Anda di halaman 1dari 15

PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN

HEM:
KONSEP DAN AMALAN
A. UNDANG-UNDANG DALAM PENGURUSAN HAL EHWAL
PELAJAR (DISIPLIN)

1. Pihak Berkuasa Disiplin

1.1 Disiplin didefinisikan sebagai kesanggupan individu


menghormati dan mematuhi undang-undang sama
ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan
kerelaan sendiri.

1.2 Di sekolah, dengan adanya Peraturan 4 Peraturan-


peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, Guru
Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke
atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu, mempunyai
kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah
itu.
1.2 Walau bagaimanapun, Peraturan 6 memperuntukkan
bahawa Guru Besar boleh menurunkan kuasa disiplin dan
kuasa menjalankan hukuman kepada Guru-Guru lain yang
ditetapkan olehnya bagi maksud itu dan dalam menurunkan
kuasa itu tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang
difikirkannnya patut.

2. Peraturan-peraturan yang Harus Dipatuhi Dalam Menjalankan


Kuasa Disiplin

2.1 Natural Justice

2.1.1 Prinsip yang dinyatakan ini adalah digunakan


sejagat dan sesiapa juga yang membuat sesuatu
keputusan adalah tertakluk kepada mematuhinya.
2.1.2 Sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi maka
keputusan yang dibuat boleh dicabar dan ditolak
(quashed) oleh pihak mahkamah.

2.1.3 Peraturan-peraturannya adalah seseorang itu mesti diadili


berasaskan sebab dan seseorang itu tidak boleh dihukum
tanpa belaan dirinya.

2.2 Hak untuk Didengar

2.2.1 Seseorang itu mempunyai hak untuk dibicarakan iaitu hak


untuk membela diri (“innocent until proven guilty”).

2.2.2 Seseorang itu harus mendapatkan peluang untuk


menyatakan kesnya dan hukuman yang dicadangkan
terhadapnya tidak boleh melampaui dari apa yang
sepatutnya diterima.
2.2.3 Kesemua dakwaan dan tuduhan yang dihadapkan
hendaklah dimaklumkan kepada murid tersebut. Akan
tetapi, pihak berkuasa disiplin tidaklah diharapkan
bertindak seperti Mahkamah.

2.2.4 Ini bergantung kepada beratnya tuduhan yang


dikemukakan. Jika perlu, saksi-saksi boleh dipanggil dan
murid tersebut hendaklah diberi peluang menyoal saksi-
saksi tersebut.

2.2.5 Dalam kes-kes yang sesuai, seseorang itu boleh diberi


peluang untuk mengemukakan segala bantahan dan ulasan
dalam bentuk bertulis.

3. Langkah-langkah yang Harus Diambil

3.1 Adalah menjadi tanggungjawab Guru Besar memastikan


kebenaran aduan itu dan memastikam sama ada kes itu
bersabit (prima facie) atau tidak.
3.2 Siasatan awal hendaklah dibuat oleh Guru Besar bagi
menentukan kebenaran dan bukti-bukti tuduhan. Prosedur ini
mungkin berbeza bergantung kepada beratnya tuduhan itu
dan cadangan hukuman yang hendak dikenakan.

3.3 Apabila Guru Besar mendapat kesimpulan dari bukti-bukti


tersebut, Guru Besar boleh menjawab kes bersabit (prima
facie) tersebut. Sebelum mengenakan sebarang hukuman,
peluang yang munasabah hendaklah diberikan kepada
murid itu untuk menegakkan kebenarannya.

3.4 Murid tersebut hendaklah memberikan sebab (To Show


Cause) jika murid itu menafikan kesalahannya.
Pertuduhan atau dakwaan yang dikenakan hendaklah
dinyatakan secara jelas kepada murid tersebut.

3.5 Jika murid itu memberikan keterangan yang memuaskan


dan dapat membebaskan dirinya maka Guru Besar boleh
mendapati bahawa tuduhan itu tiada bukti dan tindakan
selanjutnya adalah tidak perlu.
3.6 Jika murid itu mengaku salah atau keterangan yang
diberikan tidak dapat membebaskan dirinya, maka Guru
Besar boleh mendapati tuduhan itu mempunyai bukti dan Guru
Besar hendaklah membuat keputusan terhadap hukuman yang
hendak dikenakan terhadap murid tersebut.

