfungsi untuk menjadikan manusia itu
berilmu pengetahuan mengenai hubungan antara manusia sesama
manusia yang dimanifestasikan dalam ilmu-ilmu sosial Islam yang
merangkumi ilmu-ilmu ekonomi, undang-undang, politik, kenegaraan
dan antarabangsa, etika kebudayaan dan ilmu-ilmu natural sains dan
teknologi yang berasaskan dasar hidup Islam.
Selain dari itu, tabi'e manusia itu sendiri yang dijadikan Allah bermula
dari kejadian Adam A.S adalah dimulakan dengan persediaan
penemuan ilmu pengetahuan dan cahaya kebenaran sebagai
persediaannya membawa amanah sebagai wakil Allah di bumi
(Khalifah Allah Fil Ardh).

"Dan diajar, diberi ilmu pada Adam mengenai nama-nama itu


semuanya ............... Begitu juga mengenai hubungan Nabi Muhammad
S.A.W yang pertama sekali dengan Allah."

"Bacalah dengan nama Tuhan pemelihara engkau yang mencipta. Yang


menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhan yang
memelihara dan termulia yang mengajar dengan kalam. Mengajar
manusia sesuatu yang tidak diketahuinya ............ "
Dua pengertian dapat difahami dari nas-nas Al-Quran itu :

i. Sebelum menjalani tugasnya di atas muka bumi manusia lebih


dahulu diberikan ilmu-ilmu pengetahuan yang lengkap sebab
hanya dengan itu barulah dapat ia melaksanakan tugasnya
sebagai Khalifah Allah di bumi dan barulah sempurna sifat
kemanusiaannya.
ii. Ilmu pengetahuan yang lengkap adalah syarat bagi sifat-sifat
manusia yang memimpin. Ilmu pengetahuan itu akan
mengeratkan hubungan manusia dengan Tuhannya kalau ia
dapat ditanggapi secara logik Islam yang sebenar. Ilmu
pengetahuan bukanlah hanya tertakhluk di bawah suatu
perbendaharaan sesuatu zaman tetapi ianya boleh dicapai dan
difahami pada sebarang ketika dan tempat. Kerana itu, ilmu
adalah sesuatu yang hidup dan harus sentiasa dicari dan dikaji
khasnya ilmu-ilmu di bidang natural science. Apa yang harus
disedari selalu ialah bahawa punca segala-galanya ialah Allah
juga. Kerana itulah yang menjadi erti Tauhid dan asas pendidikan
Islam. Konsep ilmu ini berasaskan kepada kemahaesaan Allah
dalam segala-galanya (omnipotent, omnipresent dan
omniscient).

Dengan menyedari hakikat Tauhid ini sebagai Muslim, ia akan


menyedari bahawa kadar pencapaian intelek manusia tidak akan
mencakup segala perkara dan kerana itulah wahyu diturunkan oleh
Allah kepada RasulNya untuk menolong manusia mengatasi masalah-
masalah yang asasi dalam kehidupan sosial dan ibadahnya. Dengan
demikian, konsep pendidikan Islam adalah membawa tugas untuk
meresapkan dasar ini supaya ianya menghayati kehidupan manusia.
Pendidikan adalah asas perlaksanaan ideologi Islam itu sendiri.
Yang demikian, pendidikan Islam selain daripada membentuk peribadi
manusia salih haruslah mampu menyahut cabaran dan mengatasi
segala keperluan masyarakat Islam dari segi ideologinya dan
mengatasi masalah-masalah yang ditimbulkan oleh kehidupan
kebendaan masyarakat Islam dan kemajuan teknologinya.
Matlamat terakhirnya ialah menjadikan ummat Islam itu benar-benar
sebagai ummat yang dapat memahami kewujudannya, erti dari
kehidupannya di dunia ini, bagaimana hakikat seenar mengenai world-
view Islam dan menghayatkan segala hakikat tersebut dalam segala
aktiviti hidupnya. Dengan demikian, wujudlah kebudayaan dan
tamaddun Islam yang benar-benar mencerminkan identiti Islam.
Dalam sejarah tamaddun Islam sememangnya pendidikan dan
pengajian Islam itu merangkumi segala persoalan-persoalan ilmu
sebagaimana yang telah disebutkan. Kerana itulah ia benar-benar
mampu menghadapi segala masalah yang timbul dan mampu
memperkembangkan ilmu pengetahuan serta menjadikan ideologi
Islam itu sebagai dinama penggerak bagi aktiviti-aktiviti
kehidupan .................
Konsep pendidikan dan pengajaran Islam pada masa itu benar-benar
membawa fungsi institusi pendidikan dan pengajia yang lengkap
iaitu :-

i. Untuk memelihara perbendaharaan kebudayaan dan nilai


tradisional yang murni dan contoh-contoh sosial dan nasional
yang dapat dijadikan sebagai pengukur kepada tindak-tanduk
manusia serta mewariskan kepada generasi yang berikutnya.
ii. Menjadikan pendidikan dan pengajian sebagai suatu alat untuk
membangun dan mencpta pembangunan dan perubahan
(innovation) dan menyahut segala cabaran yang sezaman
dengannya serta mengatasi segala kemungkinan-kemungkinan
yang baru timbul dan mungkin timbul dengan cara yang paling
ilmiah dan praktikal sesuai dengan dasar Islam.

Konsep dan prinsip yang sedemikian rupa itu berjalan dalam sejarah
Islam sejak zaman permulaan Islam hingga ke abad 13M yang
merupakan sejarah gelap bagi dunia Islam dengan kejatuhan Baghdad
di tangan Hulagu pada tahun 1258M dan diikuti oleh Granada di Spain,
pertahanan akhir Islam pada tahun 1498M.
Akibat dari kejatuhan kuasa politik Islam di dunia maka konsep dan
fungsi pendidikan dan pengajian Islam telah berubah. Hingga kini, apa
yang disebut pendidikan agama atau Islam sudah tidak lagi membawa
fungsi institusi pendidikan dalam ertikata yang sebenarnya. Institusi itu
tidak lagi berfungsi sebagai suatu alat untuk membangun dan
mencipta pembangunan dan perubahan yang dikehendaki oleh Islam
serta menyediakan kemampuan intelek ummat bagi menyahut segala
cabaran yang sezaman dengannya. Akibatnya, arus perjalanan
kebudayaan ummat tidak lagi seiring dengan konsep Islam itu sendiri.
Matlamat Persekolahan Agama/Arab di Malaysia
1. Jenis Sekolah-Sekolah Agama/Arab
Sekolah-Sekolah Agama/Arab di Malaysia dapat digolongkan kepada
empat jenis:-

1. Sekolah Agama/Arab di bawah tadbiran dan kuasa Kementerian


Pelajaran Malaysia. Sekolah jenis ini hanya ada sebuah sahaja di
Malaysia Barat iaitu Kolej Islam Kelang bertaraf sekolah
menengah rendah dan atas yang berasrama penuh.
2. Sekolah Agama/Arab Kerajaan-Kerajaan Negeri peringkat rendah
dan menengah.

3. Sekolah Agama/Arab di bawah kelolaan majlis-majlis Agama


danzakat peringkat rendah dan menengah.

4. Sekolah Agama/Arab rakyat peringkat rendah dan menengah.

Menurut perangkaan yang ada di Kementerian Pelajaran Malaysia,


sekolah-sekolah Agama/Arab Rakyat yang dibantu oleh Kementerian
Pelajaran berjumlah sebagai berikut :-

a. Bilangan sekolah di Malaysia Barat - 530


b. Bilangan murid seluruhnya - 65,932

c. Bilangan guru - 2863

d. Jumlah bantuan yang diberi pada tiap tahun lebih kurang RM


732,426

Sekolah-sekolah Agama/Arab Kerajaan Negeri dan yang di bawah


kelolaan majlis-majlis Agama dan zakat tidak diberi bantuan oleh
Kementerian Pelajaran. Adalah dianggarkan bahawa bilangan murid di
kedua-dua jenis sekolah Agama/Arab ini lebih dari satu perempat
bilangan murid-murid sekolah Agama/Arab Rakyat. Ini bermakna
jumlah keseluruhan murid-murid sekolah Agama/Arab di Malaysia
Barat lebih kurang 82,415 orang murid. Bilangan ini adalah besar
nisbah kepad jumlah penduduk Islam di Malaysia dan dapat memberi
kesan keapda pembangunan sosio-ekonomi masyarakat orang-orang
Islam di tengah-tengah masyarakat majmuk Malaysia yang lebih 45%
darinya adalah orang-orang bukan Islam.
2. Jenis dan Latar Belakang Murid-Murid Sekolah Agama/Arab
Selama ini sebahagian besar masyarakat orang-orang Islam Malaysia
menganggap semua murid-murid sekolah Agama/Arab terdiri dari
golongan murid yang tercicir dari sistem pesekolahan kebangsaan dan
jenis kebangsaan atau dengan kata lain murid-murid "kelas dua".
Anggapan yang demikian itu, tidak menepati hakikat yang sebenarnya
berlaku. Kerana apa yang sebenarnya berlaku bukan semua yang
memasuki sekolah Agama/Arab itu terdiri dari jenis murid-murid yang
telah tercicir atau gagal dari persekolahan kebangsaan dan jenis
kebangsaan. Adalah benar kalau sebahagian murid-murid sekolah
Agama/Arab rakyat terdiri dari murid-murid yang tercicir dan telah
gagal dari persekolahan rasmi Kementerian Pelajaran tetapi
sebahagian yang lain pula sebenarnya terdiri dari murid-murid yang
sengaja dihantar oleh ibu bapa mereka ke sekolah agama/Arab oleh
kecenderungan dan kefahaman ibu bapa kepada sekolah Agama/Arab.
Murid-murid jenis ini pada asasnya mempunyai daya kecerdasan otak
yang sama dengan murid-murid lain yang dihantar ke sekolah
kebangsaan atau jenis kebangsaan.
Bagi sekolah Agama/Arab Kerajaan Negeri seperti Sekolah Menengah
Agama Izzuddin dan Raja Ta'yah di Ipoh, Perak, kemasukan kedua-dua
sekolah ini melalui peperiksaan penilaian darjah lima sekolah rendah
kebangsaan dengan minima pencapaian (4 B, 1 A) dalam mata
pelajaran Agama Islam. Yang demikian, kedua sekolah tersebut
sebenarnya termasuk dalam bilangan sekolah-sekolah pilihan
berasrama penuh. Berdasarkan fakta ini, amat salah untuk
menganggap seluruh murid-murid/penuntut-penuntut sekolah
Agama/Arab sebagai murid kelas dua kerana dianggap terdiri dari
golongan tercicir ata gagal dari persekolahan rasmi Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Selain dari itu, sekalipun ada golongan dari yang gagal atau tercicir
tetapi masih terbukti bahawa dari antara mereka ramai juga akhirnya
yang berjaya dalam pengajian dan berjaya ke peringkat universiti
dengan mendapat ijazah kepujian dan sebagainya : satu pencapaian
yang sama dengan murid-murid/penuntut-penuntut di sekolah-sekolah
kebangsaan dan jenis kebangsaan yang lain. Oleh yang demikian,
dalam hal keciciran dan kegagalan murid seharusnya masyarakat tidak
terus menghukum secara umum murid-murid tersebut sebagai murid
kelas dua atau tiga. Dalam hal ini, perlu dikaji ialah sebab-sebab
kegagalan, bukan memberikan hukuman secara arbitrary sekalipun
tidak dinafikan wujudnya keciciran dan kegagalan yang disebabkan
semata-mata oleh kerendahan daya kecerdasan otak murid tersebut.
Kemampuan mahasiswa-mahasiswa hasil pemerosesan Yayasan Anda
Akademik dan sekolah-sekolah swasta yang lain dalam bidang
pelajaran di universiti yang setanding malah ada kalanya mengatasi
kemampuan mahasiswa lain misalnya dapat menolak dakwaan melulu
bahawa mereka murid kelas dua atau tiga.
Mungkin hasil dari anggapan di atas secara umum, timbul anggapan
bahawa sekolah-sekolah Agama/Arab istimewanya sekolah-sekolah
Agama/Arab Rakyat adalah tempat golongan yang sudah sukar untuk
diolah selain dari sudah terkeluar dari struktur Pelajaran Kebangsaan.
Oleh yang demikian, timbul rasa keraguan dan takut untuk melakukan
investment oleh pihak yang berkenaan iaitu investment dalam bentuk
bantuan material yang lebih besar dari yang telah sedia diberi atau
mungkin timbul dari jastifikasi yang berhubung dengan persoalan
matlamat yang akan dicapai dari struktur dan sistem persekolahan
Agama yang belum jelas dan masih kabur. Yang demikian, mungkin
melemahkan minat pihak berkenaan untuk menambah bantuan
kewangan kerana yang ternyata berlaku dari keseluruhan sekolah-
sekolah Agama/Arab itu tidak berlaku keseragaman baik dari segi
sistem, struktur, kurikulum dan silibusnya. Masing-masing sekolah
dengan caranya sendiri-sendiri. Keadaan yang demikian,
menampakkan ketidakjelasan matlamat persekolahan yang dituju,
dilihat dari aspek sekolah sebagai alat pemerosesan pembentukan
tenaga manusia yang diperlukan untuk pembangunan material dan
non-material yang diperlukan oleh masyarakat dan negara.
3. Matlamat Persekolahan Sekolah-Sekolah Agama/Arab
Secara praktiknya, persoalan matlamat persekolahan sekolah-sekolah
Agama/Arab dilihat dari ideal konsep pendidikan dan sistem
persekolahan Islam masih kabur untuk dianalisa. Kekaburan ini wujud
mungkin berpunca dari wujudnya tanggapan yang confused terhadap
konsep pendidikan dan persekolahan serta konsep ilmu pengetahuan
dalam Islam oleh setengah-setengah golongan orang-orang Islam baik
dari kalangan sekularis atau apa yang disebut "golongan agama".
Akibatnya wujud struktur persekolahan atau pengajian yang berbeza-
beza dan lahirnya tanggapan terhadap Islam yang bersifat juz'i
(partial). Oleh kerana dari mula lagi asas tanggapannya terhadap Islam
dan ilmu pengetahuan berbentuk fragmented dan juz'i tidak bersifat
totalistic dan integrated maka matlamat persekolahannya juga
memusat ke arah suatu bahagian semata-mata. Yang demikian,
banyak cabaran sezaman dari masyarakatnya yang berhubung dengan
sosio-budaya yang melibatkan juga cabaran-cabaran ilmu
pengetahuan di bidang sains dan teknologi, tidak dikenal secara
beransur-ansur dan berperingkat-peringkat untuk kemudian dihurai
secara teliti dan kemudian diberi jawapannya secara Islam diperingkat
persekolahan tinggi. Akibat dari itu, hal-hal yang berhubung secara
langsung dengan sosio-budaya masyarakat bebas berjalan dengan
pedomannya yang tersendiri dengan tenaga-tenaga manusianya yang
diolah oleh sistemnya yang tersendiri di luar dari sistem Agama atau
Islam. Manakala apa yang dibuat dengan "golongan agama" pula
berdiri di dalam compartmentnya yang tersendiri yang seolah-olahnya
tidak ada relevansinya dengan yang pertama. Keadaannya yang
sedemikian inilah sebenarnya secara tidak langsung yang membantu
pesatnya aliran sekularistik di kalangan masyarakat orang-orang Islam
di seluruh dunia amnya dan Malaysia khususnya.
Tidak menghairankan jika di Malaysia sejak zaman datangnya Islam
kemudian melalui zaman penjajahan dan zaman merdeka dan lepas
merdeka telah sedia wujud sekolah-sekolah agama baik yang
berbentuk pondok atau madrasah tetapi ternyata selari dengan itu
aliran sekular kian pesat perkembangannya. Memang diakui benarnya
bahawa pengaruh sekularisma bermula dari zaman penjajahan yang
secara bijak memberikan satu compartment yang khusus dan
tersendiri di dalam kehidupan masyarakat dan perjalanan sosio-
kebudayaan kepada agama dengan fungsi tertentu khusus bagi urusan
kepercayaan dan ibadat serta urusan nikah kahwin. Di samping itu,
mengkhususkan seluruh urusan hidup yang menyentuh soal-soal
budaya, politik, hukum pentadbiran ilmu pengetahuan yang
melibatkan hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan
alam (nature) sebagai persoalan dunia yang mutlak yang tidak ada
sangkut-pautnya dengan agama (Islam). Oleh kerana peruntukan
compartment dalam perkara ini adalah bebas dari Agama Islam maka
perlulah didirikan institusi khusus yang juga bebas dari agama bagi
memenuhi keperluan-keperluan tenaga manusia di dalam
compartment yang disebut sekularistik itu. Darinya berlakulah keduaan
sistem (dualistic system) dalam pendidikan dan persekolahan, selari
dengan kewujudan dua compartment yang bebas berasingan yang
satu lebih tinggi nilainya dari yang satu lagi.
Kesedaran baru terhadap konsep pendidikan dan persekolahan di
zaman lepas merdeka haruslah menuju ke arah usaha penyatuan
struktur dan secara beransur-ansur menghilangkan diskriminasi yang
memisahkan. Cabaran ini harus diterima dan diselesaikan kalau kita
benar-benar ingin kebudayaan dan tamaddun Islam itu berlaku dan
menghayati masyarakat orang-orang Islam yang sebenarnya menjadi
ideal yang universal dari matlamat konsep pendidikan dan
persekolahan Islam. Kiranya persekolahan masih berasaskan
"dichotomy" yang ada dengan sendirinya pola masyarakat dan
kebudayaannya menjadi seperti pola kristian yang membahagikan hak-
hak gereja kepada Tuhan dan hak-hak dunia, urusan yang
bersangkutan dengan soal hidup - sosio-budaya ummat dan segala
yang bersangkutan dengannya kepada Caesar kerana hal dunia tidak
ada sangkut-pautnya dengan Agama menurut dasar falsafahnya.
Dilihat dari pernyataan fenomena yang berlaku sehubungan dengan
persoalan persekolahan Agama/Arab, kecenderungan ke arah dualisma
masih menyelubungi sebahagian apa yang disebut golongan agama.
Mungkin hal ini berlaku semata-mata atas asas kesalahfahaman. Dari
kecenderungan itu, secara garis kasar dapat dibuat kesimpulan
bahawa pada umumnya sekolah Agama/Arab bermatlamat setakat
untuk memenuhi keperluan semerta iaitu untuk melahirkan apa yang
disebut "ahli-ahli agama" yang alim dalam bidang peribadatan Islam
(ritualistic side of Islam) sesuai dengan compartment yang telah
diperuntukan. Iaitu memenuhi keperluan yang bersangkut dengan
compartment itu seperti kadi-kadi (perkara urusan nikah cerai dan
yang bersangkutan dengannya dan masalah harta pusaka), imam-
imam dan juga urusan pengendalian jenazah orang-orang Islam dan
guru-guru agama di dalam pengajaran fardhu 'ain yang bersangkutan
dengan persoalan ibadah khusus yang wajib dalam Islam.
Ditinjau dari kurikulum dan silibus serta struktur pengajian di
kebanyakkan sekolah-sekolah Agama/Arab, baik di peringkat rendah
atau menengah dapat dimengertikan bahawa seluruh penekanan
memang tertumpu kepada pekara-perkara yang tersebut di atas.
Struktur persekolahannya merupakan satu ketakhasusan dari
peringkat rendah menengah sehingga ke peringkat universiti.
Kurikulum dan struktur pelajarannya sama dari awal hingga akhir
hanya yang berbeza ialah kitab-kitab yang dibaca seperti mata
pelajaran fiqh, tauhid, tasawwur, hadis dan yang bersangkutan
dengannya, tafsir dan yang bersangkutan dengannya dan ilmu alat
klasik iaitu bahasa Arab dan segala cabangnya.
Kurikulum yang demikian ini tentulah tidak dapat mewakili sepenuhnya
dari konsep pendidikan dan persekolahan Islam sebagai yang
dimaksud oleh kertas kerja ini. Apa yang berlaku itu masih banyak
menghadapi persoalan seperti kemungkinan berlakunya pertentangan
di Barat antara agama dan ilmu pengetahuan (Religion vs. Science)
iaitu bila ilmu pengetahuan itu tidak ditanggapi berasaskan kepada
world-view Islam. Nanti tidak mustahil misalnya berlaku pertentangan
antara apa yang disebut seorang ahli agama yang tidak mengetahui
latar belakang yang asas mengenai ilmu geografi dengan seorang guru
geografi di sekolah umum. Mungkin yang akhir mengatakan dunia ini
bulat manakala yang pertama atas nama agama mengatakan dunia ini
leper.
Oleh kerana penekanan hanya tertumpu kepada memenuhi matlamat
pendidikan dan persekolahan setakat keperluan semerta sebagai yang
telah disebutkan maka persekolahan sekolah-sekolah Agama/Arab
pada kebanyakkannya tidak mempunyai hubungan dengan
pengarahan pertumbuhan kebudayaan dan tamaddun ummat Islam
kecuali di bidang kekeluargaan dan ibadah khusus. Hal-hal sosio-
budaya ummat diarah dan dipegang oleh tenaga-tenaga ahli yang
dilahirkan dari sistem pendidikan dan persekolahan yang lebih liberal
dan tidak diasaskan kepada tanggapan Islam. Berlakunya hal yang
demikian, sebagaimana yang telah disebut kerana dirasakan oleh
sebahagian ahli-ahli agama bahawa hal-hal yang berhubung dengan
masalah sosio-budaya yang juga menyangkutkan ilmu pengetahuan
sains dan teknologi sebagai di luar dari kurikulum sistem persekolahan
Agama/Arab. Dapat dilihat misalnya melalui sistem persekolahan
Agama/Arab setakat ini pada kebanyakkannya tidak memungkinkan di
peringkat tingginya seorang murid itu akan menjadi ahli-ahli ekonomi
(sekalipun Islam), sosial, politik dan segala cabang pengetahuan yang
bersangkutan dengan pentadbiran dan pemerintahan negara disatu
pihak dan ahli-ahli di bidang natural sciences di pihak yang lain kerana
alat-alat menuju ke arah itu tidak disediakan secara teratur dari
peringkat rendah dan menengahnya. Perkara-perkara tersebut hanya
akan dapat dicapai melalui proses persekolahan umum.
Natijah dari keadaan yang sedemikian ialah penentuan perkembangan
tamaddun dan kebudayaan ummat berada di tangan tenaga-tenaga
ahli yang lahir dari sistem persekolahan bukan sekolah Agama/Arab.
Maka berlakulah pemisahan individu dalam semua perkara dan ini
menyulitkan pengislaman masyarakat dan kebudayaannya. Di sini jelas
sekali bahawa perubahan ke arah pembaikan masyarakat dan
kebudayaan ummat Islam hanya mungkin berlaku melalui
perlaksanaan konsep pendidikan dan sistem persekolahan yang
comprehensive atau unified. Iaitu satu struktur dan sistem
persekolahan yang mampu memenuhi segala keperluan hidup
masyarakat. Dalam konteks ini sekolah dianggap sebagai kilang
pemeroses tenaga manusia yang akan mengisi keperluan yang
dikehendaki negara, bukan sekadar menampung secebis dari
keperluan semasa. Kalau sekolah itu tidak mampu memenuhi usaha
pemerosesan tenaga manusia sebagai yang disebutkan maka ia pasti
akan menerima tentangan dan cabaran yang hebat dari zaman dan
alam sekitarnya. Ia tidak lagi punya relevansi dengan realiti
masyarakatnya dan akan menjadi sebagai "fossil" sejarah. Golongan
Islam yang insaf dan sedar rasanya perlunya benar-benar merenungi
hal ini.
Penghuraian ini sama sekali tidak bermaksud menidakkan jasa
sekolah-sekolah Agama/Arab. Sejarah tetap mengakui dan
membuktikan jasa besar sekolah-sekolah Agama/Arab di zaman yang
silam. Ia telah memainkan peranan yang besar sekali sesuai dengan
zamannya. Tidak ada manusia yang berfikir di dunia ini yang cuba
menidakkan peranan keris, pedang dan sebagainya di dalam
peperangan di abad-abad yang lampau sesuai dengan keadaan
zamannya. Tapi ini tidak bermakna bahawa kita mesti terus berperang
dengan bersenjatakan keris dan pedang di zaman nuclear warfare ini.
Demikian keadaan yang wujud di tengah-tengah masyarakat kita
berhubung dengan sistem persekolahan Agama/Arab dan persoalan
matlamatnya dilihat dari segi ideal Islam dan realitinya yang berlaku.
Secara umum struktur, sistem dan kurikulum persekolahan sekolah-
sekolah Agama/Arab dapat diterangkan seperti berikut :

1. Kolej Islam Kelang

Struktur pengajiannya pada dasarnya menerima dasar


kebangsaan dengan penekanan yang lebih kepada bahasa
Arab dan semata-mata pelajaran fekah dam akidah.
Jangkamasa tahun pengajian sama dengan sekolah-sekolah
umum, begitu juga sijil persekolahannya iaitu SPM dan STP.
Matlamat persekolahan di Kolej Islam merupakan proses
penyediaan penuntut-penuntut ke peringkat pengajian
universiti dan institusi pengajian dalam berbagai cabang di
dalam dan luar negeri. Melalui persekolahan Kolej Islam
Kelang, penuntut-penuntut sesuai dengan
kecenderungannya mempunyai peluang untuk melanjutkan
pelajaran tinggi dalam berbagai bidang tertakhluk kepada
keputusan peperiksaan STPnya. Struktur dan sistem yang
demikian ini diharapkan dapat menjadi perintis jalan ke
arah pembentukan semula asas falsafah pengetahuan
Islam yang totalistic dan integrated dan berteras kepada
ideologi (atau sistem kepercayaan) Islam. Kalau pengajian
tauhid ketuhanannya dapat dipusatkan kepada asas
pandangan / pemahaman yang mendalam mengenai
world-view Islam, diyakini dalam jangkamasa panjang
mungkin akan lahir intelektual Islam yang mempunyai
falsafah dan pandangan hidup Islam yang comprehensive
dan integrated sekalipun ia berdiri sebagai ahli-ahli
(takhassus) dalam bidang-bidang yang tertentu. Sebagai
perintis jalan, buat sementara ini terpaksa diterima
kurikulum yang sedang berjalan di sekolah kebangsaan
dan digabungkan dengan apa yang disebut "pelajaran-
pelajaran agama", sekalipun belum jelas dijelmakan sifat-
sifat kepaduan Islam antara apa yang disebut keagamaan
(religious knowledge) dan keduniaan (secular knowledge)
tetapi di masa akan datang, bila pemerosesan orientasi
telah berlaku lebih lama maka ketika itu pasti dapat
dilahirkan generasi terpelajar yang mempunyai pandangan
dan sikap keilmuan yang berbentuk integrated.

2. Sekolah-Sekolah Agama/Arab Kerajaan-Kerajaan


Negeri

Terdapat dua kecenderungan dalam sekolah ini :

A. Kecenderungan menuju ke arah pola Kolej Islam Kelang


dalam struktur dan sistem persekolahannya tetapi oleh
kerana kekurangan tenaga guru-guru Islam yang
berkelayakan dalam bidang-bidang natural sciences,
humanities dan juga kurang penekanan terhadap asas
orientasi ketuhanan tauhid yang melahirkan world-view
Islam maka tidak mendapat kejayaan yang tinggi. Biarpun
demikian, matlamat persekolahannya agak jelas dan agak
meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak
mereka ke sekolah jenis ini. Sekolah-sekolah yang terlibat
dalam jenis ini ialah dua buah sekolah Agama/Arab
Kerajaan Negeri Perak, sekolah Agama/Arab Kerajaan
Negeri Sembilan Melaka, Pahang, Kedah dan Terengganu.
Cuma yang tiga terakhir punya kecenderungan untuk
berjalan atas asas dualisma dalam sistem
persekolahannya. sekolah Agama/Arab Negeri selangor
sedang dalam proses perubahan ke arah pola Kolej Islam
Kelang.

B. Sekolah Agama/Arab Kerajaan Negeri Johor

Sekolah ini menolak sama sekali kemasukan kurikulum


pelajaran umum dan dasar kebangsaan dan juga menolak
pola pengajian Kolej Islam Kelang. Struktur dan kurikulum
persekolahannya dari peringkat rendah hingga menengah
semata-mata dikhususkan kepada pelajaran fekah, tauhid,
tasawwur, hadis dan ilmu hadis, tafsir dan ilmu tafsir dan
bahasa Arab serta cabang-cabangnya. Matlamatnya hanya
bagi keperluan semerta untuk memenuhi jawatan-jawatan
yang bersangkutan dengan aspek peribadatan ummat
Islam dan urusan ahwal syakhsiyyah (personal status)
Islam dan kepimpinan agama dalam perkara-perkara yang
tersebut. Melalui sijil persekolahannya, pelajar-pelajar
hanya dapat menyambung pengajian tinggi ke Azhar di
Mesir dalam tiga fakulti iaitu Syariah, Usuluddin dan
Lughah (bahasa Arab) atau kepengajian tinggi agama Islam
Nilam Puri, Kelantan.

Dari struktur dan sistem serta kurikulum persekolahan ini


penuntut-penuntut tidak boleh menyambung pengajian ke
universiti-universiti dalam negeri. Ia sebenarnya lebih
merupakan pengkhususan yang terasing dan terhad dari
peringkat rendah, menengah terus ke peringkat fakulti di
universiti sama seperti bentuk tiang lurus yang tegak dari
bawah ke atas. Ramai dari penuntut-penuntut sekolah ini
yang berkesedaran mengambil inisiatif sendiri melakukan
adventure belajar di sebelah petang atau malam untuk
mengambil peperiksaan SRP, SPM dan STP. Melalui
kejayaan mereka dalam peperiksaan STP yang mereka
ambil dari luar sistem dan struktur persekolahannya ramai
antara mereka yang sekarang sedang belajar di Universiti
Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti
Sains Malaysia (Pulau Pinang) dan juga yang telah lulus
universiti dari fakulti-fakulti Pengajian Islam, sastera dan
ekonomi. Secara saikologis, keadaan dichotomy
persekolahan yang dilalui oleh pelajar-pelajar ini dengan
pengalaman-pengalaman pahit yang terpaksa dilalui untuk
lulus STP secara persendirian, sedikit sebanyak
menimbulkan pandangan yang pasif dan negatif bagi
setengah-setengah mereka terhadap persekolahan
Agama/Arab di mana pada mula asasnya mereka berada
dalam sistem itu. Akibat saikologis ini, diperingkat akhirnya
sekalipun mereka berjaya dalam pengajiannya di universiti
tetapi bertindak negatif dan indifferent terhadap cita-cita
pengembalian falsafah ilmu pengetahuan Islam yang
berasaskan world-view Islam malah ada antaranya secara
tidak langsung menjadi sekularis.

Bagi penuntut-penuntut yang kurang adventurous untuk


belajar dan mengambil peperiksaan SPM dan STP di
sebelah malam yang bernasib baik di antara mereka dapat
biasiswa menyambung pelajaran ke Azhar atau ke
pengajian tinggi Agama Islam Nilam Puri, Kelantan.
Demikian juga yang terdiri dari keluarga kaya terus belajar
dengan belanja sendiri ke pusat pengajian tersebut.
Manakala yang kurang bernasib baik dapat menjadi guru-
guru Agama untuk mengajar hal-hal ibadah dan fardhu
'ain, imam-imam masjid dan tentera. Sebahagiannya
tinggal sebagai pemuda biasa menjadi petani kampungan
atau sebagainya.

3. Sekolah Agama/Arab Di Bawah Kelolaan Majlis


Agama Negeri

Yang termasuk dalam jenis sekolah ini ialah seperti


Alawiyah di Perlis dan setengah sekolah Agama/Arab di
Kelantan. Sekolah Alawiyah cenderung kepada pola
pengajian Kolej Islam Kelang tetapi seperti yang berlaku
kepada sekolah Agama/Arab Kerajaan Negeri jenis "A" yang
telah disebut di atas dengan wujudnya kekurangan-
kekurangan kemudahan dan mungkin kewangan dari segi
guru dan kemudahan alat kelengkapan maka kejayaannya
tidak sama pencapaiannya dengan yang dicapai di Kolej
Islam Kelang.

Di Kelantan trendnya ke arah aliran dualisma. Iaitu


mengadakan kemudahan-kemudahan untuk kurikulum dan
silibus SRP, SPM dan STP di samping struktur dan sistem
persekolahan Agama/Arabnya yang tersendiri khusus
untuk aliran apa yang disebut Agama semata-mata.
Kemudahan-kemudahan untuk SRP, SPM dan STP yang
dianggap sebagai luar struktur persekolahan asasnya
diadakan bagi membolehkan penuntut-penuntutnya
menyambung pelajaran ke universiti-universiti dalam
negeri. Aliran Agama/Arab semata-mata berdasarkan
sistem pengajian Agama Negeri Kelantan. Melalui sijil-sijil
yang disebut ialah Sijil Rendah Agama dan Sijil Menengah
Agama dimana penuntut-penuntutnya dikhusus untuk
disalurkan ke pengajian tinggi Agama Islam Nilam Puri,
Kelantan dan Azhar, Mesir dalam bidang yang disebut
Agama. Dichotomy pendidikan terdapat dalam trend
persekolahan ini dan demikian juga natijahnya sebagai
merestui berterusnya dichotomy pandangan golongan
pemimpin dalam menghadapi persoalan sosio-budaya
ummat.

4. Sekolah Agama/Arab "Rakyat"

Sekolah jenis ini sebagai telah disebut merupakan


bahagian terbesar sekolah-sekolah Agama/Arab dengan
bilangan murid lebih kurang 65,932 orang di MalaysiaBarat
sahaja. Sesuai dengan kedudukannya sebagai sekolah
"Rakyat" dan secara kebetulan raja-raja rakyat Islam yang
majoritinya bumiputera Melayu itu pada umumnya
golongan miskin. Mereka terdiri dari buruh rendah
(unskilled/semi-skilled), nelayan-nelayan, petani-petani
kecil dan pekebun-pekebun kecil. Anak-anak dari golongan
inilah yang menjadi sebahagian besar murid-
murid/penuntut-penuntut sekolah Agama/Arab "Rakyat"
maka sekolah-sekolah Agama/Arab Rakyat ini selamanya
berada dalam keadaan serba kekurangan dan kemiskinan.
Bantuan yang diberi oleh kerajaan melalui Kementerian
Pelajaran hanya mampu sekadar menjamin survival
sekolah-sekolah itu sahaja. Sebagai telah disebutkan di
atas sekalipun sekolah ini sekolah Rakyat tetapi bukan
semua murid dan penuntutnya terdiri dari golongan yang
telah gagal atau tercicir yang dianggap golongan murid
"kelas dua" atau "tiga".

Secara umum matlamat persekolahan Agama/Arab Rakyat dapat


dibahagi kepada dua kecenderungan aliran (trend).

A. Struktur persekolahan yang sistem dan kurikulum serta


silibusnya hanya berhubung dengan fekah, ibadat,
masalah nikah cerai dan harta pusaka, sedikit mengenai
hal-hal muamalat cara jual beli dan sebagainya, tauhid,
tasawwur, tafsir dan hadis serta bahasa Arab dan cabang-
cabangnya. Sekolah ini mengambil sikap sama sekali tidak
mahu menerima pelajaran-pelajaran umum selain yang
tersebut di atas dengan anggapan mata-mata pelajaran
umum itu bukan tugas agama dan tidak ada sangkut-
pautnya dengan persoalan agama. Dari struktur sekolah ini
sebahagian penuntutnya ada yang berjaya melanjutkan ke
Azhar, Mesir dan ke Nilam Puri, Kelantan. Setengah-
setengah penuntutnya yang berkemampuan membuat
adventure belajar melalui pos atau belajar di kelas-kelas
petang atau malam, diluar waktu persekolahan sekolah
Agama/Arab yang mereka menjadi penuntut rasminya
untuk memasuki peperiksaan SRP, SPM dan seterusnya
STP. Ramai juga antara mereka ini yang telah berjaya dan
dapat menyambung pelajaran di universiti-universiti dalam
negeri, hasil dari usaha dan inisiatif yang sifat adventure
mereka.

Yang amat menarik perhatian, setengah-setengah guru


besar dan guru-guru Agama/Arab sekolah-sekolah
Agama/Arab dalam kategori ini merasa bangga bila
setengah-setengah murid/penuntut sekolah nya lulus SRP,
SPM dan seterusnya STP. Pada hal pelajaran-pelajaran
umum itu sama sekali di exclude dari kurikulum
persekolahannya. Sementara kejayaan murid-
murid/penuntut-penuntut tersebut 100% dari usaha dan
inisiatif mereka yang gigih. Walaupun demikian, bila ada
pelawat pihak sekolah pasti akan menyebut ada murid dan
penuntutnya yang telah lulus SRP, SPM dan STP dan
seterusnya menyebut bekas-bekas penuntut yang telah
lulus dari universiti-universiti Malaya dan kebangsaan dan
juga yang sedang belajar. Mungkin para ilmukaji
masyarakat dapat menganalisakan secara lebih teliti
berhubung dengan erti dari fenomena ini.

B. Sekolah-sekolah Agama/Arab Rakyat yang benar-benar


menyedari maksud dan matlamat persekolahan Islam dan
memahami konsep pendidikan dan dasar kepaduan ilmu
pengetahuan dalam Islam. Golongan ini ingin membuat
perubahan dan penyelarasan sistem persekolahannya
dengan konsep pendidikan Islam yang comprehensive dan
ingin melahirkan ciri-ciri kepaduan ilmu pengetahuan
dalam Islam tetapi sebagai sekolah Rakyat yang miskin
tidak mampu sama sekali untuk melaksanakan hasrat dan
cita-citanya itu. Kewangannya terlalu terhad kerana itu
tidak berupaya untuk mendapatkan guru-guru yang benar-
benar berkelayakan. Sedangkan untuk menaikkan yuran
sekolah kepada murid-muridnya mustahil sama sekali
kerana murid-murid itu umumnya dari keluarga-keluarga
miskin sekalipun sebahagiannya mempunyai kecerdasan
otak yang baik. Sekolah ini terus berjalan dengan serba
kekurangan. Oleh yang demikian, ditekan oleh rasa
kesedaran yang mendalam, pihak penuntut dan sekolah
telah berusaha sedaya mungkin bagi menyelaraskan
sistem persekolahannya dengan dasar pendidikan dan
konsep ilmu dalam Islam. Hasil dari usaha itu sedikit
sebanyak mencapai maksud persekolahannya dalam
peringkat permulaan. Ramai juga dari murid-
murid/penuntut sekolah ini yang akhirnya dapat
melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di dalam
negeri atau di luar negeri dengan kelulusan yang baik.

Akhir sekali, di luar dari persoalan kemiskinan kewangan


sekolah-sekolah Agama/Arab Rakyat pada keseluruhannya
sekolah-sekolah Agama/Arab tidak punya penyelarasan
sama sekali.

4. langkah-langkah yang perlu diambil terhadap


sekolah-sekolah Agama/Arab dalam usaha
pembelaannya dan pembangunan smeula konsep
pendidikan dan sistem persekolahan Islam di zaman
kini.

