Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM KECEMERLANGAN PRASEKOLAH ZON PINTAS PUDING

2018

NAMA PESERTA : NURIN IZZARA BT WAHID

SEKOLAH           : KELAS MUTIARA KASIH, SK PARIT RAJA                  

TAJUK CERITA : SINGA YANG SOMBONG  

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera. Terima


kasih Pengerusi Majlis .
Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.  Nama saya
Nurin Izzara binti Wahid dari kelas Prasekolah Mutiara Kasih, SK Parit Raja.
Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “ Singa yang
Sombong”.

Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan ,yang terdengar


fikir-fikirkan.          

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar
dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya.

Pada suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu  perjumpaan.
Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang sombong itu. 
Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “ Wahai kawan-kawan, kehidupan
kita sekarang semakin terancam. Oleh itu marilah kita  sama-sama berfikir,
bagaimana hendak menewaskan singa itu.          

“ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.         


  “ Siapa  ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil . Semua terdiam. Tiba-tiba
tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa
itu.” Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.      

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan


pertarungan antara Singa dan Tebuan.  Tiba di suatu tempat, mereka tenampak
Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri
Singa.          

“ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan
denganku.” Kata Tebuan dengan berani. “ Engkau nak berlawan dengan aku?”
Tanya Singa itu sambil ketawa. “ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil,
tapi aku akan dapat menewaskan engkau.” Jawab Tebuan penuh semangat.  “
Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa.
         
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-
pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu
menjadi letih. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas
itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.          

Singa itu meraung kesakitan. “aduhh!!sakitnya!!. Singa bersin beberapa kali


untuk mengeluarkan Tebuan tetapi tidak berjaya. Tidak lama kemudian, Singa
itupun mati kerana kesakitan. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka
memuji keberanian tebuan itu.       
   
Ingat kawan-kawan......kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka
bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan
fizikal..    Sekian, terima kasih.
NAMA PESERTA : PUTERA MUHAMMAD AQLAN DANISH BIN AZMI

SEKOLAH            : KELAS MUTIARA KASIH, SK PARIT RAJA                  

TAJUK SAJAK : DI SINI, DI TANAH INI 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.
Nama saya Putera Muhammad Aqlan Danish bin Azmi dari kelas Prasekolah
Mutiara Kasih, Sk Parit Raja. Tajuk sajak yang akan saya sampaikan pada hari
ini ialah Di Sini Di Tanah Ini.

Di bumi inilah
tiada lain
nasi dan lauknya
sawah ladang segenggam
menjadilah gegunung perak.

Bukankah tanah ini


sawah ladang ini
yang memberikan nafas
dan anak-anakmu yang menginjak
memamah lumat daging tulang
tanah sejengkal ini
kasihmu masih berbelah
hatimu di bumi lain
asing bagai ikan-ikan di gurun.

Mengucaplah mereka yang wajar mengucap


dengan dua bibir hatimu sendiri
di sinilah udara yang kau hirup
usahlah hembuskan kembali
dengan racun yang berbisa
membunuh pucuk yang baru bertunas
menginjak dahi para wali
yang kepadanya kauberikan kepercayaan.
Tiada kematian yang lebih nikmat
dari mengasihi tanah keramat ini

Sekian sahaja daripada saya, terima kasih

BERCERITA BAHASA MELAYU

CERITA PENGEMIS DAN PEREMPUAN CANTIK.


 
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-
rakan sekalian. Nama saya Siti Zurin Afiza bt Abdullah dari kelas
Prasekolah Mutiara Kasih, SK Parit Raja. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Cerita Pengemis dan Perempuan Cantik.

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang
tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas
kasihan mereka. "Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak
menjamah sesuap nasi.

" Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik
terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya
berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang
lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat
apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk
bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia


menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu
isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang
masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap


makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta
belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh
isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang
mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu,
si isteri menangkup muka sambil menangis.
Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya
yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu
menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis
yang dihalau dan ditengking dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran


roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun
kebawah dan naik semula atau sebaliknya. Rasulullah s.a.w bersabda
yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu
kejahatan".

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.


Sekian, terima kasih.
        Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua.
Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang
besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah mengadakan
upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah
dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu
sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan
lalu memanggil anak angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-
macam ilmu.
        Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah
jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata “
Perahu ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak digalang dengan
tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah anak atau
saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!”
        Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar.
Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan
nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut.
        Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang
sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara
kepada Raja Tua. Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan
bantal yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan
kerabat diraja menangis melihatkan perempuan muda yang begitu
berani mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja Tua.
        Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh
batang lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu
itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan
mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.
        Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua
berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak
saudaranya itu tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh kerana
keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta pusaka
kepada anak saudara perempuannya itu.

Anda mungkin juga menyukai