Anda di halaman 1dari 41

PENGERTIAN HUKUMAN Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku.

Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman : 1.1 Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku yang sebenar atau diandaikan berlaku.Ini merupakan hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan. 1.2 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum. 1.3 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan atau menafikan sesuatu yang disukainya. 1.4 Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman Dera (Corporal Punishment), Penahanan(detention) dan Amaran. JENIS-JENIS HUKUMAN Pembuangan Sekolah 1.1 Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati bersalah bersabit dengan mana-mana kategori salah laku berat selaras dengan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959). 1.2 Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang mengganggu berulangkali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh Pengetua/Guru Besar atau tingkahlakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada muridmurid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah. Penggantungan Sekolah 1.1 Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan sehingga tidak lebih 14 hari persekolahan. 1.2 Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan mengganggu sehingga perlu diasingkan dari sekolah manakala menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk 1

menghadapinya, Pengetua/Guru Besar berkuasa mengarahkan penggantungan persekolahan murid itu sehingga tidak lebih 14 hari. 1.3 Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh Pengetua/Guru Besar seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)1959. 1.4 Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum peluang yang cukup untuk murid membuat penjelasan (to show case) hendaklah diberi.

PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.
1. Tujuan 1.1 Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan buang sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/59, bertarikh 20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957. 2. Latar belakang 2.1 Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai perlaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman berat terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang. 3. Peruntukan Undang-Undang

3.1

Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai LN 61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa disiplin di sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan 4 yang berbunyi seperti di bawah ini menegaskan kuasa disiplin tersebut adalah di tangan Guru Besar / Pengetua.

4.

Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah itu.

3.2 Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang murid dari sekolah kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan 8,

Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini menjelaskan peruntukan tersebut.

8.

Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah :
a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah;

4.

Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut Peraturan 4 dan Peraturan 8.

4.1

Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu Peraturan 4 dan 8 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak berkuasa disiplin ke atas murid ialah Guru Besar / Pengetua. Tegasnya hanya Guru Besar / Pengetua sahaja di bawah peraturan tersebut yang diberi kuasa menggantung atau membuang murid dari sekolah apabila beliau berpuas hati bahawa demi untuk mengekalkan disiplin dan ketenteraman di sekolah seseorang murid itu patut menerima hukuman sedemikian. Ini bermakna tidak ada kuasa lain selain Guru Besar / Pengetua di sesebuah sekolah dari segi menjatuhkan hukuman menggantung dan membuang murid dari sekolah.

4.2

Adalah di luar kuasa undang-undang jika penggantungan atau pembuangan pelajar dari sekolah diputuskan oleh Lembaga Disiplin ataupun Jawatankuasa Tatatertib Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak memperuntukkan mengenai kewujudan Lembaga Disiplin Sekolah. Maka itu Guru Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat dengan pandangan atau nasihat Lembaga Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain keputusan menggantung atau membuang pelajar dari sekolah hendaklah keputusan Guru Besar / Pengetua sendiri.

4.3

Jika keputusan menggantung atau membuang murid adalah merupakan keputusan hasil nasihat dari Lembaga Disiplin Sekolah maka keputusan yang dibuat itu `void and of no legal effect. Sebarang keputusan penggantungan atau pembuangan pelajar tersebut jika dicabar di mahkamah maka ianya tidak boleh dipertahankan.

4.4

Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8 berkehendakkan surat-surat tindakan tatatertib gantung atau buang sekolah ditandatangani sendiri oleh Pengetua / Guru Besar.

4.5

Keperluan-keperluan teknikal yang lahir dari peruntukan undang-undang berdasarkan Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian sewajarnya dan begitu juga bagi setiap prosedur dan surat-surat tatatertib yang dikeluarkan kepada tertuduh. Jika prosedur dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi, keputusan hukuman jika dicabar di mahkamah, ianya sukar dipertahankan.

5.

Perkara-Perkara Teknikal yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan Peraturan 4 dan 8. 5.1 Setiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya semasa melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah. 5.1.1 Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa maksud sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai membolehkan siasatan lanjut sesuatu kes dibuat sebelum keputusan hukuman disiplin dijatuhkan. 5.1.2 Bagi kedua-dua keadaan ini prosedur yang berlainan hendaklah dipatuhi. 5.1.3 Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah terakhir setelah kegagalan langkah-langkah tatatertib terdahulu, termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya sepatutnya mempunyai dokumentasi lengkap dan teratur. 5.2 Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi nama tertuduh yang rasmi mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan ( atau jika tiada kad pengenalan, memadai nombor surat beranak ) dan kelas beliau belajar, agar surat itu tidak dipertikaikan kesahihannya. Maklumatmaklumat ini seharusnya sama seperti dalam jadual kedatangan sekolah. Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari segi waktu kejadian, tarikh kejadian tempat berlaku dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi yang boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini Pengetua / Guru Besar sewajarnya mendapatkan laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian tersebut sebelum keputusan diambil ). Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar hendaklah dinyatakan dengan jelas mengikut bab atau seksyen yang berkenaan. ( Ini bermakna semua Pengetuan / Guru Besar harus melaksanakan saranan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang bertarikh 4.11.1975 mengenai perkara ini ).

5.3

5.4

5.5

Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4 dan 8 PeraturanPeraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes. Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja yang boleh menggantung atau membuang murid dari sekolah maka surat-surat tatatertib berkaitan hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar / Pengetua. Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada Pendaftar SekolahSekolah, Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga tertuduh. Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga untuk membuat rayuan di atas hukuman tatatertib yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah dimaklumkan dengan jelas. Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh tertuduh dengan dua orang saksi. Salinan surat kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut prosedur yang sama. Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar dan membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh dilaksanakan tanpa murid itu diberi peluang memberi pembelaan dirinya. Tempoh beliau menjawab pertuduhan hendaklah tidak kurang daripada 14 hari. Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Contohnya seorang murid telah dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan mencuri. Pengetua / Guru Besar tidak boleh pula menggantung atau membuang murid tersebut atas kesalahan yang sama.

5.6

5.7 5.8

5.9

5.10

5.11

6.

Keperluan menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Dalam Setiap Kes Gantung dan Buang Sekolah. 6.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991 bertarikh 19.5.1991, menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan dikehendaki dengan serta-merta melapor segala kejadian yang tidak diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar yang berat. Kes gantung dan buang sekolah sering menjadi berita dalam surat khabar. Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi dengan telefon, laporan bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan segera.

7.

Beberapa contoh surat tindakan tatatertib dan carta aliran prosedur tatatertib dengan hukuman berat : Untuk dijadikan panduan yang lebih jelas, dan supaya tidak berlaku kesilapankesilapan teknikal semasa mengambil tindakan disiplin gantung dan buang sekolah disertakan bersama-sama ini yang berikut : 7.1 7.2 Lampiran A : Lampiran B : Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Contoh surat pertuduhan gantung sekolah sebagai

hukuman tatatertib. 7.3 7.4 7.5 Lampiran C : Lampiran D : Lampiran E : Contoh surat keputusan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib. Contoh surat gantung sekolah untuk tujuan penyiasatan sehingga tindakan disiplin selesai. Contoh surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah sebagai hukuman. Contoh surat keputusan tindakan tatatertib buang sekolah mengikut peraturan 8 Carta aliran prosedur tindakan gantung sekolah sebagai hukuman. Carta aliran prosedur tindakan disiplin menggantung pelajar untuk tujuan buang sekolah. Carta aliran prosedur tindakan disiplin buang sekolah. Contoh Surat Akuan Terima.

7.6

Lampiran F :

7.7

Lampiran G :

7.8

Lampiran H :

7.9 7.10

Lampiran I : Lampiran J :

Carta Aliran Prosedur Tatatertib Gantung Sekolah Sebagai Hukuman Mengikut Peraturan 8 (a)

Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959


Mula Pengetua / Guru Besar terima laporan bertulis salah laku berat murid.

Tidak benar. Kes tutup.

Pengetua / Guru Besar menjalankan siasatan teliti dan kenalpasti peraturan sekolah yang dilanggar.

Benar. Lapor kepada PPD / JPN / KPM. Pengetua / Guru Besar draf surat pertuduhan & akuan terima yang teratur.

Taip surat. Buat pembetulan.

Tidak teratur.

Pengetua / Guru Besar semak butiran surat.

A
A
Pengetua/ Guru Besar tandatangan sendiri surat pertuduhan.

Pengetua/Guru Besar serah surat pertuduhan kepada murid & salinan kepada ibubapa / penjaga di depan 2 orang saksi menggunakan surat akuan terima.

Tiada jawapan

Pengetua /Guru Besar tunggu jawapan dalam tempoh 14 hari

Murid diberi peluang bela diri secukupnya

Pengetua /Guru Besar teliti jawapan tertuduh Pengetua / Guru Besar buat keputusan sendiri mengikut maklumat sedia ada Perlu gantung

Tak perlu gantung

B1

B2

B3

B1

B2

B3

Pengetua / Guru Besar draf surat keputusan dan hukuman tatatertib gantung sekolah serta surat akuan terima yang teratur.

Hukuman Mengikut Peraturan 5 & 6.

Taip.

Rujuk kes kepada Kaunselor.

Pengetua buat pembetulan.

Tidak teratur

/ Guru Besar semak butiran surat.

Selesai.

Pengetua tandatangan sendiri surat keputusan dan hukuman tatatertib gantung sekolah. Salinan keputusan dihantar kepada PPD dan Pendaftar Sekolah.

Tertuduh dan ibu bapa / penjaga terima surat salinan dengan akuan terima di depan 2 orang saksi.Mereka dijelaskan Peraturan 10 mengenai rayuan kepada Pendaftar Sekolah dan Peraturan 14 mengenai penalti ordinan yang sama.

Pengetua maklumkan keputusan gantung sekolah kepada pihak tertentu di sekolah.

c
9

Tiada rayuan.

Pengetua / Guru Besar tunggu ada rayuan atau tidak.

Ada rayuan. Pengetua / Guru A Besar patuh arahan r Pendaftar a Sekolah.

Murid menjalani hukuman berjalan selama 14 hari.

h a n

Murid belajar semula selepas tempoh hukuman selesai. Aku janji persetiaan / jaminan Penjaga

t e r Sama i ada m a S e m u l Uruskan a pertukaran .


sekolah.

A r a h a n b e r t u k a r

Rujuk kepada Kaunselor.

Sekolah.

Murid bertukar.

Selesai.

10

Selesai.

CARTA ALIRAN PROSEDUR TATATERTIB BUANG SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 8 (a), PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.

Pengetua / Guru Besar dapati wujud kes Prima Facie buang sekolah.

Pengetua / Guru Besar maklumkan kes dengan bersurat kepada PPD, JPN dan KPM.

Pengetua / Guru Besar draf surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah dan surat akuan terima secara teratur.

Taip Surat. Buat pembetulan.

Tidak teratur.

Pengetua / Guru Besar semak surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah dan akuan terima dengan teliti.

Teratur.

11

B Pengetua / Guru Besar Tandatangan Surat Pertuduhan dengan tujuan buang sekolah dan salinannya.

Pengetua / Guru Besar edar salinan surat pertuduhan kepada PPD dan Pendaftar Sekolah.

Serah surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah kepada murid dan salinan kepada ibu bapa di depan 2 orang saksi dan dapatkan Akuan Terima.

Pengetua / Guru Besar tunggu jawapan bertulis dari tertuduh dalam tempoh 14 hari. Tiada jawapan. Pengetua / Guru Besar buat keputusan berdasarkan maklumat sedia ada sahaja. Pengetua / Guru Besar timbang kes berdasarkan jawapan tertuduh. Hukuman biasa

Ada jawapan.

Hukuman buang sekolah.

Hukuman mengikut peraturan 5 @ 6.

C1

C2

C3

12

C1

C2

C3

Pengetua / Guru Besar draf surat keputusan Tatatertib Buang Sekolah Dan Akuan Terima secara teratur.

Rujuk murid kepada Kaunselor.

Selesai.

Pengetua / Guru Besar edar salinan keputusan buang sekolah kepada PPD dan Pendaftar.

Surat keputusan buang sekolah diserahkan kepada murid dan salinan kepada ibubapa / penjaga dengan akuan terima di depan 2 orang saksi.

Pengetua maklum keputusan buang sekolah kepada pihakpihak tertentu di sekolah.

Pengetua tunggu rayuan ibubapa / penjaga murid dalam tempoh 30 hari dan keputusan Pendaftar Sekolah.

D1

D2

13

D1

D2

Pendaftar Sekolah buat keputusan.

Rayuan diterima.

Rayuan ditolak.

Pengetua / Guru Besar urus kes mengikut keputusan Pendaftar Sekolah.

Pengetua / Guru Besar keluarkan surat berhenti sekolah.

Selesai.

14

CONTOH SURAT PERTUDUHAN UNTUK TUJUAN GANTUNG SEKOLAH SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.
SMRP.TR/DLP/SULIT/(20) 16 Rabiulawal 1412 24 September 1991

Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 ) SMK Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan.


Tindakan Disiplin Gantung Sekolah Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 )

Tingkatan 5A3 Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959, tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada Guru Besar / Pengetua sekolah. 2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut : Bahawa kamu, Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 pada 10 September, 1991, lebih kurang pukul 1.25 petang, di Bilik Persediaan Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, telah didapati berkelakuan tidak senonoh dan sumbang dengan Encik Sabtu B Ahad, kakitangan makmal lelaki iaitu dalam keadaan bercumbu-cumbuan. Dengan itu kamu telah melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai tingkahlaku sumbang, satu perbuatan salahlaku di bawah peraturan 2 (c) Bab XI, Undangundang dan Peraturan Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 33500 Tanjung Rambutan. 3. Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Pengetua bertanggungjawab terhadap disiplin murid-murid pernah memberi amaran secara bertulis kepada kamu kerana didapati berpegangan-pegangan tangan dengan Encik Sabtu B. Ahad kakitangan makmal yang sama melalui surat bil (17) dalam siri yang sama bertarikh 1 Jun, 1991. Kamu juga telah melalui sesi kaunseling dengan Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah mengenai perkara yang sama, tetapi kelakuan kamu tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan. 4. Di bawah peraturan 8 (a), sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, kamu boleh

15

digantung dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas. 5. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut digantung dari sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini. 6. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti para 5 diatas, saya akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu adalah gantung sekolah. 7. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :
Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan. 8. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan menggunakan borang akuan terima yang disertakan bersama-sama ini.

t.t. ( SOLEHA BT OSMAN ) Pengetua, SMK Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan, Perak Darul Ridzuan. s.k.
1. Pendaftar Sekolah-Sekolah Jabatan Pendidikan Perak, Jalan Tun Abdul Razak 30640 Ipoh. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta, Lebuh Cator, Ipoh. Hamid B Bidin No. 2254 Rumah Awam, Taman Cempaka, 35500 Tanjung Rambutan

2.

3.

16

AKUAN TERIMA
Saya _______________________________________________________ _______________ mengaku telah
_________

pemegang Kad Pengenalan Nombor menerima surat bil pada hari ini

_________________________ ___________200___

bertarikh

______

___________________ ( Tandatangan )

Saksi : 1. Tandatangan : Nama : _______________________________

____________________________________ ___________________________________ __________________________

Jawatan :

No. Kad Pengenalan : Alamat :

____________________________________

_______________________________________________ 2. Tandatangan : Nama : _______________________________

____________________________________ ___________________________________ __________________________

Jawatan :

No. Kad Pengenalan : Alamat :

____________________________________

_______________________________________________

17

CONTOH SURAT KEPUTUSAN GANTUNG SEKOLAH SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB. Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 ) SMK Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan.
Tindakan Disiplin Dengan Tujuan Gantung

SMP.TR/DP/SULIT/(23). 6 Rabiulakhir 1412 14 Oktober 1991

Persekolahan Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 ) Tingkatan 5A3 Mengikut


Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran

( Disiplin Sekolah ) 1959.


Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui surat saya SMPP/TR/DP/SULIT/(20) Bertarikh 24 September 1991. Saya telah menimbang jawapan bertulis kamu dan berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan bersalah terhadap pertuduhan melanggaar disiplin tersebut. 2. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan, kamu dengan ini digantung persekolahan selama 14 hari dan keputusan ini berkuatkuasa daripada tarikh surat ini. 3. Kamu dengan ini digantung persekolahan selama 14 hari dan tidak dibenarkan berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan dengan serta merta dari 14 - 27 Oktober, 1991. Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini atau melanggar perintah ini kamu boleh dikenakan penalti Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Dispilin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan dengan tidak lebih daripada RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja ), atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara. 4. Sila tandatangani akuan terima surat keputusan gantung sekolah ini dengan menggunakan surat akuan terima yang dinyatakan bersama-sama ini.

t.t.
( SOLEHA BT OSMAN ) Pengetua, SMK Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan, Perak Darul Ridzuan.

s.k.

18

1.

Pendaftar Sekolah-Sekolah Jabatan Pendidikan Perak, Jalan Tun Abdul Razak 30640 Ipoh. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta, Lebuh Cator, 30450 Ipoh. Hamid B Bidin No. 2254 Rumah Awam, Taman Cempaka, 35500 Tanjung Rambutan

2.

3.

19

AKUAN TERIMA
Saya _______________________________________________________ _______________ mengaku telah
_________

pemegang Kad Pengenalan Nombor menerima surat bil pada hari ini

_________________________ ___________200___

bertarikh

______

___________________ ( Tandatangan )

Saksi : 1. Tandatangan : Nama : _______________________________

____________________________________ ___________________________________ __________________________

Jawatan :

No. Kad Pengenalan : Alamat :

____________________________________

_______________________________________________ 2. Tandatangan : Nama : _______________________________

____________________________________ ___________________________________ __________________________

Jawatan :

No. Kad Pengenalan : Alamat :

____________________________________

_______________________________________________

20
16

CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH UNTUK TUJUAN PENYIASATAN SEHINGGA TINDAKAN TATATERTIB SELESAI.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA BENDANG BASAH 35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(1) Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 3550 Tanjung Rambutan Tindakan Gantung Sekolah 16 Safar 1412 26 Ogos, 1991

Rusli Bin Abdul ( KP : 900102-10-5391 ) Tingkatan 3A6 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah. 1. Oleh itu dalam menjalankan kuasa saya di bawah Peraturan tersebut, sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan di bawah Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959, saya berpuas hati bahawa untuk tujuan mengekalkan disiplin dan kententeraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, bahawa kamu, Rusli Bin Abdul, digantung daripada persekolahan mulai 26 Ogos, 1991 sehingga tindakan disiplin terhadap kamu selesai bagi pertuduhan seperti yang berikut :

Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, UndangUndang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan. 2. Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini, atau melanggar perintah ini, kamu boleh dikenakan penalty Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan denda tidak lebih daripada 21

RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja), atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara tersebut. 3. Sila tandatangan akuan terima surat gantung persekolah ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.

t.t. ( KHAMIS BIN JUMAAT ) Pengetua, Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta, 35500 Tanjung Rambutan. s.k.
1. Pendaftar Sekolah-Sekolah Jabatan Pendidikan Perak, Jalan Tun Abdul Razak 30640 Ipoh. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kinata, Lebuh Cator, 30450 Ipoh. Encik Abdul Bin Abdullah Rumah Awam Seri Melati, 35500 Tanjung Rambutan

2.

3.

22

AKUAN TERIMA
Saya _______________________________________________________ _______________ mengaku telah
_________

pemegang Kad Pengenalan Nombor menerima surat bil pada hari ini

_________________________ ___________200___

bertarikh

______

___________________ ( Tandatangan )

Saksi : 1. Tandatangan : Nama : _______________________________

____________________________________ ___________________________________ __________________________

Jawatan :

No. Kad Pengenalan : Alamat :

____________________________________

_______________________________________________ 2. Tandatangan : Nama : _______________________________

____________________________________ ___________________________________ __________________________

Jawatan :

No. Kad Pengenalan : Alamat :

____________________________________

_______________________________________________

23

Lampiran E. CONTOH SURAT PERTUDUHAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG SEKOLAH. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA BENDANG BASAH 35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(2) Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 3550 Tanjung Rambutan. Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah 16 Safar 1412 26 Ogos, 1991

Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6 Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.

2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa, kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut : Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru, satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan. 24

3. Dibawah peraturan 8 (a), Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, kamu boleh dibuang dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah mengikut pertuduhan yang tersebut di atas. 4. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap tuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut dibuang sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini. 5. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti yang tersebut di atas, saya akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu mungkin keputusan buang sekolah. 6. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada : Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan. 7. Sila tandatangan akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.

t.t. ( KHAMIS BIN JUMAAT ) Pengetua, Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta, 35500 Tanjung Rambutan. s.k.
1. Pendaftar Sekolah-Sekolah Jabatan Pendidikan Perak, Jalan Tun Abdul Razak 30640 Ipoh. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta, Lebuh Cator, 30450 Ipoh. Encik Abdul Bin Abdullah Rumah Awam Seri Melati, 35500 Tanjung Rambutan

2.

3.

25

AKUAN TERIMA
Saya _______________________________________________________ _______________ mengaku telah
_________

pemegang Kad Pengenalan Nombor menerima surat bil pada hari ini

_________________________ ___________200___

bertarikh

______

___________________ ( Tandatangan )

Saksi : 1. Tandatangan : Nama : _______________________________

____________________________________ ___________________________________ __________________________

Jawatan :

No. Kad Pengenalan : Alamat :

____________________________________

_______________________________________________ 2. Tandatangan : Nama : _______________________________

____________________________________ ___________________________________ __________________________

Jawatan :

No. Kad Pengenalan : Alamat :

____________________________________

_______________________________________________
CONTOH SURAT KEPUTUSAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH

26

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA BENDANG BASAH 35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(3) Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 3550 Tanjung Rambutan. 30 Safar 1412 9 September, 1991

Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah

Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui surat saya kepada kamu SMS/BB/S/SULIT/1/(2) bertarikh 26.8.1991. 2. Setelah menimbangkan jawapan bertulis kamu yang telah kamu kemukakan, saya telah berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan bersalah terhadap pertuduhan melanggar disiplin tersebut. 3. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, kamu dengan ini dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan dan keputusan ini berkuatkuasa sertamerta. 4. Kamu dengan ini adalah dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan mulai 19.9.1991.

5. Mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, tuan boleh merayu terhadap keputusan membuang sekolah anak tuan Rusli bin Abdul mulai daripada 19.9.1991 kepada Pendaftar SekolahSekolah seperti alamat di atas dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat ini.
6. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.

t.t. ( KHAMIS BIN JUMAAT ) Pengetua, Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta, 35500 Tanjung Rambutan. s.k. 27

1.

Pendaftar Sekolah-Sekolah Jabatan Pendidikan Perak, Jalan Tun Abdul Razak 30640 Ipoh. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta, Lebuh Cator, 30450 Ipoh. Encik Abdul bin Abdullah Rumah Awam Seri Melati, 35500 Tanjung Rambutan

2.

3.

28

AKUAN TERIMA
Saya _______________________________________________________ _______________ mengaku telah
_________

pemegang Kad Pengenalan Nombor menerima surat bil pada hari ini

_________________________ ___________200___

bertarikh

______

___________________ ( Tandatangan )

Saksi : 1. Tandatangan : Nama : _______________________________

____________________________________ ___________________________________ __________________________

Jawatan :

No. Kad Pengenalan : Alamat :

____________________________________

_______________________________________________ 2. Tandatangan : Nama : _______________________________

____________________________________ ___________________________________ __________________________

Jawatan :

No. Kad Pengenalan : Alamat :

____________________________________

_______________________________________________

29

HUKUMAN DERA / ROTAN (CORPORAL PUNISHMENT) 1. 2. Hukuman dirotan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan. Tertakluk kepada peraturan 5, hukuman dirotan hendaklah dilaksanakan seperti berikut: (a) (b) 3. 4. 5. 6. 7. dirotan ditapak tangan; atau dirotan dipunggung dengan berlapikkan pakaian.

Hukuman rotan adalah dilarang dilaksanakan di khalayak ramai atau perhimpunan sekolah. Hukuman rotan hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang guru sebagai saksi. Rotan yang digunakan hendaklah rotan yang ringan berukur lilit tidak melebihi 3 sentimeter manakala panjangnya tidak melebihi 1 meter. Bilangan rotan tidak melebihi tiga kali. Hayunan rotan hendaklah dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi paras bahu orang yang melaksanakan hukuman supaya tidak melukakan kulit murid itu.

8.

Selepas mengenakan satu rotan, orang yang melaksanakan hukuman hendaklah mengangkat rotan dan tidak menariknya.

HUKUMAN PENAHANAN ( DETENTION ) Hukuman diletakkan dalam kelas tahanan hendaklah dilaksanakan seperti berikut: (a) (b) (c) di bilik darjah atau mana-mana bilik yang ditetapkan oleh pihak berkuasa disiplin; untuk suatu tempoh yang tidak melebihi 45 minit bagi satu kesalahan disiplin; dalam waktu persekolahan dan seboleh-bolehnya di luar waktu pembelajaran;

30

(d) (e)

membuat apa-apa kerja sekolah atau pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa disiplin; dan di dalam pengawasan guru yang ditetapkan.

DENDA Hukuman menjalankan aktiviti yang bersifat pendidikan dan pembentukan disiplin murid hendaklah dilaksanakan seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) 2. dilaksanakan dalam kawasan sekolah sahaja; dalam waktu persekolahan dan seboleh-bolehnya di luar waktu pembelajaran; untuk suatu tempoh yang tidak melebihi 1 jam bagi satu kesalahan disiplin; tidak membebankan murid secara fizikal; terhad kepada harta benda sekolah sahaja; terhad kepada aktiviti-aktiviti di dalam kawasan sekolah; dan di dalam pengawasan dan penyeliaan guru yang ditetapkan.

Senarai aktiviti bersifat pendidikan sahsiah, sosial dan kemasyarakatan dan tidak bersifat punitif yang boleh dikenakan sebagai hukuman: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) membersihkan bilik darjah; membersihkan bilik guru; membersihkan bilik-bilik khas; membersihkan dewan; membersihkan padang; membersihkan kawasan sekolah (termasuk mengutip sampah); menyusun perabot sekolah; menyusun kerusi meja untuk sesuatu majlis sekolah; menyusun kerusi meja di musim peperiksaan; mengemas papan kenyataan; membantu sekolah melaksanakan projek sekolah yang tidak melibatkan orang luar; membantu sekolah menganjurkan 31 hari penyampaian sijil dan penghargaan;

(m) (n) (o) (p) (q)

membantu sekolah menganjur hari sukan; membantu guru menyediakan peralatan pendidikan jasmani; membersih dan mengemas setor sukan; membaca buku dan membuat sinopsis; dan membantu sekolah melaksanakan projek sekolah bagi menceria dan mengindahkan kawasan dan bangunan sekolah, seperti melukis mural, mengadakan taman atau kebun, menjaga kolam ikan.

