Anda di halaman 1dari 23

PAKK2363D

STRATEGI MEMULAKAN
PERNIAGAAN
6 Disember 2022
Kuliah 8-10 malam
STRATEGI MEMULAKAN
PERNIAGAAN

1. Memulakan sendiri
2. Mengambilalih perniagaan sedia ada
3. Francais
4. Pakatan stratregic
1. MEMULAKAN SENDIRI


Usahawan membina pernigaan baharu bermula dari awal lagi.
Idea- idea untuk memulakan perniagaan baharu:
Pasaran baharu - menyediakan produk atau perkhidmatan yang tiada dalam pasaran tatapi
wujud di pasaran lain.

Teknologi baharu – melibatkan proses baharu yang teknikal iaitu memperkenalkan konsep
e-dagang yang mana pesanan boleh dilakukan melalui internet.

Faedah baharu – menggantikan cara lama dengan kaedah yang lebih baik atau produk yang
ditambah nilai contohnya menghasilkan kertas daripada bahan-bahan terbuang seperti
jerami, menggunakan swipe-card bagi menggantikan punch-card bagi mencatat kehadiran.
Kebaikan dan Keburukan
Kebebasan membuat
Tiada tekod perakaunan keputusan sendiri lama sebagai rujukan

Lokasi strategik
Tiada pelanggan sedia menguntungkan perlu mencari pelanggan

Berpeluang membngunkan baru imej perniagaan

Sukar menembusi pasaran kerana persaingan sengit.


2. MENGAMBIL ALIH PERNIAGAAN
SEDIA
ADA
•Bermaksud membeli perniagaan orang lain, mengganti atau mewarisi perniagaan
keluarga yang telah sedia wujud dengan mengambil alih pengurusannya atau
menjadi rakan kongsi perniagaan.
Faktor- faktor yang perlu diambil kira sebelum
mengambil alih sesebuah perniagaan adalah seperti
berikut:
1) Persaingan

Tahap persaingan perlu dikaji dan damati sebelum membeli sesebuah perniagaan.

2) Keadaan pasaran

Keadaan pasaran semasa perlu melalui proses bancian, kajian, pemerhatian dan soal
selidik terutama ke atas perniagaan pesaing serta memastikan potensi perniagaan
untuk terus berkembang atau sebaliknya.
• 3) Pembangunan masyarakat pada masa hadapan

Pembangunan masyarakat akan memberi kesan secara tidak langsusng kepada


sesebuah perniagaan.

4) Komitmen undang - undang

Bakal pembeli hendaklah menyelidik berkaitan dengan liabiliti atau hutang yang
masih ditanggung oleh perniagaan yang bakal diambil alih seperti cukai tertunggak,
sewa tertunggak dan lain-lain.
• 5) Bamgunan dan kemudahan fizikal perniagaan

Keadaan dan kualiti bangunan serta kemudahan fizikal hendaklah dinilai dengan
teliti termasuk aspek penyelenggaraan.

6) Harga keluaran

harga barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan hendaklah


dibandingkan dengan harga pesaing dari semasa ke semasa.
• 7) Harga yang boleh ditawarkan

Usahawan harus memastikan kos pengambilalihan perniagaan adalah lebih rendah


jika dibandingkan dengan memulakan perniagaan baharu sendiri.
Kebaikan dan keburukan

Pelanggan sedia ada


Rekod perniagaan
Rekod perniagaan yang buruk terbukti
Lokasi yang tidak
Lokasi perniagaan strategik
Imej perniagaan yang tercemar
menanggung beban hutang perniagaan terdahulu
3. FRANCAIS
Satu kaedah pemasaran sesuatu barang atau membolehkan syarikat induk (francaisor)
memberi hak memasarkan barang atau perkhidmatan tersebut kepada usahawan
(francaisi) dan sebagai balasan, usahawan perlu membayar yuran francais dan royalty
kepada syarikat induk.
• Kebaikan:
Reputasi dan imej yang diketahui
Diberi sokongan kewangan
Risiko perniagaan yang rendah

Kelemahan:
Yuran untuk memohon lesen perniagaan agak tinggi
Francaisor terpaksa membayar royalty kepada francaisor, dan biasanya dalam
amaun yang agak tinggi
Francais Berformat
• FRANCAISI BERHAK MENGGUNAKAN HARTA INI TELAH MILIH
FRANCAISOR SEPERTI LOGO, JENAMA DAN TANDA DAGANG SERTA
SEMUA STRATEGI YANG DIRANGKA OLEH FRANCAISOR UNTUK
MENJALANKAN PERNIAGAAN.
CONTOHNYA, SYARIKAT KFC DAN
MCDONALD’S
PRINSIP 5C
KELEBIHAN DAYA SAING(COMPETITIVENESS)
KEBERSIHAN(CLEANLINESS)
KESELESAAN(CONVENIENCE)
KEMESRAAN(COURTESY)
KESERAGAMAN(CONSISTENCY)
Francais Pengilang Produk
FRANCAISI MENGELUARKAN SESUATU BARANG MENGIKUT FORMULA,
RESIPI, ATAU REKA BENTUK DAN KEMUDIANNYA MEMASARKAN
BARANG TERSEBUT MENGGUNKAN SISTEM PEMASARAN YANG
DISEDIAKAN OLEH FRANCAISOR.

CONTOHNYA, THE COCA-COLA COMPANY.


Francais Lesen Bertanda Dagang
• FRANCAISI DIBERI LESEN UNTUK MENJUAL BARANGAN DAN DIBERI
GANJARAN, BIASANYA DALAM BENTUK KOMISEN OLEH FRANCAISOR.

TAHAP PENGLIBATAN FRANCAISOR DALAM PERNIAGAAN FRANCAISI


ADALAH RENDAH, IAITU SEKADAR MEMASTIKAN AUDIT PULANGAN
ATAS
JUALAN DILAKUKAN SECARA BETUL DAN MUNASABAH

CONTOHNYA, PERNIAGAAN YANG MENJUAL BARANG WATAK WALT


DISNEY SERTA PRODUK BERJENAMA PIERRE CARDIN DAN DUNHILL.
Francais Pengedaran
FRANCAISI DIBERI KUASA MONOPOLI UNTUK MEMASARKAN BARANG
KELUARAN FRANCAISOR SECARA EKSKLUSIF DENGAN MENGIKUT
PERATURAN DAN KAEDAH YANG DITENTUKAN OLEH FRANCAISOR.

CONTOHNYA, PERNIAGAAN STESEN MINYAK PETRON YANG BERASAL


DARI FILIPINA.
Francais Penganjur

FRANCAISI BERTINDAK SEBAGAI EJEN PROMOSI UNTUK BARANG


FRANCAISOR DAN FRANCAISI AKAN MEMBELI PELBAGAI JENIS
KELUARAN DARIPADA FRANCAISOR UNTUK DIJUAL DI PREMISNYA.

TAHAP PENGLIBATAN FRANCAISORM DALAM PERNIAGAAN FRANCAISI


ADALAH TINGGI,TERMASUKLAH ASPEK PENYEDIAAN MODAL, BAHAN
MENTAH, KEPAKARAN PENGURUSAN DAN PEMASARAN.

CONTOHNYA, KESAI SERBANEKA G-MART DI BAWAH

PERNAS EDAR SDN. BHD.


4. PAKATAN STRATEGIK
• Perniagaan yang dijalankan hasil Kerjasama antara dua atau lebih syarikat yang
bertujuan mendapat teknologi produk, kemahiran dan pengetahuan pada peringkat
tempatan (domestic) atau antarabangsa.
• Kebaikan:
Persaingan dalam sesebuah industri dapat dikurang
Penggabungan sumber kewangan dapat mengukuhkan kedudukan kewangan
perniagaan

Kelemahan:
Konflik kepentingan mungkin timbul antara perniagaan yang terlibat
Risiko kebocoran rahsia perniagaan agak tinggi
Usaha Sama
• Usaha sama terdiri daripada dua kategori iaitu,
Usaha sama domestik
Usaha sama antara beberapa syarikat tempatan yang melibatkan perkongsian kos,
kepakaran, peralatan dan sebagainya
Usaha sama antarabangsa
Melibatkan usaha sama antara syarikat tempatan dengan syarikat asing bagi
menikmati manfaat daripada perkongsian teknologi, kepakaran, sumber dan
sebagainya
Biasanya dijalankan dengan motif untuk menembusi pasaran negara asing
Pelesenan
• Sebuah syarikat tempatan membuat perjanjian dengan pemegang lesen perniagaan
di negara asing dengan tujuan untuk menembusi pasaran negara asing tersebut.

Pemegang lesen perniagaan akan memberi hak kepada syarikat tempatan untuk
mengunakan proses pengeluaran produknya (syarikat tempatan).

Sebagai balasan,(penerima lesen) perlu membayar yuran dan royalty kepada


pemegang lesan perniagaan tersebut.
Kontrak Pengeluaran
• Sebuah syarikat pengeluar tempatan (pemberi kontrak) bekerjasama dengan syarikat
pengeluar asing(penerima kontrak)untuk mengeluarkan sesuatu produk.

Syarikat penerima kontrak (asing) akan menggunakan bahan mentah dan buruh di
negara sendiri untuk menhasilkan produk yang diperlukan oleh syarikat
pemberi kontrak pemberi kontrak (tempatan) disebabkan kos pengeluaran yang
lebih rendah di negara sendiri.

Produk yang siap akan dihantar balik ke negara syarikat pengeluar tempatan
(pemberi kontrak).

Anda mungkin juga menyukai