Memandang kepada bilangan murid yang lebih 82,000


orang di seluruh sekolah-sekolah Agama/Arab di Malaysia
Barat maka persoalan tentang kedudukan tenaga manusia
dalam jumlah bilangan tersebut adalah amat besar ertinya
bagi negara dan kepentingan pembangunan semula
masyarakat ummat Islam di Malaysia. Yang demikian,
seluruh masyarakat Islam dan negara haruslah
memandang perkara ini dengan rasa serious dan penuh
kesedaran dan keinsafan. Masyarakat Islam dan negara
akan mengalami kerugian tenaga manusia yang besar
kiranya sekolah-sekolah Agama/arab baik yang di bawah
tadbiran Kerajaan-Kerajaan Negeri, Majlis-Majlis Agama dan
zakat lebih-lebih lagi yang seratus peratus di bawah
kelolaan Rakyat dibiarkan terapung-apung di tengah
gelombang nasib dan keadaan. Akhirnya, sebahagian
tenaga manusia yang begitu banyak akan hilang di bawa
arus tanpa sebarang proses pengolahan tenaga mental
dan rohani manusia untuk dapat dimanfaatkan bagi faedah
pembangunan negara dan masyarakat Islam. Oleh itu,
usaha pembelaan yang jujur atas asas pembangunan
masyarakat dan tamaddun Islam di zaman moden ini
haruslah segera dilakukan oleh kedua-dua pihak - Kerajaan
dan Rakyat Islam.
Pembelaan yang dimaksudkan bukanlah semata-mata atas
asas membela dan menerima persekolahan sekolah-
sekolah Agama/Arab secara mutlak seperti adanya.
Dengan asas semata-mata untuk memenuhi jawatan guru-
guru Agama dalam hal-hal ibadah fardhu ain, kadi-kadi
dalam nikah cerai dan harta pusaka dan segala yang
bersangkutan dengan perkara-perkara agama dalam erti
peribadatan rasmi. Kalau demikian adalah diyakini bahawa
dalam jangka panjangnya matlamat untuk membangun
kembali masyarakat dan tamaddun serta kebudayaan
Islam di zaman moden itu sampai bilapun tidak akan
terlaksana. Ini kerana pembelaan yang demikian
bentuknya kalau dilakukan dan diterima sebagai
penyelesaian yang kekal akan membawa implikasi
pembenaran dan pengesahan Agama Islam terhadap
konsep yang bersifat dichotomous antara AGAMA dan
MASYARAKAT, antara AGAMA dan ILMU PENGETAHUAN
(Science), antara AGAMA sebagai kepercayaan dan
KEBUDAYAAN yang bersangkutan dengan tatacara hidup
dan tamaddun manusia di dunia. Dengan itu, seolah-olah
diakui bahawa problem-problem sosio-budaya manusia
adalah persoalan keduniaan yang mutlak (tidak ada
sangkut-pautnya dengan persoalaan Agama) dan harus
diselesaikan secara penyelesaian keduniaan (secular) yang
mutlak.

Penyelesaian dan pembelaan seperti disebut di atas, kalau


dilaksanakan akan merupakan penyelesaian dan
pembelaan secara Kristian yang memperakukan Agama
hanya untuk urusan kepercayaan yang berhubung dengan
urusan gereja (church) e.g. urusan sembahyang,
sacrament, nikah kahwin dan pengendalian pengkebumian
mayat yang berdasarkan dogma Kristian. Adapun urusan
masyarakat seperti ketatanegaraan, ilmu pengetahuan dan
kebudayaan serta segala yang bersangkut dengan sosio-
budaya manusia tidak ada sangkut-pautnya sama sekali
dengan agama. Kerana itu urusan agama dan pengajian
agama tidak harus cuba dihubungkan dengan persoalan
tersebut. Dengan maksud yang demikian itulah wujud di
dalam istilah dan praktis negara-negara Eropah dan
Amerika yang penduduknya beragama Kristian pengertian
institusi yang disebut "The Ministry of the Church" atau
Pengurusan Gereja yang bersifat bebas mutlak dari segala
urusan negara dan kebudayaan manusia dalam praktis
kehidupan harian. Di pihak hal-hal yang bersifat sekular
(keduniaan) lahir istilah "The Ministry of the state" atau
Pengurusan Negara/Keduniaan.

Akhirnya dengan penuh kesedaran dan keikhlasan


dijelaskan bahawa pembelaan yang diutarakan di sini ialah
usaha yang bersungguh-sungguh dari kedua pihak
KERAJAAN dan RAKYAT ISLAM serta golongan cerdik pandai
Islam untuk membela sekolah-sekolah Agama/Arab. Dari
KERAJAAN diharapkan bantuan kewangan yang secukupnya
untuk perlengkapkan alat-alat kemudahan persekolahan
dan tenaga-tenaga guru. Dari kaum CERDIK PANDAI ISLAM
YANG SEDAR DAN INSAF usaha penyusunan struktur,
sistem, kurikulum dan silibus pelajaran yang benar-benar
menggambar ke "uniquekan" konsep pendidikan dan
sistem persekolahan Islam berasaskan pandangan hidup
Islam.

Dengan pembelaan yang bersifat keIslaman ini, tentu


sekali lebih dari 82,000 potensi tenaga manusia yang
menjadi murid-murid sekolah Agama/Arab dapat
dimanfaatkan sepenuhnya melalui pemerosesan
persekolahan yang lengkap untuk pembangunan semula
masyarakat dan negara serta kebudayaan dan tamaddun
Islam yangselari dengan dasar Islam di tengah-tengah
percaturan dunia moden yang serba menggugat kini.
Semua pihak dari kalangan orang-orang Islam yang sedar
dan insaf harus menyedari hakikat ini dan bersatu ke arah
satu matlamat iaitu membentuk generasi Muslim yang
terpelajar dan berperibadi Muslim yang sempurna di hari
depan. Satu generasi terpelajar yang sekalipun
mempunyai bidang keahlian yang berlainan tetapi
mempunyai pandangan hidup yang satu iaitu Islam.

Memang disedari usaha ke arah pembangunan semula


konsep pendidikan dan sistem persekolahan Islam yang
lengkap ini merupakan satu usaha yang amat berat dan
memerlukan pengorbanan yang besar dari setiap pihak.
Tetapi pokoknya ialah sejauhmana kesedaran dan
kemahuan kita terhadap pembangunan semula
kebudayaan dan tamaddun Islam itu. Bagi golongan yang
insaf dan sedar tetap meyakini bahawa persoalan sosio-
budaya ummat Islam akan hanya dapat diselesakan
melalui pengembalian semula konsep pendidikan dan
sistem persekolahan yang lengkap (comprehensive, unified
dan integrated). Usaha dan pembelaan yang berbentuk
demikianlah yang sangat-sangat diperlukan oleh ummat
Islam dalam hal persekolahan sekolah-sekolah Agama/Arab
di Malaysia.

Sebenarnya jeritan kesedaran dan rintihan pembelaan


yang sedemikian juga telah dan sdang dilaungkan oleh
golongan Islam yang sedar dari ulamak dan intelektual-
intelektual Islam yang terkemuka di seluruh dunia Islam. Di
Muroko, 'Allal al-Fasi telah lama melaung supaya di
negaranya diwujudkan hanya satu sahaja sistem
persekolahan iaitu persekolahan Islam yang berasaskan
konsep pendidikan Islam yang lengkap. Demi untuk
pembentukan kembali kebudayaan dan tamaddun Islam di
Muroko kini. 'Allal al-Fasi berkeyakinan adanya dichotomy
pendidikan dan persekolahan yang berbentuk dualisma
dalam pendidikan dan persekolahan tidak akan dapat
menyatukan perkembangan kebudayaan ummat dengan
konsep Islam.

Saranan

Di samping saranan-saranan yang terdapat di sana sini di


dalam kertas ini, saranan berikut perlu diberi perhatian
khusus.

A. Penyelesaian Jangka Panjang

1. Oleh kerana matlamat pendidikan yang sebenarnya


ialah untuk mengeluarkan manusia soleh (al insan
as salih) yang berpengetahuan dan bertunjangkan
kepada keimanan kepada Allah atau Tauhid maka
pendidikan yang berlandaskan kepada Islam
perlulah diterapkan ke dalam semua peringkat
pengajian.
2. Ternyata perkara yang membahayakan
pemikiran ummat Islam ialah salah
faham dan salah pendekatan (wrong
approach) terhadap konsep ilmu, dimana
pengajian ilmu-ilmu dibebaskan dari
konsep ilmu yang sebenarnya maka lahir
istilah-istilah yang telah tidak terkenal
dalam sejarah Islam seperti istilah ilmu
sekular, ilmu agama, pelajaran akademik
dan lain-lain. Oleh itu, perlu ilmu-ilmu itu
samada humanities, social, sciences,
natural sciences dan apa yang digelar
ilmu agama, diolah dari platform sistem
kepercayaan Tauhid. Ilmu-ilmu itu
hendaklah di Islamisasikan dari segi
falsafahnya, titik-tolaknya, pendekatan
kepadanya dan matlamatnya.

3. Sistem pendidikan nasional perlu dikaji


kembali dan disusun supaya sesuai
dengan keperluan tabi'e manusiawi iaitu
berdasarkan kepada sistem kepercayaan
Tauhid.

4. Penyelesaian kepada masalah pendidikan


di negara ini dan secara khusus sekolah-
sekolah Agama/Arab perlu dilakukan
secara menyeluruh dalam konteks
pendidikan kebangsaan. Penyelesaian
secara serpihan dalam jangka panjang
tidak dapat menyelesaikan masalah
malah menambah rumit.

5. Untuk menuju ke arah pelaksanaan yang


berkesan konsep pendidikan Islam, guru-
guru samada yang mengajar di sekolah-
sekolah Agama/Arab atau sekolah
kebangsaan perlulah diberi orientasi baru
(new orientation) berasaskan kepada
konsep ilmu dan pendidikan Islam yang
berorientasikan Tauhid.

Penyelesaian Semerta

6. Oleh kerana matapelajaran-


matapelajaran yang diajar di sekolah-
sekolah Agama/Arab berbeda antara
sekolah-sekolah dan antara negeri-negeri
di negara ini dan ini rasanya merugikan
perkembangan dan kemajuan pengajian
Islam itu sendiri maka perlulah
ditubuhkan suatu Jawatankuasa Tetap
untuk mengkaji kursus-kursus Ilmu Islam
yang diajar di sekolah-sekolah
Agama/Arab dengan tugas utamanya
mengkaji dan menentukan kursus-kursus
yang menjadi priority mengikut
keperluan semerta pengajian Islam di
negara ini.
7. Oleh kerana sukatan pelajaran bagi
kursus-kursus yang diajar di sekolah-
sekolah Agama/Arab tidak lengkap dan
sempurna, banyak terdapat kekurangan
di sana sini dan dalam banyak perkara
berulang-ulang maka perlu dibentuk
suatu Jawatankuasa Kurikulum yang
diamggotai oleh ahli-ahli ilmu Islam yang
luas pengetahuan mereka dan
pengalaman dari dalam dan luar negeri
Malaysia. Kurikulum itu hendaklah
disusun untuk memenuhi kehendak
pendidikan Islam zaman kini yang
berasaskan world-view Islam sebagai alat
integrasi ilmu pengetahuan yang akan
dapat mengeluarkan pelajar-pelajar yang
mampu menjawab cabaran semasa.

8. Ternyata pelajar-pelajar sekolah


Agama/Arab mengalami tanggungan
yang lebih over-loaded kerana terpaksa
mengikuti dua aliran pelajaran dan
mengambil dua jenis peperiksaan :
peperiksaan sijil sekolah mereka dan
peperiksaan sijil Kementerian Pelajaran
dan masalah perjawatan memerlukan sijil
Kementerian Pelajaran. Oleh itu, untuk
mengatasi masalah ini sistem dua sijil
patut dihapuskan dan ditawarkan hanya
sijil-sijil Kementerian Pelajaran dalam
mana juga matapelajaran-matapelajaran
asasi yang diajar di sekolah-sekolah
Agama/Arab diintegrasikan dalam
kumpulan matapelajaran-matapelajaran
yang ditaja dan diakui oleh Kementerian
Pelajaran.

9. Perlu disarankan bahawa matapelajaran-


matapelajaran yang diajar di sekolah-
sekolah Agama/Arab juga dibuat dalam
bentuk kumpulan (grouping) seperti :

A. Fiqh-Tauhid

B. Pengajian Al-Quran
(Pengajian Hadis)
C. Bahasa Arab dan cabangnya

D. Kumpulan-kumpulan
matapelajaran-matapelajaran
umum yang sedang berjalan

10. Pelajar-pelajar sekolah


Agama/Arab hendaklah diterima
oleh Kementerian Pelajaran
sebagai sebahagian dari kumpulan
pelajar-pelajar kebangsaan dan
mereka berhak mendapat hak-hak
pendidikan dan pelajaran yang
sewajarnya.

Disediakan oleh :

Dr. Mohd Kamal Hassan

Tuan Haji Faisal Haji Othman

Encik Razali Haji Nawawi

Fakulti Pengajian Islam . 20 Oktober


1976

Anda mungkin juga menyukai