Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN KARANGAN PERIBAHASA

TIP PENULISAN

• Karangan peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, dan

bidalan.

• Perlu memahami maksud yang tersurat dan tersirat. Jika tidak memahami atau tidak

mengetahui maksudnya , anda jangan membuat karangan jenis ini.

• Boleh menulis secara cerita atau penerangan.

• Penulisan secara cerita mesti berkaitan dengan tajuk dan sebaik-baiknya cerita ada

nilai murni.

• Jika secara penerangan, terangkan maksud dan kepentingannya kepada masyarakat.

Soalan Perbincangan

Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘ Dimana ada kemahuan di situ ada jalan

‘ .

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti . Fahamkan tema atau

kehendak cerita yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya

anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk, kamu bolehlah membuat kerangka karangan . Sebaik-

baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda

hendaklah seringkas yang boleh .


Baca contoh karangan peribahasa di bawah ini.

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

Malu, malu, di mana akan aku sorokkan mukaku . Rasa malu dan sedih menyelubungi diriku

apabila cikgu mengembalikan kertas Sains dan Bahasa Inggeris. Aku cuma mendapat 25

dan 30 peratus. Ini bermakna aku mendapat ‘E’ bagi kedua-dua mata pelajaran.

Aku bingung kerana sewaktu aku dalam tahun lima markahku tidak seteruk ini.

UPSR enam bulan lagi, fikiranku terus berkecamuk. Aku benar-benar insaf kerana aku

telah banyak menghabiskan masaku di padang. Sepatutnya , kecemerlanganku di padang

seiring dengan kecemerlangan di kelas.

Aku berjanji pada diriku untuk menebus kegagalalan ini. Ibu memang tidak

menghalang aku aktif dalam bidang sukan, tetapi ibu sentiasa mengingatkan aku agar

pandai membahagikan masa. Selain itu, ibu juga menyuruh aku mengikuti kelas tuisyen

tetapi aku sentiasa memberikan alasan UPSR masih jauh lagi.

Sekarang baru aku sedar bahawa aku telah jauh tertinggal daripada rakan-

rakanku. Mulai hari itu, aku sentiasa mengikuti kelas tuisyen dan membuat latihan

intensif sekurang-kurangnya tiga jam sehari Aku yakin akan dapat memperbaiki

kelemahanku. Aku juga akan mengikuti Klinik UPSR untuk memastikan aku mendapat

maklumat-maklumat terkini serta teknik belajar yang berkesan.

Tiga bulan berlalu, dalam ujian pertengahan semester aku hampir-hampir tidak

percaya markahku telah melonjak hampir mencapai ‘A’. Walaupun aku masih ketinggalan

jika dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain. Aku yakin dalam Ujian Percubaan

UPSR nanti, aku boleh mencapai markah yang maksimum.

Tatkala keputusan Ujian Percubaan UPSR, aku tersenyum kegembiraan. Usahaku

sejak lima bulan yang lalu benar-benar memberi kesan. Aku yakin aku akan beroleh

kecemerlangan dalam UPSR bak kata pepatah“ di mana ada kemahuan di situ ada jalan .”
Langkah 4

Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua

kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan

imbuhan , tanda baca dan ejaan.

Anda mungkin juga menyukai