Anda di halaman 1dari 2

Rusa Yang Malang

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada


Yang dihormati, pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana dan murid-murid yang saya
kasihi sekalian. Berdirinya saya disini, adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
“Rusa Yang Malang”. Ish….ish….ish…. Kesian…. Dengar ya…..

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor rusa bersama- sama binatang- binatang yang lain.
Rusa itu terlalu sombong dan angkuh. Tanduknya amat cantik dan sering dipuji.

“Wah, cantik sungguh tanduk kau rusa!” kata pelanduk.


“Tidak seperti tanduk Si Kerbau. Dah lah pendek, hodoh pula tu….” Celah Si Tupai pula.
Si Rusa berasa sangat gembira apabila rakan- rakannya memuji dan sering membandingkan
tanduknya dengan tanduk Si Kerbau.

“Lihat lah… lihat lah…. Lihat lah tanduk aku yang cantik ini. Tanduk aku, tiada pada sesiapa….Ha!
Ha Ha ha ha” Ketawa Si Rusa sekuat- kuatnya.

Pada suatu hari, Si Kerbau sedang berjalan- jalan dengan Si Arnab. Dalam perjalanan,
tiba- tiba mereka berjumpa dengan Si Kancil yang sedang berlari sekuat- kuatnya. Kerbau pun
menegur Si Kancil.

“Hai kancil, kenapa kau lari macam dikejar harimau?”, Tanya Si Kerbau.
“Aku….aku….aku terserempak dengan pemburu. Pemburu itu mahu menembak aku”, kata Si
Kancil dengan nada tercungap- cungap.

Kerbau dan arnab yang mendengar berita itu, terus sahaja berpatah balik. Sudah banyak
berita yang mereka dengar mengenai kedatangan pemburu haram yang datang untuk memburu.
Pemburu itu amat suka pada tanduk- tanduk rusa yang mahal.

“La….la…..la…la….”, Rusa bernyanyi- nyanyi kecil. Dia berjalan dengan riang sambil menggoyang-
goyang tanduknya. Rusa amat degil dan terus keluar bersiar- siar walaupun sudah berkali- kali
dinasihati oleh rakan- rakannya. Dia berjalan sehingga ke muara sungai.

“Wah, cantik sungguh tanduk aku ini! Sudahlah cantik, panjang pula tu”, kata Si Rusa sambil
menggoyang- goyangkan tanduknya. Terlihat olehnya tanduk itu di permukaan air. Tiba- tiba,
Rusa terus melompat. Dipandangnya kiri dan kanan.

“Wahai kaki, kenapalah engkau kecil! Sudahlah kecil, panjang pula tu. Aku malu mempunyai kaki
seperti ini”, kata Si Rusa sambil menghentak- hentak kakinya. Rusa berasa sangat tidak puas
hati mempunyai kaki yang kecil dan runcing. Dia terus berfikir- fikir…..

Tiba- tiba, Rusa terdengar bunyi salakan anjing. Dia berasa terkejut.
“Woo….woo….woo…woo…”, anjing itu terus menyalak. Dari jauh, kelihatan anjing bersama dengan
pemburu. Anjing itu terus berlari ke arah rusa. Rusa yang masih terkejut terus berlari tanpa
berfikir panjang.

“Aduh, sakitnya!”, kata Si Rusa sambil meronta- ronta.


“Tolong!... Tolong!.... Tolong!.... Tanduk aku tersangkut pada dahan. Tolonglah aku….”, kata Si
Rusa lagi.

Ha, kawan- kawan! Nak tahu dak apa yang berlaku pada Si Rusa? Nak tahu tak?????......

Tapi malangnya, tiada siapa yang mendengar pekikan rusa itu. Dilihatnya, anjing
pemburu semakin menghampiri. Dia terus berusaha melepaskan diri. Tetapi, rusa tidak dapat
berbuat apa- apa. Tanduknya yang cantik itu telah menjerat dirinya sendiri.

Ha, kawan- kawan! Ingat ya…. Terdapat tiga pengajaran yang ada di dalam cerita ini.
Kita mestilah bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita.
Kita juga janganlah menyakiti hati orang lain.
Kita tidak boleh berlagak sombong dan meninggi diri.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai