Anda di halaman 1dari 5

Komponen ujian MEdSI (Malaysian Educators Selection Inventory)

terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu :

PERSONALITI - (110 soalan)


MINAT KERJAYA - ( 60 soalan)
NILAI INTEGRITI - ( 70 soalan)
KECERDASAN EMOSI - ( 60 soalan)
JUMLAH - 300 SOALAN / JAM

Bagi membantu anda lulus dalam ujian MEdSi, calon2 mesti set dalam minda dan
diri calon bahawa calon adalah seorang guru. Hal ini kerana ujian MedSi ini
diadakan untuk menyaring calon2 yang selari dengan perwatakan guru yang
sebenar. Terutamanya dalam menjawab uijian yang berkaitan Personaliti dan
sebagainya.
Dalam menjawab soalan yang dikemukan, calon2 juga mesti berfikir dan bertindak
secara profesional sebagai seorang guru.

Kriteria seseorang guru adalah mesti memiliki skala sosial yg tinggi. Ini kerana, ia
memerlukan dirinya berinteraksi dengan orang lain dan menghindari aktiviti serta
situasi realistik yg memerlukan dirinya berinteraksi dgn benda dan data,
mggunakan kcekapan sosial dalam menyelesiakan masalah di tempat kerja dan
suasana lain, menganggap diri mereka sebagai individu yg suka menolong org lain,
memahami org lain dan memiliki kebolehan mengajar. Namun begitu, tret ini kurang
kebolehan dalam bidang mekanikal dan sainstifik dan memberikan nilai yang tinggi
terhadap aktiviti bercorak sosial.

Selain itu, bagi soalan yang mahukan anda menyatakan tahap persetujuan sama
ada :
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Setuju
Sangat Setuju,
calon2 mesti menjawab sama ada Sangat Tidak Setuju @ Sangat Setuju sahaja. Hal
ini kerana, dalam ujian MEdSi, min tertinggi akan dikira dalam proses pengiraan
markah ujian.

Calon2 juga mesti tahu, soalan yang diberikan terbahagi kepada soalan berbentuk
positif dan berbentuk negatif. Dan ketegasan dalam menjawab sesuatu soalan
sangat diperlukan.

Contoh soalan:

Soalan Positif :
Guru sepatutnya tidak boleh bercinta dengan pelajar.- Sangat Setuju.

Soalan Negatif :
Sesekali guru boleh pulang awal- Sangat Tidak Setuju

1
Panduan Dan Tips Menghadapi Ujian MEdSI

Untuk lulus dalam ujian MEdSI anda harus mempunyai nilai dalam minda dan diri
sebagai seorang guru. Anda harus ingat ujian ini khasnya diadakan untuk membuat
saringan untuk memilih calon-calon yang sesuai dan selari dengan perwatakan
seorang guru yang sebenar. Untuk memilih jawapan yang tepat anda haruslah
bertindak dan berfikiran secara professional sebagai seorang guru.

Berikut ialah antara perkara-perkara yang barus diambil perhatian untuk


menghadapi ujian MEdSI

1. Etika berpakaian
Lelaki – berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar
panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in), memakai kasut dan berstokin.
Berpakaian baju T , seluar jeans dan selipar tidak dibenarkan. Rambut mestilah
pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Elakkan fesyen rambut yang
keterlaluan dan berwarna.

Perempuan – berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata.
Baju mesti berlengan panjang atau paras siku, tidak ketat serta tidak
menunjukkan bentuk badan. Solekan dan aksesori dan pewangi hendaklah
sederhana. Seperti mana lelaki baju T, selipar dan seluar jeans adalah tidak
dibenarkan. Gaya rambut yang tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

2. Alat tulis yang diperlukan – Sila pastikan anda membawa alat tulis sceukupnya
seperti berikut iaitu Pensel 2B, Pemadam Getah (eraser) dan pen mata bola
warna hitam atau biru.

3. Dokumen yang perlu dibawa bersama anda – pastikan anda membawa bersama
anda Kad Pengenalan (MyKad) atau dokumen lain yang diiktiraf oleh Kerajaan
Malaysia. Anda juga harus membawa SLIP MENDUDUKI UJIAN MEdSI. Slip ini
boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di
http://www.mpm.edu.my. Kegagalan anda membawa slip menduduki ujian MEdSI
akan menyebabkan anda dihalang dari menduduki ujian.

4. Teknik Menjawap soalan MEdSI


Antara soalan yang akan anda hadapi ialah soalan yang berbentuk menyatakan
tahap persetujuan anda seperti berikut:

Sangat Tidak Setuju


Tidak Setuju
Setuju
Sangat Setuju

Untuk menjawab soalan berbentuk seperti ini anda mesti jawab sama ada
Sangat Tidak Setuju ATAU Sangat Setuju sahaja. Ini kerana dalam ujian MEdSI
min tertinggi akan dikira dalam pengiraan markah ujian.

2
Anda juga mesti tahu terdapat soalan berbentuk positif dan negative. Untuk
soalan seperti ini ketegasan dalam menjawab sesuatu soalan sangat diperlukan.

Contoh Soalan:
Soalan Positif: Guru tidak sepatutnya bercinta dengan pelajar – Sangat Setuju
Soalan Negatif: Sesekali guru boleh pulang awal – Sangat tidak Setuju

3
4
5

Anda mungkin juga menyukai