4. Hukuman yang boleh dikenakan

4.1 Keputusan hukuman hanya boleh dibuat oleh Guru Besar


sahaja dan bukannya orang lain. Jenis-jenis hukuman
adalah:

a. Pembuagan

Ini adalah hukuman bagi kesalahan yang berat atau


kesalahan yang berulang kali. Rujuk Peraturan 8(b)
Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
b. Penggantungan

i. Penggantungan adalah satu arahan di mana


seseorang murid itu dilarang dari memasuki
kawasan sekolah. Penggantungan adalah bersifat
sementara sahaja dalam jangka masa yang
berpatutan. Rujuk Peraturan 8(b) Peraturan-
peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)
1959.

ii. Dalam keadaan di mana murid itu berkelakuan liar


dan mengganggu sehingga perlu ia diasingkan dari
sekolah manakala menunggu hasil siasatan
mengenai cara yang paling sesuai untuk
menghadapinya, Guru Besar boleh mengarahkan
penggantungan persekolahan murid itu.
iii. Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil
siasatan hendaklah dibezakan dari penggantungan
sebagai hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Guru Besar.
Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum,
peluang yang cukup untuk murid membuat penjelasan (To
Show Cause) hendaklah diberi.

c. Lain-lain Hukuman Biasa

i. Dalam hal ini, Guru Besar dikehendaki menggunakan budi


bicara dengan bijak dalam mengenakan sebarang
hukuman yang difikirkan sesuai.

ii. Di dalam Surat Pekeliling Bil. 7/1995, Tatacara


Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar- pelajar
Sekolah, antara hukuman yang tidak boleh
dikenakan adalah menjemur tengah panas, ketuk
ketampi hingga pengsan, memukul hingga berdarah, berlari
dengan seluar dalam, melakukan sesuatu yang di luar
kemanusiaan.
iii. Di antara hukuman biasa yang boleh dikenakan
adalah:

a. Hukuman Rotan

- Hukuman rotan boleh dikenakan (kecuali ke atas


murid-murid perempuan) tertakluk kepada
syarat- syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-
peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

- Hukuman rotan hendaklah dijalankan oleh Guru


Besar sendiri atau guru-guru yang diberi kuasa
melalui penurunan kuasa.

- Hukuman rotan hendaklah dijalankan dengan


menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan
hanyalah boleh dibuat di tapak tangan atau di
bahagian punggung yang dilapik dengan pakaian.
- Guru Besar mestilah mencatatkan hukuman
rotan yang dikenakan dalam satu buku rekod khas dan
menyatakan bilangan pukulan yang dikenakan,
bahagian anggota dirotan, sebab-sebab dirotan,
tarikh dan tandatangan Guru Besar dan seorang
Guru yang menjadi saksi.

b. Terdapat juga hukuman-hukuman lain yang boleh


dikenakan seperti amaran.
B. ASPEK PENGURUSAN KAWSAN SEKOLAH

1. Guru Besar mempunyai tanggungjawab memastikan


kawasan sekolah adalah selamat dan tidak terdapat ‘open
trap’. Infrastruktur kawsan sekolah haruslah selamat dan tidak
mendatangkan bahaya kepada mana-mana murid.

2. Sebagai contoh, batu-batu pembinaan tidak sepatutnya


berada di kawasan sekolah. ‘Railing’ tangga, kipas atau
tandas yang rosak mesti diperbaiki oleh pihak sekolah.

3. Pihak sekolah mempunyai ‘duty of care’ kepada murid-


murid dari segi undang-undang, pihak sekolah mempunyai
tanggungjawab bagi menjaga kebajikan dan keselamatan
murid.

4. Jika terdapat kemalangan yang melibatkan murid, yang


berlaku disebabkan oelh kelalaian pihak sekolah,
kemungkinan para ibu bapa akan menyaman pihak sekolah
atas tuntutan ‘negligence’.
C. TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN APABILA IBU BAPA
MENGAMBIL INDAKAN MAHKAMAH BERHUBUNG RASA TIDAK
PUAS HATI TERHADAP HUKUMAN DISIPLIN

1. Rekodkan semua peristiwa dengan terperinci mengenai


peristiwa yang membawa kepda hukuman disiplin
tersebut. Sebagai contoh: kenyataan pelajar-pelajar
terbabit, laporan bertulis guru disiplin, repot polis dan
sebagainya.

2. Jika ibu bapa meminta penjelasan daripada pihak sekolah,


beri kerjasama yang baik dengan menerangkan mengapa
hukuman tersebut diambil.

3. Jika ibu bapa mengambil khidmat peguam dan pihak


sekolah ada menerima Notis Peguam, pihak sekolah
hendaklah memaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri (atau
pihak-pihak yang berkaitan) bagi memaklumkan perkara
tersebut kepada Pejabat Penasihat Undang-undang,
Kementerian Pendidikan dengan kadar segera.
4. Jika kes dibawa ke Mahkamah (di dalam kes di mana
Sekolah ada menerima Saman), hantarkan sesalinan
Saman kepada Pejabat Penasihat Undang-undang
agar tindakan selanjutnya boleh dimbil. (Jika perlu,
hantarkan dokumen yang berkaitan serta kronologi
kes).
PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN HEM:

KONSEP DAN AMALAN


TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai