Anda di halaman 1dari 5

Contoh Soalan Temu duga Guru IPG/KPM:

Soalan Individu dan Soalan Berkumpulan

dan

Bagaimanakah Sains dan Teknologi Maklumat (ICT) dapat meningkatkan Proses Pengajaran
Pembelajaran?

Apakah yang dikatakan peranan atau tanggungjawab sebagai seorang guru?

Apakah langkah yang boleh diambil untuk memartabatkan Bahasa Melayu?

Bagaimanakah Bahasa Melayu tersebar di luar negara?

Berikan pandangan anda tentang penggunaan bahasa rojak dalam kalangan remaja.

Berikan pandangan anda tentang penggunaan bahasa SMS dalam peperiksaan sekolah.

*Selalunya soalan individu lebih menjurus kepada bidang yang ditawarkan. Jadi, buatlah
persediaanyang secukupnya berkaitan bidang tersebut. Sebagai contoh, jangan nanti penemuduga
bertanya tentangperbezaan Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas pun calon tercengang.
Sedangkan itulah kursus yang dipohon.

Soalan lain yang boleh ditanya:


Isu Semasa Pendidikan :

Tema Hari Guru 2014-Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

Pelaksanaan KSSR dan PBS.

Pemberian Baucer Buku 1Malaysia

Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Literasi (Bahasa Malaysia) dan Numerasi (Matematik) (LINUS)

LINUS 2.0- Bahasa Inggeris

1 Murid 1 Sukan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

i THINK (Inovatif Thing king) - 8 Peta Pemikiran.

Panduan Temuduga Institut Pendidikan Guru (IPG) Maktab Perguruan

Persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, segala isu-isu semasa terutama isu-isu pendidikan,
barisan kabinet negara atau segala hal berkaitan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Berdasarkan pengalaman, kebiasaannya soalan yang ditanya semasa temuduga tersebut ialah
isu semasa dan bagaimana kita jika sebagai guru mengatasi masalah tersebut dengan rasional
dan berhemah tanpa melanggar etika seorang guru. selain itu juga, soalan yan di tanya juga
berkisarkan barisan kabinet negara contoh seperti "siapakah Menteri Pelajaran pada 2007' dan
soalan-soalan lain.

Pemakaian yang sopan, berketrampilan, kemas dan menampakkan ciri-ciri


seorang guru.
Semasa menghadiri temuduga, perkara pertama yang menjadi pandangan mata penemuduga
adalah cara kamu berpakaian. bagi perempuan pastikan berbaju kurung atau baju yang tidak
terlalu menjolok mata, mesti berkasut hitam bertumit, memakai stokin dan bersolek sedikit.
Solekan tidak perlu terlalu tebal hingga nampak macam hantu cina atau kuih tepung gomak.
Kalau lelaki, rambut tak perlulah macam artis, anda perlu datang dengan rambut pendek dan
kemas. Pakai tie dan baju kemeja plain. Kalau berjalur tak perlu la jalur macam tikar getah.
Keyakinan diri yang tinggi.
Setiap soalan yang diajukan oleh penemuduga, hendaklah kamu jawab dengan penuh
keyakinan. Reaksi muka tanpa ragu-ragu, kamu tidak perlu tergagap atau menunjukkan yang
kamu seolah-olah tidak tahu perkara itu. Jika kamu memang tidak boleh menjawab, cuba juga
untuk menjawab tetapi pastikan reaksi muka kamu dalam keadaan yakin. Jika penemuduga
bertanya kamu, "betul kah apa yang dinyatakan kamu sebentar tadi". Kamu perlu jawab "saya
yakin dengan jawapan saya". Jika dia menidakkan atau membidas, anda perlu akur dan
jawablah dengan berhemah.

Senyuman dan suara yang jelas dan lantang


Sepanjang temuduga berlangsung pastikan anda murah senyuman. Tetapi tidak perlulah
senyum tidak bertempat hingga orang lain kata anda manusia tiga suku. Anda senyum apabila
perlu. Selain itu, semasa menjawab sebarang pertanyaan atau sesi temuduga bersama
penemuduga, suara anda perlulah jelas dan lantang. Tak perlu juga untuk anda terjerit-jerit
hingga mengganggu rakan anda berdikusi. Cukuplah sekadar 1 bilik temuduga itu jelas tentang
apa yang kamu perkatakan.

Jangan ego atau membidas pandangan orang lain dengan biadap.


Seperti anda ketahui, temuduga bagi bakal guru pelatih nanti akan berada dalam 2 sesi. sesi 1
adalah individu dimana ia bertanyakan kelebihan dan tahap kemampuan anda. Pencapaian anda
di sekolah atau apa-apa sahaja yang menujukkan anda lebih dari orang lain. Anda perlu
tegaskan perkara tersebut. Sesi 2 pula ialah perbincangan. Penemuduga akan memberi 1 isu
dan minta anda dan rakan dalam kumpulan untuk bincangkannya. Semasa perbincangan, anda
perlu menghormati pendapat rakan. Jika anda hendak mebidas pastikan kata-kata membidas itu
berhemah. Contoh " maafkan saya, boleh saya mencelah" atau, "saya menyokong pendapat
saudara. Tetapi bagi pendapat saya pula... ".. dan sebagainya.... lagi satu, anda tidak perlulah
conquer kesemua perbincangan tersebut hingga rakan lain tidak berpeluang untuk bercakap.
(Untuk lebih jelas, sila scroll ke bawah)

Perlu tahu apa itu perbezaan bidang perguruan dengan profesion keguruan.
Kedua-dua perkara ini selalu dibahaskan oleh beberapa pihak terutama dalam temuduga.
Penemuduga hendak melihat sejauh mana pengetahuan kita tentang profesion tersebut. dan
saya sendiri juga kadang-kadang keliru. Jadi saya minta anda bertanya kepada golongan lebih
arif tentang perkara ini. Saya juga risau apa yang saya nyatakan kelak menjadi tidak kungruen
dengan penytaan anda.
TINGKAH LAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA

Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa
saja. Ucapkan Selamat Pagi atau Selamat Petang mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti
akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.

Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak
berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima
kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.

Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja
penemuduga itu.

Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.

Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula


anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu

Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah


dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat.
Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar

Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang
menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua
PanelGunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke
semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.

Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali
berbalah dengannya.

Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.

Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda
menyertai temuduga itu.
SEBELUM KE SESI TEMUDUGA TERSEBUT PASTIKAN ANDA :
1. Sebelum datang, check fail, susun sijil ikut keutamaan. Untuk helaian pertama letak surat
tawaran temuduga, seterusnya disusuli dengan sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lepas itu
baru letak sijil-sijil kokurikulum. Sijil-sijil ini perlu diletakkan mengikut ketinggian misalnya
peringkat kebangsaan dahulu, then peringkat negeri, peringkat daerah dan akhir sekali peringkat
sekolah. Hal ini akan memudahkan penemuduga untuk menilai anda.
2. Then, isi borang yang memerlukan kita buat karangan untuk menyatakan sebab kita minat
dalam bidang profesion perguruan ini. Karang dan buat sehabis baik dan letak sebab-sebab
yang relevan mengapa anda ingin menjadi guru kerana penemuduga membaca setiap patah
yang anda tulis. Contoh; saya minat bidang perguruan ini kerana minat dari kecil lagi..
3. Pakai pakaian yang kemas dan mesti ala-ala cikgu! Nak jadi cikgu kan? Kalau boleh pakai
baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher (mesti match dengan warna baju), tali
pinggang, stokin dan kasut hitam bertutup. Perempuan pula, cukup dengan baju kurung, tudung
senada dengan warna baju dan kasut bertutup. Gosok pakaian anda.
Perhatian : Pelajar yg memakai baju t-shirt confirm permohonan ditolak. (Sudah dijelaskan di
atas)

4. Minta restu ibu bapa dan keluarga sebelum temuduga agar memudahkan perjalanan
temuduga anda nanti.
SETERUSNYA ANDA HARUS BERSEDIA UNTUK :
5. Sesi temuduga terbahagi kepada 3 bahagian. Ujian INSAK, Temuduga Individu dan
Temuduga Berkumpulan.
6.

Ujian INSAK.

Anda perlu menjawab 135 soalan dalam masa 30 minit. Ujian ini berdasarkan personaliti anda
sama ada sesuai atau tidak dengan profesion perguruan ini. Mudah saja soalan Ujian INSAK ini.
Tak perlu risau sangat. Jawab dengan santai saja. Lebih kurang macam soalan ujian personaliti.
So, cari jawapan yang baik-baik saja. Jangan fikir lama sangat nanti tak sempat jawab semua
soalan.
7.

Sesi Individu.

Anda hanya akan ditanya mengenai latar belakang pendidikan, keluarga dan juga sebab
mengapa anda minat bidang keguruan ini. Penemuduga juga akan tanya aktiviti yang anda
minat, aktiviti yang telah anda sertai di sekolah dan juga mengenai sijil-sijil yang telah anda
perolehi. Relax dan jawab dengan penuh yakin tanpa ragu-ragu walaupun anda berdebar
sebenarnya. Jangan gugup, kalau terlampau nervous. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus dan
start again!
Bagi yang mengambil minor Bahasa Inggeris, anda akan turut ditanya soalan dalam bahasa
Inggeris dan perlu menjawab dalam Bahasa Inggeris. Kalau yang terpilih dalam SJK(C), mesti
ada yang terselit-selit bahasa Mandarin sikit. Same goes to SJK(T), so.... make a complete
preparation. Pastikan senyuman sentiasa terukir di bibirdan JANGAN SESEKALI BUAT MUKA
BLURR OR TIDAK TAHU. Kadang-kadang kita akan di suruh berkawat, bernyanyi, menari juga
tau. So berlatih dari sekarang.
8.

Sesi berkumpulan.

Seramai 6 orang (maksimum) akan turut serta dalam sesi ini. Anda akan diberi tajuk. (beri
perhatian kepada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara dan global) Jadi, banyakkan baca
surat khabar! Anda akan diberi masa selama 1 minit untuk bersedia. Seterusnya anda perlu
mengutarakan point/hujah anda. Tak kisah point anda itu baik atau tidak. Just cakap dengan
berkeyakinan saja. Penemuramah hanya melihat cara anda berkomunikasi. Tidak ada markah
isi. Yakin, yakin, dan yakin serta cakap banyak-banyak ok! Yang penting be as friendly as you
could! Pastikan anda paling menyerlah dalam kumpulan tersebut! InsyaAllah, pasti anda berjaya!
Berikut adalah beberapa soalan popular ketika temuduga IPG.
1. Bebanan kerja guru semakin bertambah,bagaimanakah caranya?
2. Budaya buli di sekolah semakin serius,apakah puncanya?
3. Mengapakah kamu memohon IPG?
4. Apakah tanggungjawab seorang guru?
5. Apakah tujuan program PLKN dilaksanakan?
6. Apakah objektif KBSR,KBSM,KSSR?
7. Jika kamu diminta mengajar di luar bandar,bagaimana kamu menghadapi masalah kehidupan
di situ?
8. Sanggupkah kamu ditempatkan di luar bandar?
9. Objektif utama hari guru?
10. Bagaimanakah kamu meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang
cemerlang?
11. Fungsi utama PIBG?
12. Guru mempunyai banyak masa lapang,tidak banyak tugas.setuju atau tidak?

13. 5 sebab mengapa kamu perlu dipilih untuk menjadi guru?


14. Apakah yang akan kamu lakukan jika pelajar menentang kamu?
15. Yang mana lebih penting?tugas atau keluarga?
16. Apakah cabaran terhebat perguruan pada masa kini?
17. Berikan 3 tugas lain seorang guru selain daripada mengajar?
18. Guru kencing berdiri,anak kencing berlari,adakah kamu setuju?Mengapa?
19. Remaja kini semakin liar dan ganas.Apa pendapat anda?
20. Bagaimana cara efektif membendung masalah gengsterisme?
Penemuduga selalu juga tanya mengenai :

SEKOLAH WAWASAN.
SEKOLAH PENYAYANG.
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN.
JUMLAH IPG DI MALAYSIA. (Jumlah IPG sebanyak 27 buah kampus kesemuanya.)
Click here untuk senarai IPG di Malaysia.

PERANAN SEORANG GURU

PROGRAM2 YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH

ISU-ISU SEMASA SEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai