Anda di halaman 1dari 25

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian C : Membuat Ulasan

Panduan Model Tuntas UPSR

Bahagian C

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

ITEM / SOALAN Item ulasan terbahagi kepada tiga aspek nilai iaitu {pengajaran / amalan baik / nilai murni}. JUMLAH ASPEK NILAI Jumlah aspek nilai mesti merujuk kepada arahan item yang diberi {lima / enam / tujuh}. BILANGAN PERKATAAN Bilangan perkataan pula mesti merujuk kepada arahan item {kurang 50 / lebih 50}. Ikut kehendak item {kurang 50} tandakan () dalam petak yang berkenaan {lebih 50} tandakan () dalam petak yang berkenaan seperti di atas.

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

Bagi (Penanda Wacana) dan (Kata Bantu) murid-murid mesti mengingatnya/menghafalnya sementara, (Aspek Nilai) dan (Idea Teks / Merujuk Petikan) murid-murid mesti mencarinya sendiri berpandukan teks/petikan secara {Aplikasi I. D. C. D} {Ingat Dua Cari Dua}.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

Ulasan Pengajaran (Cerita)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ring! Ring! Loceng berbunyi menandakan sesi persekolahan bermula. Seperti biasa, aku mengarahkan murid-murid beratur di tapak perhimpunan. Bagi murid-murid yang datang lewat, guru disiplin mengarahkan kami mencatat nama mereka. Ada antara mereka meluahkan kata-kata kesat terhadap kami. Demi tugas, kami sanggup terima segala cabaran. Aku masih boleh tersenyum menghadapi karenah murid-murid. Tugas yang menjadi rutin harian di sekolah menyebabkan aku begitu peka dan tidak ambil mudah. Kecemerlangan sekolah sedikit sebanyak berpunca daripada tugas yang kami laksanakan. Adakalanya aku terfikir, tugas ini amat berat. Aku pernah menjadi sasaran fitnah kawan-kawan yang mengada-adakan cerita agar aku dilucutkan jawatan penting ini. Namun, benar kata bidalan orang tua-tua, setiap kebaikan itu terpaksa menghadapi bermacam-macam cabaran. Ah, aku tidak kisah, semua itu!

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

bertanggungjawab amanah sabar prihatin cekal

beratur di tapak perhimpunan mencatat nama meluahkan kata-kata kesat peka terhadapa tugasan menghadapi cabaran

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah bertanggungjawab semasa mengarahkan murid-murid beratur di tapak perhimpunan. Selain itu, kita sepatutnya amanah dan mencatat nama murid-murid yang lewat sampai di sekolah. Seterusnya, kita haruslah sabar walaupun menerima cemuhan daripada murid-murid tertentu. Oleh itu, kita dikehendaki prihatin dan peka terhadap tugasan yang diamanahkan kepada kita. Akhirnya, kita juga sewajarnya cekal dan tabah menghadapi cabaran yang terpaksa dilalui semasa menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sekolah.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

Ulasan Pengajaran (Cerita)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sudah hampir empat tahun ibu bekerja di sebuah kilang pakaian di bandar Kuala Kubu. Ibu terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan kami berdua. Aku sangat menghargai pengorbanan suci ibu. Jauh di sudut hatiku, aku bertekad untuk membalas segala jasa, pengorbanan dan curahan kasih sayang ibu kepadaku. Hampir setiap bulan aku dihadiahi ibu sepasang pakaian yang baharu. Hal ini demikian kerana ibu membeli pakaian tersebut dengan potongan harga yang istimewa di tempat kerjanya. Pengorbanan ibu amat besar dan tidak ternilai olehku. Subuh-subuh lagi ibu sudah bangun tidur dan memasak juadah bagi sarapan pagi dan makan tengah hari untukku. Setiap pagi aku dan ibu menikmati sarapan bersama-sama. Ibu juga menyediakan bekal untuk aku bawa ke sekolah. Emak, Fendhi ke sekolah ya. Doakan Fendhi agar berjaya dalam pelajaran ya mak, barulah tangan ibu kulepaskan dan aku mencapai basikalku. Aku mengayuh basikalku bagi mencari sinar-sinar gemilang yang amat kuidam-idamkan.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

rajin bekerja membalas budi pemurah prihatin tekad, azam

mencari nafkah, menyara hidup pengorbanan, kasih sayang ibu memberi hadiah menyediakan sarapan berjaya dalam hidup

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah rajin bekerja untuk mencari nafkah bagi menyara kehidupan keluarga. Selain itu, kita sepatutnya pandai membalas budi atas pengorbanan dan kasih sayang ibu kepada kita. Seterusnya, kita haruslah bersikap pemurah seperti ibu memberi hadiah kepada anaknya. Oleh itu, kita dikehendaki prihatin seperti ibu yang menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya. Akhirnya, kita juga sewajarnya mempunyai tekad dan azam untuk berjaya dalam hidup.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

Ulasan Pengajaran (Cerita)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hamdan aktif berpersatuan dan sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Dia mula mewakili sekolah dalam berbagai-bagai pertandingan sejak tahun satu lagi. Antara kejayaan yang pernah dicapainya, menjadi johan Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia Peringkat Daerah Pekan dan Peringkat Negeri Pahang. Dia juga menjadi johan dalam Pertandingan Catur peringkat daerah. Hamdan dipilih menjadi ketua kumpulan Choral Speaking dan berjaya berjaya menjadi naib johan peringkat negeri Pahang. Bukan itu sahaja, Hamdan juga berbakat dalam bidang seni. Dia mahir bermain piano. Bakatnya mula terserlah semasa dia membuat persembahan sempena Hari Anugerah Cemerlang di sekolahnya tahun lalu. Sikapnya yang peramah dan periang disenangi oleh seluruh warga sekolah. Walaupun sibuk, Hamdan juga masih mempunyai masa untuk melakukan dua lagi aktiviti kegemarannya, bermain badminton dan berbasikal. Hamdan bercita-cita ingin menjadi seorang juruterbang yang berjaya.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

aktif bijaksana matang peramah menghargai masa

menyertai aktiviti kokurikulum memperoleh kejayaan menjadi ketua kumpulan disukai oleh rakan-rakan melakukan aktiviti berfaedah

