Anda di halaman 1dari 74

Mandat pelaksanaan kuasa disiplin.

1.Ordinan-ordinan Pelajaran
1.1 Peraturan-Peraturan Sekolah ( Persatuan ) 1956
1.2 Peraturan-Peraturan Sekolah ( Lawatan ) 1957
1.3 Peraturan-Peraturan Sekolah ( Majalah ) 1958
1.4 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah )
1959
2.Akta Pendidikan 1996.
2.1 Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan
Sekolah ) 1998
2.2 Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Majalah Sekolah
dan Bahan Multimedia ) 1998

3.Buku-buku panduan pengurusan disiplin.


3.1 Panduan Am Disiplin Sekolah-Sekolah
3.2 Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin
Murid-Murid Sekolah
3.3 Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk
Guru Besar dan Guru
3.4 Panduan Disiplin untuk Pelajar-Pelajar
3.5 Panduan bagi Mengatasi Masalah
Ponteng
3.6 Panduan Pengurusan Menangani Buli di
Sekolah
4.Surat-surat Pekeliling Ikhtisas ( Disiplin ).
Surat-surat Pekeliling Ikhtisas 6/1968-5/2006

ORDINAN PELAJARAN,1957
PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN
(DISIPLIN SEKOLAH) 1959
2 tahun 1957

Tajuk ringkas
dan pemakaian

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh


seksyen 116 Ordinan Pelajaran,1957,Menteri
dengan ini membuat peraturan-peraturan yang
Berikut:
1.

Peraturan ini bolehlah dinamakan PeraturanPeraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)


1959,dan hendaklah dipakai bagi semua
sekolah selain daripada:(a) sekolah yang dikecualikan daripada
pendaftaran di bawah seksyen 114(2)
Ordinan dan
(b) sekolah gaya pos

Tafsiran

P.U.(A) 130 80

2. Dalam peraturan-peraturan
ini,melainkan jika kandungan ayatnya
menghendaki makna yang lain Pihak Berkuasa pelantik ertinya
orang atau badan yang
bertanggungjawab pada masa itu bagi
melantik mana-mana orang menjadi
Guru Besar sesebuah sekolah.

Pendaftar Besar ertinya Pendaftar


Besar Sekolah-sekolah yang dilantik
dibawah seksyen 57 (1) Ordinan.
Pendaftar ertinya Pendaftar
Sekolah-sekolah yang dilantik di
bawah seksyen 57 (2) Ordinan.

Perlantikan Guru Besar

3. (1) Apabila melantik seseorang menjadi


Guru Besar sesebuah sekolah, pihak
berkuasa pelantik hendaklah dengan
seberapa segera yang boleh,
memberitahu Pendaftar tentang
perlantikan itu.
(2) Pendaftar hendaklah mencatatkan
nama Guru yang dilantik menjadi Guru
Besar di mana-mana sekolah dalam
daftar sebagai nama guru besar sekolah
itu.
(3) Apabila Guru Besar sesebuah
sekolah bersara atau berhenti bertindak
sebagai Guru Besar,badan berkuasa
pelantik hendaklah dengan seberapa
segera yang boleh melaporkan hal itu
secara bertulis kepada Pendaftar,yang
hendaklah dengan itu membuat apa-apa
catatan dalam daftar itu sebagaimana
perlu.

Tanggungjawab
Guru Besar atas
Disiplin
Kuasa-kuasa Guru
Besar

4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah


bertanggungjawab atas disiplin sekolah
dan bagi maksud itu hendaklah
mempunyai kuasa ke atas Guru-Guru
dan murid-murid sekolah itu.
5. (1) Bagi menjaga maksud disiplin di
kalangan murid-murid,Guru Besar
hendaklah mempunyai kuasa
menjalankan hukuman-hukuman
sekolah yang biasa sebagaimana perlu
atau bermanfaat:
Dengan syarat bahawa(a) hukuman dera kepada murid-murid
perempuan adalah dilarang : dan

(b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki


oleh seseorang Guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan
kepada merotan dengan rotan yang
ringan ditapak tangan ataupun di
punggung yang berlapik dengan pakaian
dan hendaklah dijalankan hanya oleh
Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata
yang diberi olehnya dalam hal yang
tertentu.
(2) Satu rekod mengandungi semua
hukuman yang dijalankan di bawah
perenggan (1) hendaklah disimpan
secara sulit mengikut bentuk yang
diluluskan oleh Pendaftar.

Perwakilan kuasa oleh Guru


Besar

6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari


semasa ke semasa,tertakluk kepada
apa-apa syarat dan hal yang difikirkan
patut,mewakilkan kuasa disiplin sekolah
dan kuasa menjalankan hukum kepada
Guru-Guru lain di sekolah itu atau
kepada murid-murid yang ditetapkan
olehnya bagi maksud itu , tetapi kecuali
yang disebut di atas tidak seorang pun
Guru atau murid boleh menjalankan
kuasa itu melainkan dengan arahan
tertentu.
Dengan syarat bahawa kuasa
menjalankan hukuman dera tidak boleh
diwakilkan kepada mana-mana orang
selain daripada guru berdaftar.

(c) menyebar atau menyebab


disebarkan apa-apa penulisan politik,
dokumen atau lain-lain propaganda bagi
pihak atau untuk menyokong sesuatu
parti atau pertubuhan politik atau yang
ada hubungan dengan mana-mana
calon yang sedang bertanding dalam
sesuatu pilihanraya ;
(d) mengganggu perjalanan sesuatu
perjumpaan awam yang sah dengan
cara yang mungkin menghalang
perjalanan urusan perjumpaan yang
diadakan itu ;
(e) mengambil bahagian dalam manamana perarakan atau perhimpunan
yang dikelolakan atau diadakan dengan
tujuan untuk menyokong atau
menentang mana-mana parti atau
pertubuhan politik atau apa-apa
pendapat politik atau mana-mana calon
dalam sesuatu pilihanraya.

Murid-murid tidak boleh


mengambil bahagian dalam
aktiviti-aktiviti pilihanraya atau
politik

7. (1) Tiada seorang pun murid yang


berumur kurang daripada dua puluh
satu tahun yang belajar di mana-mana
sekolah boleh
(a) merayu undi bagi pihak manamana parti atau pertubuhan politik ,
atau mana-mana calon dalam sesuatu
pilihanraya ;
(b) dengan tujuan menyokong atau
menentang mana-mana parti atau
pertubuhan politik, atau pencalonan
mana-mana individu dengan
menentang seorang atau beberapa
orang lain dalam sesuatu
pilihanraya,berucap atau mengganggu
mana-mana perjumpaan awam yang
sah ;

(2)Dalam peraturan ini pilihanraya ertinya


pemilihan seseorang ahli untuk Dewan
Rakyat,Dewan Undangan Negeri atau
mana-mana pihak berkuasa tempatan.
Kuasa guru besar
8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan
memuaskan hati Guru Besar sesebuah
Menggantung
sekolahpersekolahan
atau membuang murid
(a) sebagai perlu atau dikehendaki bagi
dari sekolah

maksud menjaga disiplin atau ketenteraman


di mana-mana sekolah yang seseorang
murid patut digantung persekolahan
ataupun dibuang sekolah; atau

(b) yang seseorang murid telah melanggar


peruntukan-peruntukan 7,ia boleh dengan
perintah menggantung murid itu dari hadir
sekolah selama suatu tempoh yang
difikirkan patut atau membuang murid itu
dari sekolah.

Kuasa pendaftar
mengarahkan
pembuangan
murid dari sekolah

9. (1) Pada bila-bila masa sahaja(a) Didapati dengan memuaskan hati


Pendaftar sebagai perlu atau
dikehendaki bagi maksud menjaga
disiplin atau ketenteraman dimanamana sekolah:
Atau
(b) Pendaftar diarahkan sedemikian oleh
Pendaftar Besar : atau
(c) Pendaftar berpuas hati bahawa telah
berlaku pelanggaran terhadap
peraturan 7.

Ia boleh dengan perintah


secara bertulis mana-mana
murid dibuang sekolah, dan
Guru Besar hendaklah
dengan serta merta
mematuhi perintah itu.

(2) Satu salinan perintah itu


hendaklah dihantar oleh
Pendaftar kepada ibu bapa
atau penjaga, atau kepada
ibu atau bapa atau penjaga
murid itu.

Rayuan

10. (1) Ibu bapa atau penjaga manamana murid yang digantung
persekolahannya atau dibuang
sekolah di bawah peraturan 8 (a)
boleh merayu kepada Pendaftar yang
boleh membuat suatu perintah
mengenainya sebagaimana yang
difikirkannya patut :
(2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana
murid yang dibuang sekolah mengikut
mana-mana perintah yang dibuat
dibawah peraturan 9 boleh, dalam
tempoh satu bulan dari tarikh murid
itu dibuang sekolah atau dari tarikh
perintah yang disebut dalam
peraturan 9(2) disampaikan
kepadanya,mengikut mana yang lebih
lama,merayu kepada Menteri
mengikut peruntukan-peruntukan
seksyen 90 dan 91 Ordinan.

Catatan dibuang
sekolah dalam sijil
berhenti sekolah

Syarat masuk balik


sekolah

11. Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang


dibuang sekolah di bawah peruntukanperuntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah
dicatat oleh Guru Besar dengan catatan
yang menyatakan murid itu telah dibuang
sekolah di bawah peruntukan-peruntukan
Peraturan ini.
12. Seseorang murid yang telah dibuang
sekolah dengan perintah yang dibuat
dibawah peraturan 9 tidak boleh selepas
itu,(melainkan jika perintah itu telah terlebih
dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa
yang membuatnya).
(a) masuk atau dibenarkan masuk ke dalam
kawasan sekolah itu; atau
(b) diterima masuk sebagai seorang murid di
mana-mana sekolah lain,tanpa kebenaran
Pendaftar Besar.