3.

Walau apa pun peruntukan perenggan 1 dan 2, hukuman yang dikenakan

di bawah Bahagian ini tidak boleh termasuk apa-apa kerja yang lazimnya, atau boleh, dijalankan oleh pekerja sekolah. 4. Sekiranya denda yang melibatkan wang, Pengetua/Guru Besar hendaklah mempertimbangkan secara teliti hubungan antara denda dengan kemampuan seseorang murid untuk membayar denda itu.Untuk sesuatu denda itu mendatangkan kesan praktikal adalah penting denda itu sejajar dengan wang sakunya. Hukuman Amaran 1.1 Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua/Guru Besar atau guru yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu. 1.2 Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi selepas itu. 1.3 Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2 dan 3 bagi kategori salah laku ringan, Amaran dan Amaran Keras bagi kategori salah laku sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.

32

CONTOH SURAT AMARAN KES DISIPLIN SMK JENGKA 21, FELDA JENGKA 21, 26400 BANDAR JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR Kepada: Ibu Bapa/ Penjaga Murid, .............................................................. .............................................................. Tuan / Puan, AMARAN DISIPLIN PERTAMA / KEDUA / KETIGA/ AMARAN KERAS Nama Murid : No. KP : Tingkatan : Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk. 2. Anak / anak jagaan tuan / puan seperti di atas telah melakukan salah laku berikut :

3. Sehubungan dengan itu, anak/ anak jagaan tuan / puan telah diambil tindakan dengan diberi Amaran 1/ Amaran 2/ Amaran 3/ Amaran Keras. Anak / anak jagaan tuan / puan juga telah dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk khidmat nasihat agar dapat mengubah kelakuannya, namun kelakuannya tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan. 4. Tindakan disiplin yang lebih berat akan dikenakan sekiranya anak/ anak jagaan tuan/ puan masih berterusan melakukan salah laku disiplin sekolah. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, ..................................................... ( ) Pengetua SMK Jengka 21, Felda Jengka 21

Sk : Asal : Ibubapa/ Penjaga Salinan 1 : Fail Sekolah Salinan 2 : Guru Kelas 33

TATACARA TINDAKAN DISIPLIN BAGI KESALAHAN PONTENG SEKOLAH 1. Guru hendaklah mengenal pasti sebab-sebab murid tidak hadir ke sekolah dengan menghubungi ibu bapa, sama ada secara bertulis atau melalui telefon (dengan catatan panggilan telefon dalam Buku Kedatangan). 2. Jika murid tidak hadir ke sekolah, guru hendaklah mengambil langkahlangkah berikut: (a) memastikan murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibu bapa dengan tandatangan yang sah bagi menjelaskan ketidakhadiran murid; (b) murid yang tidak hadir selama dua hari atau lebih tanpa surat doktor

dikehendaki membawa ibu bapa berjumpa dengan Guru Besar atau Pengetua, melainkan jika terdapat bukti yang nyata bahawa ketidakhadiran murid adalah atas sebab-sebab yang munasabah; (c) pemberian surat amaran kepada ibu bapa mengenai ketidakhadiran Surat Bilangan hari tidak hadir berturut-turut Bilangan hari tidak hadir tidak berturutturut pada hari ke-10 10 hari selepas Amaran Pertama 20 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Terakhir 60 hari bukan berturutturut

murid seperti berikut:

Amaran Pertama pada hari ke-3 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir Jumlah hari tidak 31 hari berturut-turut hadir

34

(d)

Pengiraan hari bagi ketidakhadiran berturut-turut termasuklah hari cuti hujung minggu dan umum yang jatuh sepanjang tempoh ketidakhadiran itu.

(e)

Ketidakhadiran murid dikira sepanjang tempoh murid berdaftar di sekolah tersebut dan bilangan hari ponteng sekolah dalam suatu tahun persekolahan hendaklah dibawa ke tahun persekolahan yang berikutnya.

3.

Dalam Jadual ini ibu bapa termasuklah ketua warden bagi murid yang menghuni asrama harian.

35

CONTOH SURAT AMARAN PERTAMA / KEDUA / TERAKHIR SEKOLAH . Tuan/Puan Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN PERTAMA / KEDUA Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan / puan.. dari tingkatan / kelas ..telah tidak hadir ke sekolah dari . Hingga .. ( hari) 2. Sila maklumi pihak sekolah dengan mengunakan lampiran yang disertakan atau berhubungan terus dengan Pengetua/Guru Besar dengan seberapa segera. 3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan boleh dikenakan tindakan buang sekolah jika tidak hadir tanpa apa-apa kenyataan daripada ibu bapa atau penjaga dan atas sebab- sebab yang munasabah BERKHIDMAT UNTUK NEGARA CINTAILAH BAHASA KITA Saya yang menurut perintah . Pengertua/ Guru Besar Cop sekolah Sk : Asal : Ibubapa/ Penjaga Salinan 1 : Fail Sekolah Salinan 2 : Guru Kelas

36

SEKOLAH . Tuan/Puan Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN TERAKHIR Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan / puan.. dari tingkatan / kelas ..telah tidak hadir ke sekolah dari . Hingga .. ( hari) 2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan/ puan melalui surat bil. Pada. dan surat bil. Pada. Dukacita dimaklumankan bahawa pihak sekolah tidak dapat menerima jawapan daripada tuan /puan. Diharap tuan / puan dapat menghubungi pihak sekolah. 3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan akan dibuang sekolah sekiranya tuan/puan tidak berjumpa dengan pihak sekolah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat ini BERKHIDMAT UNTUK NEGARA CINTAILAH BAHASA KITA Saya yang menurut perintah . Pengertua/ Guru Besar Cop sekolah Sk : Asal : Ibubapa/ Penjaga Salinan 1 : Fail Sekolah Salinan 2 : Guru Kelas

37

SEKOLAH . Tuan/Puan PEMBERITAHUAN BUANG SEKOLAH Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak / jagaan tuan / puan dari tingkatan / kelas . Telah tidak hadir ke sekolah selama ..hari. 2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan /puan melalui surat-surat amaran seperti berikut : i. Bil.. bertarikh. ii. Bil.. bertarikh. iii. Bil.. bertarikh. 3. oleh itu anak jagaan tuan / puan dibuang sekolah mulai 4. Walau bagaimanapun tuan/puan boleh membuat rayuan untuk bersekolah semula kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan surat ini, seperti yang diperuntukkan pada para 10.2 Ordinan Pelajaran 1957,Peraturan-peraturan pelajaran ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 BERKHIDMAT UNTUK NEGARA CINTAILAH BAHASA KITA Saya yang menurut perintah . Pengertua/ Guru Besar Cop sekolah Sk : Asal : Ibubapa/ Penjaga Salinan 1 : Fail Sekolah Salinan 2 : Guru Kelas

38

CARTA ALIRAN TINDAKAN TERHADAP MURID PONTENG SEKOLAH BERTERUSAN Kenal pasti murid ponteng Tiga (3) hari berterusan

Surat Amaran Pertama kepada ibu bapa/penjaga

Hadir

Tidak Hadir

Khidmat kaunseling Hadir

Surat Amaran Kedua kepada ibu bapa/penjaga selepas tujuh (7) hari berikutnya tidak hadir.

Khidmat kaunseling

Tidak Hadir Surat Amaran Terakhir kepada ibu bapa/penjaga selepas tujuh (7) hari berikutnya tidak hadir.

Hadir

Khidmat kaunseling

Tidak Hadir Surat Buang Sekolah kepada ibu bapa/penjaga selepas 14 hari berikutnya tidak hadir. Ibu bapa/penjaga membuat rayuan.

TAMAT

39

CARTA ALIRAN TINDAKAN TERHADAP MURID PONTENG SEKOLAH BERKALA

Kenal pasti murid ponteng Sepuluh (10) hari berKALA

Surat Amaran Pertama kepada ibu bapa/penjaga

Hadir

Tidak Hadir

Khidmat kaunseling Hadir

Surat Amaran Kedua kepada ibu bapa/penjaga selepas Sepuluh (10) hari berikutnya tidak hadir.

Khidmat kaunseling

Tidak Hadir Surat Amaran Terakhir kepada ibu bapa/penjaga selepas Dua Puluh (20) hari berikutnya tidak hadir.

Hadir

Khidmat kaunseling

Tidak Hadir Surat Buang Sekolah kepada ibu bapa/penjaga selepas 20 hari berikutnya tidak hadir. Ibu bapa/penjaga membuat rayuan.

TAMAT

40

41

Anda mungkin juga menyukai