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah aktif seperti menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Selain itu, kita sepatutnya bersikap bijaksana supaya memperoleh kejayaan dalam aktiviti yang disertai. Seterusnya, kita haruslah berfikiran matang seperti Hamdan yang menjadi ketua kumpulan Choral Speaking. Oleh itu, kita dikehendaki bersikap peramah supaya disukai oleh rakan-rakan. Akhirnya, kita juga sewajarnya bijak menghargai masa dengan melakukan aktiviti seperti bermain badminton.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

Ulasan Pengajaran (Situasi)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Encik Muzaffar dan isterinya bercadang untuk pulang ke kampung beberapa hari. Namun, pada hari tersebut, mereka terlewat bangun. Oleh sebab itu, mereka agak tergesa-gesa membuat persiapan untuk memulakan perjalanan pulang ke kampung. Dalam perjalanan, tiba-tiba Encik Muzaffar teringat pintu pagar rumahnya belum berkunci lagi. Justeru, Encik Muzaffar menghubungi jiran terdekatnya, Encik Albert Lim untuk meminta bantuan bagi menguncikan pintu pagar tersebut. Encik Albert Lim dengan senang hati menghulurkan bantuan dan berjanji untuk menguncikan pagar rumahnya itu. Encik Muzaffar berasa gembira kerana mempunyai seorang jiran yang baik hati. Sekembalinya daripada bercuti di kampung, Encik Muzaffar membawa buah tangan dan menghadiahi jirannya itu dengan buah durian, rambutan, dan manggis. Jirannya pula berasa gembira dan mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati Encik Muzaffar memberinya buah-buhan dari kampungnya itu.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

baik hati prihatin bantu-membantu pemurah berterima kasih

menjenguk keluarga di kampung supaya tidak bangun lewat menguncikan pagar rumah memberi buah tangan buah-buahan yang diterima

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah baik hati dan menjenguk keluarga di kampung jika ada masa lapang. Selain itu, kita sepatutnya prihatin dan menghargai masa supaya perjalanan balik ke kampung berjalan lancar. Seterusnya, kita haruslah bantu-membnatu seperti Encik Albert Lim yang sudi menguncikan pagar rumah jirannya. Oleh itu, kita dikehendaki membudayakan sikap pemurah seperti Encik Muzaffar yang memberi jirannya buah-buahan. Akhirnya, kita juga sewajarnya berterima kasih kepada jiran kita yang menghadiahi buah-buahan kepada kita.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

Ulasan Pengajaran (Situasi)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Razali seorang pelajar yang sangat rajin dan kuat semangat. Ayahnya telah meninggal dunia dua tahun yang lalu akibat penyakit asma. Setiap pagi Razali ke sekolah bersamasama adiknya. Pada sebelah petangnya pula, dia bekerja sambilan sebagai pembantu dan pelayan di sebuah kedai makan. Razali akan mengulang kaji pelajarannya pada waktu malam. Semua duit gaji yang diterima oleh Razali akan diberi kepada ibunya untuk menampung perbelanjaan harian keluarga mereka. Razali rela hati melakukan kerja-kerja sambilan ini adalah untuk membantu ibunya kerana pendapatan ibunya sebagai pekerja kilang elektronik itu masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka. Walaupun Razali bekerja sambilan tetapi dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Dia juga telah membuktikan kecemerlangannya dalam pelajaran. Dia merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

penyayang rajin bertanggungjawab pemurah berhemah tinggi

pergi sekolah bersama adiknya bekerja di kedai makan mengulang kaji pelajaran memberi duit gaji kepada ibunya cemerlang dalam pelajaran

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah mengamalkan sikap penyayang seperti pergi ke sekolah bersama-sama adik kita. Selain itu, kita sepatutnya rajin seperti Razali yang rela hati bekerja sambilan di kedai makan. Seterusnya, kita haruslah bertanggungjawab diri sendiri dengan cara mengulang kaji pelajaran. Oleh itu, kita dikehendaki bersikap pemurah seperti Razali yang memberi duit gajinya untuk perbelanjaan harian keluarga. Akhirnya, kita juga sewajarnya berhemah tinggi untuk mengejar kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

Ulasan Amalan Baik (Cerita)

Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Adi dan Azli hendak pulang ke rumah mereka selepas selesai waktu persekolahan. Semasa mereka berada di pondok perhentian bas, mereka dapati seorang warga emas mengalami sesak nafas. Adi dan Azli segera bertindak membantu warga emas itu. Mereka mendapatkan bantuan daripada seseorang. Seorang pemuda yang bernama Encik Hazif sudi menghantar warga emas itu ke sebuah hospital yang berhampiran. Mereka tiba di wad kecemasan di sebuah hospital. Mereka melaporkan masalah yang dihadapi oleh warga emas itu di kaunter pendaftaran. Selepas mendapat rawatan, warga emas itu pulih daripada sakit yang dialaminya. Dia berasa terhutang budi kepada Adi, Azli, dan Encik Hazif. Dia amat terharu sehingga mengalirkan air mata mengenangkan sikap prihatin dan budi baik mereka terhadapnya. Dia mengucapkan terima kasih kepada Adi, Azli, dan Encik Hazif. Dia mempelawa Adi, Azli, dan Encik Hazif berkunjung ke rumahnya pada bila-bila masa.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

amanah prihatin tolong-menolong bersyukur berterima kasih

terhadap diri sendiri masalah orang lain menghantar ke hospital pulih daripada penyakit atas pertolongan orang

Lima amalan baik yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah amanah terhadap diri sendiri dan pulang ke rumah setelah tamat waktu persekolahan. Selain itu, kita sepatutnya prihatin terhadap masalah sesak nafas yang dialami oleh warga emas itu. Seterusnya, kita haruslah tolong-menolong dan menghantar warga emas itu ke hospital. Oleh itu, kita dikehendaki bersyukur kerana telah sembuh daripada sakit. Akhirnya, kita sewajarnya berterima kasih atas pertolongan orang kepada kita.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

Ulasan Amalan Baik (Cerita)

Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Indah nian suasana pagi hari raya. Kanak-kanaklah yang paling girang. Awal-awal lagi mereka sudah memakai baju raya. Namun, lain pula keadaannya bagi keluarga Haliza. Sebelum memakai baju baharunya, air matanya lebih awal membasahi pipinya. Dia amat hiba dan terharu mengenangkan ketulusan hati seorang insan. Dua minggu telah berlalu, Kunjungan Haji Marwan dan Hajah Mazuin ini rupa-rupanya membawa sinar bahagia buat mereka sekeluarga. Ketika berbual-bual dengan ibunya, pasangan suami isteri itu telah menyampaikan hajat murninya. Rupa-rupanya, mereka mahu menghulurkan sumbangan ikhlas kepada keluarganya. Katanya lagi, bantuan tersebut bertujuan untuk berkongsi kegembiraan apabila fajar Shawal tiba nanti. Dengan penuh rasa sebak dan terharu, ibu Haliza mengenggam sampul surat berwarna putih itu. Setelah menjamah hidangan yang disediakan, pak aji dan mak aji pun minta diri untuk pulang. Ibu Haliza tidak menyangka sebanyak itu sumbagan mereka kepada keluarganya. Seribu ringgit amat sukar, amat payah untuk ibu Haliza mengumpulnya. Semoga Allah memberkati ketulusan hati mereka.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

berasa gembira prihatin murah hati bersopan-santun bersyukur

menyambut hari raya menolong orang susah menghulurkan wang ringgit minta diri untuk pulang atas rezeki yang diperoleh

Lima amalan baik yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah berasa gembira menyambut ketibaan hari raya yang mulia. Selain itu, kita sepatutnya prihatin seperti menolong keluarga yang dalam kesempitan hidup. Seterusnya, kita haruslah murah hati dan sanggup menghulurkan wang ringgit bagi membantu orang miskin. Oleh itu, kita dikehendaki bersopan-santun seperti pak aji dan mak aji minta diri untuk pulang setelah selesai urusannya. Akhirnya, kita sewajarnya bersyukur atas rezeki yang dikurnikan Allah kepada kita.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

Ulasan Amalan Baik (Cerita)

Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hafizah sedang membaca buku cerita sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia dihampiri oleh seorang perempuan. Perempuan itu bertanyakan sesuatu kepadanya. Dia telah membantu perempuan itu dengan memberikan maklumat yang jelas dan tepat. Atas pertolongannya, perempuan itu dapat mencari tempat yang hendak dikunjunginya. Apabila bas sekolahnya tiba, Hafizah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberi peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid lelaki membuang sampah melalui tingkap bas. Hafizah telah menegur budak lelaki itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan olehnya kerana boleh menimbulkan pelbagai kesan yang tidak diingini. Budak lelaki itu juga sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya. Budak lelaki itu menerima teguran Hafizah dengan hati yang terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut. Hafizah tersenyum mendengar pengakuan budak tersebut.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

rajin membantu berdisiplin tegas rasional

membaca buku cerita seorang perempuan beratur menaiki bas berani menegur kesalahan menerima teguran

Lima amalan baik yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah mempunyai sikap rajin seperti Hafizah membaca buku semasa menunggu bas sekolahnya. Selain itu, kita sepatutnya sedia membantu orang yang memerlukan pertolongan. Seterusnya, kita haruslah berdisiplin seperti beratur semasa menaiki bas sekolah. Oleh itu, kita dikehendaki bersikap tegas dan berani menegur orang yang melakukan kesalahan. Akhirnya, kita sewajarnya berfikiran rasional dan sedia menerima teguran orang lain untuk membetulkan kesalahan yang kita telah lakukan.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

10

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

Ulasan Amalan Baik (Cerita)

Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada minggu ini, Naizura memikul tanggungjawab melakukan kerja-kerja rumah kerana emaknya sedang mengikuti kursus di Sungai Petani. Dia menjaga adik-adiknya dengan baik. Sebagai anak yang sulung, Naizura sentiasa mendengar nasihat dan teguran daripada kedua-dua ibu bapanya. Dia melayan adik-adiknya dengan layanan yang baik dan penuh kasih sayang. Dia memikul tanggungjawab tersebut dengan penuh kerelaan. Setiap pagi sebelum pergi ke sekolah, dia akan memastikan bilik tidurnya kemas dan bersih. Dia amat mementingkan kebersihan diri dan kebersihan tempat tinggalnya. Pakaian sekolahnya nampak bersih dan kemas. Uniform sekolah adik-beradiknya juga kelihatan bersih dan kemas. Dialah yang membasuh dan menggosok pakaian tersebut. Pada waktu petang pula, Naizura dan adik-adiknya menyiram pokok-pokok bunga dan membersihkan persekitaran rumah mereka. Dia amat gembira jika kawasan tempat tinggal mereka kelihatan bersih, cantik dan ceria.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

ikhlas penyayang bertanggungjawab rajin sepakat

melakukan kerja-kerja rumah menjaga adik-adiknya menjaga kebersihan membasuh, menggosok pakaian menceriakan persekitaran rumah

Lima amalan baik yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah ikhlas melakukan kerja-keja rumah semasa ketiadaan ibu. Selain itu, kita sepatutnya mempunyai sikap penyayang seperti Naizura yang menjaga adik-adiknya dengan layanan baik. Seterusnya, kita haruslah bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat tinggal. Oleh itu, kita dikehendaki bersikap rajin seperti membasuh dan menggosok pakaian sendiri. Akhirnya, kita sewajarnya sepakat seperti Naizura dan adik-adiknya membersihkan persekitaran rumah.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

11

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

10

Ulasan Nilai Murni (Cerita)

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ibu menyuruh Haleda pergi ke kedai Pak Hamid untuk membeli tepung dan gula. Tanpa membantah dan membuang masa, Haleda segera pergi ke kedai Pak Hamid dengan menunggang basikalnya. Dia mengayuh basikal dengan berhati-hati kerana jalan raya ke kedai itu kurang baik. Lagipun ada sesetengah anak muda di kampungnya itu yang suka menunggang motosikal dengan laju. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Setelah urusan tersebut selesai, dia terus balik tanpa singgah di mana-mana. Sampai di rumah, dia menyerahkan tepung, gula dan wang baki kepada ibunya. Ibunya memuji Haleda kerana cepat pulang bersama-sama barangan yang dipesan. Ibunya juga memulangkan wang baki itu kepada Haleda. Haleda mengucapkan terima kasih kepada ibunya lalu menyimpan wang itu ke dalam tabung. Haleda tersenyum keriangan kerana duit tabungannya bertambah.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

taat / patuh berwaspada amanah pemurah berjimat-cermat

suruhan ibunya semasa menunggnag basikal menyerahkan wang baki memberi wang kepada anaknya menabung wang

Lima nilai murni yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah patuh atau taat terhadap suruhan ibu untuk membeli barangan dapur. Selain itu, kita sepatutnya berwaspada semasa menunggang basikal melalui jalan raya yang sibuk dengan kenderaan. Seterusnya, kita haruslah amanah dan menyerahkan wang baki berbelanja kepada ibu kita. Oleh itu, kita dikehendaki bersikap pemurah seperti Puan Haleda yang memberi wang baki membeli tepung dan gula kepada anaknya. Akhirnya, kita sewajarnya membudayakan sikap gemar berjimat cermat dengan cara menabung.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

12

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

11

Ulasan Nilai Murni (Cerita)

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Zety dan rakan-rakannya pergi ke kantin untuk membeli makanan dan minuman. Suasana pada ketika itu agak sibuk kerana semua murid berpusu-pusu untuk membeli makanan. Ketika Zety dan rakan-rakannya sedang makan, dia ternampak seorang murid menangis teresak-esak. Zety berhenti makan, dia menghampiri murid tersebut untuk mendapatkan kepastian. Zety menyatakan hasratnya untuk menolongnya. Budak tersebut memberitahu Zety bahawa nasi lemak yang dibelinya telah terjatuh ke lantai. Malangnya, budak itu tidak mempunyai wang lagi untuk membeli makanan pada hari itu. Budak itu berasa terlalu sedih sehingga mengalirkan air matanya. Kebetulan pada ketika itu, Zety masih mempunyai lebihan wang belanja, dia membelikan sebungkus nasi lemak sebagai ganti. Zety memujuk budak itu supaya bersabar dan tidak menangis lagi. Budak itu mengucapkan terima kasih kepada Zety atas pertolongannya.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

berdisiplin prihatin baik hati pemurah berterima kasih

berbaris ketika membeli makanan ternampak budak menangis tolong menyelesaikan masalah membelikan nasi lemak atas pertolongan orang lain

Lima nilai murni yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah berdisiplin dan berbaris ketika membeli makanan di kantin. Selain itu, kita sepatutnya prihatin apabila terpandang seorang budak yang sedang menagis. Seterusnya, kita haruslah baik hati seperti Zety yang berjanji untuk membantu budak itu menyelesaikan masalahnya. Oleh itu, kita dikehendaki bersikap pemurah seperti Zety yang telah membelikan nasi lemak sebagai ganti kepada nasi lemak yang terjatuh kepada budak itu. Akhirnya, kita sewajarnya berterima kasih atas pertolongan seseorang kepada kita.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

13

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

12

Ulasan Nilai Murni (Cerita)

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Semasa Haikal berusia tujuh tahun, dia mempunyai masalah lambat dan sukar menguasai kemahiran membaca. Haikal tidak dapat membaca dengan lancar seperti rakan-rakannya yang lain. Kadang kala Haikal ditertawakan oleh rakan-rakan sekelasnya. Namun begitu, dia tidak pernah berputus asa. Haikal berazam untuk belajar membaca sehingga lancar. Setiap hari, dia akan membaca buku-buku cerita. Ibu bapanya juga memberikan sokongan dengan membelikan Haikal buku-buku cerita dan majalah kanak-kanak. Lama-kelamaan Haikal dapat membaca buku dengan lancar, akhirnya dia berjaya menguasai kemahiran membaca dengan baik. Sejak hari itu, rakan-rakannya tidak lagi mentertawakannya. Dia bersyukur kepada Tuhan kerana memberinya kekuatan dan semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya. Kini, Haikal telah bergelar mahasiswa di Universiti Utara Malaysia. Dia berazam untuk menjadi seorang jurutera yang berjaya.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

gigih cekal prihatin bersyukur azam / cita-cita tinggi

menguasai kemahiran membaca kesungguhan belajar membaca memberi galakan dan sokongan menguasai kemahiran membaca hendak menjadi seorang jurutera

Lima nilai murni yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah bersemangat gigih seperti Haikal yang berusaha sedaya upaya untuk menguasai kemahiran membaca. Selain itu, kita sepatutnya cekal berusaha sehingga dapat membaca dengan baik. Seterusnya, kita haruslah prihatin seperti ibu bapa Haikal yang telah memberi sokongan moral kepada Haikal. Oleh itu, kita dikehendaki bersyukur setelah boleh menguasai kemahiran membaca. Akhirnya, kita sewajarnya mempunyai cita-cita yang tinggi seperti Haikal yang ingin menjadi seorang jurutera yang berjaya suatu hari nanti.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

