Anda di halaman 1dari 1

Si Rama-rama yang Angkuh

Salam sejahtera, saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, yang arif lagi bijaksana
para hakim yang budiman, yang dikasihi guru-guru yang tidak jemu mendidik anak
bangsa serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “
Si Rama-rama yang Angkuh ”.

Pada suatu pagi yang cerah, kelihatan seekor rama-rama sedang terbang sambil
menyanyi dengan gembira. “la….la…” “Hai, lihatlah, begitu cantik badan aku!”
“Aku paling cantik di sini”. Yeah!

Dia ingin menunjukkan kecantikannya kepada semua unggas dan binatang di


taman bunga itu. Sedangkan rama-rama terbang, dia ternampak seekor katak sedang
melompat-lompat sambil mengejar serangga kecil. Rama-rama segera hinggap di atas
pokok renek. Dia ingin berbual-bual dengan katak.

“Wahai katak, mengapakah rupa kau sungguh hodoh? Kau lihat aku, jadi pujaan
ke mana-mana sahaja aku pergi,” kata rama-rama. “Walaupun rupaku hodoh, namun
aku sahabat baik manusia. Aku suka makan nyamuk yang menggigit manusia. Kau
jangan sombong, rama-rama,” kata katak.

“ Buat apa jadi sahabat manusia? Mereka tidak mengenang jasa. Manusia
bersikap “ habis madu sepah dibuang”. Ramai kawanku yang ditangkap oleh manusia
dan diawetkan. Mereka dengki melihat kami terbang menghiasi alam,” kata rama-rama.

“ Jangan begitu. Kita mesti mengamalkan sikap seperti aur dengan tebing,
barulah kita boleh berjaya,” kata katak. “Eh…, aku tak suka!” Rama-rama ingin
beredar, namun dia terlanggar sarang labah-labah. “ Tolong…tolong…! Lepaskan aku.”
Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri.

Seorang kanak-kanak yang kebetulan sedang bermain ternampak rama-rama itu.


Dia melepaskan rama-rama daripada perangkap sarang labah-labah itu. Sejak peristiwa
itu, rama-rama telah berubah dan tidak bersikap sombong lagi.

Kawan-kawan, kita janganlah bersikap sombong dan sentiasa mengenang budi


kepada orang yang telah membantu kita. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai