Anda di halaman 1dari 6

RBT 3119 (Perniagaan Dan Keusahawanan) 2014

1

1.0 REFLEKSI ~ Buktikan sifat keusahawan yang tinggi dalam kalangan guru
berupaya meningkatkan pencapaian murid/sekolah dan prestasi akademik.
Apabila berbicara istilah usahawan atau keusahawanan, masyarakat umum selalu
mengaitkannya dengan perniagaan. Hal ini turut terbukti hasil temu bual secara rambang
penulis dengan 10 orang responden yang terdiri daripada para guru pelatih. 80% responden
berpendapat istilah atau sifat-sifat keusahawanan adalah lebih berkait dengan perniagaan
berbanding guru mahupun kerjaya lain. Hal ini agak mengejutkan penulis kerana perspektif
penulis melihat istilah ini dalam ruang lingkup yang lebih luas. Perspektif penulis ini disokong
oleh kajian Nor Aishah (2002) yang menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai sikap dan
semangat keusahawanan adalah seorang yang sentiasa ingin berjaya dan berusaha
bersungguh-sungguh dalam segala bidang yang diceburi tidak kira sama ada beliau adalah
pengurus, peniaga, juruteknik atau guru. Justeru, ini membuktikan bahawa terminologi
usahawan kini tidak hanya merujuk kepaya yang menjalankan perniagaan, malah
dikembangkan kepada individu yang mempunyai ciri -ciri keusahawanan yang tinggi, yang tidak
memiliki perniagaan sendiri seperti usahawan dalaman dan usahawan sosial.

Merujuk kajian Shamsiah (2012), beliau menyenaraikan lapan ciri atau sifat
keusahawanan yang didapati ada dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG)
Kampus Teknik. Justeru, berdasarkan sifat-sifat yang sama, penulis akan membuktikan guru-
guru yang mempunyai sifat-sifat tersebut mampu meningkatkan pencapaian murid dan sekolah.
Berikut adalah sifat-sifat keusahawanan tersebut :-


1.1 Sifat bertenaga meningkatkan pencapaian murid dalam aspek etika dan
kerohanian.
Bertenaga yang dimaksudkan mempunyai tenaga yang tinggi. Guru sebegini sentiasa
mempunyai kekuatan fizikal, mental dan rohani dalam menjayakan sebarang tugasan yang
diberikan. Dari segi kekuatan fizikal, guru tersebut pantas bergerak ke sana-sini bagi
menyiapkan tugas. Dari segi kekuatan mental, guru tersebut tidak mudah merasa tertekan
dengan tekanan kerja sebaliknya sentiasa positif dengan kemampuan diri dan berusaha
memberikan yang terbaik. Dari segi kekuatan rohani, guru tersebut mempunyai kekuatan
RBT 3119 (Perniagaan Dan Keusahawanan) 2014

2

dalaman yang berpasakkan ketuhanan sehingga mampu bersikap tenang dalam apa jua
keadaan.
Merujuk PPPM, Ekshibit 2-3, menonjolkan salah satu aspirasi murid yang dikehendaki
adalah daripada aspek etika dan kerohanian. Murid ditekankan agar mempunyai satu set
prinsip iaitu kerohanian, integriti dan tanggungjawab sivik. Melihat apa yang diaspirasikan
PPPM, penulis sangat yakin ia adalah tidak mustahil kerana guru yang bertenaga sebagaimana
yang dihuraikan di atas pasti dapat menyalurkan aura positifnya kepada murid. Hal ini adalah
berdasarkan konsep Law of Attraction, apa yang kita rasa dan kita fikirkan sebenarnya
memberi kesan kepada orang sekeliling kita. Jika kita berfikiran positif, aura positif tersebut
akan tersebar kepada orang sekeliling kita. Kesannya, murid yang terhasil adalah
sebagaimana aspirasi PPPM iaitu mempunyai pegangan agama yang kuat dan
mengamalkannya sebagai asas hidup (kerohanian), mempunyai keberanian, disiplin, dan
semangat untuk melakukan perkara yang betul (integriti) serta bertindak untuk kebaikan negara
(tanggungjawab sivik). Konklusinya, sifat keusahawanan iaitu bertenaga dalam diri guru dapat
meningkatkan pencapaian murid khususnya daripada aspek etika dan kerohanian sebagaimana
yang diaspirasikan dalam PPPM.

1.2 Sifat berkeupayaan memimpin meningkatkan prestasi akademik dan emosi
murid.
Berkeupayaan memimpin merupakan salah satu sifat keusahawanan yang perlu ada
dalam diri guru. Menurut Razali Saaran (2010), kepimpinan ialah kemampuan seseorang itu
mempengaruhi pengikutnya untuk turut serta dalam aktiviti organisasinya. Dalam konteks di
dalam bilik darjah, kepimpinan bermaksud kemampuan seseorang guru mempengaruhi para
pelajarnya untuk turut serta dalam aktiviti pengajarannya serta memimpin para pelajarnya ke
jalan yang benar dan diredhai Allah.
Selain berupaya menarik minat, keberkesanan kepimpinan seorang guru juga akan
meninggalkan kesan dalam jiwa para pelajarnya. Berbalik kepada bagaimana sifat
keusahawanan ini dapat meningkatkan prestasi murid, dapat dibuktikan melalui pengalaman
penulis sendiri ketika di bangku sekolah. Seorang guru yang berkepimpinan, dikenali sebagai
Cikgu Adnan berjaya mengubah persepsi kami para pelajar bahawa Matematik Tambahan
adalah satu subjek yang sukar. Beliau meyakinkan kami subjek ini sebenarnya merupakan satu
subjek yang penuh teka-teki menyeronokkan dan segala persoalan boleh diselesaikan dengan
RBT 3119 (Perniagaan Dan Keusahawanan) 2014

3

mudah menggunakan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Hasilnya, hanya dalam masa
enam bulan selepas kehadiran guru tersebut, berlaku peningkatan hampir 50% pelajar yang
lulus dalam subjek ini di dalam kelas kami. Malah, sifat kepimpinannya yang tinggi berjaya
menyedarkan kami bahawa segala-segalanya bermula daripada minda kita. Jika kita
meletakkan ia sebagai sesuatu yang mudah, maka segala-galanya akan berubah menjadi
mudah. Pengalaman ini menjadi bukti bahawa sifat keusahawanan iaitu keupayaan memimpin
bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar bahkan meninggalkan kesan
emosi yang besar dalam kehidupan pelajar.
Pengalaman peribadi penulis tentang sifat kepimpinan ini sebenarnya sangat berkait
rapat dengan PPPM, Ekshibit 2-3, dalam konteks aspirasi murid iaitu aspek pengetahuan.
Aspek pengetahuan dalam PPPM menekankan pada peringkat paling asas, setiap murid perlu
memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya. Selain itu, murid juga perlu mempunyai
kemahiran mengaplikasi pengetahuan ini dalam situasi harian. Justeru, apa yang diaspirasikan
oleh PPPM dalam aspek pengetahuan murid ini diyakini akan tercapai dengan adanya sifat
keusahawanan keupayaan memimpin dalam diri guru. Hal ini adalah sebagaimana
pengalaman penulis sendiri yang berjaya menguasai kemahiran numerasi dalam subjek
Matematik Tambahan kerana daya kepimpinan guru subjek tersebut yang tinggi. Bukan itu
sahaja, kepimpinan guru tersebut berjaya menyedarkan penulis untuk mengaplikasi
pengetahuan dan nilai murni tentang minda positif dalam kehidupan seharian.


1.3 Sifat kreatif dan inovatif meningkatkan prestasi intelek murid iaitu dalam
kemahiran berfikir.

Peranan pendidik hari ini bukan sekadar mengajar tulis dan baca tetapi perlu kreatif dan
inovatif dalam menjana revolusi minda anak bangsa agar sentiasa giat berfikir. Merujuk Buku
Panduan Elemen Keusahawan KSSR (2011), kreatif dijelaskan sebagai kebolehan
mengadakan idea alternatif. Manakala, inovatif ialah kebolehan membaiki dan mengaplikasikan
idea kreatif terhadap masalah. Justeru, dapat penulis konklusikan bahawa guru yang bersifat
kreatif dan inovatif ialah guru yang bijak menjana idea alternatif dan mengaplikasikan terhadap
masalah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dihadapi. Idea alternatif yang dimaksudkan
boleh berbentuk pendekatan, strategi dan teknik pengajaran.
RBT 3119 (Perniagaan Dan Keusahawanan) 2014

4

Dalam konteks PPPM, guru yang kreatif akan menjana idea alternatif untuk mengasah
kemahiran berfikir murid sebagaimana yang diaspirasikan dalam Ekshibit 2-3. Ekshibit 2-3
menekankan murid perlu dilengkapi dengan pemikiran kreatif dan inovatif, penyelesaian
masalah dan penaakulan serta keupayaan belajar sepanjang hayat. Justeru, berbalik semula
kepada persoalan utama, bagaimana guru kreatif mampu merealisasikan hasrat PPPM untuk
meningkatkan kemahiran berfikir murid? Buktinya dapat penulis temui melalui laporan Utusan
Malaysia, 22 Februari 2011, di mana dua pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
(SMSKB) berjaya mengharumkan nama negara apabila merangkul beberapa anugerah
sempena Pameran Sains Antarabangsa Taiwan yang diadakan pada 14 hingga 20 Februari
2011. Secara tersiratnya, para pelajar ini sebenarnya telah berjaya mencapai tahap kemahiran
berfikir aras tinggi sehingga mampu menghasilkan inovasi sains sehingga mampu menewaskan
peserta daripada negara-negara lain. Di sebalik kejayaan itu, dilaporkan bahawa guru
pembimbing para pelajar tersebut merupakan seorang guru yang kreatif, di mana beliau
berusaha mendedahkan pelbagai eksperimen sains yang unik untuk menjana minda para
pelajar tersebut bagi menghasilkan inovasi sains yang tersendiri. Justeru, hal ini membuktikan
pendidik kreatif mampu meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.

1.4 Sifat bijak merebut peluang meningkatkan prestasi akademik murid dan
sekolah.

Sebagai usahawan, guru mestilah memiliki sifat bijak merebut peluang iaitu peka
terhadap peluang-peluang yang ada di sekelilingnya. Guru sebegini cekap mengenalpasti
peluang yang sedia ada ataupun yang wujud. Bukan itu sahaja, guru tersebut juga tahu
memanfaatkan sesuatu situasi untuk dijadikan sebagai peluang mencapai objektifnya. Guru
yang mempunyai sifat keusahawanan ini pasti menyedari bahawa peluang hanya datang sekali
sekala, boleh dicari, boleh diwujudkan dan perlu direbut, kalau lambat bertindak maka
terlepaslah peluang.

Berdasarkan penelitian penulis terhadap PPPM, terdapat satu kajian kes dalam Bab 4
iaitu Pembelajaran Murid, Ekshibit 4-7 yang membuktikan sifat bijak merebut peluang dalam diri
guru akan meningkatkan prestasi akademik murid dan sekolah. Kajian kes tersebut adalah
berkaitan kejayaan SK Ulu Lubai yang terletak di kawasan pedalaman Sarawak 4andar4
RBT 3119 (Perniagaan Dan Keusahawanan) 2014

5

mencapai 100% kelulusan dalam UPSR sejak tahun 2006. Di samping itu, SK Ulu Lubai turut
menerima pelbagai pengiktirafan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Meneliti kesemua kejayaan ini, penulis mendapati tulang belakangnya terletak pada sifat
bijak merebut peluang yang terdapat dalam diri guru besar sekolah tersebut khususnya, iaitu
Encik Jaul anak Bunyau. Beliau melihat masyarakat setempat khususnya ibu bapa murid
sebagai satu sumber dan peluang yang dapat memaksimumkan pencapaian akademik murid.
Oleh itu, beliau mengambil peluang ini dengan melibatkan para ibu bapa secara aktif untuk
meningkatkan prestasi murid. Murid akan mengulang kaji pelajaran di rumah panjang pada
setiap malam ditemani ibu bapa dan dipantau seorang guru. Di rumah panjang, terdapat juga
jawatankuasa belajar malam yang memerlukan setiap murid belajar sekurang-kurangnya sejam.

Kajian kes SK Ulu Lubai ini sebenarnya dikukuhkan lagi dalam PPPM melalui Bab 7
(Struktur Sistem), Ekshibit 7-11, yang menyentuh tentang 5andar pembelajaran. Pembelajaran
diakui berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam komuniti.
Sekolah mesti menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan hubungan kerja positif
5andar sekolah dengan ibu bapa dan komuniti. Konklusinya, kajian kes SK Ulu Lubai
membuktikan bahawa sifat merebut peluang dalam diri guru dapat meningkatkan prestasi murid
dan sekolah.


1.5 Sifat komitmen dan tanggungjawab meningkatkan prestasi sekolah

Sifat komitmen dan tanggungjawab juga merupakan sebahagian sifat keusahawanan. Ini
disokong John G. Burch (1986) yang menyatakan seorang usahawan berjaya perlu ada
kesanggupan memikul tanggungjawab kepada usaha-usaha dari segi moral, undang-undang
dan mental. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), komitmen ialah sikap (pendirian
atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian atau menunjukkan sokongan dan
azam yang sepenuhnya kepada sesuatu. Manakala, frasa tanggungjawab bermaksud
kewajiban yang dipikul oleh seseorang. Berdasarkan definisi ini, penulis dapat menyimpulkan
pendidik yang mempunyai sifat komitmen dan tanggungjawab ialah pendidik yang sanggup
berkorban memberikan seluruh jiwa raga untuk memberikan khidmat terbaik kepada murid dan
RBT 3119 (Perniagaan Dan Keusahawanan) 2014

6

sekolah. Malah, pendidik sebegini sentiasa bersedia memikul beban amanah yang diberi
kepadanya.
Justeru, bagaimana sifat komitmen dan tanggungjawab ini mampu meningkatkan
prestasi sekolah? Buktinya dapat penulis lihat berdasarkan laporan Akhbar Utusan Malaysia, 11
Februari 2011. Akhbar tersebut melaporkan ,kredebiliti dan pengorbanan guru-guru di Sekolah
Kebangsaan Bebangan, sebuah sekolah kecil di daerah Kapit, Sarawak. Guru-guru, dengan
hanya bantuan pembantu murid dan warden asrama, memulakan kelas ulang kaji 6andar6 jam
5 pagi pada setiap hari persekolahan. Hasilnya, sekolah ini telah 6andar6 melonjakkan
kedudukannya daripada berada dalam Band 3 pada tahun 2009, kepada Band 2 pada tahun
2010. Lonjakan yang dihasilkan hanya dalam tempoh satu tahun bagi sebuah sekolah kecil di
luar 6andar ini adalah sesuatu yang memberangsangkan. Bagi penulis, ini adalah contoh sifat
komitmen dan tanggungjawab guru yang luar biasa.


(1600 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai