Anda di halaman 1dari 20

PASARAN GLOBAL

BAB 9
Information is not knowledge
Albert Einstein.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
• Di akhir bab ini, pelajar akan dapat:
1. Memahami kenapa seseorang usahawan perlu mengembangkan
perniagaannya ke pasaran global.
2. Memahami kepentingan dan kebaikan ke pasaran global.
3. Memahami dan membincangkan kaedah yang boleh digunakan
untuk memasuki pasaran global.
4. Memahami langkah-langkah penting yang perlu diambil sebelum
memasuki pasaran global.
5. Memahami dan membincangkan halangan-halangan ke pasaran
global.
6. Memahami kekangan memasuki pasaran global.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kebaikan Mengembangkan Perniagaan
ke Pasaran Global
i. Melanjutkan kitaran hayat produk
 Seseorang usahawan masih boleh melanjutkan usia kitaran hayat
produk tersebut dengan memperkenalkan produk itu di pasaran
global.
 Contohnya, produk putih seperti televisyen, peti ais masih boleh
dijual di negara-negara maju.
ii. Menambahkan jualan dan keuntungan
 Pasaran tempatan dan pasaran luar negara, maka usahawan dapat
meningkatkan jualan dan keuntungan yang lebih lumayan.
iii. Mengurangkan kos pengeluaran
 Peningkatan dalam kadar pengeluaran produk bagi pasaran
antarabangsa dapat mengurangkan kos purata pengeluaran bagi
seunit produk berkenaan.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kebaikan Mengembangkan Perniagaan
ke Pasaran Global

iv Mengimbangkan kemerosotan jualan di pasaran tempatan


 Jika perniagaan di pasaran tempatan tidak begitu baik, usahawan
dapat menampung kerugian ini dengan jualan perniagaan di pasaran
luar negara.
v. Meningkatkan tahap kualiti produk
 Untuk memasuki pasaran antarabangsa seperti negara Jepun,
Amerika Syarikat dan negara Kesatuan Eropah (European Union),
seseorang usahawan perlu memastikan bahawa tahap kualiti
produknya memenuhi syarat ketat yang telah ditetapkan.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kaedah Ke Pasaran Global
a) Kaedah Pengimportan (import)
 Aktiviti membeli dan membawa masuk produk keluaran luar negara
untuk dijual di pasaran tempatan
 Untuk mendapatkan produk yang tidak dikeluarkan oleh pengeluaran
tempatan.
b) Kaedah Eksport (export)
 Pengeksportan, penghantaran dan penjualan produk dari sesebuah
negara ke negara asing.
 Penting kepada usahawan kerana ia akan dapat meningkatkan
potensi pasaran untuk produk keluaran syarikatnya.
c) Kaedah Pakatan Strategik (strategic alliance)
 Perjanjian tidak formal sehingga perkongsian maklumat dan
usahasama.
 Pakatan strategik memberi syarikat akses kepada tambahan sumber
dan keupayaan dengan berkongsi kos yang tinggi dan risiko
perniagaan.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kaedah Ke Pasaran Global
d) Syarikat Pengurusan Eksport (export management company)
 Menjalankan aktiviti pengeksportan ialah menerusi syarikat
pengurusan eksport, yang juga dikenali sebagai rumah perdagangan
(trading house) .
 Boleh membantu proses pengeksportan dengan menguruskan
segala keperluan butiran yang bermula dengan membuat urusan
perkapalan sehingga ke peringkat mencari pelanggan.
e) Pengedar Asing (foreign distributors)
 Pengedar yang dilantik oleh usahawan atau syarikat dari luar negara
akan menjalankan kesemua aktiviti pemasaran, jualan dan hantaran.
f) Ejen Asing (foreign agents)
 Pengeluar mengekalkan hak ke atas produknya sehingga ia sudah
dihantar kepada pembeli atau pelanggannya.
 Ejen asing akan dibayar komisyen oleh pengeluar.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kaedah Ke Pasaran Global
g) Penubuhan Pejabat Tempatan (setting up a local office)
 Syarikat pengeluar akan menghantar satu atau dua orang yang
mempunyai kebolehan bahasa asing atau kepakaran budaya asing
untuk menubuhkan pejabat.
h) Pengeluaran Kontrak (contract manufacturing)
 Sesuatu syarikat pengeluar akan membenarkan sesebuah syarikat
tempatan untuk mengeluarkan produk itu berdasarkan kontrak atau
perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
i) Usahasama (joint venture)
 Satu perkongsian perniagaan antarabangsa (international business
collaboration) di mana dua atau lebih pihak menubuhkan satu entiti
perniagaan.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kaedah Ke Pasaran Global
j) Pelaburan langsung (foreign direct investment)
 Pelaburan langsung ini biasanya melibatkan hak pemilikan antara 10
peratus sehingga 25 peratus ekuiti atau stok pengundian di syarikat
luar negara tersebut
 Dipilih sebagai salah satu kaedah untuk mengendalikan perniagaan
di negara asing disebabkan faktor-faktor tertentu.
 Faktor pertama-wujudnya halangan perdagangan atau larangan
pengimportan produk tertentu.
 Faktor kedua - kemungkinan negara asing memberikan insentif
kepada firma dari luar negara yang melabur di negara tersebut.
 Cara pertama ialah melalui pembelian sebahagian daripada ekuiti
sesebuah syarikat yang beroperasi di pasaran antarabangsa.
 Cara kedua - menerusi pembelian at au pengambilan bahagian
majoriti syarikat tersebut. kepada syarikat induk.
 Cara ketiga ialah menerusi pembelian aset sesebuah syarikat asing
demi untuk mewujudkan pelaburan langsung.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kaedah Ke Pasaran Global
k) Subsidiari (subsidiary)
 apabila sesebuah syarikat multinasional membuat pelaburan terus
dari segi modal dan personel dengan membuka cawangan di luar
negara ataupun membeli kemudahan dari syarikat asing yang lain.
 Syarikat induk mempunyai kawalan yang sepenuhnya terhadap
operasi perjalanan syarikat.
I) Pelesenan (licensing)
 memberi kebenaran untuk mengeluarkan atau memasarkan satu
jenama atau menggunakan hakcipta, paten dan cara proses untuk
satu produk pengeluaran.
 Pemberi lesen akan mendapatkan ganjaran dalam bentuk yuran dan
royalti hasil jualan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
penerima lesen.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kaedah Ke Pasaran Global
Pelesenan (licensing)
Kelebihan
 Menggunakan modal yang rendah dan mudah untuk memasuki
pasaran antarabangsa.
 Sebagai penyambung hayat kepada produk yang berada dalam
tahap kematangan dalam kitaran hayat produk.
 Royalti dari pemberian lesen ini adalah dijamin dan berjangka
 Mengatasi kos pengangkutan yang tinggi.
 Kadar risiko perniagaan pemberian lesen adalah rendah.
Kelemahan
 Pemohon mungkin hilang minat untuk memperbaharui kontrak
kecuali pemberi lesen mengekalkan minat
 Syarikat pemberi lesen perlu mempunyai teknologi yang unik,
hakcipta tersendiri dan jenama yang mampu menarik perhatian
pengguna antarabangsa.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kaedah Ke Pasaran Global
m) Francais antarabangsa
 Francaisi atau syarikat yang diberikan hak francais ini perlu
memberikan sejumlah yuran francais, royalti, yuran pengurusan,
serta satu peratusan tertentu dari kesemua jumlah jualan yang dibuat
kepada syarikat induk
• Contoh francais Malaysia seperti Nelsons, Smart Reader, Marrybrown
Fried Chicken dan England Optik

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Langkah-Langkah Persediaan Sebelum Memasuki
Pasaran Global
Langkah 1: Menjalankan Kajian Awal (Conduct Initial Research)
 Membuat kajian awal tentang sesuatu pasaran global, bagaimana
keadaan sebenar di negara tertentu, sesuai atau tidak menjalankan
perniagaan di negara tersebut
 Fakta atau maklumat awal mengenai sesebuah negara boleh didapati
menerusi pihak kedutaan jikalau terdapat pejabat kedutaan
Langkah 2: Menjalankan Kajian Fisibiliti (Feasibility Study)
 Aspek strategi kemasukan, faktor kerajaan dan sistem perundangan,
ciri-ciri dan profil pasaran seperti saiz populasi, bandar utama, sosio
ekonomi, budaya masyarakat, bahasa, iklim, kadar pertukaran, kadar
cukai, risiko dan faktor tenaga pekerja.
Langkah 3: Menyediakan Kewangan yang Mencukupi (Secure
Adequate Financing)
 Kewangan yang mencukupi untuk menembusi pasaran yang telah
dijalankan kajian dan penilaian yang menunjukkan bahawa ianya
adalah berpotensi.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Langkah-Langkah Persediaan Sebelum Memasuki
Pasaran Global
Langkah 4: Prosedur Dokumentasi (Documentation Procedure)
 melakukan prosedur dokumentasi bagi tujuan menjalankan
perniagaan di negara berkenaan.
• boleh menggunakan perkhidmatan ejen atau peguam tempatan
untuk menguruskan prosedur dokumen.
Langkah 5: Menyedia dan Melaksanakan Rancangan (Prepare and
Implement the Plan)
 Untuk mencapai matlamat firma yang menembusi pasaran global ini,
penetapan polisi diperlukan untuk dijadikan garis panduan.
 dilaksanakan mengikut jadual waktu yang ditetapkan atau pelan
implementasi yang menunjukkan kerja-kerja tertentu dan siapa yang
bertanggungjawab melakukannya.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Halangan-Halangan Perniagaan Global
a) Tarif (tariffs)
 sekatan perniagaan yang berbentuk cukai ke atas barang-barang
import
 digunakan untuk meningkatkan harga barangan yang diimport dan
mengekalkan barangan keluaran tempatan
 Tarif spesifik - sejumlah cukai tetap yang dikenakan ke atas setiap
unit barang yang diimport.
 tarif ad-valerom - cukai yang dikenakan berdasarkan nilai barang
yang diimport.
b) Kuota (quota)
 sekatan ke atas jumlah barang yang diimport iaitu dalam jumlah
kuantiti barang yang diimport.
 Kuota yang dikenakan oleh sesuatu negara akan menyekat kuantiti
barang-barang yang diimport tetapi tidak meningkatkan pendapatan
kerajaan.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Halangan-Halangan Perniagaan Global
c) Subsidi eksport (export subsidy)
 bayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada pengeksport supaya
dapat menurunkan kos pengeluaran mereka dan seterusnya dapat
menurunkan harga barang eksport mereka.
d) Kawalan tukaran mata wang asing (foreign exchange control)
 Mata wang sesebuah negara akan
 dibeli oleh para pengimport jika mereka ingin mengimport barang-
barang dari negara tersebut kepada para pengimport.
e) Embargo
 Embargo dikenakan oleh sesetengah negara ke atas sebuah negara
lain sama ada import atau eksport terhadap semua kategori produk
tanpa mengira destinasi.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Halangan-Halangan Perniagaan Global
f) Mencegah longgokan (anti-dumping)
 Barangan seperti baju-pakaian, kasut dan keperluan-keperluan lain
pengguna dapat dikeluarkan secara banyak dan murah di China,
vietnam, India dan lain-lain lagi.
 Barangan ini kemudiannya dijual dengan murah di pasaran
antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Great Britain dan Kanada.
g) Blok perdagangan
 Penubuhan North American Free Trade Area (NAFTA) dan Kesatuan
Eropah (EU) oleh beberapa buah negara adalah bertujuan untuk
menjaga kepentingan bersama dengan mewujudkan blok
perniagaan.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kekangan untuk Memasuki Pasaran Global
a) Sosiobudaya
 Budaya, agama, adat resam, citarasa dan faktor-faktor lain penting
mengenai masyarakat di sesebuah negara
 kemahiran, persepsi sosial, tabiat kerja yang cekap dan perhubungan
antara perseorangan yang baik diperlukan dalam pengurusan di
peringkat antarabangsa.
 Contohnya isu sama ada sesuatu produk itu halal atau tidak adalah
perkara yang penting bagi pasaran di negara Islam seperti Malaysia
dan negara-negara Timur Tengah
b) Kekurangan atau keterhadan modal
 memerlukan modal yang amat besar dan jumlah modal adalah
berbeza mengikut strategi yang digunakan
 Tingkat-tingkat modal yang diperlukan dalam perniagaan global
adalah eksport, perjanjian kontrak, pelesenan, francais, usahasama,
subsidiari dan loji pengeluaran.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kekangan untuk Memasuki Pasaran Global
c) Politik dan perundangan
 Memastikan bentuk sistem politik yang diamalkan sama ada
berdasarkan sistem komunisme (China),sosialis (Cuba), demokrasi
secara penuh (Amerika Syarikat), dan sebagainya
 perlu mengetahui perkara seperti jenis dan skop akta, un dang-un
dang percukaian dan peraturan-peraturan lain mengenai pengurusan
sumber manusia dan sebagainya
d) Perubahan ekonomi
 Perubahan ekonomi dunia akan memberikan kesan yang ketara
kepada syarikat yang operasinya bergantung kepada negara yang
terlibat dengan operasi perniagaan yang dijalankan
 Kemerosotan nilai mata wang akan mengakibatkan berlakunya inflasi
dan memberi kesan buruk kepada perniagaan.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kekangan untuk Memasuki Pasaran Global
e) Sifat patriotisme
 rakyat dalam sesebuah negara lebih mementingkan barang keluaran
dari negara mereka sendiri.
 Contohnya, rakyat Iran dan negara-negara Islam yang lain mungkin
mempunyai sentimen "anti-American" yang kuat sudah pasti tidak
akan membeli at au membenarkan produk dari firma Amerika
Syarikat
f) Teknologi
 Setiap negara mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk
mencapai kemajuan teknologinya yang tersendiri.
 jika sesebuah syarikat membawa masuk teknologi yang mempunyai
tingkat teknologi yang rendah atau yang kurang sesuai dengan
tingkat teknologi yang sedia ada di negara itu, ini akan memberikan
kesan yang buruk kepada syarikat

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN


Kesimpulan
 Pasaran global menyediakan peluang yang terbesar sekali untuk
seseorang usahawan mengembangkan perniagaannya
 seseorang usahawan yang sudah berjaya dalam pasaran tempatan
sepatutnya meninjau dan memikir tentang pengembangan
perniagaannya ke pasaran global.

BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN

Anda mungkin juga menyukai