14

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

13

Ulasan Nilai Murni (Cerita)

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah. Danny ternampak seorang warga emas terjatuh. Semua barangan yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya. Danny segera membantunya, dia mengutip barang-barang yang bertaburan di atas jalan raya itu. Danny memimpin warga emas itu ke pondok perhentian bas. Dia bernasib baik kerana hanya mengalami luka kecil, Danny membersihkan luka tersebut dengan sapu tangannya. Warga emas itu memberitahu Danny bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumah anaknya. Danny berjanji untuk menghantarnya pulang. Danny menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Setelah Danny dan warga emas itu sampai di rumah anaknya, dia mempelawa Danny masuk ke rumahnya. Dia menghidangi Danny segelas minuman sejuk dan beberapa keping biskut. Mereka minum bersama-sama. Warga emas itu mengucapkan terima kasih atas pertolongan Danny terhadapnya. Sejurus selepas itu, Danny pun minta diri untuk pulang.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

kasih sayang baik hati ikhlas beradab sopan berterima kasih

menolong warga emas membersihkan luka menghantar pulang menghidangi minuman sejuk budi baik seseorang

Lima nilai murni yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah ada perasaan kasih sayang seperti menolong warga emas yang terjatuh. Selain itu, kita sepatutnya bersikap baik hati seperti Danny membersihkan luka seorang warga emas. Seterusnya, kita haruslah ikhlas menolong orang lain dengan menghantarnya pulang ke rumah. Oleh itu, kita dikehendaki beradab sopan, contohnya menghidangi minuman dan biskut kepada tetamu. Akhirnya, kita sewajarnya menyatakan ucapan terima kasih atas segala budi baik dan pertolongan orang kepada kita.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

15

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

14

Ulasan Nilai Murni (Cerita)

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada petang itu, Khalidin dalam perjalanan pulang daripada menjalani aktiviti kokurikulum. Dia ternampak seekor kucing di tepi jalan raya. Badan kucing itu basah kuyup dan penuh dengan lumpur. Khalidin menghampiri kucing itu, dia berasa sungguh kasihan melihat keadaan kucing yang kesejukan itu. Dia membawa kucing itu balik ke rumahnya. Sampai di rumahnya, Khalidin mencuci dan memandikan kucing itu. Bulu kucing itu dilapnya sehingga kering. Khalidin memberi kucing itu minum air susu yang dibancuhnya sendiri. Selepas itu, Khalidin memberi kucing itu makan nasi bercampur dengan sedikit ikan goreng. Setelah selesai makan nasi, barulah kucing itu nampak cergas dan bermaya. Khalidin berhasrat untuk membela kucing itu. Ayah dan emaknya juga bersetuju dengan keputusan Khalidin. Ibu bapanya bercadang untuk membelikan sebuah sangkar sebagai tempat tidur kucing itu pada waktu malam. Khalidin sangat sayang akan kucing itu.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

bertanggungjawab simpati sayang baik hati bertimbang rasa

menyertai aktiviti kokurikulum kucing yang basah kuyup mencuci, memandikan kucing memberi kucing makan membelikan sangkar kucing

Lima nilai murni yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah bertanggungjawab seperti menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah. Selain itu, kita sepatutnya mempunyai rasa simpati terhadap binatang seperti mengelap bulu kucing yang basah kuyup. Seterusnya, kita haruslah ada perasaan sayang terhadap binatang seperti yang dilakukan oleh Khalidin, mencuci dan memandikan kucing. Oleh itu, kita dikehendaki bersikap baik hati terhadap bintang, sepeti memberi kucing makanan. Akhirnya, kita sewajarnya ada perasaan timbang rasa terhadap bintang seperti ibu bapa Khalidin yang bersetuju untuk membelikan sebuah sangkar untuk memelihara kucing berkenaan.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

16

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

15

Ulasan Pengajaran (Fakta)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sampah sarap bertaburan di merata-rata tempat. Sampah sarap ini bukan sahaja dibuang di tangga, malah di beranda beberapa buah rumah pangsa di situ. Selain itu terdapat segelintir penduduk di tingkat atas turut membuang sampah melalui tingkap sahaja tanpa memperdulikan orang yang lalu-lalang di kawasan rumah pangsa tersebut. Perbuatan ini dikhuatiri akan memberi imej yang kurang baik kepada rakyat di negara ini. Bagaimana pula tanggapan pelancong asing apabila melihat keadaan dan situasi yang kotor dan tidak terurus itu. Sudah tentulah berbagai-bagai tanggapan negatif akan dilemparkan kepada penghuni rumah pangsa tersebut. Tambahan pula, keadaan yang kotor itu menyebabkan nyamuk, lipas, tikus, dan lalat membiak serta menimbulkan bau yang sungguh busuk. Hal ini sekali gus mengganggu keselesaan para penduduk di kawasan tersebut. Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan lebih tegas kepada penduduk yang tidak menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal mereka.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

menjaga kebersihan bertanggungjawab mencintai alam prihatin berdisiplin

pembuangan sampah teratur menjaga tempat tinggal persekitaran bersih menjauhi wabak penyakit menjaga kebersihan persekitaran

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah menjaga kebersihan serta tidak membuang sampah sarap di merata-rata tempat. Selain itu, kita sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab menjaga tempat tinggal kita daripada dicemari oleh sampah sarap. Seterusnya, kita haruslah mencintai alam supaya persekitaran dan tempat tinggal kita bersih dan ceria selalu. Oleh itu, kita dikehendaki prihatin, contohnya menjauhi pembiakan serangga yang boleh membawa wabak penyakit. Akhirnya, kita sewajarnya mengamalkan disiplin diri yang kental bagi menjaga kebersihan tempat tinggal dan kawasan pesekitarannya.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

17

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

16

Ulasan Amalan Baik (Fakta)

Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Surat khabar merupakan salah satu sumber media cetak dan bahan bacaan yang sangat digemari. Surat khabar amat berguna sebagai media penyebar maklumat tambahan dan ilmu pengetahuan. Surat khabar memuatkan pelbagi jenis berita terkini yang berlaku di dalam negara dan yang berlaku di luar negara. Selain itu, surat khabar juga dapat dijadikan sumber hiburan kepada para pembaca. Hal ini demikian kerana surat khabar memuatkan ruangan komik, cerpen, hiburan, ruangan sukan, dan lain-lain lagi. Akhbar juga menyelitkan ruangan iklan jawatan kosong, iklan barangan tertentu, iklan kenderaan terpakai dan ratusan jenis iklan yang lain lagi. Pastinya pembaca akan mendapat hiburan, maklumat, dan ilmu pengetahuan dengan hanya mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang kecil. Bukan itu sahaja, surat khabar juga mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai dibaca ketika berehat atau bersantai di anjung rumah. Surat khabar juga boleh dijadikan alas atau lapik tempat duduk semasa bersantai di tepi pantai.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

rajin rasional pandai cinta akan ilmu berhemah

mencari maklumat di surat khabar mengetahui perkembangan membaca ruangan di akhbar melalui pembacaan berbelanja apabila perlu

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah rajin, contohnya mengisi masa terluang dengan membaca surat khabar. Selain itu, kita sepatutnya berfikiran rasional dan menjadikan surat khabar sebagai punca percambahan ilmu. Seterusnya, kita haruslah pandai memilih ruangan tertentu di dalam akhbar yang perlu untuk kita baca atau kita ambil tahu maklumatnya. Oleh itu, kita dikehendaki membudayakan cinta akan ilmu dengan cara suka membaca, contohnya suka membaca surat khabar. Akhirnya, kita sewajarnya berhemah dalam perbelanjaan seharian dan jangan melupakan santapan rohani seperti membeli surat khabar untuk bacaan keluarga.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

18

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

17

Ulasan Nilai Murni (Fakta)

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Internet membolehkan pengguna di seluruh pelosok dunia berhubung dengan mudah. Bagi pelajar Malaysia yang berada di seberang laut, kemudahan Internet menyenangkan mereka untuk berhubung dengan keluarga. Ibu bapa pula dapat mengetahui tentang perkembangan anak mereka dengan lebih kerap. Tambahan pula, bayaran perkhidmatan Internet lebih murah berbanding dengan perkhidmatan telefon. Selain itu, kita berpeluang berkenalan dan bertukar-tukar fikiran dengan seluruh masyarakat dunia melalui ruangan berborak di Internet. Oleh itu, nyatalah Internet mempunyai kebaikan kepada kehidupan manusia. Kita perlu bijak memilih bahan-bahan yang disiarkan di dalam laman web. Kita juga harus menerima hakikat bahawa kemajuan Internet turut menyumbang kepada perkembangan intelek manusia. Semasa meneroka dan merayau di internet, seseorang individu perlu mempunyai disiplin diri yang mantap dan sikap yang berhemah supaya tidak terbabas ke laman web yang tidak beretika yang boleh merosakkan ahlak para remaja.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

rasional bersyukur berjimat cermat bijak berdisiplin

menerima kemajuan, kemudahan kemudahan canggih tersedia kemudahan mesra pengguna menapis/menyaring maklumat perayauan tidak tersasar

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah bersikap rasional menerima kemajuan seperti kemudahan internet. Selain itu, kita sepatutnya bersyukur menerima kemudahan canggih, maklumat di hujung jari melalui internet. Seterusnya, kita haruslah pandai berjimat-cermat seperti menggunakan perkhidmatan yang lebih murah, contohnya internet yang lebih mesra pengguna. Oleh itu, kita dikehendaki bijak menapis maklumat semasa merayau di internet agar tidak melayari laman web yang tidak bermoral. Akhirnya, kita sewajarnya berdisiplin semasa menggunakan internet kerana pelbagai maklumat sama ada baik mahupun buruk termuat di dalamnya.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

19

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

18

Ulasan Pengajaran (Berita)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

KUALA KUBU BHARU, 23 Februari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, secara rasminya melancarkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menegaskan, kerajaan memberi nilai tinggi kepada generasi muda dan mengiktiraf peranan mereka sebagai bakal pemimpin masa depan. Perdana Menteri berkata, golongan muda yang mewakili 60 peratus rakyat negara ini akan berperanan di barisan hadapan membawa negara ke mercu kejayaan. Lebih-lebih lagi, apabila Malaysia mencapai status negara maju 12 tahun akan datang. PLKN, katanya adalah usaha terbaharu kerajaan untuk melahirkan generasi muda Malaysia yang berdisiplin, berpekerti mulia, bercita-cita tinggi, malah berkeupayaan untuk berjaya dalam segala bidang yang diceburi. Kita berharap, mereka yang menjalani Program Latihan Khidmat Negara ini akan menjadi anak muda yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab, dan berpekerti mulia, katanya ketika melancarkan program tersebut, semalam. Program ini menjadi harapan kerajaan bagi menyediakan tenaga muda yang berkemahiran tinggi, berketrampilan, berilmu, dan berpekerti mulia.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

rasional bijaksana prihatin berwawasan bijak

melatih pemimpin masa depan mengatur program langkah memajukan negara berjaya dalam semua bidang berilmu kemahiran tinggi

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah berfikiran rasional untuk meyediakan program kepimpinan kepada para remaja seperti PLKN. Selain itu, kita sepatutnya bijaksana mengatur program supaya impaknya dapat dirasai oleh genarasi sekarang dan genarasi akan datang. Seterusnya, kita haruslah prihatin bagi mengatur langkah dan menyediakan program untuk kemajuan negara kita Malaysia. Oleh itu, kita perlu mempunyai wawasan yang tinggi untuk meraih kejayaan dalam semua bidang. Akhirnya, kita sewajarnya bijak, berilmu dan berkemahiran tinggi untuk mentadbir negara.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

20

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

19

Ulasan Nilai Murni (Berita)

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Batu Pahat, Sabtu, 26 Januari 2008 SK Sultan Abdul Samad telah mengadakan kempen membantu mangsa bencana gempa bumi. Kempen ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Banyak pelajar, guru, dan ibu bapa telah tampil menghulurkan bantuan tanda simpati. Kebanyakan bantuan yang diterima adalah dalam bentuk wang tunai. Segala sumbangan tersebut akan didermakan kepada mangsa gempa bumi di Pakistan. Sumbangan ini bagi membantu mangsa gempa bumi mendapatkan makanan, ubat-ubatan, dan pakaian. Kempen ini bertujuan untuk menanamkan sikap suka bantumembantu di kalangan pelajar. Kempen selama sebulan ini telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak sepuluh ribu empat ratus tiga ringgit enam puluh sen (RM10,403.60). Guru Besar dan ketua murid, Amirrul Ehsan telah menyampaikan sumbangan wang tersebut kepada Tabung Kebajikan Mangsa Gempa Bumi di pejabat sebuah akhbar harian di ibu kota. Tindakan Guru Besar dan seluruh warga sekolah tersebut telah menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

baik hati prihatin ikhlas kasih sayang berhemah

kempen mengutip derma menghulurkan derma kutipan wang yang banyak membantu mangsa gempa bumi bantuan, meringankan masalah

Lima nilai murni yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah baik hati seperti mengutip derma bagi membantu mangsa gempa bumi. Selain itu, kita sepatutnya prihatin untuk menghulurkan derma dan bantuan kepada magsa gempa bumi itu. Seterusnya, kita haruslah ikhlas menyumbangkan bantuan yang termampu oleh kita. Oleh itu, kita dikehendaki mempunyai rasa kasih sayang sesama insan dengan cara mengadakan kutipan derma seperti yang dijalankan oleh SK Sultan Abdul Samad. Akhirnya, kita sewajarnya berhemah dan sedia membantu insan lain yang ditimpa bencana alam seperti gempa bumi.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

21

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

20

Ulasan Pengajaran (Surat)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sahabatku, surat saudara tempoh hari telah selamat saya terima. Buat masa ini saya sedang sibuk membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba tidak lama lagi. Oleh sebab itu, saya terlewat membalas surat saudara. Saya berasa sungguh bangga kerana saudara masih lagi mengingati saya sedangkan sudah hampir tiga tahun kita tidak bersua muka.Untuk pengetahuan saudari Nora, keputusan percubaan UPSR saya tidaklah begitu baik. Saya mendapat gred 3A 2B sahaja. Oleh sebab itu, saya perlu meningkatkan lagi usaha agar cita-cita saya untuk memperoleh 5A akan tercapai. Saya juga ingin menyahut cabaran ibu bapa, guru-guru, dan rakan-rakan saya.Pada kesempatan ini, saya turut mendoakan semoga saudari dapat memperoleh keputusan yang cemerlang. Marilah kita sama-sama berusaha untuk memajukan diri agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

silaturahim mohon maaf sedar kelemahan cita-cita tinggi gigih berusaha

berutus surat dengan kawan terlewat membalas surat pencapaian dalam peperiksaan baiki pencapaian akademik untuk mencipta kejayaan

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah menjalin hubungan silaturahim dan berutus surat dengan kawan-kawan kita yang tinggal berjauhan. Selain itu, kita sepatutnya memohon maaf jika terlewat membalas surat kawan-kawan kita itu. Seterusnya, kita haruslah menyedari kelemahan diri sendiri serta berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Oleh itu, kita dikehendaki mempunyai citacita tinggi seperti penulis yang inginkan pencapaian cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhirnya, kita sewajarnya gigih berusaha di samping berdoa untuk mencipta kejayaan dalam bidang akademik contohnya berjaya cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

22

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

21

Ulasan Pengajaran (Dialog)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ahmad Naufal

Maafkan saya cikgu kerana terlewat sampai ke sekolah. Semasa dalam perjalanan tadi, rantai basikal saya terputus. Saya terpaksa singgah di kedai basikal untuk membaiki rantai basikal saya itu. Kelewatan kamu bersebab, cikgu maafkan kamu. Walaupun rantai basikal kamu putus, kamu tetap berikhtiar untuk samapi ke sekolah. Kamu seorang murid yang rajin dan mengutamakan pelajaran. Terima kasih cikgu. Izinkan saya masuk ke kelas untuk meneruskan pelajaran saya. Silalah masuk ke kelas kamu. Beritahu guru yang sedang mengajar di kelas kamu itu tentang masalah kamu datang lewat hari ini. Baiklah, cikgu.

Cikgu Zainal

Ahmad Naufal Cikgu Zainal Ahmad Naufal

: : :

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

mohon maaf berdikari rajin bersopan pemaaf

terlewat datang ke sekolah mencari bengkel basikal mengutamakan pelajaran meminta izin daripada guru sedia memaafkan kesalahan

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah memohon maaf kepada guru bertugas kerana terlewat tiba di sekolah. Selain itu, kita sepatutnya berdikari untuk membaiki rantai basikal yang terputus. Seterusnya, kita haruslah mengamalkan budaya rajin serta mengutamakan pelajaran walaupun berhadapan dengan masalah. Oleh itu, kita dikehendaki bersopan satun, seperti Ahmad Naufal yang meminta izin daripada guru bertugas untuk masuk ke kelasnya. Akhirnya, kita sewajarnya bersikap pemaaf dan sedia memaafkan kesalahan yang tidak disengajakan oleh seseorang.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

23

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

22

Ulasan Pengajaran (Komsas)

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Atas arahan Sultan Melaka, maka Laksamana Hang Tuah, Hang Nadim dan Tun Mamat pun berangkatlah ke Gunung Ledang. Akan jalan terlalu sukar, angin bertiup terlalu keras, baru kira-kira setengah gunung, maka tidaklah terdaki lagi oleh segala mereka. Maka Tun Mamat berkata kepada Laksamana dan Hang Nadim, Berhentilah orang kaya di sini. Biarlah hamba naik. Maka jawab Laksamana dan Hang Nadim, Baiklah. Tun Mamat pun naiklah ke Gunung Ledang. Lalu dia bertemu dengan sebuah taman, terlalu indah buatannya. Maka Tun Mamat pun masuk ke dalam taman itu, dilihat olehnya pelbagai buah dan bunga-bungaan yang cantik. Sekonyong-konyong muncullah nenek kebayan menyapa Tun Mamat yang sedang asyik itu. Tun Mamat menyahut sapaan seraya bersalam. Hasrat Sultan Melaka Tun Mamat sampaikan, lega di hati bukan kepalang. Hatta nenek kebayan menurunkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh Sultan Melaka. Tun Mamat pun pulanglah ke istana dengan membawa amanat.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

patuh tabah baik hati peramah jujur

arahan Sultan Melaka menghadapi cabaran sanggup melaksanakan tugas menegur, menyapa orang menyampaikan pesanan

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah patuh kepada arahan ketua kita, contohnya patuh arahan Sultan Melaka. Selain itu, kita sepatutnya tabah menghadapi cabaran ketika mendaki Gunung Ledang. Seterusnya, kita haruslah baik hati seperti Tun Mamat yang sanggup melaksanakan tugasan yang diamanahkan bersendirian. Oleh itu, kita dikehendaki peramah contohnya, menyahut salam Nenek Kebayan. Akhirnya, kita sewajarnya jujur dan menyampaikan amanat atau syarat-syarat yang ditentukan oleh Nenek Kebayan kepada Sultan Melaka.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

24

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

23

Ulasan Pengajaran (Pantun)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Palpa rumbia dibuat sagu, Sagu diadun dijadikan lepat; Hati sedih bertambah sayu, Banjir kilat longkang tersumbat. Panjat kelapa menggunakan sigai, Sigai dicipta oleh Pak Nayan; Sisa toksik berlimpahan di sungai, Pembangunan meragut rezeki nelayan. Gula melaka si nira tebu, Lopes enak menambat selera; Ozon menipis menebal jerebu, Mencemaran udara, musnah belantara.

Bunga mawar berwarna-warni, Mawar merah jadi pilihan; Inikah budi masyarakat madani, Pentingkan laba musnahkan keindahan. Putat, pegaga dibuat ulam, Tumbuh subur di tepi jemuran; Marilah teman mencintai alam, Jaga kebersihan elakkan pencemaran.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

prihatin bertanggungjawab menjaga kesihatan rasional mencintai alam

mengelakkan banjir kilat tidak mencemarkan sungai mengelakkan pencemaran udara menjaga keindahan alam menjaga kebersihan persekitaran

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah prihatin untuk mengelakkan banjir kilat berlaku. Selain itu, kita sepatutnya mempunyai perasaan bertanggungjawab supaya tidak mencemarkan sungai. Seterusnya, kita haruslah menjaga kesihatan dengan cara mengelakkan pembakaran terbuka yang akan mencemar udara. Oleh itu, kita dikehendaki bersikap rasional bagi menjaga dan memulihara keindahan alam. Akhirnya, kita sewajarnya mencintai alam dengan cara menjaga dan memelihara kebersihan persekitarannya daripada sebarang pencemaran.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR

25

Bahagian C : Membuat Ulasan

Model Tuntas UPSR

24

Ulasan Pengajaran (Puisi)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Anak-anaku Ayunlah langkahmu segera Mendaki gunung cita-cita Biar lelah, biar merana Biar luka, biar cedera Biar seribu ranjau menimpa Namun jangan sekali-kali mengaku kalah Jika engkau terjatuh Ayuh, segera bangkit semula! Ayunkah langkah perkasamu semula Kerana perjalananmu masih jauh

Anak-anaku Perjalanan ini memang pahit Tempuh kepayahan, keperitan Lalui lorong penuh onak duri Telanlah agar menjadi penawar Kelak nanti ... Pasti kau akan merasa manisnya.

ITEM / SOALAN Pengajaran Amalan Baik Nilai Murni

JUMLAH ASPEK NILAI Lima Enam Tujuh

BILANGAN PERKATAAN Kurang 50 Lebih 50

APLIKASI I. D. C. D {Ingat Dua Cari Dua}


Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai
(Murid Mesti Cari)

Idea Teks / Merujuk Petikan


(Murid Mesti Cari)

Antaranya ... Selain itu ... Seterusnya ... Oleh itu ... Akhirnya ...

kita mestilah kita sepatutnya kita haruslah kita dikehendaki kita sewajarnya

tabah tekal / kuat semangat gigih berusaha berdikari sabar

menghadapi dugaan mengejar kejayaan bersungguh-sungguh bekerja berusaha tanpa putus asa menempuh cabaran hidup

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah tabah menghadapi dugaan dan ranjau kehidupan. Selain itu, kita sepatutnya tekal dan kuat semangat untuk mengejar kejayaan dalam hidup yang serba mencabar ini. Seterusnya, kita haruslah gigih berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh jika mahu memperoleh kejayaan tanpa mudah berputus asa. Oleh itu, kita dikehendaki berdikari untuk melatih waja diri yang kental dan sanggup berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tidak mudah menyerah kalah. Akhirnya, kita sewajarnya bersikap sabar dan cekal menempuh segala cabaran untuk memperoleh kejayaan pada masa hadapan.

PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, 6 SUKATAN PELAJARAN TERKINI FORMAT ITEM UPSR TERKINI

Anda mungkin juga menyukai