Anda di halaman 1dari 34

BAHAGIAN

PENGURUSAN SEKOLAH
HARIAN
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA

HUKUMAN DERA
( CORPORAL PUNISHMENT )
ROTAN

Hukuman Dera atau Rotan adalah


sangat berguna dan berkesan apabila
dijalankan sebaiksebaik-baik sahaja
sesuatu salah laku itu dilakukan oleh
murid. Namun begitu ianya
hendaklah dibuat setelah sesuatu
salah laku itu telah dapat disahkan

Kesan hukuman dera bukan hanya


sebagai pencegah kepada yang lain
tetapi yang penting ialah kesannya
ke atas yang melakukan kesalahan
itu sendiri

hukuman dera hendaklah dijalankan


oleh Guru Besar sendiri atau oleh
seorang guru yang berdaftar yang
telah diberikan kuasa oleh Guru
Besar sama ada secara nyata atau
khas iaitu mengikut keadaan

Hukuman Dera hendaklah


dijalankan dengan menggunakan
rotan ringan dan pukulan rotan
hanya boleh dibuat pada tapak
tangan atau di bahagian punggung
yang dilapik dengan pakaian

Guru Besar mestilah mencatatkan


hukuman dera yang dikenakan
dalam satu buku rekod khas dan
menyatakan bilangan pukulan yang
dikenakan, bahagian anggota dirotan
( tapak tangan atau punggung )
tarikh dan tandatangan Guru Besar
dan seorang Guru yang menjadi
saksi

Hukuman Rotan merupakan salah


satu pilihan hukuman yang boleh
dibuat oleh Pengetua dan Guru
Besar bagi mengawal disiplin murid
di sekolah

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji


Pelaksanaan Dasar Pelajaran ( 1979 )
juga telah memperakukan hukuman
ini

No. Perakuan 76 ;
Adalah diperakukan bahawa :
( b ) Hukuman Dera kepada muridmurid-murid
seperti merotan hendaklah dikekalkan.
Guru Besar dan GuruGuru-Guru lain yang
tertentu diberi kuasa untuk merotan. Di
samping itu GuruGuru-Guru tersebut hendaklah
diberi garisgaris-garis panduan dalam
menggunakan hukuman dera serta cara
dan bila hukuman itu boleh dikenakan

Peraturan 4 , memperuntukkan ;
Guru Besar sesebuah sekolah
adalah bertanggungjawab atas
disiplin sekolah dan bagi maksud itu
hendaklah mempunyai kuasa ke atas
Guru--Guru dan muridGuru
murid-murid sekolah
itu.

Peraturan 5 ( 1 ), memperuntukkan ;
Bagi maksud menjaga disiplin di
kalangan muridmurid-murid, Guru Besar
hendaklah mempunyai kuasa
menjalankan hukumanhukuman-hukuman
sekolah yang biasa sebagaimana
perlu atau bermanfaat :

Dengan syarat bahawa

( a ) hukuman dera kepada muridmuridmurid perempuan adalah


dilarang ; dan

( b ) hukuman dera kepada murid


lelaki oleh seseorang guru adalah
dihadkan kepada merotan dengan
rotan yang ringan di tapak tangan
atau pun di punggung yang berlapik
dengan pakaian dan hendaklah
dijalankan hanya oleh Guru Besar
atau pun dengan kuasa nyata yang
diberi olehnya dalam hal yang
tertentu.

Peraturan 5 ( 2 ), pula
memperuntukkan ;
Satu rekod mengandungi semua
hukuman yang dijalankan di bawah
perenggan ( 1 ) hendaklah disimpan
secara sulit mengikut bentuk yang
diluluskan oleh Pendaftar.

Peraturan 6, memperuntukkan ;
Guru Besar sesebuah sekolah boleh
dari semasa ke semasa, tertakluk
kepada apaapa-apa syarat dan hal yang
difikirkannya patut, mewakilkan
kuasa disiplin sekolah dan kuasa
menjalankan hukum kepada guruguruguru lain di sekolah itu atau kepada
murid--murid yang ditetapkan
murid
olehnya bagi maksud itu;

tetapi kecuali yang disebut di atas


tidak seorang pun Guru atau murid
boleh menjalankan kuasa itu
melainkan dengan arahan tertentu:

Dengan syarat bahawa kuasa


menjalankan hukuman dera tidak
boleh diwakilkan kepada manamanamana orang selain daripada guru
berdaftar.

RUMUSAN

Pengetua dan Guru Besar


mempunyai kuasa bagi mengawal
organisasi sekolahnya dan bagi
menentukan disiplin, mereka
mempunyai kuasa menjalankan
hukuman rotan kepada murid di
sekolahnya

Hendaklah sentiasa menyedari


bahawa merotan adalah sebahagian
daripada proses pendidikan.
Tindakan yang dikenakan mestilah
difahami sebagai alat untuk
mendisiplinkan murid dan bukan
sebagai alat yang akan merosakkan
fizikal dan mental murid

Hukuman Dera yang dimaksudkan


oleh peraturan ini adalah hukuman
rotan sahaja serta menggunakan
rotan yang ringan dan dilarang
ke atas murid perempuan.

Ini bermakna apaapa-apa bentuk deraan


yang lain seperti
menampar, mencubit, menumbuk,
mengetuk dengan tangan atau
menggunakan pembaris atau lainlainlain alat atau lainlain-lain tindakan
seumpamanya adalah tidak
dibenarkan sama sekali di bawah
peraturan ini

Tidaklah boleh dilakukan sewenangsewenangwenangnya dan perlu mematuhi


peruntukan seperti dalam peraturan
yang disebutkan di atas.
Seboleh-bolehnya dilakukan sendiri
Seboleholeh Pengetua dan Guru Besar
kerana merekalah orang yang diberi
kuasa membuat keputusan terhadap
hukuman tersebut

Tempat yang boleh dirotan hanya


melibatkan tapak tangan dan
punggung yang berlapik dengan
pakaian. Ini bermakna kawasan lain
daripada dua tersebut tidak
dibenarkan

Dilaksanakan hukuman ini bukan


berdasarkan rasa marah dan dendam
tetapi untuk memberi pengajaran
bahawa setiap kesalahan ada
hukumannya

Hukuman rotan di khalayak sama


ada di perhimpunan atau di bilikbilikbilik yang sedang berlangsung
proses Pengajaran dan Pembelajaran
adalah dilarang. Tindakan
sedemikian akan menjatuhkan
maruah serta menimbulkan kesan
negative terhadap perkembangan
keperibadian murid berkenaan

Hukuman rotan hendaklah


dilaksanakan di hadapan seorang
guru sebagai saksi

Hayunan rotan hendaklah dengan


kekuatan yang sederhana tanpa
mengangkat tangan melebihi paras
bahu orang yang melaksanakan
hukuman supaya tidak melukakan
kulit murid itu. Selepas mengenakan
satu rotan, orang yang melaksanakan
hukuman hendaklah mengangkat
rotan dan tidak menariknya

Sekiranya pengetua atau guru besar


hendak menurunkan kuasa kepada
guru lain dalam melaksanakan
hukuman rotan, maka surat
penurunan kuasa hendaklah
dikeluarkan kepada guru tersebut

Hukuman Rotan bukanlah


merupakan satusatu-satunya pendekatan
untuk mendisiplinkan murid. Ia
hendaklah digunakan sebagai
langkah akhir setelah semua usaha
membimbing dan kaunseling telah
dilaksanakan

Rotan yang digunakan hendaklah


rotan yang ringan berukur lilit tidak
melebihi 3 sentimeter manakala
panjangnya tidak melebihi 1 meter

Bilangan rotan tidak melebihi


tiga kali

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai