Anda di halaman 1dari 7

FRANCAIS DAN PERIKATAN STRATEGIK FRANCAIS.

Suatu kaedah pemasaran barang atau perkhidmatan yang mana sebuah syarikat induk (Francaisor) memberi hak kepada syarikat lain (Francaisi) untuk memasarkan keluaran. Francais mempunyai tiga ciri asas iaitu Sistem, Pengkhususan dan Keseragaman. Francaisi akan dikenakan royalti dan yuran perlu dibayar kepada francaisor. Francaisi dibenarkan untuk menggunakan nama syarikat francaisor dalam menjalankan perniagaan. JENIS-JENIS FRANCAIS Pemegang francais berformat Francais wakil pengedar Francais pengilang produk Francais penganjur Francais lesen bertanda dagang atau jenama PEMEGANG FRANCAIS BERFORMAT Memberikan lesen kepada francaisi untuk membuat dan memasarkan barangan francaisor. Hak terhadap penggunaan harta intelektual (logo,jenama,strategi pemasaran) diberikan oleh francaisor kepada francaisi . Francaisi perlu mematuhi prinsip yang digariskan oleh pihak francaisor . PRINSIP FRANCAISOR A) KESERAGAMAN -Dari aspek imej, menu, tanda dagang logo , sistem pengurusan, pemasaran, dan reka bentuk premis . -Menjadi identiti perniagaan dan diamalkan oleh seluruh francais. -Tujuan untuk memudahkan pelanggan mengenalpasti jenis produk dan perkhidmatan yang disediakan . -Contoh : Pizza Hut , KFC . B) KEBERSIHAN -Latihan dan manual cara menyelenggarakan francais diberikan pihak francaisor. -Meliputi kebersihan premis dan produk yang ditawarkan.

C) KELEBIHAN PERSAINGAN -Kaedah pemasaran francaisor dapat menjimatkan kos yang ditanggung francaisi. -Kos pemasaran akan ditanggung bersama oleh semua francaisi. -Pembelian bahan mentah secara pukal dapat menikmati ekonomi bidangan. D) KESOPANAN -Cara layanan yang diberikan oleh kakitangan francais dititikberatkan. -Latihan untuk melayan dan kesopanan kepada pelanggan diberikan oleh pihak francaisor. E) KESELESAAN -Keselesaan pelanggan semasa menggunakan produk dan perkhidmatan sangat diutamakan. -Dari segi reka bentuk premis, kemudahan sampingan,dan peralatan menjadi prinsip francais pemegang berformat. FRANCAIS WAKIL PENGEDAR Francaisi dikehendaki untuk memasarkan barangan yang dihasilkan oleh pihak francaisor. Hak pemasaran secara eksklusif akan diberikan kepada francaisi berdasarkan kawasan geografi yang tertentu untuk mengelakkan persaingan Contoh:Edaran Otomobil Nasional (EON) yang memasarkan kereta keluaran PROTON. FRANCAIS PENGILANG PRODUK Francaisor memeberikan lesen kepada francaisi untuk mengeluarkan barangannya mengikut formula,resepi dan reka bentuk yang telah ditetapkan. Francaisi akan memasarkan barangan mengikut kaedah yang disediakan oleh francaisor Contoh: Pepsi Cola. FRANCAIS PENGANJUR Francaisi bertindak sebagai penganjur kepada francaisor. Barangan akan dibeli daripada francaisor,kepakaran,modal dan bahan mentah akan dibekalkan oleh francaisor. Contoh: BERNAS EDAR sebagai francais penganjur kepada Kedai G-Mart.

FRANCAIS LESEN BERTANDA DAGANG atau JENAMA. Francaisi akan diberikan hak dan lesen untuk memasarkan barangan keluaran francaisor. Komisen atas jualan akan diberikan kepada francaisi. Francaisor akan menjalankan pengauditan penjualan untuk membayar komisen kepada francaisi. Contoh : DUNHILL, sebuah syarikat rokok yang membayar komisen atas jualan kepada francaisi mengikut jumlah jualan yang telah dilakukan. Kebaikan francais terbahagi kepada dua : Kebaikan francaisi dan kebaikan kepada francaisor .

KEBAIKAN FRANCAIS KEPADA FRANCAISI LATIHAN PENGURUSAN DISEDIAKAN OLEH FRANCAISOR Latihan akan diberikan kepada francaisi meliputi latihan pengurusan, penyediaan perkhidmatan dan khidmat nasihat. Contoh : KFC memberikan latihan kepada francaisi sebelum francais dijalankan.

BANTUAN KEWANGAN TURUT DISEDIAKAN OLEH FRANCAISOR. -Francaisor akan menyediakan bantuan kewangan kepada francaisi yang mengalami kekurangan modal . -Pinjaman daripada pihak bank juga mudah kerana francais sudah mempunyai nama yang kukuh . JENAMA KELUARAN ATAU IMEJ PERNIAGAAN SUDAH MANTAP -Nama dan imej francais sudah mantap dan dikenali ramai . KAEDAH MENJALANKAN URUS NIAGA TERBUKTI -Kejayaan francais yang terdahulu dapat dijadikan kayu pengukur ( benchmarking) oleh francaisi. BOLEH MENERIMA BANTUAN BERTERUSAN -Bantuan secara berterusan dari segi kawalan perbelanjaan , pemasaran , dan khidmat nasihat oleh francaisor . -Francaisor memberikan bantuan kepada francaisi secara berterusan. BERISIKO RENDAH -Risiko perniagaan adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan memulakan perniagaan sendiri. Kejayaan francais telah terbukti dan pelanggan telah mengenali produk francais.

KEBAIKAN FRANCAIS KEPADA FRANCAISOR Dapat menikmati faedah ekonomi bidangan. Francaisor dapat menikmati ekonomi bidangan dari aspek pembelian bahan mentah. Pembelian bahan mentah secara pukal oleh francaisor dapat mengurangkan kos dan seterusnya dapat disebarkan kepada francaisi.

MELUASKAN PASARAN -Francaisor dapat meluaskan pasaran ke merata tempat dengan pembukaan francais oleh francaisi. -Oleh itu jenama, imej, nama baik perniagaan dan produk yang ditawarkan boleh diperkenalkan ke serata tempat . JAMINAN KUALITI -Francaisor menjamin kualiti barangan yang dipasarkan oleh francaisi mengikut syarat yang ditetapkan . -Kualiti barang dan perkhidmatan akan dipatuhi oleh francaisi dan imej francais dapat dikekalkan. PENDAPATAN YANG LEBIH TINGGI -Pembayaran royalti dan yuran daripada francaisi

-Semakin banyak francais yang dibuka , semakin tinggi jualan dibuat dan royalti yang akan diterima oleh francaisor meningkat . TIDAK PERLU MENGELUARKAN MODAL -Modal tidak perlu dikeluarkan oleh francaisor untuk membuka francais . Francaisi akan mengeluarkan modal . KOS DIAGIHKAN -Kaedah pemasaran yang diselenggarakan oleh francaisor akan menjimatkan kos . Kos promosi dan pemasaran akan disebarkan oleh francaisi . -KELEMAHAN FRANCAISKUASA KAWALAN TERHAD -Francaisi mempunyai kuasa kawalan yang terhad kerana sebahagian besar daripada kuasa membuat keputusan masih dipegang oleh francaisor. YURAN YANG TINGGI -Francaisi dikehendaki membayar yuran pendahuluan yang tinggi kepada francaisor untuk mendapatkan hak dan lesen menjalankan perniagaan .

IMEJ CAWANGAN LAIN YANG TERJEJAS -Imej cawangan yang terjejas akan memberikan kesan kepada francaisi yang lain . SISTEM KAWALAN LUARAN YANG LEMAH - Sistem kawalan luaran yang lemah kerana tiada akta khusus yang digubal untuk mentadbir operasi perniagaan francais . TIADA MAKLUMAT TERKINI -Ketiadaan maklumat yang terkini dan pendedahan yang luas berkaitan francais menyebabkan bakal usahawan sukar mendapat maklumat. PERIKATAN STRATEGIK -Merujuk kepada satu kerjasama atau penggabungan antara dua atau lebih firma untuk mengembangkan firma secara cepat dan cekap di samping mendapatkan keuntungan . -Penggabungan teknologi, keluaran , kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki firma berupaya meningkatkan kebersaingan firma dalam pasaran . KEBAIKAN PERIKATAN STRATEGIK -Peluang untuk mencapai kejayaan lebih tinggi . -Setiap firma akan berusaha untuk mencapai kejayaan . -Risiko kerugian adalah rendah . -Modal pelaburan yang tinggi . -Memiliki kepakaran yang tinggi . -Mengurangkan persaingan antara firma. KELEMAHAN PERIKATAN STRATEGIK Perbalahan antara ahli . Rahsia perniagaan sesebuah firma mudah terbongkar . Kesukaran untuk mencapai kesepakatan. Tidak mempunyai jangka hayat yang kekal . Ketidakselarasan dari aspek kaedah pengurusan yang digunakan .

KAEDAH PERIKATAN STRATEGIK Usaha sama Perlesenan Pengeluaran secara kontrak Pemilikan bersama Pengurusan secara kontrak USAHA SAMA. Dibentuk oleh firma-firma yang ingin memasarkan barang atau perkhidmatan mereka dalam pasaran domestik dan antarabangsa. Keuntungan yang diperoleh diagihkan mengikut jumlah modal yang telah dilaburkan. Penekanan dalam membentuk usaha sama : - Pihak yang menanggung kos pengendalian . - Nisbah pembahagian untung dan rugi . -Tempoh perjanjian - Cara pembubaran -Pemilihan wakil - Hak ke atas paten dan jenama - Kerahsiaan maklumat perniagaan PERLESENAN Pembentukan perjanjian antara pemegang lesen dengan penerima lesen bagi membolehkan penerima lesen memasuki suatu pasaran asing melalui tanggungan risiko yang minimum . Pemegang lesen berhak terhadap aspek : -Proses pengeluaran - Cap perdagangan - Paten - Rahsia perniagaan

PENGELUARAN SECARA KONTRAK Pengeluran secara kontrak berlaku apabila sebuah syarikat pengeluaran tempatan mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat asing untuk mengeluarkan barang atau perkhidmatan di loji pengeluaran di negara asing . Hasil pengeluaran syarikat penerima kontrak akan diimport kembali oleh syarikat pemberi kontrak .

Pengeluaran secara kontrak : -Memperoleh bekalan tenaga kerja -Memperoleh bekalan bahan mentah . -Menerima galakan insentif daripada kerajaan -Menikmati pengecualian cukai PEMILIKAN BERSAMA Melibatkan kerjasama antara syarikat tempatan dengan pelabur asing . Melibatkan perkongsian hak milik dan kawalan dari aspek pengurusan sesebuah organisasi perniagaan Wujud selaras dengan dasar politik dan ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan . PENGURUSAN SECARA KONTRAK Firma tempatan akan membekalkan modal dan mengeksport perkhidmatan pengurusan . Merupakan cara yang berisiko rendah untuk memasuki pasaran asing . Keuntungan pada peringkat awal akan dikecapi . Kaedah perikatan ini akan menjadi lebih menarik jika firma yang membekalkan perkhidmatan pengurusan dibenarkan membeli saham dalam syarikat tersebut pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai