Anda di halaman 1dari 19

ANJING DENGAN BANGAU

Selamat pagi diucapkan kepada para pengadil dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini, saya ingin
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Anjing Dengan Bangau”.
Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain bersama-sama.Pada suatu hari,
bangau mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan. Tetapi anjing tidak
dapat makan.
Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil makanan di dalam bekas itu. Bangau
boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing pulang dengan
perut lapar.
Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula. Anjing menghidangkan
makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan.
Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas leper.Anjing makan
sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar.
Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan
buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik. Sekian, terima kasih.

HELANG DAN KURA –KURA


Selamat pagi diucapkan kepada para pengadil dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini, saya ingin
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Helang dan Kura-kura”.
Pada suatu masa dahulu terdapat seekor kura-kura yang ingin terbang seperti burung."Oh, alangkah
seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burung-burung itu," kata kura-kura.Kura-kura cemburu
setiap kali melihat burung-burung terbang bebas di udara. Ia selalu termenung memikirkan akan
keinginannya itu.
 Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak sedang berehat di atas sebatang dahan
pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. Ia meminta gagak mengajarnya
terbang."Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap," kata gagak.Kura-kura
berasa kecewa mendengar kata-kata gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa. Tiba-tiba ia
ternampak seekor helang menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang mencari makanan."Dari
tadi saya perhatikan kamu termenung.
Apakah masalah kamu wahai kura-kura?" tanya helang."Sebenarnya saya ingin terbang di udara
seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada yang ingin menolong saya," kata kura-kura."Baiklah kura-
kura, saya akan ajar kamu terbang, kata helang."Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang?" tanya
kura-kura dengan gembira.Helang memegang cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya
terbang di udara. Helang membawa kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh gembira
kerana ia dapat terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat merasa angin yang sejuk. Ia juga dapat
melihat pemandangan yang cantik.
Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia melepaskan
cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura melayang-layang jatuh ke tanah dan
terhempas di atas batu. Badan kura-kura hancur berkecai. Helang terus makan kura-kura itu dengan
gembira. Pengajaran dari cerita ini ialah kita haru melakukan sesuatu perkara mengikut keupayaan
diri sendiri. Sekian, terima kasih.
SANG ARNAB YANG PEMALAS
Selamat pagi diucapkan kepada para pengadil dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini, saya ingin
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Sang Arnab yang Pemalas”.
Dalam sebuah hutan,tinggal sepasang sahabat,seekor arnab dan juga seekor tupai.Setiap hari mereka
menghabiskan masa bersama -sama.Pada suatu hari tupai berkata kepada arnab,"Mari kita buat
sarang,sekarang dah tiba musim hujan.Apabila hujan kita ada tempat berteduh."kata arnab."Ya,betul
kata awak.Tapi biarlah saya berehat dahulu,"jawab arnab.
Pada petang itu hujan turun dengan lebatnya.Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok.Mereka
basah dan kesejukkan."Jika kita ada sarang,tentu kita tak basah begini,''kata tupai.''Ya,betul kata
kamu,"jawab arnab."Pagi esok kita akan buat sarang."Kata arnab lagi.
Keesokkan harinya cuaca sungguh baik.Tupai mengajak arnab membuat sarang."Lebih baik kita
pergi cari kayu untuk buat sarang."Kata tupai."Tapi bukan sekarang,"jawab arnab."Kita ada banyak
masa lagi.Marilah kita mencari makanan.saya sungguh lapar!Tupai mengeleng -gelengkan kepalanya
melihat sikap sahabatnya.
Pada petang itu,hujan turun lagi.Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat
berteduh.:Alangkah baiknya kalau kita ada ada sarang,"kata tupai."Esok kita mesti buat sarang.Saya
tidak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan."Kata tupai.Arnab yang pemalas itu tidak
menghiraukan rungutan sahabatnya."Kita tunggu esok sajalah,"kata arnab. Pengajaran dari cerita ini
ialah jangan bersifat malas kerana sifat ini tidak akan mendatangkan faedah kepada kita. Sekian,
terima kasih.

