Anda di halaman 1dari 14

Undang-Undang Dalam

Pendidikan
Kepekaan
• Para pendidik, pengetua, guru besar dan pegawai perkhidmatan
pendidikan yang lain sentiasa terdedah kepada keadaan yang boleh
menyebabkan mereka melanggar peraturan dan undang-undang
pendidikan. Ini adalah disebabkan mereka tidak faham, atau tidak tahu
tentang adanya peraturan dan undang-undang dalam pendidikan.
Kadang-kadang mereka terperangkap dengan arahan-arahan yang
bertentangan dengan undang-undang pendidikan.
• Profesion perguruan ini sentiasa menerima tekanan daripada orang
awam dan masyarakat yang mengharapkan segala yang terbaik
daripada golongan ini, dan apa sahaja yang kurang menyenangkan
berlaku dalam masyarakat, sekolah, guru sentiasa dipersalahkan.
Legal Literacy
• Legal Literacy digunakan bagi menerangkan sejauh manakah seseorang itu
memahami undang-undang persekolahan. Ia termasuk juga langkah-langkah
yang perlu diambil oleh pengetua berkaitan dengan undang-undang
persekolahan (Rossow L.F,1990). Kajian yang dijalankan mendapati ramai para
pendidik dan pentadbir sekolah tidak mempunyai pengetahuan yang
mencukupi mengenai keputusan yang diambil oleh Mahkamah yang bersabit
dengan kes-kes dalam pendidikan. 
• Undang-undang pendidikan penting bagi setiap warga negara, tua ataupun
muda dan mereka sepatutnya memahami proses bagaimana undang-undang
tercipta dan bagaimana ia boleh dipinda oleh sesuatu pihak dan dalam
keadaan yang bagaimana. Selain daripada itu, hak seseorang warganegara dan
tanggungjawabnya mestilah dijelaskan dan difahami dengan betul.
• Sekolah terdiri daripada pelajar yang datang daripada latar belakang
yang pelbagai ragam. Dan suasana sekolah penuh dengan tingkah laku
manusia yang berbeza.
• Guru-guru sekolah kadang-kadang mengenakan hukuman yang
melampau ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mendisiplinkan
mereka. 
• KPM sudah pun mengeluarkan pekeliling pada 7 November, 1983/9 dan
yang terkini pada 11 Oktober 1995.10 Akan tetapi, disebabkan oleh
kejahilan guru-guru dan pengetua-pengetua berkenaan, maka tindakan
dan hukuman yang melampau masih berlaku hingga ke hari ini.
• Oleh sebab pentingnya dokumen-dokumen yang disebutkan tadi,
pihak sekolah dan guru-guru seharusnya merujuk semua dokumen
yang dikeluarkan supaya tindakan yang diambil adalah selaras dengan
pekeliling dari Kementerian Pendidikan. Adalah menjadi
tanggungjawab pengetua dan guru besar sekolah menyebarkan
dokumen itu kepada warga sekolahnya.
• Ordinan Pelajaran, 1957 Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin)
Sekolah, 1959. Peraturan ini masih diguna pakai walaupun Akta
Pendidikan 1996 mula berkuat kuasa mulai 1 Januari 1998.
Peraturan-peraturan baru dalam Akta Pendidikan
1996 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 1998
• 1. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997,
• 2. Peraturan-peraturan Pendidikan (Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik) 1997,
• 3. Peraturan-peraturan Pendidikan (Peperiksaan, Penilaian dan Persijilan) (Maktab Pendidikan Guru)
1997,
• 4. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kursus Pengajian dan Program Latihan) (Maktab Pendidikan Guru)
1997,
• 5. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan di Politeknik) 1997,
• 6. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,
• 7. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas),
• 8. Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan),
• 9. Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) (Pindaan) 1998; dan,
• 10. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997.
Corporal punishment
• Hukuman koperal (corporal punishment) yang sangat sensitif seperti deraan.
• Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa
menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat dengan
syarat bahawa;

• (a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan


• (b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang Guru atau lain-lain kakitangan
sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan ditapak tangan ataupun di
punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar
ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu
• Oleh sebab adanya peraturan di atas, hukuman koperal digunakan sejak dulu lagi bagi mengatasi
masalah disiplin. Walau bagaimanapun, kesedaran masyarakat terutama di kalangan ibu bapa
mengenai hak mereka menyebabkan penggunaan bentuk hukuman ini berkurangan
• Di negara lain, terdapat banyak pendapat mengenai hukuman koperal. Ada negara
yang mahu hukuman ini dihentikan sama sekali dan ada negara yang mahu hukuman
ini dijalankan bagi pelajar-pelajar yang nakal
• Oleh sebab hukuman koperal boleh dikenakan kepada pelajar-pelajar di negara ini, Tie
Fatt Hee (2002) menggariskan tiga jenis tindakan yang boleh diambil ke atas guru yang
melakukan hukuman koperal kepada pelajar iaitu:
(a) Dakwaan Jenayah;
(b) Tuntutan Ganti Rugi dalam suatu tindakan sivil;
(c) Tindakan Disiplin oleh pihak majikan.
• Berdasarkan kepada Peraturan 5 (1) hukuman koperal hanya boleh dilakukan oleh guru
besar atau pengetua sekolah dan adalah salah sekiranya dilakukan oleh orang lain. Dan
guru besar atau pengetua tidak boleh menjalankan hukuman koperal ke atas pelajar
perempuan.
Sekolah sebagai Loco Parentis
• Pihak sekolah menjadi tanggungjawab yang penting apabila murid-murid
berada dalam kawasan sekolah. Oleh itu, semua guru dengan sendirinya
menjadi ganti kepada ibu bapa dan mereka hendaklah memastikan agar
murid-murid sentiasa diberi penjagaan yang rapi dan dilindungi daripada
sebarang risiko yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.
Tanggungjawab guru-guru di sekolah bergantung juga kepada faktor-faktor
berikut:
• 1. Bilangan pelajar di sekolah.
2. Umur, kemahiran, dan tanggungjawab mereka.
3. Aktiviti yang sering dijalankan.
4. Kelengkapan yang terdapat di sekolah.
5. Keadaan fizikal sekolah itu sendiri seperti bangunan dan bilik darjah.
• Tanggungjawab Guru dalam Bilik Darjah
• Kawasan Sekolah :1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/ 198518
Rancangan Mencantik dan Mengindahkan Sekolah dan
Kawasannya (Landscaping), 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/
1989 19
Kebersihan Sekolah
• Keselamatan Pelajar
Keselamatan Pelajar
• 1. Surat Pekeliling Ikhtisas No. 1/ 197420
Keselamatan Dalam Makmal
• 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/ 1988 21
Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah
• 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/199122
Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah
• 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/199523
Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar
Kawasan Sekolah
• 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 21/199824
Persediaan Menghadapi Bencana Alam
• 6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/199925
Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah
• 7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/200026
Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan
Sekolah.
• Kementerian Pendidikan melaksanakan Polisi Sekolah Selamat. Polisi ini bermaksud
persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah berasa selamat tanpa
gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luar.27 Polisi
ini dilancarkan oleh Menteri Pendidikan pada 6 Mei 2002
Undang-undang TORT
• Menurut Abd. Ghani (1985) Tort merangkumi soal tuntutan dan
dakwaan berkaitan kerugian, kecederaan dan kesakitan. Peranan
undang-undang tort adalah menentukan soal-soal liabiliti dan ganti
rugi yang dituntut dalam kesalahan sivil.
• Tort adalah satu daripada cabang undang-undang sivil yang
menetapkan tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas
yang melakukan perbuatan ataupun kecuaian bagi mendapatkan ganti
rugi; tidak tertentu jumlahnya.
• Secara mudah tort bermakna salah.
• Bidang tortini sangat luas dan mencakupi pencerobohan, kacau ganggu,
fitnah dan pernyataan silap atau misstatement.
• Kecuaian atau negligence sebagai tort adalah pelanggaran kewajipan
undang-undang untuk berjaga-jaga oleh defendan yang mengakibatkan
kerosakan yang tidak diinginkan kepada plaintif (Rogers,W.V.H, 1994).
• Unsur-unsur kecuaian adalah;
a. kewajipan undang-undang di pihak A ke atas B untuk berhati-hati dalam
segala perbuatan,
b. pelanggaran kewajipan tersebut,
c. kerosakan berbangkit kepada B.

Anda mungkin juga menyukai