Anda di halaman 1dari 12

Tutorial 3- Huraikan kriteria yang

perlu dipertimbangkan sebelum


memilih francaisor
1 .Modal yang diperlukan amat tinggi.
Kos untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan bantuan dari francaisor
adalah tinggi dan francaisi perlu membayar kos-kos seperti :-
1.1 Yuran Francais
• Dimana yuran francais adalah dalam satu jumlah yang besar dan tidak
dikembalikan. Francaisi juga perlu membayar kos sewa, deposit, pembelian aset
dan pengubahsuaian kedai.
1.2 Royalti Bulanan
• Royalti dibayar mengikut peratus jualan bulanan. Francaisi perlu membayar royalti
walaupun tidak memperolehi keuntungan, walaupun francaisor tidak membantu
perniagaan francaisi kerana francaisi menggunakan jenama francaisor tersebut.
• Di Malaysia, terdapat isu berkenaan bayaran royalti ini di mana agensi kerajaan
iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) mengarahkan supaya pembayaran royalti
tidak lebih dari 5% jumlah jualan bulanan francaisi.
1.3 Yuran Iklan
• Yuran iklan yang dibayar digunakan oleh francaisor untuk mengiklankan
jenama produk atau perkhidmatan dan untuk menarik lebih ramai francaisi.
Tambahan, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar
menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal
usahawan menceburi dan memasuki pasaran seperti ini.
2 Tidak memberi kebebasan kepada francaisi.
Untuk menjaga keseragaman, francaisor akan mengawal perniagaan francaisi. Berikut
adalah beberapa perkara berkaitan perjanjian francais:
2.1 Pemilihan Lokasi
• Francaisor akan memilih lokasi yang difikirkan sesuai dengan perniagaannya dan lokasi
tersebut mungkin tidak sesuai dari sudut pandangan francaisi. Di dalam banyak kes,
francaisi akan mencadangkan lokasi kepada francaisor. Francaisor akan melawat lokasi
tersebut dan memberi pendapatnya samaada sesuai atau tidak. Jika tidak, Francaisor
akan membantu mencari kawasan yang difikirkan strategik.

2.2 Hiasan Dalaman & Konsep Perniagaan


• Terdapat francaisor yang akan menukar hiasan dalaman dan konsep perniagaan
mengikut musim. Jadi, kos renovasi dan pengubahsuaian tersebut mungkin tidak mampu
untuk ditanggung oleh francaisi. Kebiasaanya, francaisor akan selalu menukar konsep
perniagaan, uniform & sistem komputer.
2.3 Kawalan Penjualan Produk dan Perkhidmatan
• Francaisor akan mengawal setiap produk dan perkhidmatan perniagaan
francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh menjual produk / perkhidmatan
selain daripada francaisor. Ada juga kes dimana francaisor menghadkan
bilangan stok yang dijual. Misalnya baju saiz S, francaisor hanya
membekalkan 10 helai sahaja.

2.4 Kawalan ke atas Hak Wilayah (Territorial Rights)


Kawalan ini untuk menggelak daripada bersaing dengan francaisi lain.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghalang francaisi membuka
cawangan lain atau berpindah ke lokasi lain. Francaisor juga ada hak untuk
menghalang francaisi membuat website sendiri.
2.5 Kawalan Dalam Menggendalikan Operasi Perniagaan
• Francaisor mengawal waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan
serta promosi dan juga prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal
sehingga francaisi tidak dapat memberi diskaun kepada pelanggan.
Pengedar juga perlulah dari pengedar yang diluluskan oleh francaisor,
walaupun francaisi boleh mendapatkan barang dari pengedar yang lebih
murah.
3. Pemilihan Francaisor perlu dilakukan dengan teliti.
• Kelemahan akta dan peraturan sedia ada menjadi duri dalam
daging kepada pembangunan industri francais di Malaysia dan
perlu dicungkil segera supaya tidak menjejaskan kemajuannya.
• Keadaan berkenaan timbul kerana ketiadaan dokumen zahir atau
prospektus disediakan untuk membolehkan pemohon (bakal
francaisi) mengetahui maklumat terperinci tentang francaisor dan
produknya. Apa yang berlaku sekarang, perkara tersebut dipandang
ringan serta ketiadaan garis panduan khas disediakan kerajaan
menyebabkan penyediaan prospektus dilakukan secara sambil lewa
dan bakal mengundang masalah.
• Perlu ada prospektus yang lengkap untuk memberikan penerangan
sejelas-jelasnya kepada francaisi tentang latar belakang francaisor,
prestasi kewangan, status perundangan, potensi francais dan
beberapa maklumat lagi.
• Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur
dan tamak. Misalnya, pada peringkat permulaan, pihak francaisor
memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais
kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan
di kawasan yang kurang membangun. Apabila perniagaan francais
berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan terkenal, pihak
francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri.
Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu sekali merugikan francaisi
yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.
4 Perlu komitmen yang tinggi daripada francaisi.

• Masalah-masalah itu berlaku akibat francaisi tidak mempunyai


pengetahuan dan persediaan yang cukup melibatkan diri dalam
perniagaan berkenaan. Francaisi bukan sahaja sekadar
mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan modal dan perlu
memenuhi pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan,
komitmen, kemampuan dari mental dan fizikal, memiliki
kepercayaan kepada produk serta sentiasa menjalankan
penyelidikan.
5 Penamatan dan pembaharuan kontrak
• Kontrak francais akan tamat sekiranya francaisi melanggar perjanjian
francais. Kontrak ini sah untuk tempoh masa yang telah dipersetujui;
tiada jaminan atas pembaharuan kontrak.
5.1 Penamatan Kontrak
• Francaisor boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal
membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan dan
lain-lain sebab yang munasabah. Segala pelaburan francaisi akan hilang
apabila kontrak tamat. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah
untuk 5 tahun. Adalah dinasihatkan francaisi untuk memastikan pulangan
modal francaisi tidak sampai 5 tahun. Maksudnya, dalam tempoh 5 tahun
pastikan anda mendapat semula pelaburan anda.
• 5.2 Pembaharuan Kontrak
• Pembaharuan kontrak tidak berlaku secara otomatik. Segala terma dan
syarat mungkin akan berubah. Antaranya kenaikkan kadar bayaran royalti,
membuat pengubahsuaian kedai, menggurangkan hak wilayah dan kawalan
atas jualan. Semua pembaharuan ini berkemungkinan untuk memberi
peluang kepada francaisi lain.

Anda mungkin juga menyukai