SANG BANGAU MENIPU IKAN


Selamat pagi diucapkan kepada para pengadil dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini, saya ingin
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Sang Bangau Menipu Ikan”.
Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah
hati.Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan.
"Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau.Semua ikan
bersetuju. Mereka sangat gembira.
Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu dibawanya pergi. Tetapi
semua ikan itu dimakannya.Kemudian tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa pergi
oleh bangau.
Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam tahu bangau itu penipu.Bangau mahu makan
ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit leher bangau. Matilah bangau itu.
Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah jangan sekali-kali berbuat jahat. Setiap perbuatan
jahat pasti akan menerima balasan buruk daripada Tuhan. Sekian, terima kasih.
ARNAB DENGAN BUAYA
Selamat pagi dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari
ini ialah Arnab Dengan Buaya.
        Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh
cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri.
Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab
ini.
        Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula
berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula
menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu
selalu berjalan sendirian.
        Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di
tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.
        “Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh
menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah
lama dia tidak mendengar pujian begitu.
“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga
dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran
dan jangan makan daging.”
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong periksa gigiku.
Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri
buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup
mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik
tetapi pendek akal itu. Kesimpulannya, kita tidak harus bersikap sombong seperti si Arnab. Sekian,
terima kasih.

PUTERI SULUNG DAN PUTERI BONGSU


Selamat pagi dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari
ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu.
        Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar yang amat cantik. Puteri
Bongsu yang begitu cantik dikatakan berdarah putih dan amat disayangi oleh raja.
        Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai ke pengetahuan Raja Tinggi. Raja
Tinggi pun menghantar rombongan untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi serba
salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu
diterima, baginda akan dukacita sepanjang hayat kerana baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu.
        Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan Puteri Sulung. “Rancangan ini
tentu berjaya,” kata seorang pembesar. “Raja Tinggi tidak pernah melihat Puteri Bongsu. Kita
suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia bernama Puteri Bongsu,” Akhirnya pinangan Raja Tinggi
itu pun diterima.
        Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada
suatu hari, jari Puteri Sulung telah terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah dan darahnya
berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu tidak berwarna putih. 
         “Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya?” tanya Raja Tinggi. Puteri Sulung
berasa amat takut. “Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu,”
        Raja Tinggi amat murka. “Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan serang negeri Ambun,”
kata Raja Tinggi dengan garangnya.
        Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan negeri Ambun.
Kesimpulannya, kita harus sentiasa jujur dan tidak bercakap bohong. Sekian, terima kasih.
PENEBANG KAYU DENGAN ANAKNYA
Selamat pagi dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari
ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.
        Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin. Penebang kayu itu
mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu
itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan membiarkannya tinggal di situ.
        “Bagaimana nanti kalau jiran –tetangga kita menanya tentang ayah?” tanya isteri penebang
kayu.
        “Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya,”
kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan mereka telah
didengari oleh anak mereka.
        Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah bakul yang besar.
Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut.
        “Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya bapanya.
        “Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa sibuk. Kami ingin
membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga dengan baik,” kata penebang
kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti maksud anaknya.
Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan kearah hutan.
        Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak penebang kayu itu
menjerit, “ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!”
        “Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.
        “Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut, “Apabila ayah tua kelak, saya akan
gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.”
        Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil berfikir.
Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya. “Marilah kita pulang ke
rumah.” Kesimpulannya, kita harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua dan uzur. Sekian,
terima kasih.
AMPAI-AMPAI DAN PUTERI LAUT
Selamat pagi dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari
ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri Laut.
        Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia kepada rajanya. Namanya
Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat
cantik.
        Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama beberapa orang dayang.
Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak telah berlabuh
di tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun
demikian juga apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.
        Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang sedang berlabuh itu.
Setelah memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera raja. Putera
raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layar  dan segera belayar meninggalkan pantai
itu.
        Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai tetapi kapal itu sudah
pun  meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu menceritakan kejadian itu kepada
Raja Laut.
        Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu memukul tubuh
Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut menbuangkan Ampai-
ampai ke tepi laut.
        “Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta,” titah baginda.
        Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada ranting-ranting kayu di
tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan sepanjang masa
tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu
sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya. Demikianlah kawan-
kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

HARIMAU YANG TAMAK


Selamat pagi dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari
ini ialah Harimau Yang Tamak.
        Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa mereka
boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun
menghadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu
dikabulkan oleh baginda.
        Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau.
“Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali
sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari,
tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.”
        Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa.
        “Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa. “Apakah kehendak engkau?” Harimau
terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.
        “Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau tergagap-gagap.
        “Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.
        “Tujuh hari sekali!” jelas Harimau
   “Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai
hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh hari sekali,” kata Singa.
        Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari
tetapi dia telah tersebut tujuh hari sekali. “ Tuanku…Patik…Patik…”
        “Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan satu
permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan.
        Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya perut Harimau
selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Kesimpulannya, kita tidak harus bersikap tamak seperti
Sang Harimau. Sekian, terima kasih.

PEREMPUAN MUDA YANG BERANI


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari
ini ialah Perempuan Muda Yang Berani.
        Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua. Baginda telah menyuruh
rakyatnya membuat sebuah perahu yang besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah
mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah dikerahkan untuk
menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja
Tua sangat hairan lalu memanggil anak angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.
        Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah jampi dibaca dan seluruh perahu
diasapnya, Balun pun berkata “ Perahu ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak digalang dengan
tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah anak atau saudara tuanku. Orang lain
tidak boleh!”
        Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar. Tidak ada seorang pun anak
kerabat raja yang hendak mengorbankan nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut.
        Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang sedang mengandung tampil ke
hadapan perahu. Dia ialah anak saudara kepada Raja Tua. Perempuan muda itu berbaring di atas
tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan kerabat diraja menangis
melihatkan perempuan muda yang begitu berani mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja
Tua.
Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang lidi dan rapat ke perahu itu.
Setelah membaca jampi, perahu itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan
mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.
        Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua berlari-lari mendapatkan anak
saudaranya dan mendapati anak saudaranya itu tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh kerana
keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta pusaka kepada anak saudara perempuannya
itu. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Singa yang Sombong
Selamat pagi diucapkan kepada para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi yang
mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa yang Sombong”.
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan kuat
menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya. Suatu
hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana
untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara.
“Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin
ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama
berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu.
“Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.
“ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil
Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba
menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.
“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar kawan-
kawannya. Masing-masing tunduk diam.
“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-sama
menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang
gemuruh oleh penghuni rimba itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan antara
Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu
Tebuan pun terbang menghampiri Singa.
“ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.” Kata
Tebuan dengan berani.
“ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa.
“ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat
menewaskan kemalasanmu yang besar.” Jawab Tebuan penuh semangat.
“ Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa.
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil
kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu
menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan
Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.
Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang
bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.
Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar jangan
disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal..
Sekian, terima kasih.

Maafkan Cikgu
Selamat pagi diucapkan kepada para hakim dan guru-guru yang dihormati. Pada hari
ini saya akan menyampaikan satu cerita yang bertajuk “Maafkan Cikgu”.
Kawan-kawan yang saya hormati, kisahnya adalah tentang seorang anak
yatim namanya Amir, ayahnya telah meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi.
Untuk menyara kehidupan mereka, ibunya telah mengambil upah menebas kebun
dan menjual kuih. Namun, amir tidak pernah mengeluh malah dia turut membantu
ibunya dengan menghantar surat khabar sebelum ke sekolah.Baiknya amir tu ya
kawan-kawan.
Seperti biasa pada pagi itu, amir mengayuh basikalnya laju-laju. Berpeluh-
peluh badannya. Amir bimbang akan bertembung dengan Cikgu Hakim guru
disiplinnya di sekolah. Ah mendengar namanya sahaja sudah cukup membuatkan
pelajar-pelajar kecut perut apatah lagi bersemuka dengannya. Seramnya.
Ingatlah ya, kawan-kawan, datang lambat ke sekolah bukanlah sikap yang baik.
Ketika sampai di sekolah jam tangan amir menunjukkan jam 8.30 pagi. Dengan
langkah yang tergesa-gesa, Amir pun menuju ke kelasnya. Tiba-tiba nama
Amir dipanggil. Panggilan itu lantas mematikan langkahnya. Degup jantung
amir bertambah kencang. Terlihat wajah Cikgu Hakim yang sangat serius. Dengan
suara yang lantang, Amir dimarahi kerana datang lewat. Amir hanya membisu.
Memberi alasan pada saat itu bukanlah tindakan yang bijak. Walaupun Amir
pernah menjelaskan tetapi Cikgu Hakim enggan mendengarnya malah dia dituduh
menegakkan benang yang basah.
Kawan-kawan sekalian, apakah yang berlaku selepas itu?
Amir dibawa ke bilik guru disiplin. Dia telah diberi surat amaran untuk
disampaikan kepada ibunya. Amir pun menerima dengan sedih. Berat mata yang
memandang, berat lagi bahu yang memikul. Amir kecewa kerana dituduh sebagai
pelajar yang malas. Padahal dia bukanlah seperti apa yang disangkakan. Rakan-rakan
Amir juga sering mengejeknya kerana selalu didenda atas kelewatannya
sampai ke sekolah.
Setelah sesi persekolahan tamat pada hari itu, Amir pun terus pulang ke
rumah. Amir terus ke dapur kerana perutnya terasa terlalu lapar. Apabila dia hendak
ingin menjamah makanan, dia teringat kembali peristiwa yang berlaku di sekolah
tadi. Seleranya hilang. Amir membuat keputusan untuk ke kebun Pak Megat untuk
berjumpa dengan ibunya. Amir ingin menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di
sekolahnya tadi. Sebaik sahaja terpandang wajah ibunya, dia berasa tidak sampai hati
untuk menceritakan malah dia turut membantu ibunya menyelesaikan kerja. Baginya
ibulah segala-galanya. Ingatlah kawan-kawan syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Kawan-kawan yang dikasihi, pada malam itu, Amir nekad menyatakan
hasratnya untuk berhenti kerja lantas menyerahkan surat yang diterima daripada
Cikgu Hakim. Amir melihat wajah ibunya amat sedih setelah membaca surat itu. Bagi
ibu Amir, dia masih mampu menyara kehidupan mereka. Apa yang diharapkan oleh
ibu Amir adalah dia ingin melihat anaknya berjaya dalam pelajaran.
Kawan-kawan yang disayangi sekalian, sebagai pelajar tahun 6, Amir
dapat berfikir dengan baik. Dia telah membuat keputusan untuk berhenti
kerja. Dia berazam selepas ini, dia akan datang awal ke sekolah dan belajar
bersungguh-sungguh. Justeru, keesokan harinya pagi-pagi lagi Amir telah
sampai di kedai Pak Cik Muthu tempat dia mengambil surat khabar. Dia ingin
menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja.
Selepas itu, amir mengayuh basikalnya lebih laju dari biasa. Dia tidak ingin
terlambat lagi. Dia sudah serik dengan herdikan guru disiplinnya. Apabila tiba di
persimpangan jalan, tanpa melihat ke kiri dan kanan Amir terus melintas. Malangnya,
sebuah kereta telah melanggarnya. Amir tercampak ke seberang jalan lalu pengsan.
Orang yang melanggar Amir itu terus membawanya ke klinik yang berdekatan.
Mujurlah Amir tidak apa-apa. Dia Cuma mengalami luka-luka kecil sahaja. Kawan-
kawan, kita mestilah berhati-hati semasa berada di jalan raya.
Tidak lama kemudian, Amir pun sedar dan dia terkejut melihat Cikgu Hakim
berada di sisinya. Dengan wajah yang ikhlas dan mesra, Cikgu Hakim
meminta maaf atas kecuaiannya. Dengan senang hatinya, Amir pun
memberitahu dia lah yang bersalah kerana tidak berhati-hati. Begitulah kawan-
kawan, niat di hati untuk membantu keluarga adalah satu sifat yang mulia
namun, kita mestilah memikirkan keselamatan diri. Sekiranya kawan-kawan
telah melakukan kesalahan, janganlah malu untuk meminta maaf kerana orang
yang mengakui kesalahannya akan dipandang mulia. Sekian, terima kasih.

MEMBACA AMALAN MULIA


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar,para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-
guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan.Pada pagi yang
mulia ini,saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk "Membaca Amalam Mulia".
Sikap membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi.Melalui bacaan dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan.Ini kerana kebanyakan orang yang maju dan berjaya adalah terdiri daripada mereka
yang minat membaca.Justeru,tanamlah sikap suka membaca di kalangan kita semua.Sebenarnya ibu
bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan sikap ini.Ibu bap seharusnya menjadikan
amalan ini sebagai kegiatan harian mereka.Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka sering
membaca secara tidak langsung minat mereka turut terpahat.
Hadirin yang dikasihi,
Buku-buku yang baik perlu dibaca bagi meningkatkan ilmu yang terkandung di
dalamnya.Buku-buku ini akan dapat membentuk peribadi yang mulia berdasarkan nilai-nilai murni
yang terdapat dalam bacaan tersebut.Selain itu,membaca juga dapat mengisi masa lapang tanpa
menghabiskan masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah dan sia-sia.
Oleh itu,di sini saya ingin menyeru kepada semua.Jadikan membaca ini satu amalan
seharian.Melalui bacaan dapat menambah dan memperluaskan ilmu pengetahuan yang sedia
ada.Sekian dahulu syarahan saya dan saya akhiri dengan lafaz terima kasih.
Faedah Menabung
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Faedah Menabung’.
Hadirin sekalian,
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada masa
hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian untuk disimpan
di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk
pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan.
Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan. Contohnya
menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat
mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya.
Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang
perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-
cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.
Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu peluang baik
yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang ditemui
dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang
sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk
membelinya.
Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan lebih
berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal menguruskan wang
perbelanjaan. Ini sudah pasti mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk
perkara-perkara yang betul-betul perlu sahaja.
Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita boleh
meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu
ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka
ketika dalam kesusahan.
Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-
rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh
kita diperolehi daripada amalan ini. Sekian, Terima kasih.
Kepentingan Bersukan
Selamat pagi saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Tajuk syarahan saya
pada pagi ini ialah "Kepentingan Bersukan".
Sukan merujuk kepada segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta
tenaga seperti berenang, bermain bola, berjoging, berbasikal dan sebagainya. Bersukan ialah satu
aktiviti yang baik kerana boleh mendatangkan banyak kebaikan kepada kita. Kita boleh bersukan di
mana-mana sahaja. Misalnya di padang, taman rekreasi ataupun di rumah.
Hadirin sekalian,
Bersukan boleh menyihatkan badan kita. Semasa menjalankan aktiviti sukan, badan kita akan
mengeluarkan bahan kumuh yang tidak diperlukan oleh tubuh dalam bentuk air peluh. Selepas
berpeluh, kita akan berasa segar dan lebih bersemangat. Kita tidak akan mudah dijangkiti penyakit
berjangkit seperti batuk dan selesema. Jika badan kita cergas, minda kita juga akan menjadi cerdas.
Di samping itu, bersukan membolehkan kita mengekalkan berat badan yang ideal. Semasa
bersukan, kita boleh menegangkan otot-otot dan membakar lemak dalam badan. Dengan itu, kita
dapat mengelakkan penyakit obesiti justeru menghindari penyakit-penyakit kronik seperti penyakit
jantung, kencing manis dan sakit buah pinggang. Aktiviti sukan juga boleh mengisi masa lapang kita
dengan berfaedah. Kita tidak akan terperuk di dalam rumah atau terjerumus dalam kegiatan yang
tidak sihat seperti merokok, berjudi dan melepak.
Sebaliknya, kita dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu serta memupuk perpaduan
kalangan masyarakat berbilang kaum semasa menjalankan aktiviti sukan. Sebagai contoh, pemain-
pemain dalam pasukan akan bekerjasama untuk memenangi sesuatu perlawanan tanpa mengira
bangsa dan agama. Pendek kata, budaya bersukan sewajarnya dipraktikkan oleh semua lapisan
masyarakat dalam kehidupan harian. Tepuk dada, tanya selera. Sekian, terima kasih.
Kebaikan Menggunakan Komputer
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, dan rakan sekalian. Pada
pagi ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Kebaikan Menggunakan Komputer".
Hadirin sekalian,
Komputer adalah alat elektronik yang banyak digunakan pada masa kini. Di Malaysia,
penggunaan komputer begitu popular tidak kira peringkat usia sama ada murid sekolah, pelajar
universiti atau pun yang sudah bekerja. Komputer banyak mempunyai kebaikan jika digunakan
dengan betul.
Kita akan dapat melakukan kerja dengan lebih senang dan cepat jika kita menggunakan
komputer. Kita juga boleh menjimatkan ruang untuk menyimpan maklumat yang banyak. Hal ini
demikian kerana kita tidak memerlukan tempat yang luas untuk menyimpan fail yang banyak seperti
yang dilakukansebelum ini. Kita hanya perlu menyimpan segala maklumat itu di dalam komputer.
Pengurusan menyimpan fail dalam komputer juga lebih tersusun dengan pengurusan 'folder' yang
bijak.
Selain itu, kita juga dapat melakukan pelbagai jenis kerja dengan komputer. Antaranya
menaip, melukis dan mengira. Hasil kerja kita juga akan menjadi lebih baik dan tepat. Bahkan, kita
juga dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli pelbagai peralatan untuk membuat
pelbagai jenis kerja. Hadirin sekalian,
Di samping itu, kita dapat menambah kenalan dari dalam atau luar negara melalui
perkhidmatan internet. Perkhidmatan internet juga dapat menjimatkan masa kerana kita tidak perlu
pergi jauh untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara. Oleh itu, semua orang mesti belajar
menggunakan komputer. Kita akan mendapat faedah yang banyak dengan menggunakannya. Kita
juga akan dapat mengejar kemajuan jika kita menggunakan komputer dalam kehidupan seharian.
Sekian sahaja syarahan saya. Sekian, terima kasih.
Menghormati Guru Amalan Mulia
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Menghormati guru amalan mulia’.
Hadirin sekalian,
Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang berjasa kepada
kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai membaca, menulis dan mengira.
Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan lelah agar kita menjadi insan yang
berguna. Mereka juga banyak memberi dorongan kepada kita agar terus berusaha mencapai kejayaan
dalam pelajaran dan sebagainya.
Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini kerana hampir
separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang menjaga, memberi nasihat, tempat kita
mengadu dan sebagainya sepanjang kita berada di sekolah. Guru juga banyak berkorban demi
kejayaan kita. Antaranya mereka sanggup mengajar lebih masa atau hadir ke kelas tambahan untuk
mengajar secara suka rela demi memastikan kita berjaya dalam pelajaran.
Hadirin sekalian,
Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah haruslah
dibuktikan antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya, guru pasti akan
gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi segala kebaikan seperti dimurahkan rezeki dan
sebagainya. Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita harus mengingati
jasa-jasa mereka dengan menghormati mereka seumur hidup agar kita terus mendapat keberkatan
daripada Allah.
Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-
rakan supaya menghormati guru-guru dengan seikhlas hati kerana kejayaan seseorang itu pastinya
hasil daripada didikan para guru. Sekian ,terima kasih.
Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Langkah-
langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar".
Hadirin sekalian,
Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah
mengenakan tindakan yang tegas dan berat terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka serik
untuk melakukan perbuatan itu lagi. Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah
dipergiatkan. Kempen ini boleh disiarkan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan
radio. Kempen-kempen ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam
sekitar.
Hadirin sekalian,
Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab menjaga
alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu orang ramai menjadi lebih
bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar. Di samping itu, masyarakat juga perlulah
bersikap perihatin dan bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar,
mereka perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.
Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam sekitar yang
terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih selesa dan sihat. Sekian, terima
kasih.
Faedah-faedah Kitar Semula
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Faedah-
faedah Kitar Semula".
Hadirin sekalian,
Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh dikitar
semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita seharusnya tidak membuang
bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas
yang diperbuat daripada plastik, kaca atau alaminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan
dijual semula untuk diproses menjadi bahan baharu.
Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan juga dapat
membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ini akan dapat mengurangkan sampah sarap
yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini yang menyakitkan mata. Kesannya alam sekitar kita
menjadi lebih bersih, berudara segar dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua.
Hadirin sekalian,
Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat khabar
lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan membantu menampung
perbelanjaan kita seharian. Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan
kawasan yang luas bagi tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar semula, kita dapat
menjimatkan ruang kawasan perlupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh dibangunkan untuk
perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan sebagainya.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-barang yang
terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama mengitar semula bahan-bahan
yang kita telah digunakan dengan mengumpul barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula
menjadi bahan yang lebih berfaedah serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sekian,
terima kasih.
Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah Kepentingan Menjaga Alam Sekitar. Alam sekitar ialah alam
sekeliling kita. Kita perlu memelihara keseimbangan alam agar kehidupan kita terus aman dan
harmoni. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.
Hadirin sekalian,
Alam sekitar adalah sumber keperluan hidup kita. Misalnya, sungai amat penting untuk
kehidupan kita seharian kerana sumber air adalah daripada sungai. Jika sungai tercemar akibat sisa
buangan kilang dan sebagainya, tentulah kita sukar untuk mendapatkan air yang bersih. Lautan pula
boleh tercemar akibat pelbagai punca seperti tumpahan minyak dari dermaga minyak atau kapal
tangki ke lautan. Hal ini akan menjejaskan kehidupan lautan yang menjadi sumber makanan kita.
Justeru, semua pihak haruslah sedar dan mengambil berat akan pemeliharaan sungai dan lautan yang
menjadi sumber air dan makanan kita ini.
Di samping itu, alam sekitar yang bersih dan terpelihara akan menjadi daya tarikan para
pelancong. Kedatangan para pelancong akan menjadi sumber ekonomi negara dan akan memajukan
sektor-sektor perniagaan di negara kita. Hotel-hotel, syarikat-syarikat pelancongan, para peniaga dan
gedung-gedung perniagaan tentu mendapat keuntungan dengan kedatangan para pelancong yang
berbelanja di negara kita ini. Oleh sebab itu, kita mesti menjaga alam sekitar untuk menarik
kedatangan para pelancong, lantas memajukan ekonomi negara kita.
Hadirin sekalian,
Pemeliharaan alam sekitar juga akan menjamin keseimbangan alam. Sains menyatakan
bahawa oksigen yang diperlukan untuk bernafas diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan di sekitar kita.
Oleh sebab itu, tumbuh-tumbuhan yang terpelihara akan menjadikan udara disekeliling kita lebih
bersih, sejuk dan segar. Hutan pula menjadi habitat semula jadi haiwan. Oleh sebab itu, alam sekitar
yang terpelihara akan memastikan haiwan tidak pupus agar generasi seterusnya juga dapat melihat
pelbagai jenis kehidupan haiwan di dunia ini.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara alam sekitar daripada
pencemaran. Ini kerana alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada
generasi yang akan datang. Marilah kita sama-sama menyayangi dan menyelamatkan alam sekitar
daripada dimusnahkan. Sekian, terima kasih.
Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada guru-guru, dan rakan sekalian.Tajuk syarahan saya pada hari
ini ialah"Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara".
Hadirin yang dikasihi,
Perpaduan merupakan teras pembangunan negara.Perpaduan amat penting dalam negara yang
rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum seperti Malaysia.Pepatah Melayu ada
mengatakan "bersatu kita teguh,bercerai kita roboh" yang menjelaskan betapa pentingnya perpaduan.
Kemajuan negara kita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan, pertanian dan sebagainya tidak
akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua rakyat kerana "bertepuk sebelah tangan, tidak akan
berbunyi".
Perpaduan amat diperlukan dalam apa-apa kerjaya.Sebagai contoh,seorang petani tidak dapat
mengusahakan tanaman yang luas tanpa kerjasama antara semua kaum.Semua petani perlu
bekerjasama untuk mengusahakan tanaman.Tanaman inilah yang merupakan sumber ekonomi dan
makanan negara serta rakyat jelata.Dalam bidang pembedahan pula,setiap doktor akan bekerjasama
untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit.Tidak kiralah, sama ada seorang pesakit itu
berbangsa melayu, cina atau pun india Secara langsungnya,jelas sekali bahawa perpaduan sangat
penting untuk menjayakan sesuatu kerjaya.
Hadirin yang dimuliakan,
Perpaduan juga amat penting dalam bidang sukan.Pemain bola sepak terdiri daripada 11
orang dan mustahil bagi mereka untuk menang jika seorang pemain tidak bekerjasama.Dalam acara
sukan lain pun,kerjasama diperlukan antara jurulatih dengan pelatih.Contohnya,Dato' Lee Chong
Wei,pemain badminton terkenal berjaya memenangi dalam pelbagai pertandingan kerana kerjasama
dengan pelatihnya,Datuk Misbun Sidek. Secara tidak langsung,kejayaan negara kitadalam bidang
sukan akan mengharumkan lagi nama negara serta menonjolkan negara kita di serata dunia.
Akhir kata, perpaduan kaum penting untuk menjamin kesejahteraan negara.Oleh yang
demikian,semua rakyat perlu mengamalkan perpaduan negara dan mengelakkan diri daripada
mengamalkan sikap "enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing".Sikap ini akan
memudaratkan negara dan mewujudkan jurang antara kaum.Kerajaan sedang berusaha melancarkan
pelbagai kempen. Sebelum mengundur diri,saya menegaskan lagi bahawa perpaduan negara adalah
teras pembangunan negara.Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai