Anda di halaman 1dari 3

PERANAN GURU SEBAGAI "PHYSICAL ENVIRONMENT DESIGNER"

Sebagai seorang guru, beliau perlulah mengajar murid-murid di sekolah tanpa


mengambil kira kelas sosial dan harus bijak mengendalikan kelas sosial yang wujud di kelas
supaya satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan
menjadi menyeronokkan. Contohnya, seorang guru seharusnya memastikan murid-
muridnya ditempatkan dalam satu kumpulan murid dari pelbagai latar belakang semasa
melakukan sesuatu aktiviti kumpulan. memberi peluang kepada murid-murid untuk
berinteraksi,membantu guru mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan.

unsur bias kepada mana-mana jantina mesti dielakkan supaya dapat memberi
peluang pendidikan yang saksama kepada semua murid tanpa mengira kaum dan jantina.
Bagi murid yang menghadapi kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup
dengan kecelaruan sedemikian.

Sebagai seorang guru, beliau perlu menunjukkan teladan yang baik kepada murid.
Contohnya, guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan sentiasa berdisiplin
dalam apa jua hal pun. Hubungan guru dengan murid dapat dipereratkan lagi dan ini akan
mendorong kepada p&p yang menarik dan berkesan. Guru seharusnya tidak melengah-
lengahkan waktu untuk memulakan p&p. bersikap adil kepada semua, hukuman berbentuk
deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan hubungan guru dengan murid
akan renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran.

MEMPELBAGAIKAN STRATEGI PDP

Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak
terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan
cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan
memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang
sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid
untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka

Selain daripada itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri
sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing untuk
memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid lain.
Ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh
dalam setiap perkara yang dilakukannya

Hubungan guru dengan murid akan erat dan ini akan meningkatkan minat murid
untuk meneruskan pembelajaran mereka.Seterusnya, guru bertanggungjawab untuk
membina persefahaman di antara setiap murid yang berlainan latar belakang. Langkah-
langkah pencegahan perlu dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti yang tidak
diingini seperti pergaduhan antara kaum, mengejek dan menghina di antara satu sama lain
dan sebagainya. Oleh itu, aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan,
nilai dan agama perlu dirancang dengan teliti bagi menaburkan persefahaman di antara
setiap murid.

Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua
lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan
impak terhadap pembelajaran. mengambil bahagian dalam PnP.
Sekolah

Memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid untuk melibatkan diri dalam kegiatan
sosiobudaya mengikut pilihan pelajar berdasarkan kepada minat dan keupayaan masing-
masing melalui penglibatan dalam persatuan dan pertandingan dan juga sambutan perayaan
bagi setiap kaum

(b) Memberi pendedahan kepada murid tentang isu-isu penting berkaitan dengan
pembangunan negara melalui kegiatan-kegiatan khidmat masyarakat seperti dengan
melakukan aktiviti gotong royong, menderma bahan bacaan di pusat sumber dan pelabagai
lagi aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah .

(c) Mencungkil dan memajukan bakat-bakat terpendam murid dalam bidang kebudayaan
dan sukan. Di samping itu, dapat mempertingkatkan minat dan bakat kecemerlangan yang
sudah wujud.

Sumber-sumber fizikal atau infrastruktur adalah seperti pejabat, pusat sumber sekolah
(PSS), bilik darjah, kerusi dan meja, makmal, kantin, padang permainan, kawasan
rekreasi , sudut-sudut pembelajaran memainkan peranan dalam membentuk sekolah yang
dapat mengintegrasikan kaum dengan baik .

Kurikulum
Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti
amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara
tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan
akhlak budi pekerti, hubungan rapat di antara warga sekolah dan sebagainya. Nilai,
norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah
akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup
murid.

Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti
berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya. Menyertai aktiviti kokurikulum juga
membolehkan para pelajar mengenali dan memahami budaya dan adat resam kaum-kaum
lain di Malaysia. Hal ini juga dapat mewujudkan rasa bangga dalam kalangan pelajar dengan
budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti
kokurikulum, seseorang pelajar dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan otak serta
dapat membina keyakinan diri dalam mengharungi kehidupan dan ini juga secara tidak
langsung akan mengurangkan berlakunya gejala sosial yang melibatkan pelajar kerana masa
lapang pelajar telah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada
banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu,
Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Dengan
ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka. Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum,
perpaduan kaum dapat diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai
kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak
mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar
yang cemerlang
TUJUAN PROGRAM

Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)merupakan satu program


khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan muridyang berbilang bangsa, etnik, budaya,
dan agama. Perpaduan adalah tunggak kekuatan dan kestabilan sesebuah negara dengan
sebab ini kerajaan telah memberiperuntukan yang banyak bagi tujuan mewujudkan
keamanan, keharmonian danperpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mancapai tujuan
tersebut RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu
dikalanganpelajar sejak mereka di bangku sekolah lagi. RIMUP ini adalah satu usaha yang
berterusan bukan sahaja dalam program khas ini, tetapi juga diaplikasikan dalamrancangan
pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di dalam kelas..

Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam Teras Satu Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa.Pembinaan Negara Bangsa tidak
akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman,pemuafakatan, perpaduan, serta kerjasama
dikalangan semua rakyat yang ada dalamNegara Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik,
budaya dan agama.

Objektif

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta


wargasekolah.

Mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, serta suasana harmonidikalangan semua


peserta secara sedar dan terancang.

Melahirkan semangat persefahaman dan semangat toleransi dikalangan muridserta


semua yang terlibat.

Berkongsi kebudayaan, kemudahan, peralayan, tenaga, dan kepakaran,kegembiraan,


keseronokan dikalangan semua pelajar dan peserta yang terlibat dalamsemua acara yang
diikuti bersama.

Anda mungkin juga menyukai