Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI SEMINAR PASCA SISWAZAH

Nama Pelajar Robin Anak Sabai

No. Kad Matrik YGA 050044

Fakulti Institut Pengajian Kepengetuaan

Kertas Seminar Hubungan Antara Faktor Kecerdasan Emosi, Nilai Kerja dan
Prestasi Kerja Di Kalangan Guru MRSM

Pembentang Dr. Syed Najmuddin Syed Hassan

Tarikh 13 October, 2005 (Seminar 4)

Masa 3.00 – 5.00 Petang

Tempat Bilik Seminar 2

FAKULTI
INSTITUT PENGAJIAN KEPENGETUAAN
KAMPUS KOTA
UNIVERSITI MALAYSA
KUALA LUMPUR
________________________________________________________________________
Seminar pasca-siswazah kali ini membincangkan topik kecerdasan emosi. Kajian yang

dibuat oleh penceramah pada peringkat ijazah doktor falsafah bertajuk “Hubungan Antara

Faktor Kecerdasan Emosi, Nilai Kerja dan Prestasi Kerja Di Kalangan Guru MRSM”

juga dibincangkan.

Beberapa kajian telah menunjukkan kepenting kecerdasan emosi dalam kerjaya.

Contohnya, guru yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi mampu menyelesaikan

masalah pelajar kerana mempunyai empati dan dan kemahiran bersosial yang baik

(Goleman 1995). Bagi guru yang mempunyai kecerdasan emosi seperti kesedaran

kendiri, kawalan kendiri dan kemahiran sosial boleh mengurangkan tekanan kerja dan

mampu mengawal disiplin pelajar (McManus 1989). Kajian-kajian juaga mendapati

kemahiran sosial dan emosi iaitu kecerdasan emosi adalah amat kritikal untuk berjaya

dalam hidup berbanding kebolehan intelek iaitu IQ (Shapiro 1997; Goleman 1995,1999)

dan kecerdasan seseorang tidak statik malah boleh ditingkatkan (Perkins 1995; Goleman

1995; Sternberg 1996; Segal 1997 ; Weisenger 1998).

Secara umumnya, kecerdasan emosi ialah keupayaan seseorang menerima,

memproses dan menilai maklumat dan menggunakan emosi secara terarah untuk

mengawal pemikiran dan tindakan dan juga menyelesaikan masalah dalam persekitaran

tertentu. Kecerdasan emosi diperlukan kerana kebolehan intelek tidak mencukupi dalam

organisasi atau kerjaya; manusia perlu berinteraksi dan berhubung dengan orang lain

yang memerlukan kepintaran emosi untuk memahi orang lain; dan hubungan

interpersonal adalah faktor penentu kejayaan organisasi.

Kompetensi emosi merangkumi kompetensi peribadi, kompetensi sosial.

Kerohanian dan kematangan. Kompetensi peribadi, yang mempunyai tiga domain iaitu
kesedaran kendiri, regulasi kendiri dan motivasi kendiri, menentukan bagaimana kita

menguruskan diri sendiri. Kompetensi sosial, yang terdiri daripada dua domaian –

empati dan kemahiran sosial, menentukan bagaimana kita menjaga perhubungan dengan

orang lain. Kompetensi membina kerohanian merujuk kepada bagaimana kita mengaitkan

kewujudan diri dengan konsep ketuhanan dalam melayari hidup. Kompetensi membina

kematangan pula adalah kebolehan bertingkah laku atau memberi reaksi yang sesuai

mengikut norma-norma masyarakat setempat. Contohnya, memberi keputusan dengan

wajar, tepat dan secara bijaksana (berhemah dan berhikmah).

Mengenai kajian kedoktoran tentang topik “Hubungan Antara Faktor Kecerdasan

Emosi, Nilai Kerja dan Prestasi Kerja Di Kalangan Guru MRSM”, dapatan-dapatan

berikut diperoleh:

1. Kecerdasan emosi wanita lebih baik daripada lelaki;

2. Peribadi mulia lelaki lebih baik daripada wanita dari aspek nilai kerja;

3. Faktor penyayang menyumbang kepada prestasi kerja pada fasa 1 kajian tetapi

sebaliknya pada fasa 2;

4. Faktor nilai kerja menyumbang kepada kecerdasan emosi;

Implikasi-implikasi kajian tersebut adalah seperti berikut:

 Kesedaran tentang peranan emosi, nilai kerja dan prestasi dalam kerjaya dapat

ditingkatkan.

 Guru mempunyai kemahiran mengawal emosi dalam kelas atau pun semasa

berinteraksi sesama guru di samping menghayati nilai kerja yang di anjurkan oleh

pihak Kementerian Pendidikan.


 Guru dapat meningkatkan kecerdasan emosinya sendiri dan pada masa yang sama

dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

 Guru dapat mendidik pelajar tentang cara mengawal emosi secara tidak langsung

(tersirat) semasa mereka berinteraksi (formal dan tidak formal).

 Guru dapat menstabil dan memantapkan emosi pelajar dengan mewujudkan

suasana persekitaran yang positif dan kondusif dalam kelas khasnya dan sekolah

amnya.

 Program intervensi dapat diadakan

 Mewujudkan generasi muda yang celik emosi – mengurangkan masalah cetusan

emosi di kalangan guru – guru sebagai role model pelajar

 Reformasi pendidikan hanya akan berjaya apabila kaedah pemilihan dan latihan

guru diubah – dengan memasukkan aspek kecerdasan emosi dan bukan aspek

intelek sahaja

 Perlantikan pengetua juga perlu didasarkan kepada tahap kecerdasan emosi calon

berkenaan supaya dapat membentuk persekitaran sekolah yang boleh

meningkatkan kecerdasan emosi guru

Anda mungkin juga menyukai