Anda di halaman 1dari 6

Sang Monyet Yang Degil

Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayursayurannya bersama rakannya Sang Kura-kura. Sedang asyik mereka menikmati buahbuahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan amat kelaparan sekali.
"Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata
Sang Monyet dengan sedih.
"Bolehkah kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk aku makan", minta
Sang Monyet.
Sang Kancil dan Sang Kura-kura berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan
Sang Monyet itu.
"Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata Sang Kancil.
"Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura", Sang Monyet gembira sekali.
Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah Sang
Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili-cili
yang merah menyala.
"Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang Monyet.
"Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya", tegah Sang Kura-kura.
"Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain", sokong Sang Kancil.
"Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet tegas.
Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kancil dan Sang Kura-kura, Sang Monyet
terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus
memakannya dengan gelojoh.
Tiba-tiba Sang Monyet menjerit,
"Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!",
Dengan muka yang merah kerana menahan pedas Sang Monyet berlari mencari air
bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Kancil dan Sang Kura-kura
menggeleng-gelengkan kepala mereka.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu
sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan
putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji
kecantikan gigi arnab ini.
Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia
mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan
lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual
dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang
berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.
Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku
boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira
kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.
Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa
bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti banyak makan
sayur-sayuran dan jangan makan daging.
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau tolong periksa gigiku.
Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun
menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi,
buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang
mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya
cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.
Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin . Penebang kayu
itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari,
penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan
membiarkannya tinggal di situ.
Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya tentang ayah? tanya isteri
penebang kayu.
Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa
hidupnya, kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa
percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.

Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pekan untuk membeli sebuah bakul yang
besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke dalam
bakul tersebut.
Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.
Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa sibuk.Kami
ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga dengan baik, kata
penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti
maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan kearah hutan.
Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak penebang kayu itu
menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!
Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.
Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut, Apabila ayah tua kelak, saya akan
gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.
Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil berfikir.
Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya. Marilah kita pulang ke rumah.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu.
Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar yang amat cantik.
Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan berdarah putih dan amat disayangi oleh raja.
Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai kepengetahuan Raja Tinggi.
Raja Tinggi pun menghantar rombongan untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi
serba salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan. Tetapi, kalau
pinangan itu diterima, baginda akan dukacita sepanjang hayat kerana baginda amat kasih
kepada Puteri Bongsu.
Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan Puteri Sulung.
Rancangan ini tentu berjaya, kata seorang pembesar. Raja Tinggi tidak pernah melihat
Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia bernama Puteri Bongsu,
Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di terima.
Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang disangkanya Puteri Bongsu itu.
Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah dan
darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu tidak berwarna putih.
Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya? tanya Raja Tinggi sambil
menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar. Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu,

Raja Tinggi amat murka. Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan serang negeri
Ambun, kata Raja Tinggi dengan garangnya.
Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan negeri Ambun.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri Laut.
Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia kepada rajanya.
Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri
baginda yang sangat cantik.
Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama beberapa orang
dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak
telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat kecantikan puteri Raja Laut.
Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak
itu.
Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang sedang
berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal
putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layar dan segera
belayar meninggalkan pantai itu.
Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai tetapi kapal itu
sudah pun meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu menceritakan
kejadian itu kepada Raja Laut.
Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu memukul tubuh Ampaiampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut menbuangkan Ampaiampai ke tepi laut.
Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta, titah baginda.
Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada ranting-ranting
kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan
sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan menunggu
di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang Berani.
Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua. Baginda telah menyuruh
rakyatnya membuat sebuah perahu yang besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah
mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah
dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak
bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak angkatnya Balun yang
tahu akan bermacam-macam ilmu.
Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah jampi dibaca dan seluruh
perahu diasapnya, Balun pun berkata Perahu ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak
digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah anak atau
saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!
Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar. Tidak ada seorang pun
anak kerabat raja yang hendak mengorbankan nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut.
Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang sedang mengandung
tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara kepada Raja Tua. Perempuan muda itu
berbaring di atas tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan
kerabat diraja menangis melihatkan perempuan muda yang begitu berani mengorbankan
nyawanya demi kepentingan Raja Tua.
Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang lidi dan rapat ke perahu
itu. Setelah membaca jampi, perahu itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku
keanehan. Dengan mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.
Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua berlari-lari mendapatkan
anak saudaranya dan mendapati anak saudaranya itu tidak mendapat apa-apa kecederaan.
Oleh kerana keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta pusaka kepada anak
saudara perempuannya itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.
Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa
mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang
dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiaptiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.
Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati
harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu

makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan
tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.
Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa.
Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak engkau? Harimau
terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.
Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagap-gagap.
Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.
Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.
Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan engkau.
Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali, kata Singa.
Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali
sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. TuankuPatikPatik
Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan satu
permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya perut
Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya
cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan
pada hari ini ialah Seekor Kura-kura.
Dalam sebuah hutan, seekor kura-kura berkawan baik dengan dua ekor burung. Pada
suatu ketika, akibat musim kemarau yang panjang , semua tanaman mati dan kolam tempat
mereka bermain juga kering. Burung mengajak kura-kura berpindah tetapi kura-kura berasa
susah hati kerana dia tidak boleh terbang. Burung mencadangkan kepada kura-kura supaya
mengigit sebatang kayu dan burung akan membawa kura-kura dengan kayu tersebut. Burung
juga berpesan supaya kura-kura tidak boleh sama sekali membuka mulutnya.Kura-kura
berjanji akan patuh kepada permintaan burung dan apabila merekabersedia, itik pun
menerbangkan kura-kura merentasi hutan, merentasi sungaisehinggalah mereka tiba di
sebuah kampung.Kura-kura merasa megah apabila terdengar suara budak-budak riuh
rendahbersorak kehairanan.Kura-kura boleh terbang? Tengok tukura-kura boleh terbang!
Kura-kura boleh terbang.!Kerana terlalu gembira, kura-kura terlupa pesanan itik lalu
membuka mulutnyaingin memberitahu sememangnya dia boleh terbang.Tiba-tiba kura-kura
tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu yang dibawaoleh itik.Setelah melayanglayang di udara, dia jatuh terhempas di bumi. Cengkerangnyaretak dan kakinya cedera. Sejak
peristiwa itulah kulit kura-kura kelihatan retak di sanasini.

Anda mungkin juga menyukai