Kuasa menutup
13. (1) Jika,pada pendapat Pendaftar,perlu
Sekolah dalam hal tertentu.
atau dikehendaki oleh kerana apa-apa

hal tak tenteram atau ketiadaan disiplin


di pihak murid atau pelajar sesebuah
sekolah yang sekolah itu patut ditutup
sementara waktu, maka Pendaftar
boleh,dengan perintah secara
bertulis,menutup sekolah itu selama
suatu tempoh,tidak melebihi satu bulan
dari tarikh perintah tesebut sebagaimana
difikirkannya perlu.
(2) Tiada seorang pun boleh tanpa sebab
yang munasabah masuk atau cuba
masuk atau tinggal di premis itu yang
digunakan sebagai atau berkaitan
dengan sesebuah sekolah yang mana
suatu perintah yang dibuat di bawah
perenggan (1) adalah berkuatkuasa.

(3) Mana-mana pegawai polis boleh,tanpa


waran,masuk dan menggeledah manamana sekolah atau mana-mana
bangunan premis yang digunakan
sebagai atau berkaitan dengan sekolah
itu yang suatu perintah telah dibuat di
bawah perenggan (1) peraturan ini dan
boleh menghalau keluar sesiapa juga
yang terjumpa dalamnya; dan; untuk
memasuki mana-mana bahagian premis
itu,pegawai polis boleh menggunakan
kekerasan yang perlu untuk memecah
buka pintu atau tingkap yang di luar atau
di dalam jika,setelah menunjukkan kuasa
dan tujuannya dan izin masuk telah
dibuat dengan sempurnanya,ia tidak
dapat dengan cara itu masuk premis itu.

(4) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah


perenggan (1) boleh pada bila-bila masa
semasa masih berkuatkuasa dibatalkan
oleh Menteri, tetapi tanpa menyentuh
sahnya perintah yang lalu atau apa-apa
jua yang dilakukan di bawahnya atau
kuasa Pendaftar untuk membuat perintah
baru di bawah peraturan ini.
Penalti

14. Mana-mana murid yang tidak mematuhi


mana-mana perintah yang dibuat di
bawah peraturan 8 atau 9, atau yang
melanggar peruntukan-peruntukan
peraturan 12 dan sesiapa jua yang tidak
mematuhi peruntukan-peruntukan
peraturan 11 atau peraturan 13 (2) boleh
dikenakan denda tidak melebihi daripada
satu ribu atau penjara tidak lebih
daripada enam bulan atau kedua-dua
denda atau penjara itu; dan sesiapa jua

yang tidak mematuhi peruntukanperuntukan mana-mana peraturan lain


boleh dikenakan denda tidak lebih daripada
satu ratus ringgit bagi kesalahan pertama
dan dua ratus bagi kesalahan kali kedua
atau yang berikutnya.
Kuasa memberi
pengecualian

15. Menteri boleh dengan perintah


mengecualikan mana-mana sekolah atau
golongan sekolah semua atau mana-mana
peruntukan Peraturan-Peraturan ini,sama
ada dengan mutlak atau tertakluk kepada
apa-apa syarat yang difikirkannya patut
dikenakan,dan boleh pada bila-bila masa
menurut budibicaranya membatalkan manamana pengecualian itu atau memansuhkan
atau meminda atau menambah kepada
syarat-syarat itu.

Pembatalan.
L.N. 452/56

16. Peraturan-peraturan (Disiplin) Sekolah


1956 adalah dengan ini dibatalkan.
Diperbuat pada 20hb Februari,1959.
(M.E. 040;AG.FM.Y/26/64/8;AG/FM/Y/98/6Vol. III/4)
MOHAMED KHIR JOHARI
Menteri Pelajaran

LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH.


Adalah dicadangkan bahawa jawatankuasa ini
dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut:

Nama Jawatan

Ahli-ahli yang dicadangkan

Pengerusi

Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi

Penolong Kanan HEM atau seorang Guru Kanan

Setiausaha

Ketua Guru Disiplin

Ahli-ahli

Seorang Guru Kanan / Penyelia yang mewakili darjah /


Tingkatan iaitu seorang dari darjah /tingkatan satu,
Seorang dari darjah/tingkatan dua dan seterusnya /
Warden asrama / Guru Bimbingan /Guru Kaunseling

Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru


Bab V:m.s. 55-57

BIDANG KUASA LEMBAGA


DISIPLIN SEKOLAH.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1986
Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah.
Para 4.
Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar mempunyai kuasa
bagi mengawal organisasi sekolahnya dan bagi menentukan
disiplin, mereka mempunyai kuasa menjalankan hukuman biasa
sekiranya perlu dan difikirkan menasabah.Oleh yang
demikian,mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya dan
memastikan usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu
disiplin di sekolah masing-masing.Adalah tidak bijak sekiranya
Pengetua atau Guru Besar menyerahkan bulat-bulat kuasa
disiplin ini kepada guru-guru tanpa mengambil tahu dan
mengawalnya sendiri.

Para 5.5.3
Menubuhkan dan menggerakkan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
Peringkat Sekolah ( Sepertimana yang diarahkan melalui Surat
Siaran KP(BS)8591/Jld.II/(16) bertarikh 10 Oktober 1983 dan
menentukan fungsi-fungsi jawatankuasa ini dilaksanakan.Adalah
didapati bahawa terdapat banyak sekolah yang tidak menubuhkan
Jawatankuasa ini dan mana-mana sekolah yang telah pun berbuat
demikian didapati Jawatankuasa ini kurang berfungsi. Perlu
ditegaskan disini bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah ( jika
ada ) adalah bertujuan bagi membantu Pengetua dan Guru
Besar dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin .Pengetua
dan Guru Besar TIDAK BOLEH menurunkan kuasa kepada
jawatankuasa ini bagi menjatuhkan sesuatu hukuman.
Pengetua atau Guru Besar hanya boleh menurunkan kuasa
seperti yang diperbekalkan mengikut Para 6, Education (
School Discipline) Regulations,1959 kepada guru-guru yang
berdaftar bagi satu-satu kes sahaja.

JENIS-JENIS KESALAHAN BERAT


SPI Bil 9/1975

1- Menjadi ahli pertubuhan haram


2- Membawa senjata berbahaya
3- Memukul guru
4- Mengancam guru/ guru besar/ pengetua
5- Melanggar peraturan dan undang-undang
6- Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu
pihak berkuasa sekolah
7- Sengaja merosakkan harta sekolah
8- Sengaja merosakkan harta persendirian guru/ murid
9- Mencuri

....sambungan

10- Mengancam murid-murid lain


11- Menghisap rokok/ dadah
12- Berjudi
13- Minum minuman keras/ memabukkan
14- Masih membantah hukuman guru
15- Menunjukkan sifat bongkak dan membuat
penghinaan kepada guru/ guru besar/ pengetua
16- Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif
dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan
perpecahan kaum
17- Melanggar peraturan tatatertib atau menangkis yang
menurut budi bicara guru besar/ pengetua sebagai
pelanggaran tatatertib yang berat

menjamin
Segala yang berkait dengan
peraturan yang digubal oleh
kerajaan dan mesti dipatuhi oleh
masyarakat yang berkenaan bagi
menjamin keselamatan.

KARL MARX -- Alat yang digunakan


oleh golongan kapatalis untuk menguasai
dan memeras kelas bawahan.
UMUM - Alat untuk mempertahankan
kepentingan bersama sesebuah
masyarakat. Ini menghalang seseorang
daripada melakukan sesuatu secara
bebas.

DI SEKOLAH PERATURAN YANG


DIADAKAN SUPAYA HAK MURID
TERBELA DAN SUASANA P&P
BOLEH BERJALAN DENGAN
LANCAR

DALAM PENGURUSAN
PENDIDIKAN - DAKWAAN
MAHKAMAH BIASANYA
MELIPUTI KES-KES

*
*
*
*

PECAH AMANAH
RASUAH
JENAYAH
LIABILITI TORT

UNDANG-UNDANG TORT Undang-undang


yang berkaitan dengan peruntukan ganti rugi
kepada plaintif terhadap kecederaan peribadi
dan kerosakan harta yang disebabkan oleh
kecuaian defendan.

TORT Sesuatu kesalahan yang


dilakukan oleh defenden dan
membolehkan plaintif mendapat ganti
rugi di dalam mahkamah sivil

PRINSIP-PRINSIP PERUNDANGAN YANG


PERLU DIPATUHI OLEH PIHAK
BERKUASA DISIPLIN.
1.In loco parentis
Dari aspek perundangan ,guru-guru dikatakan
mengambil alih tanggungjawab ibu bapa dan
berperanan sebagai wakil ibu bapa apabila ibu bapa
menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
2. Natural Justice ( Keadilan Semulajadi ).
Seseorang itu tidak boleh diadili tanpa sebab dan
seseorang itu tidak boleh dihukum tanpa diberikan hak
untuk membela diri.

3.Rule against Bias


Dalam melaksanakan tindakan disiplin, guru mestilah
tidak berat sebelah terhadap pihak-pihak yang
dibicarakan.
4. Audi alteram partem
Kedua-dua pihak mesti didengar. Hak untuk didengar
boleh berbentuk lisan atau dalam bentuk tulisan.
5. Prima facie
Ada kes atau sabitan kes

6. Rights to be heard ( To show cause )


Seseorang itu hendaklah diberikan hak untuk
didengar,iaitu hak untuk diadili mengikut prosedurprosedur yang telah ditetapkan.

INTRA VIRES - Melaksanakan


tanggungjawab mengikut peraturan perundangan yang
ditetapkan
ULTRA VIRES - Tindakan pihak berkuasa diluar
batas kuasa yang diberikan
MALA FIDE - Niat buruk/jahat.
LIABILITI VIKARIUS - Keadaan di mana
pihak majikan (KPM) dianggap turut
bertanggungjawab terhadap kesalahan
pekerjanya dalam suatu tuntutan kes
kecuaian

A MAN IS INNOCENCE UNTIL


PROVEN GUILTY
JUSTICE SHOULD NOT ONLY
BE DONE BUT SHOULD
UNDOUBTEDLY BE SEEN TO
BE DONE.

The most important function of the law


of tort is compensation, or loss
distribution.
According to Rogers,
The law of tort is concern with the
redress of wrongs or injuries by means
of a civil action brought by the victim.
This redress most commonly takes the
form of damages that is to say
monetary compensation.

PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG


SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4
DAN 8 PERATURAN-PERATURAN
PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.

Tujuan
Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan
buang sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan
Pelajaran Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN
61/59, bertarikh 20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957.
Latar belakang
Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai
perlaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman
berat terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang
berkuatkuasa sekarang.

Peruntukan Undang-Undang
Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes
perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai
LN 61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut,
Kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak
berkuasa disiplin di sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan
4 yang berbunyi seperti di bawah ini menegaskan kuasa disiplin
tersebut adalah di tangan Guru Besar / Pengetua.

4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah


bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi
maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas
guru-guru dan murid-murid sekolah itu.
Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang
murid dari sekolah kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan
8, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959
seperti di bawah ini menjelaskan peruntukan tersebut.

8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan


memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah :
sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud
menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana
sekolah yang seseorang murid patut digantung
persekolahannya ataupun dibuang sekolah;

Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut


Peraturan 4 dan Peraturan 8.
Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu
Peraturan 4 dan 8 Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak berkuasa
disiplin ke atas murid ialah Guru Besar / Pengetua.
Tegasnya hanya Guru Besar / Pengetua sahaja di
bawah peraturan tersebut yang diberi kuasa
menggantung atau membuang murid dari sekolah
apabila beliau berpuas hati bahawa demi untuk
mengekalkan disiplin dan ketenteraman di sekolah
seseorang murid itu patut menerima hukuman
sedemikian. Ini bermakna tidak ada kuasa lain
selain Guru Besar / Pengetua di sesebuah
sekolah dari segi menjatuhkan hukuman
menggantung dan membuang murid dari
sekolah.

Adalah di luar kuasa undang-undang jika


penggantungan atau pembuangan pelajar
dari sekolah diputuskan oleh Lembaga
Disiplin ataupun Jawatankuasa Tatatertib
Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak
memperuntukkan mengenai kewujudan
Lembaga Disiplin Sekolah. Maka itu Guru
Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat
dengan pandangan atau nasihat Lembaga
Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain
keputusan menggantung atau membuang
pelajar dari sekolah hendaklah keputusan
Guru Besar / Pengetua sendiri.

Jika keputusan menggantung atau


membuang murid adalah merupakan
keputusan hasil nasihat dari Lembaga
Disiplin Sekolah maka keputusan yang
dibuat itu `void and of no legal effect.
Sebarang keputusan penggantungan
atau pembuangan pelajar tersebut jika
dicabar di mahkamah maka ianya tidak
boleh dipertahankan.

Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8


berkehendakkan surat-surat tindakan
tatatertib gantung atau buang sekolah
ditandatangani sendiri oleh Pengetua / Guru
Besar.
Keperluan-keperluan teknikal yang lahir dari
peruntukan undang-undang berdasarkan
Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian
sewajarnya dan begitu juga bagi setiap
prosedur dan surat-surat tatatertib yang
dikeluarkan kepada tertuduh. Jika prosedur
dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi,
keputusan hukuman jika dicabar di
mahkamah , ianya sukar dipertahankan.

Perkara-Perkara Teknikal yang perlu diberi perhatian


dalam melaksanakan Peraturan 4 dan 8.
5.1 Setiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya
semasa melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang
sekolah.

Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa


maksud sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai
membolehkan siasatan lanjut sesuatu kes dibuat
sebelum keputusan hukuman disiplin dijatuhkan.
Bagi kedua-dua keadaan ini prosedur yang berlainan
hendaklah dipatuhi.
Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah
terakhir setelah kegagalan langkah-langkah tatatertib
terdahulu, termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya
sepatutnya mempunyai dokumentasi lengkap dan
teratur.

Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi


nama tertuduh yang rasmi mengikut kad pengenalan, nombor
kad pengenalan ( atau jika tiada kad pengenalan, memadai
nombor surat beranak ) dan kelas beliau belajar, agar surat itu
tidak dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-maklumat ini
seharusnya sama seperti dalam jadual kedatangan sekolah.

Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari


segi waktu kejadian, tarikh kejadian tempat berlaku
dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi yang
boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini
Pengetua / Guru Besar sewajarnya mendapatkan
laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian
tersebut sebelum keputusan diambil ).

Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar


hendaklah dinyatakan dengan jelas mengikut bab
atau seksyen yang berkenaan. ( Ini bermakna
semua Pengetuan / Guru Besar harus
melaksanakan saranan Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 9/1975 yang bertarikh 4.11.1975 mengenai
perkara ini ).

Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4


dan 8 Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin
Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes.
Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja
yang boleh menggantung atau membuang murid dari
sekolah maka surat-surat tatatertib berkaitan
hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar /
Pengetua.
Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada
Pendaftar Sekolah-Sekolah, Pegawai Pendidikan
Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga tertuduh.
Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga
untuk membuat rayuan di atas hukuman tatatertib
yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah
dimaklumkan dengan jelas.
Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh
tertuduh dengan dua orang saksi. Salinan surat
kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut
prosedur yang sama.

Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar


dan membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh
dilaksanakan tanpa murid itu diberi peluang memberi pembelaan
dirinya. Tempoh beliau menjawab pertuduhan hendaklah tidak kurang
daripada 14 hari.
Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu
tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Contohnya
seorang murid telah dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan
mencuri. Pengetua / Guru Besar tidak boleh pula menggantung atau
membuang murid tersebut atas kesalahan yang sama.

Keperluan menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah,


Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Dalam
Setiap Kes Gantung dan Buang Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991
bertarikh 19.5.1991, menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau
Penolong Kanan dikehendaki dengan serta-merta melapor segala
kejadian yang tidak diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar yang
berat. Kes gantung dan buang sekolah sering menjadi berita dalam
surat khabar. Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi
dengan telefon, laporan bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan
segera.

LANGKAH-LANGKAH DALAM
MENJALANKAN KUASA DISIPLIN
LANGKAH 1

Menerima
Aduan
Siasatan

Mengumpul/Mendapatkan
maklumat

Kebenaran

Bukti-bukti

LANGKAH 2

Prima Facie

YA
LANGKAH 3

LANGKAH 4

TIDAK

Kes Gugur

Peluang Pelajar Membela Diri Jika


Pelajar Menafikan Kesalahan

Dapatan/Tindakan
Pengetua/Guru Besar

Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk


Guru Besar dan Guru, 1988, ms 4-5

PROSEDUR PEMBUANGAN PELAJAR


Kesalahan dan Kelakuan
Curang
Murid & Ibu bapa diberi
Amaran Bertulis
(Borang Jawapan disertakan)

Kelakuan
Berubah ?

Tamat
Murid & Ibu bapa diberi
Amaran Bertulis Kedua & Muktamad
(Borang Jawapan disertakan)

Kelakuan
Berubah ?

Tamat
Pelajar boleh Digantung
(< 2 minggu)

Pelajar boleh dibuang terus


(Sekiranya Keadaan Tidak Membenarkan)

Ibu bapa diberitahu


Berkenaan Pembuangan Pelajar

Satu Salinan Semua Rekod :


- Amaran
- Pengguntungan
- Pembuangan
dikirim kpd Pendaftar2

Rayuan oleh Ibu bapa kepada


Pendaftar Sekolah
(Dalam tempoh Sebulan)
YA
Bersetuju?
TIDAK
Rayuan kepada
Pendaftar
BESAR

Persetujuan Pendaftar Sekolah2


Sebelum Pelajar Diterima Semula

CONTOH SURAT PERTUDUHAN


UNTUK TUJUAN GANTUNG SEKOLAH
SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.

SMRP.TR/DLP/SULIT/(20)
16 Rabiulawal 1412
24 September 1991
Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 )
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan.
Tindakan Disiplin Gantung Sekolah
Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 )
Tingkatan 5A3 Mengikut Peraturan 8 (a)
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959
bertarikh20.2.1959, tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada Guru Besar / Pengetua sekolah.
2.

Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :

Bahawa kamu, Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 pada 10 September, 1991, lebih kurang pukul 1.25 petang, di Bilik Persediaan Fizik, Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, telah didapati berkelakuan tidak senonoh dan sumbang dengan Encik Sabtu B
Ahad, kakitangan makmal lelaki iaitu dalam keadaan bercumbu-cumbuan. Dengan itu kamu telah melakukan satu perbuatan yang dianggap
sebagai tingkahlaku sumbang, satu perbuatan salahlaku di bawah peraturan 2 (c) Bab XI, Undang-undang dan Peraturan Sekolah, Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 33500 Tanjung Rambutan.

3.

Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Pengetua bertanggungjawab terhadap disiplin murid-murid pernah memberi amaran secara bertulis
kepada kamu kerana didapati berpegangan-pegangan tangan dengan Encik Sabtu B. Ahad kakitangan makmal yang sama melalui surat bil (17)
dalam siri yang sama bertarikh 1 Jun, 1991. Kamu juga telah melalui sesi kaunseling dengan Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah mengenai
perkara yang sama, tetapi kelakuan kamu tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan.

4.Di bawah peraturan 8 (a), sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, kamu boleh digantung dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah te rhadap
pertuduhan yang tersebut di atas.

5. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu
patut digantung dari sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.

6. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti para 5 diatas, saya akan membuat
keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu adalah
gantung sekolah.

7.

Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :


Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan.

8. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan menggunakan borang akuan terima yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( SOLEHA BT OSMAN )
Pengetua,
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan,

CONTOH SURAT KEPUTUSAN


GANTUNG SEKOLAH
SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.

Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 )


SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan.

SMP.TR/DP/SULIT/(23).
6 Rabiulakhir 1412
14 Oktober 1991

Tindakan Disiplin Dengan Tujuan Gantung


Persekolahan Aminah Bt Hamid
( KP : A4289460 ) Tingkatan 5A3 Mengikut
Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui surat
saya SMPP/TR/DP/SULIT/(20) Bertarikh 24 September 1991. Saya telah menimbang jawapan
bertulis kamu dan berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan
dan bersalah terhadap pertuduhan melanggaar disiplin tersebut.
2.
Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di atas,
saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan, kamu dengan ini digantung
persekolahan selama 14 hari dan keputusan ini berkuatkuasa daripada tarikh surat ini.
3. Kamu dengan ini digantung persekolahan selama 14 hari dan tidak dibenarkan berada di
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan dengan serta merta
dari 14 - 27 Oktober, 1991. Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini atau
melanggar perintah ini kamu boleh dikenakan penalti Peraturan 14, Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Dispilin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan dengan tidak lebih daripada RM1,000.00 (
Ringgit Malaysia seribu sahaja ), atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua
denda dan penjara.
4.
Sila tandatangani akuan terima surat keputusan gantung sekolah ini dengan menggunakan
surat akuan terima yang dinyatakan bersama-sama ini.
t.t.
( SOLEHA BT OSMAN )
Pengetua,
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan,
Perak Darul Ridzuan.
s.k.

CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH


UNTUK TUJUAN
PENYIASATAN SEHINGGA TINDAKAN
TATATERTIB SELESAI.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA


BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.
SMS/BB/S/SULIT/1/(1)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta
16 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan
26 Ogos, 1991
Tindakan Gantung Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : 900102-10-5391 ) Tingkatan 3A6
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin
Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab
disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.
Oleh itu dalam menjalankan kuasa saya di bawah Peraturan tersebut, sebagai Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan di bawah
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959, saya berpuas hati bahawa untuk tujuan
mengekalkan disiplin dan kententeraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta,
Bendang Basah, Tanjung Rambutan, bahawa kamu, Rusli Bin Abdul, digantung daripada
persekolahan mulai 26 Ogos, 1991 sehingga tindakan disiplin terhadap kamu selesai bagi
pertuduhan seperti yang berikut :
Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul
10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam
Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik
Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang
Basah, Tanjung Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak
menghormati guru satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, UndangUndang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah,
Tanjung Rambutan.
Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini, atau melanggar perintah ini, kamu boleh
dikenakan penalty Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, iaitu
dikenakan denda tidak lebih daripada RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja), atau penjara
tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara tersebut.
Sila tandatangan akuan terima surat gantung persekolah ini menggunakan borang Lampiran J
seperti yang disertakan bersama-sama ini.

CONTOH SURAT PERTUDUHAN


TATATERTIB DENGAN TUJUAN
BUANG SEKOLAH.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA


BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(2)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta
16 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan.
26 Ogos, 1991
Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN
61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.
2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa, kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :
Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal
Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu
Encik Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan,
dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru, satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab
XI, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan.
3. Dibawah peraturan 8 (a), Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai
untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan, kamu boleh dibuang dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah mengikut pertuduhan yang tersebut di atas.
4.

Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap tuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu
patut dibuang sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.

5.

Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti yang tersebut di atas, saya
akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan
saya buat itu mungkin keputusan buang sekolah.

6.
Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta,
Bendang Basah,
35500 Tanjung Rambutan.
7. Sila tandatangan akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.
s.k.

CONTOH SURAT KEPUTUSAN


TINDAKAN TATATERTIB BUANG
SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA


BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.
SMS/BB/S/SULIT/1/(3)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta
30 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan.
9 September, 1991
Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui
surat saya kepada kamu SMS/BB/S/SULIT/1/(2) bertarikh 26.8.1991.
2. Setelah menimbangkan jawapan bertulis kamu yang telah kamu kemukakan, saya telah
berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan
bersalah terhadap pertuduhan melanggar disiplin tersebut.
3. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di
atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan
disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan, kamu dengan ini dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam
Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan dan keputusan ini berkuatkuasa sertamerta.
4. Kamu dengan ini adalah dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta,
Bendang Basah, Tanjung Rambutan mulai 19.9.1991.
5. Mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, tuan
boleh merayu terhadap keputusan membuang sekolah anak tuan Rusli bin Abdul mulai
daripada 19.9.1991 kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah seperti alamat di atas dalam
tempoh 30 hari selepas menerima surat ini.
6. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J
seperti yang disertakan bersama-sama ini.
t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,

CONTOH SURAT AMARAN KES


DISIPLIN

SMK JENGKA 21,


FELDA JENGKA 21,
26400 BANDAR JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR
Kepada:
Ibu Bapa/ Penjaga Murid,
..............................................................
..............................................................
Tuan / Puan,
AMARAN DISIPLIN PERTAMA / KEDUA / KETIGA/ AMARAN KERAS
Nama Murid
:
No. KP
:
Tingkatan :
Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.
2. Anak / anak jagaan tuan / puan seperti di atas telah melakukan salah laku berikut :
3. Sehubungan dengan itu, anak/ anak jagaan tuan / puan telah diambil tindakan dengan diberi
Amaran 1/ Amaran 2/ Amaran 3/ Amaran Keras. Anak / anak jagaan tuan / puan juga telah dirujuk
kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk khidmat nasihat agar dapat mengubah
kelakuannya, namun kelakuannya tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan.
4. Tindakan disiplin yang lebih berat akan dikenakan sekiranya anak/ anak jagaan tuan/ puan masih
berterusan melakukan salah laku disiplin sekolah.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
.....................................................
(
)
Pengetua
SMK Jengka 21, Felda Jengka 21
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas

TATACARA TINDAKAN DISIPLIN BAGI


KESALAHAN PONTENG SEKOLAH

Guru hendaklah mengenal pasti sebab-sebab murid


tidak hadir ke sekolah dengan menghubungi ibu bapa,
sama ada secara bertulis atau melalui telefon (dengan
catatan panggilan telefon dalam Buku Kedatangan).
Jika murid tidak hadir ke sekolah, guru hendaklah
mengambil langkah-langkah berikut:
memastikan murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau
surat ibu bapa dengan tandatangan yang sah bagi menjelaskan
ketidakhadiran murid;
murid yang tidak hadir selama dua hari atau lebih tanpa surat doktor
dikehendaki membawa ibu bapa berjumpa dengan Guru Besar atau
Pengetua, melainkan jika terdapat bukti yang nyata bahawa
ketidakhadiran murid adalah atas sebab-sebab yang munasabah;

CONTOH SURAT AMARAN


PERTAMA / KEDUA / TERAKHIR

SEKOLAH
.

Tuan/Puan
Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN PERTAMA / KEDUA
Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan /
puan.. dari tingkatan / kelas ..telah tidak
hadir ke sekolah dari . Hingga .. ( hari)
2. Sila maklumi pihak sekolah dengan mengunakan lampiran yang disertakan
atau berhubungan terus dengan Pengetua/Guru Besar dengan seberapa
segera.
3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan boleh dikenakan
tindakan buang sekolah jika tidak hadir tanpa apa-apa kenyataan daripada
ibu bapa atau penjaga dan atas sebab- sebab yang munasabah
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
CINTAILAH BAHASA KITA
Saya yang menurut perintah
.
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas

Pemberitahuan Ketidakhadiran ke
sekolah :
AMARAN TERAKHIR

SEKOLAH
.

Tuan/Puan
Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN TERAKHIR
Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan / puan.. dari
tingkatan / kelas ..telah tidak hadir ke sekolah dari . Hingga
.. ( hari)
2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan/ puan melalui
surat bil. Pada.
dan
surat bil. Pada.
Dukacita dimaklumankan bahawa pihak sekolah tidak dapat menerima jawapan daripada tuan /puan.
Diharap tuan / puan dapat menghubungi pihak sekolah.
3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan akan dibuang sekolah sekiranya tuan/puan
tidak berjumpa dengan pihak sekolah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat ini
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
CINTAILAH BAHASA KITA
Saya yang menurut perintah
.
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas

PEMBERITAHUAN
BUANG SEKOLAH

SEKOLAH
.

Tuan/Puan
PEMBERITAHUAN BUANG SEKOLAH
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak / jagaan tuan / puan
dari tingkatan / kelas . Telah tidak hadir ke
sekolah selama ..hari.
2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan /puan melalui surat-surat amaran seperti berikut :
i. Bil.. bertarikh.
ii. Bil.. bertarikh.
iii. Bil.. bertarikh.
3. oleh itu anak jagaan tuan / puan dibuang sekolah mulai
4. Walau bagaimanapun tuan/puan boleh membuat rayuan untuk bersekolah semula kepada
Pendaftar Sekolah-Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri dalam tempoh satu bulan dari tarikh
penerimaan surat ini, seperti yang diperuntukkan pada para 10.2 Ordinan Pelajaran
1957,Peraturan-peraturan pelajaran
( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
CINTAILAH BAHASA KITA
Saya yang menurut perintah
.
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah
Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas

CARTA ALIRAN TINDAKAN TERHADAP


MURID PONTENG SEKOLAH
BERTERUSAN

Kenal pasti murid ponteng


Tiga (3) hari berterusan
Surat Amaran Pertama
kepada ibu bapa/penjaga
Hadir

Tidak Hadir

Khidmat
kaunseling

Surat Amaran Kedua


kepada ibu bapa/penjaga
selepas tujuh (7) hari berikutnya
tidak hadir.

Hadir
Khidmat
kaunseling

Tidak Hadir
Surat Amaran Terakhir
kepada ibu bapa/penjaga
selepas tujuh (7) hari berikutnya
tidak hadir.

Hadir
Khidmat
kaunseling

Tidak Hadir
Surat Buang Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga
selepas 14 hari berikutnya
tidak hadir.
Ibu bapa/penjaga
membuat rayuan.

TAMAT

CARTA ALIRAN
TINDAKAN TERHADAP MURID
PONTENG
SEKOLAH BERKALA

Kenal pasti murid ponteng


Sepuluh (10) hari berKALA
Surat Amaran Pertama
kepada ibu bapa/penjaga
Hadir

Tidak Hadir

Surat Amaran Kedua


kepada ibu bapa/penjaga
selepas Sepuluh (10) hari berikutnya
tidak hadir.

Khidmat
kaunseling
Hadir
Khidmat
kaunseling

Tidak Hadir
Surat Amaran Terakhir
kepada ibu bapa/penjaga
selepas Dua Puluh (20) hari berikutnya
tidak hadir.

Hadir
Khidmat
kaunseling

Tidak Hadir
Surat Buang Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga
selepas 20 hari berikutnya
tidak hadir.
Ibu bapa/penjaga
membuat rayuan.

TAMAT

IMPLIKASI HUKUMAN TERHADAP GURUGURU YANG MELANGGAR PERATURAN


1. Tanggungan peribadi
2. Vicarious Liability
3. Pelanggaran tugas mengikut Bab D
( Perintah Am )
4. Surcaj di bawah Akta Acara Kewangan
5. Gangguan Psikologi dan emosi
6. Rekod perkhidmatan yang tercemar
7. Kerugian pendapatan
8. Hilang hak pencen
9. Menjatuhkan maruah

Anda mungkin juga menyukai