Anda di halaman 1dari 74

Mandat pelaksanaan kuasa disiplin.

1.Ordinan-ordinan Pelajaran
1.1 Peraturan-Peraturan Sekolah ( Persatuan ) 1956
1.2 Peraturan-Peraturan Sekolah ( Lawatan ) 1957
1.3 Peraturan-Peraturan Sekolah ( Majalah ) 1958
1.4 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah )
1959

2.Akta Pendidikan 1996.


2.1 Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan
Sekolah ) 1998
2.2 Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Majalah Sekolah
dan Bahan Multimedia ) 1998
3.Buku-buku panduan pengurusan disiplin.

3.1 Panduan Am Disiplin Sekolah-Sekolah


3.2 Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin
Murid-Murid Sekolah
3.3 Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk
Guru Besar dan Guru
3.4 Panduan Disiplin untuk Pelajar-Pelajar
3.5 Panduan bagi Mengatasi Masalah
Ponteng
3.6 Panduan Pengurusan Menangani Buli di
Sekolah

4.Surat-surat Pekeliling Ikhtisas ( Disiplin ).


Surat-surat Pekeliling Ikhtisas 6/1968-5/2006
ORDINAN PELAJARAN,1957
PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN
(DISIPLIN SEKOLAH) 1959
2 tahun 1957 Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh
seksyen 116 Ordinan Pelajaran,1957,Menteri
dengan ini membuat peraturan-peraturan yang
Berikut:
Tajuk ringkas
1. Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-
dan pemakaian
Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)
1959,dan hendaklah dipakai bagi semua
sekolah selain daripada:-
(a) sekolah yang dikecualikan daripada
pendaftaran di bawah seksyen 114(2) Ordinan
dan
(b) sekolah gaya pos
Tafsiran 2. Dalam peraturan-peraturan ini,
melainkan jika kandungan ayatnya
menghendaki makna yang lain-

P.U.(A) 130 80 “ Pihak Berkuasa pelantik” ertinya


orang atau badan yang
bertanggungjawab pada masa itu bagi
melantik mana-mana orang menjadi
Guru Besar sesebuah sekolah.

“Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar


Besar Sekolah-sekolah yang dilantik
dibawah seksyen 57 (1) Ordinan.

“Pendaftar” ertinya Pendaftar


Sekolah-sekolah yang dilantik di
bawah seksyen 57 (2) Ordinan.
Perlantikan Guru Besar 3. (1) Apabila melantik seseorang menjadi
Guru Besar sesebuah sekolah, pihak
berkuasa pelantik hendaklah dengan
seberapa segera yang boleh,
memberitahu Pendaftar tentang
perlantikan itu.
(2) Pendaftar hendaklah mencatatkan
nama Guru yang dilantik menjadi Guru
Besar di mana-mana sekolah dalam
daftar sebagai nama guru besar
sekolah itu.
(3) Apabila Guru Besar sesebuah
sekolah bersara atau berhenti bertindak
sebagai Guru Besar,badan berkuasa
pelantik hendaklah dengan seberapa
segera yang boleh melaporkan hal itu
secara bertulis kepada Pendaftar,yang
hendaklah dengan itu membuat apa-
apa catatan dalam daftar itu
sebagaimana perlu.
4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah
bertanggungjawab atas disiplin
Tanggungjawab sekolah dan bagi maksud itu
Guru Besar atas hendaklah mempunyai kuasa ke atas
Disiplin Guru-Guru dan murid-murid sekolah
itu.
Kuasa-kuasa Guru 5. (1) Bagi menjaga maksud disiplin di
Besar kalangan murid-murid,Guru Besar
hendaklah mempunyai kuasa
menjalankan hukuman-hukuman
sekolah yang biasa sebagaimana
perlu atau bermanfaat:
Dengan syarat bahawa-
(a) hukuman dera kepada murid-
murid perempuan adalah dilarang : dan
(b) hukuman dera kepada murid-murid
lelaki oleh seseorang Guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan
kepada merotan dengan rotan yang
ringan ditapak tangan ataupun di
punggung yang berlapik dengan
pakaian dan hendaklah dijalankan
hanya oleh Guru Besar ataupun dengan
kuasa nyata yang diberi olehnya dalam
hal yang tertentu.

(2) Satu rekod mengandungi semua


hukuman yang dijalankan di bawah
perenggan (1) hendaklah disimpan
secara sulit mengikut bentuk yang
diluluskan oleh Pendaftar.
Perwakilan kuasa oleh Guru 6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh
Besar dari semasa ke semasa,tertakluk
kepada apa-apa syarat dan hal yang
difikirkan patut,mewakilkan kuasa
disiplin sekolah dan kuasa menjalankan
hukum kepada Guru-Guru lain di
sekolah itu atau kepada murid-murid
yang ditetapkan olehnya bagi maksud
itu , tetapi kecuali yang disebut di atas
tidak seorang pun Guru atau murid
boleh menjalankan kuasa itu melainkan
dengan arahan tertentu.
Dengan syarat bahawa kuasa
menjalankan hukuman dera tidak boleh
diwakilkan kepada mana-mana orang
selain daripada guru berdaftar.
(c) menyebar atau menyebab
disebarkan apa-apa penulisan politik,
dokumen atau lain-lain propaganda
bagi pihak atau untuk menyokong
sesuatu parti atau pertubuhan politik
atau yang ada hubungan dengan
mana-mana calon yang sedang
bertanding dalam sesuatu pilihanraya ;
(d) mengganggu perjalanan sesuatu
perjumpaan awam yang sah dengan
cara yang mungkin menghalang
perjalanan urusan perjumpaan yang
diadakan itu ;
(e) mengambil bahagian dalam mana-
mana perarakan atau perhimpunan
yang dikelolakan atau diadakan dengan
tujuan untuk menyokong atau
menentang mana-mana parti atau
pertubuhan politik atau apa-apa
pendapat politik atau mana-mana calon
dalam sesuatu pilihanraya.
Murid-murid tidak boleh 7. (1) Tiada seorang pun murid yang
mengambil bahagian dalam berumur kurang daripada dua puluh
aktiviti-aktiviti pilihanraya satu tahun yang belajar di mana-
atau mana sekolah boleh
politik
(a) merayu undi bagi pihak mana-
mana parti atau pertubuhan politik ,
atau mana-mana calon dalam
sesuatu pilihanraya ;
(b) dengan tujuan menyokong atau
menentang mana-mana parti atau
pertubuhan politik, atau pencalonan
mana-mana individu dengan
menentang seorang atau beberapa
orang lain dalam sesuatu pilihanraya,
berucap atau mengganggu mana-
mana perjumpaan awam yang sah ;
(2)Dalam peraturan ini “pilihanraya” ertinya
pemilihan seseorang ahli untuk Dewan
Rakyat,Dewan Undangan Negeri atau
mana-mana pihak berkuasa tempatan.

Kuasa guru besar 8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan


Menggantung memuaskan hati Guru Besar sesebuah
persekolahan sekolah-
atau membuang murid
dari sekolah (a) sebagai perlu atau dikehendaki bagi
maksud menjaga disiplin atau
ketenteraman di mana-mana sekolah yang
seseorang murid patut digantung
persekolahan ataupun dibuang sekolah;
atau

(b) yang seseorang murid telah melanggar


peruntukan-peruntukan 7,ia boleh dengan
perintah menggantung murid itu dari hadir
sekolah selama suatu tempoh yang
difikirkan patut atau membuang murid itu
dari sekolah.
Kuasa pendaftar 9. (1) Pada bila-bila masa sahaja-
mengarahkan
pembuangan
murid dari sekolah (a) Didapati dengan memuaskan hati
Pendaftar sebagai perlu atau
dikehendaki bagi maksud menjaga
disiplin atau ketenteraman dimana-
mana sekolah:
Atau
(b) Pendaftar diarahkan sedemikian oleh
Pendaftar Besar : atau
(c) Pendaftar berpuas hati bahawa telah
berlaku pelanggaran terhadap
peraturan 7.
Ia boleh dengan perintah
secara bertulis mana-mana
murid dibuang sekolah,
dan Guru Besar hendaklah
dengan serta merta
mematuhi perintah itu.

(2) Satu salinan perintah


itu hendaklah dihantar oleh
Pendaftar kepada ibu bapa
atau penjaga, atau kepada
ibu atau bapa atau penjaga
murid itu.
Rayuan 10. (1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana
murid yang digantung
persekolahannya atau dibuang sekolah
di bawah peraturan 8 (a) boleh merayu
kepada Pendaftar yang boleh
membuat suatu perintah mengenainya
sebagaimana yang difikirkannya patut :
(2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana
murid yang dibuang sekolah mengikut
mana-mana perintah yang dibuat
dibawah peraturan 9 boleh, dalam
tempoh satu bulan dari tarikh murid itu
dibuang sekolah atau dari tarikh
perintah yang disebut dalam peraturan
9(2) disampaikan kepadanya,mengikut
mana yang lebih lama,merayu kepada
Menteri mengikut peruntukan-
peruntukan seksyen 90 dan 91
Ordinan.
Catatan dibuang 11. Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang
sekolah dalam sijil dibuang sekolah di bawah peruntukan-
berhenti sekolah peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah
dicatat oleh Guru Besar dengan catatan
yang menyatakan murid itu telah dibuang
sekolah di bawah peruntukan-peruntukan
Peraturan ini.
Syarat masuk balik
sekolah 12. Seseorang murid yang telah dibuang
sekolah dengan perintah yang dibuat
dibawah peraturan 9 tidak boleh selepas
itu,(melainkan jika perintah itu telah
terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak
berkuasa yang membuatnya).
(a) masuk atau dibenarkan masuk ke dalam
kawasan sekolah itu; atau
(b) diterima masuk sebagai seorang murid
di mana-mana sekolah lain,tanpa
kebenaran Pendaftar Besar.
Kuasa menutup 13. (1) Jika,pada pendapat Pendaftar,perlu
Sekolah dalam hal tertentu. atau dikehendaki oleh kerana apa-apa
hal tak tenteram atau ketiadaan disiplin
di pihak murid atau pelajar sesebuah
sekolah yang sekolah itu patut ditutup
sementara waktu, maka Pendaftar boleh,
dengan perintah secara bertulis,
menutup sekolah itu selama suatu
tempoh,tidak melebihi satu bulan dari
tarikh perintah tesebut sebagaimana
difikirkannya perlu.
(2) Tiada seorang pun boleh tanpa
sebab yang munasabah masuk atau
cuba masuk atau tinggal di premis itu
yang digunakan sebagai atau berkaitan
dengan sesebuah sekolah yang mana
suatu perintah yang dibuat di bawah
perenggan (1) adalah berkuatkuasa.
(3) Mana-mana pegawai polis boleh,tanpa
waran,masuk dan menggeledah mana-
mana sekolah atau mana-mana
bangunan premis yang digunakan
sebagai atau berkaitan dengan sekolah
itu yang suatu perintah telah dibuat di
bawah perenggan (1) peraturan ini dan
boleh menghalau keluar sesiapa juga
yang terjumpa dalamnya; dan; untuk
memasuki mana-mana bahagian premis
itu,pegawai polis boleh menggunakan
kekerasan yang perlu untuk memecah
buka pintu atau tingkap yang di luar atau
di dalam jika,setelah menunjukkan
kuasa dan tujuannya dan izin masuk
telah dibuat dengan sempurnanya,ia
tidak dapat dengan cara itu masuk
premis itu.
(4) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah
perenggan (1) boleh pada bila-bila masa
semasa masih berkuatkuasa dibatalkan
oleh Menteri, tetapi tanpa menyentuh
sahnya perintah yang lalu atau apa-apa
jua yang dilakukan di bawahnya atau
kuasa Pendaftar untuk membuat
perintah baru di bawah peraturan ini.

Penalti 14. Mana-mana murid yang tidak mematuhi


mana-mana perintah yang dibuat di
bawah peraturan 8 atau 9, atau yang
melanggar peruntukan-peruntukan
peraturan 12 dan sesiapa jua yang tidak
mematuhi peruntukan-peruntukan
peraturan 11 atau peraturan 13 (2) boleh
dikenakan denda tidak melebihi
daripada satu ribu atau penjara tidak
lebih daripada enam bulan atau kedua-
dua denda atau penjara itu; dan sesiapa
jua
yang tidak mematuhi peruntukan-
peruntukan mana-mana peraturan lain
boleh dikenakan denda tidak lebih daripada
satu ratus ringgit bagi kesalahan pertama
dan dua ratus bagi kesalahan kali kedua
atau yang berikutnya.

Kuasa memberi 15. Menteri boleh dengan perintah


pengecualian mengecualikan mana-mana sekolah atau
golongan sekolah semua atau mana-mana
peruntukan Peraturan-Peraturan ini,sama
ada dengan mutlak atau tertakluk kepada
apa-apa syarat yang difikirkannya patut
dikenakan,dan boleh pada bila-bila masa
menurut budibicaranya membatalkan mana-
mana pengecualian itu atau memansuhkan
atau meminda atau menambah kepada
syarat-syarat itu.
Pembatalan. 16. Peraturan-peraturan (Disiplin) Sekolah
L.N. 452/56 1956 adalah dengan ini dibatalkan.

Diperbuat pada 20hb Februari,1959.


(M.E. 040;AG.FM.Y/26/64/8;AG/FM/Y/98/6-
Vol. III/4)

MOHAMED KHIR JOHARI


Menteri Pelajaran
LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH.
Adalah dicadangkan bahawa jawatankuasa ini
dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut:

Nama Jawatan Ahli-ahli yang dicadangkan

Pengerusi Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi Penolong Kanan HEM atau seorang Guru Kanan

Setiausaha Ketua Guru Disiplin


Seorang Guru Kanan / Penyelia yang mewakili
darjah /
Tingkatan iaitu seorang dari darjah /tingkatan satu,
Ahli-ahli Seorang dari darjah/tingkatan dua dan seterusnya /
Warden asrama / Guru Bimbingan /Guru Kaunseling

Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru


Bab V:m.s. 55-57
BIDANG KUASA LEMBAGA
DISIPLIN SEKOLAH.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1986
Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah.

Para 4.
Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar mempunyai
kuasa bagi mengawal organisasi sekolahnya dan bagi menentukan
disiplin, mereka mempunyai kuasa menjalankan hukuman biasa
sekiranya perlu dan difikirkan menasabah.Oleh yang demikian,
mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya dan memastikan
usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu disiplin di
sekolah masing-masing.Adalah tidak bijak sekiranya Pengetua
atau Guru Besar menyerahkan bulat-bulat kuasa disiplin ini
kepada guru-guru tanpa mengambil tahu dan mengawalnya
sendiri.
Para 5.5.3
Menubuhkan dan menggerakkan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
Peringkat Sekolah ( Sepertimana yang diarahkan melalui Surat
Siaran KP(BS)8591/Jld.II/(16) bertarikh 10 Oktober 1983 dan
menentukan fungsi-fungsi jawatankuasa ini dilaksanakan.Adalah
didapati bahawa terdapat banyak sekolah yang tidak menubuhkan
Jawatankuasa ini dan mana-mana sekolah yang telah pun berbuat
demikian didapati Jawatankuasa ini kurang berfungsi. Perlu
ditegaskan disini bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah ( jika
ada ) adalah bertujuan bagi membantu Pengetua dan Guru
Besar dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin .Pengetua
dan Guru Besar TIDAK BOLEH menurunkan kuasa kepada
jawatankuasa ini bagi menjatuhkan sesuatu hukuman.
Pengetua atau Guru Besar hanya boleh menurunkan kuasa
seperti yang diperbekalkan mengikut Para 6, Education (
School Discipline) Regulations,1959 kepada guru-guru yang
berdaftar bagi satu-satu kes sahaja.
....sambungan
• 10- Mengancam murid-murid lain
• 11- Menghisap rokok/ dadah
• 12- Berjudi
• 13- Minum minuman keras/ memabukkan
• 14- Masih membantah hukuman guru
• 15- Menunjukkan sifat bongkak dan membuat
penghinaan kepada guru/ guru besar/ pengetua
• 16- Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif
dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan
perpecahan kaum
• 17- Melanggar peraturan tatatertib atau menangkis yang
menurut budi bicara guru besar/ pengetua sebagai
pelanggaran tatatertib yang berat
JENIS-JENIS KESALAHAN BERAT
SPI Bil 9/1975
• 1- Menjadi ahli pertubuhan haram
• 2- Membawa senjata berbahaya
• 3- Memukul guru
• 4- Mengancam guru/ guru besar/ pengetua
• 5- Melanggar peraturan dan undang-undang
• 6- Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu
• pihak berkuasa sekolah
• 7- Sengaja merosakkan harta sekolah
• 8- Sengaja merosakkan harta persendirian guru/ murid
• 9- Mencuri
menjamin

• Segala yang berkait dengan


peraturan yang digubal oleh
kerajaan dan mesti dipatuhi oleh
masyarakat yang berkenaan bagi
menjamin keselamatan.
• KARL MARX -- Alat yang digunakan
oleh golongan kapatalis untuk menguasai
dan memeras kelas bawahan.
• UMUM - Alat untuk mempertahankan
kepentingan bersama sesebuah
masyarakat. Ini menghalang seseorang
daripada melakukan sesuatu secara
bebas.
• DI SEKOLAH – PERATURAN YANG
DIADAKAN SUPAYA HAK MURID
TERBELA DAN SUASANA P&P
BOLEH BERJALAN DENGAN
LANCAR
DALAM PENGURUSAN
PENDIDIKAN - DAKWAAN
MAHKAMAH BIASANYA
MELIPUTI KES-KES

* PECAH AMANAH
* RASUAH
* JENAYAH
* LIABILITI TORT
UNDANG-UNDANG TORT –Undang-
undang yang berkaitan dengan peruntukan
ganti rugi kepada plaintif terhadap
kecederaan peribadi dan kerosakan harta
yang disebabkan oleh kecuaian defendan.

• TORT – Sesuatu kesalahan yang


dilakukan oleh defenden dan
membolehkan plaintif mendapat ganti
rugi di dalam mahkamah sivil
PRINSIP-PRINSIP PERUNDANGAN
YANG PERLU DIPATUHI OLEH PIHAK
BERKUASA DISIPLIN.
1.In loco parentis
Dari aspek perundangan ,guru-guru dikatakan
mengambil alih tanggungjawab ibu bapa dan
berperanan sebagai ‘wakil ibu bapa’ apabila ibu bapa
menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

2. Natural Justice ( Keadilan Semulajadi ).


Seseorang itu tidak boleh diadili tanpa sebab dan
seseorang itu tidak boleh dihukum tanpa diberikan hak
untuk membela diri.
3.“Rule against Bias “
Dalam melaksanakan tindakan disiplin, guru mestilah

tidak berat sebelah terhadap pihak-pihak yang


dibicarakan.

4. Audi alteram partem


Kedua-dua pihak mesti didengar. Hak untuk didengar
boleh berbentuk lisan atau dalam bentuk tulisan.

5. Prima facie
Ada kes atau sabitan kes

6. Rights to be heard ( To show cause )


Seseorang itu hendaklah diberikan hak untuk
didengar,iaitu hak untuk diadili mengikut prosedur-
prosedur yang telah ditetapkan.
INTRA VIRES - Melaksanakan
tanggungjawab mengikut peraturan perundangan yang
ditetapkan

ULTRA VIRES - Tindakan pihak berkuasa diluar


batas kuasa yang diberikan

MALA FIDE - Niat buruk/jahat .

LIABILITI VIKARIUS - Keadaan di mana


pihak majikan (KPM) dianggap turut
bertanggungjawab terhadap kesalahan
pekerjanya dalam suatu tuntutan kes
kecuaian
• A MAN IS INNOCENCE UNTIL
PROVEN GUILTY

• JUSTICE SHOULD NOT ONLY


BE DONE BUT SHOULD
UNDOUBTEDLY BE SEEN TO
BE DONE.
• The most important function of the law
of tort is compensation, or loss
distribution.

• According to Rogers,
The law of tort is concern with the
redress of wrongs or injuries by
means of a civil action brought by the
victim. This redress most commonly
takes the form of damages that is to
say monetary compensation.
• PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG
SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4
DAN 8 PERATURAN-PERATURAN
PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.
Tujuan

Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan buang
sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran
Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/59, bertarikh
20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957.

Latar belakang

Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai


perlaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman berat
terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang
berkuatkuasa sekarang.

Peruntukan Undang-Undang

Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes


perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai
LN 61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut, Kerajaan
telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa
disiplin di sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan 4 yang
berbunyi seperti di bawah ini menegaskan kuasa disiplin tersebut
adalah di tangan Guru Besar / Pengetua.

“4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah
bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi
maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas
guru-guru dan murid-murid sekolah itu.”

Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang


murid dari sekolah kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan
8, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959
seperti di bawah ini menjelaskan peruntukan tersebut.

“8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan


memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah :

sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud


menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana
sekolah yang seseorang murid patut digantung
persekolahannya ataupun dibuang sekolah;
Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut
Peraturan 4 dan Peraturan 8.

Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu


Peraturan 4 dan 8 Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak berkuasa
disiplin ke atas murid ialah Guru Besar / Pengetua.
Tegasnya hanya Guru Besar / Pengetua sahaja di
bawah peraturan tersebut yang diberi kuasa
menggantung atau membuang murid dari sekolah
apabila beliau berpuas hati bahawa demi untuk
mengekalkan disiplin dan ketenteraman di sekolah
seseorang murid itu patut menerima hukuman
sedemikian. Ini bermakna tidak ada kuasa lain
selain Guru Besar / Pengetua di sesebuah
sekolah dari segi menjatuhkan hukuman
menggantung dan membuang murid dari sekolah.
– Adalah di luar kuasa undang-undang jika
penggantungan atau pembuangan pelajar
dari sekolah diputuskan oleh Lembaga
Disiplin ataupun Jawatankuasa Tatatertib
Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak
memperuntukkan mengenai kewujudan
Lembaga Disiplin Sekolah. Maka itu Guru
Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat
dengan pandangan atau nasihat Lembaga
Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain
keputusan menggantung atau membuang
pelajar dari sekolah hendaklah keputusan
Guru Besar / Pengetua sendiri.
– Jika keputusan menggantung atau
membuang murid adalah merupakan
keputusan hasil nasihat dari Lembaga
Disiplin Sekolah maka keputusan yang
dibuat itu `void and of no legal effect.’
Sebarang keputusan penggantungan
atau pembuangan pelajar tersebut jika
dicabar di mahkamah maka ianya tidak
boleh dipertahankan.
– Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8
berkehendakkan surat-surat tindakan
tatatertib gantung atau buang sekolah
ditandatangani sendiri oleh Pengetua / Guru
Besar.
– Keperluan-keperluan “teknikal” yang lahir dari
peruntukan undang-undang berdasarkan
Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian
sewajarnya dan begitu juga bagi setiap
prosedur dan surat-surat tatatertib yang
dikeluarkan kepada tertuduh. Jika prosedur
dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi,
keputusan hukuman jika dicabar di
mahkamah , ianya sukar dipertahankan.
Perkara-Perkara “Teknikal” yang perlu diberi perhatian
dalam melaksanakan Peraturan 4 dan 8.

5.1 Setiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya


semasa melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang
sekolah.

• Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa


maksud sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai
membolehkan siasatan lanjut sesuatu kes dibuat
sebelum keputusan hukuman disiplin dijatuhkan.
• Bagi kedua-dua keadaan ini prosedur yang berlainan
hendaklah dipatuhi.
• Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah
terakhir setelah kegagalan langkah-langkah tatatertib
terdahulu, termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya
sepatutnya mempunyai dokumentasi lengkap dan
teratur.

Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi


nama tertuduh yang rasmi mengikut kad pengenalan, nombor
kad pengenalan ( atau jika tiada kad pengenalan, memadai
nombor surat beranak ) dan kelas beliau belajar, agar surat itu
tidak dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-maklumat ini
seharusnya sama seperti dalam jadual kedatangan sekolah.
– Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari
segi waktu kejadian, tarikh kejadian tempat berlaku
dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi yang
boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini
Pengetua / Guru Besar sewajarnya mendapatkan
laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian
tersebut sebelum keputusan diambil ).

– Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar


hendaklah dinyatakan dengan jelas mengikut bab
atau seksyen yang berkenaan. ( Ini bermakna
semua Pengetuan / Guru Besar harus
melaksanakan saranan Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 9/1975 yang bertarikh 4.11.1975 mengenai
perkara ini ).
– Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4
dan 8 Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin
Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes.
– Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar
sahaja yang boleh menggantung atau membuang
murid dari sekolah maka surat-surat tatatertib
berkaitan hendaklah ditandantangani oleh Guru
Besar / Pengetua.
– Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada
Pendaftar Sekolah-Sekolah, Pegawai Pendidikan
Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga tertuduh.
– Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga
untuk membuat rayuan di atas hukuman tatatertib
yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah
dimaklumkan dengan jelas.
– Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh
tertuduh dengan dua orang saksi. Salinan surat
kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut
prosedur yang sama.
– Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar
dan membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh
dilaksanakan tanpa murid itu diberi peluang memberi pembelaan
dirinya. Tempoh beliau menjawab pertuduhan hendaklah tidak kurang
daripada 14 hari.

– Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu


tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama.
Contohnya seorang murid telah dihukum rotan oleh guru disiplin atas
kesalahan mencuri. Pengetua / Guru Besar tidak boleh pula
menggantung atau membuang murid tersebut atas kesalahan yang
sama.

• Keperluan menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah,


Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Dalam
Setiap Kes Gantung dan Buang Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991
bertarikh 19.5.1991, menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau
Penolong Kanan dikehendaki dengan serta-merta melapor segala
kejadian yang tidak diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar yang
berat. Kes gantung dan buang sekolah sering menjadi berita dalam
surat khabar. Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi
dengan telefon, laporan bertulis hendaklah menyusul kemudian
dengan segera.
LANGKAH-LANGKAH DALAM
MENJALANKAN KUASA DISIPLIN
Menerim
LANGKAH
a
1
Aduan
Siasatan
Mengumpul/ Kebenaran
Mendapatkan
Bukti-bukti
maklumat
LANGKAH
2
Prima
Facie TIDA
YA K
Kes
Peluang Pelajar Membela Gugur
LANGKAH Diri Jika
3 Pelajar Menafikan Kesalahan

Dapatan/
Tindakan Panduan Tatacara Disiplin
Pengetua/Guru Sekolah untuk
Guru Besar dan Guru, 1988, ms 4-5
PROSEDUR PEMBUANGAN PELAJAR

Kesalahan dan Kelakuan


Curang

Murid & Ibu bapa diberi


Amaran Bertulis
(Borang Jawapan
disertakan)

Kelakua
n
Berubah Tama
?
Murid & Ibu bapa diberi t
Amaran Bertulis Kedua &
Muktamad
(Borang Jawapan disertakan)

Kelakua
n
Berubah Tama
? t
Pelajar boleh
Digantung
(< 2 minggu)
Pelajar boleh dibuang terus
(Sekiranya Keadaan Tidak
Membenarkan)

Satu Salinan Semua


Rekod :
- Amaran
Ibu bapa diberitahu - Pengguntungan
Berkenaan Pembuangan - Pembuangan
Pelajar dikirim kpd Pendaftar 2

Rayuan oleh Ibu bapa kepada


Pendaftar Sekolah
(Dalam tempoh Sebulan)

YA
Bersetuj
u?
Persetujuan Pendaftar
TIDA Sekolah 2
K Sebelum Pelajar Diterima
Rayuan kepada Semula
Pendaftar
BESAR
• CONTOH SURAT PERTUDUHAN
UNTUK TUJUAN GANTUNG SEKOLAH
• SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.
SMRP.TR/DLP/SULIT/(20)
16 Rabiulawal 1412
24 September 1991
Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 )
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan.

Tindakan Disiplin Gantung Sekolah


Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 )
Tingkatan 5A3 Mengikut Peraturan 8 (a)
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959
bertarikh20.2.1959, tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada Guru Besar / Pengetua sekolah.

2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :

• “ Bahawa kamu, Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 pada 10 September, 1991, lebih kurang pukul 1.25 petang, di Bilik Persediaan Fizik, Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, telah didapati berkelakuan tidak senonoh dan sumbang dengan Encik Sabtu B Ahad,
kakitangan makmal lelaki iaitu dalam keadaan bercumbu-cumbuan. Dengan itu kamu telah melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai
tingkahlaku sumbang, satu perbuatan salahlaku di bawah peraturan 2 (c) Bab XI, Undang-undang dan Peraturan Sekolah, Sekolah Menengah
Kebangsaan Raja Permaisuri, 33500 Tanjung Rambutan.”

3. Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Pengetua bertanggungjawab terhadap disiplin murid-murid pernah memberi amaran secara bertulis kepada
kamu kerana didapati berpegangan-pegangan tangan dengan Encik Sabtu B. Ahad kakitangan makmal yang sama melalui surat bil (17) dalam siri
yang sama bertarikh 1 Jun, 1991. Kamu juga telah melalui sesi kaunseling dengan Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah mengenai perkara yang
sama, tetapi kelakuan kamu tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan.

4.Di bawah peraturan 8 (a), sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, kamu boleh digantung dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah terhadap
pertuduhan yang tersebut di atas.

• 5. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut
digantung dari sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam tempoh
empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.

• 6. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti para 5 diatas, saya akan membuat
keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu adalah
gantung sekolah.

7. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :


Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan.

8. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan menggunakan borang akuan terima yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( SOLEHA BT OSMAN )
Pengetua,
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan,
Perak Darul Ridzuan.
• CONTOH SURAT KEPUTUSAN
GANTUNG SEKOLAH
• SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.
• Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 ) SMP.TR/DP/SULIT/(23).
• SMK Raja Permaisuri,
• 35500 Tanjung Rambutan. 6 Rabiulakhir 1412
• 14 Oktober 1991
• Tindakan Disiplin Dengan Tujuan Gantung
• Persekolahan Aminah Bt Hamid
• ( KP : A4289460 ) Tingkatan 5A3 Mengikut
• Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran
• ( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui surat
saya SMPP/TR/DP/SULIT/(20) Bertarikh 24 September 1991. Saya telah menimbang jawapan
bertulis kamu dan berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan
dan bersalah terhadap pertuduhan melanggaar disiplin tersebut.
• 2. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di atas,
saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan, kamu dengan ini digantung
persekolahan selama 14 hari dan keputusan ini berkuatkuasa daripada tarikh surat ini.
• 3. Kamu dengan ini digantung persekolahan selama 14 hari dan tidak dibenarkan berada di
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan dengan serta merta
dari 14 - 27 Oktober, 1991. Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini atau
melanggar perintah ini kamu boleh dikenakan penalti Peraturan 14, Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Dispilin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan dengan tidak lebih daripada RM1,000.00 (
Ringgit Malaysia seribu sahaja ), atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua
denda dan penjara.
• 4. Sila tandatangani akuan terima surat keputusan gantung sekolah ini dengan menggunakan
surat akuan terima yang dinyatakan bersama-sama ini.
• t.t.
• ( SOLEHA BT OSMAN )
• Pengetua,
• SMK Raja Permaisuri,
• 35500 Tanjung Rambutan,
• Perak Darul Ridzuan.
• s.k.
• CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH
UNTUK TUJUAN
• PENYIASATAN SEHINGGA TINDAKAN
TATATERTIB SELESAI.
• SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
• BENDANG BASAH
• 35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(1)
• Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
• Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 16 Safar 1412
• 3550 Tanjung Rambutan 26 Ogos, 1991
• Tindakan Gantung Sekolah
• Rusli Bin Abdul ( KP : 900102-10-5391 ) Tingkatan 3A6
• Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
• Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin
Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa
tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.
• Oleh itu dalam menjalankan kuasa saya di bawah Peraturan tersebut, sebagai Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan di
bawah Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959, saya berpuas hati bahawa untuk
tujuan mengekalkan disiplin dan kententeraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam
Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, bahawa kamu, Rusli Bin Abdul, digantung
daripada persekolahan mulai 26 Ogos, 1991 sehingga tindakan disiplin terhadap kamu selesai
bagi pertuduhan seperti yang berikut :
• “ Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul
10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam
Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik
Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang
Basah, Tanjung Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak
menghormati guru satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-
Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah,
Tanjung Rambutan.”
• Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini, atau melanggar perintah ini, kamu
boleh dikenakan penalty Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959,
iaitu dikenakan denda tidak lebih daripada RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja), atau
penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara tersebut.
• Sila tandatangan akuan terima surat gantung persekolah ini menggunakan borang Lampiran J
seperti yang disertakan bersama-sama ini.
• CONTOH SURAT PERTUDUHAN
TATATERTIB DENGAN TUJUAN
BUANG SEKOLAH.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(2)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 16 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan. 26 Ogos, 1991
Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN
61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.

2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa, kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :
“ Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal
Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu
Encik Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung
Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru, satu perbuatan salahlaku, di bawah
Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah,
Tanjung Rambutan.”

3. Dibawah peraturan 8 (a), Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai
untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan, kamu boleh dibuang dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah mengikut pertuduhan yang tersebut di atas.

4. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap tuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu
patut dibuang sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.

5. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti yang tersebut di atas, saya
akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang
akan saya buat itu mungkin keputusan buang sekolah.

6. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :


Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta,
Bendang Basah,
35500 Tanjung Rambutan.
7. Sila tandatangan akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.
s.k.
• CONTOH SURAT KEPUTUSAN
TINDAKAN TATATERTIB BUANG
SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(3)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 30 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan. 9 September, 1991
Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui
surat saya kepada kamu SMS/BB/S/SULIT/1/(2) bertarikh 26.8.1991.
2. Setelah menimbangkan jawapan bertulis kamu yang telah kamu kemukakan, saya telah
berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan
bersalah terhadap pertuduhan melanggar disiplin tersebut.
3. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di
atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan
disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan, kamu dengan ini dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam
Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan dan keputusan ini berkuatkuasa serta-
merta.
4. Kamu dengan ini adalah dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta,
Bendang Basah, Tanjung Rambutan mulai 19.9.1991.
5. Mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, tuan
boleh merayu terhadap keputusan membuang sekolah anak tuan Rusli bin Abdul mulai
daripada 19.9.1991 kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah seperti alamat di atas dalam
tempoh 30 hari selepas menerima surat ini.
6. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J
seperti yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
• CONTOH SURAT AMARAN KES
DISIPLIN
SMK JENGKA 21,
FELDA JENGKA 21,
26400 BANDAR JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR
Kepada:
Ibu Bapa/ Penjaga Murid,
..............................................................
..............................................................
Tuan / Puan,
AMARAN DISIPLIN PERTAMA / KEDUA / KETIGA/ AMARAN KERAS
Nama Murid :
No. KP :
Tingkatan :
Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.
2. Anak / anak jagaan tuan / puan seperti di atas telah melakukan salah laku berikut :
3. Sehubungan dengan itu, anak/ anak jagaan tuan / puan telah diambil tindakan dengan diberi
Amaran 1/ Amaran 2/ Amaran 3/ Amaran Keras. Anak / anak jagaan tuan / puan juga telah
dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk khidmat nasihat agar dapat
mengubah kelakuannya, namun kelakuannya tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan.
4. Tindakan disiplin yang lebih berat akan dikenakan sekiranya anak/ anak jagaan tuan/ puan
masih berterusan melakukan salah laku disiplin sekolah.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
.....................................................
( )
Pengetua
SMK Jengka 21, Felda Jengka 21
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
• TATACARA TINDAKAN DISIPLIN BAGI
KESALAHAN PONTENG SEKOLAH
• Guru hendaklah mengenal pasti sebab-sebab murid
tidak hadir ke sekolah dengan menghubungi ibu bapa,
sama ada secara bertulis atau melalui telefon (dengan
catatan panggilan telefon dalam Buku Kedatangan).

• Jika murid tidak hadir ke sekolah, guru hendaklah


mengambil langkah-langkah berikut:

memastikan murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau


surat ibu bapa dengan tandatangan yang sah bagi menjelaskan
ketidakhadiran murid;

murid yang tidak hadir selama dua hari atau lebih tanpa surat
doktor dikehendaki membawa ibu bapa berjumpa dengan Guru
Besar atau Pengetua, melainkan jika terdapat bukti yang nyata
bahawa ketidakhadiran murid adalah atas sebab-sebab yang
munasabah;
• CONTOH SURAT AMARAN
• PERTAMA / KEDUA / TERAKHIR
SEKOLAH
………………………….
…………………………
…………………………
Tuan/Puan
Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN PERTAMA / KEDUA
Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan /
puan…………………….. dari tingkatan / kelas ………………..telah tidak
hadir ke sekolah dari …………………. Hingga …………….. ( ………… hari)
2. Sila maklumi pihak sekolah dengan mengunakan lampiran yang disertakan
atau berhubungan terus dengan Pengetua/Guru Besar dengan seberapa
segera.
3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan boleh dikenakan
tindakan buang sekolah jika tidak hadir tanpa apa-apa kenyataan daripada
ibu bapa atau penjaga dan atas sebab- sebab yang munasabah
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
Saya yang menurut perintah
……………………………….
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
• Pemberitahuan Ketidakhadiran ke
sekolah :
AMARAN TERAKHIR
SEKOLAH
………………………….
…………………………
…………………………
Tuan/Puan
Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN TERAKHIR
Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan / puan……………………..
dari tingkatan / kelas ………………..telah tidak hadir ke sekolah dari …………………. Hingga
…………….. ( ………… hari)
2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan/ puan melalui
surat bil………………………………. Pada……………….
dan
surat bil………………………………. Pada……………….
Dukacita dimaklumankan bahawa pihak sekolah tidak dapat menerima jawapan daripada tuan /puan.
Diharap tuan / puan dapat menghubungi pihak sekolah.
3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan akan dibuang sekolah sekiranya tuan/
puan tidak berjumpa dengan pihak sekolah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat ini
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
Saya yang menurut perintah
……………………………….
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
• PEMBERITAHUAN
• BUANG SEKOLAH
SEKOLAH
………………………….
…………………………
…………………………
Tuan/Puan
PEMBERITAHUAN BUANG SEKOLAH
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak / jagaan tuan / puan
……………………………………dari tingkatan / kelas ………………………. Telah tidak hadir ke
sekolah selama …………………..hari.
2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan /puan melalui surat-surat amaran seperti berikut :
i. Bil…………….. bertarikh…………………….
ii. Bil…………….. bertarikh…………………….
iii. Bil…………….. bertarikh…………………….
3. oleh itu anak jagaan tuan / puan dibuang sekolah mulai………………………
4. Walau bagaimanapun tuan/puan boleh membuat rayuan untuk bersekolah semula kepada
Pendaftar Sekolah-Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri dalam tempoh satu bulan dari tarikh
penerimaan surat ini, seperti yang diperuntukkan pada para 10.2 Ordinan Pelajaran
1957,Peraturan-peraturan pelajaran
( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
Saya yang menurut perintah
……………………………….
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
• CARTA ALIRAN TINDAKAN
TERHADAP MURID PONTENG
SEKOLAH BERTERUSAN
Kenal pasti murid ponteng
Tiga (3) hari berterusan

Surat Amaran Pertama


kepada ibu bapa/penjaga

Hadir Tidak Hadir


Surat Amaran Kedua
kepada ibu bapa/penjaga
Khidmat selepas tujuh (7) hari berikutnya
kaunseling tidak hadir.
Hadir

Khidmat Tidak Hadir


kaunseling
Surat Amaran Terakhir
kepada ibu bapa/penjaga
selepas tujuh (7) hari berikutnya
Hadir
tidak hadir.

Khidmat Tidak Hadir


kaunseling
Surat Buang Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga
selepas 14 hari berikutnya
tidak hadir.
Ibu bapa/penjaga
membuat rayuan.

TAMAT
• CARTA ALIRAN
• TINDAKAN TERHADAP MURID
PONTENG
• SEKOLAH BERKALA
Kenal pasti murid ponteng
Sepuluh (10) hari berKALA

Surat Amaran Pertama


kepada ibu bapa/penjaga

Hadir Tidak Hadir


Surat Amaran Kedua
kepada ibu bapa/penjaga
Khidmat selepas Sepuluh (10) hari berikutnya
kaunseling tidak hadir.
Hadir

Khidmat Tidak Hadir


kaunseling
Surat Amaran Terakhir
kepada ibu bapa/penjaga
selepas Dua Puluh (20) hari berikutnya
Hadir tidak hadir.

Khidmat Tidak Hadir


kaunseling
Surat Buang Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga
selepas 20 hari berikutnya
tidak hadir.
Ibu bapa/penjaga
membuat rayuan.

TAMAT
IMPLIKASI HUKUMAN TERHADAP GURU-
GURU YANG MELANGGAR PERATURAN
1. Tanggungan peribadi
2. Vicarious Liability
3. Pelanggaran tugas mengikut Bab D
( Perintah Am )
4. Surcaj di bawah Akta Acara Kewangan
5. Gangguan Psikologi dan emosi
6. Rekod perkhidmatan yang tercemar
7. Kerugian pendapatan
8. Hilang hak pencen
9. Menjatuhkan maruah

Anda mungkin juga menyukai