Anda di halaman 1dari 3

1.

TAJUK PROGRAM
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RTM ANGKASAPURI
2. PENGENALAN
Program Lawatan Sambil Belajar ke RTM Angkasapuri ini merupakan satu aktiviti yang
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah penubuhan
RTM Angkasapuri . Di samping itu, program ini juga murid-murid boleh menimba ilmu
teknologi penyiaran.
Aktiviti ini melibatkan 40 orang murid Tahun 4,5, 6 dan disertai oleh 4 orang guru
pengiring. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian
dengan keupayaan serta kebolehan murid,.
Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk
memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu sejarah dan kewartawanan.
3. MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cemerlang,
beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
ke arah menjayakan Wawasan 2020.
4. OBJEKTIF
Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan RTM Angkasapuri.
Menimba pengetahuan ilmu sains teknologi dan bidang penyiaran media massa.
Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar
bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan
menarik.
Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan
bersosialisasi dengan masyarakat.
Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
5.JAWATANKUASA LAWATAN
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat : Puan Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar
Pengerusi : Encik Mohd Ali Bin Kasmun
GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi : Pn Nor Shafina Bt Yasak GPK HEM
Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum
Pn Tanma a/p Rajasegaran- Penyelia Petang
Penyelaras : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari : Pn Zalina Binti Muhammad
Disiplin : Encik Mohd Nazir Bin Majid
Jurukamera : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi : Cik Norhazalina Binti Hashim
6. TARIKH LAWATAN
14 Mac 2013 Khamis
7. TEMPAT LAWATAN
RTM Angkasapuri
8. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 : 40 orang
Guru : 4 orang
9. TENTATIF PROGRAM LAWATAN
BIL MASA PERKARA CATATAN
1.

7.40 pagi Peserta rombongan berkumpul di
Dewan Bestari SK Bangsar
- Ambil kehadiran murid
- Pembahagian kumpulan
- Taklimat oleh guru
Mendengar
taklimat
2. 8.00 pagi Sarapan


3. 8.30 pagi Bas bertolak ke RTM Angkasapuri


4. 8.45 pagi Ketibaan
RTM Angkasapuri

5. 9.00 pagi Taklimat mengenai RTM oleh
wakil RTM
Catatan dibuat oleh
peserta
6. 9.30 pagi Melawat Wisma TV Literasi Maklumat
7. 11.00 pagi Melawat Wisma Radio Literasi Maklumat
8. 12.00 tengah hari Sesi Soal Jawab Literasi Maklumat
9. 12.30 tengah hari Sesi Fotografi
10. 1.00 petang Pulang ke SK Bangsar


11. 1.15 petang Pulang ke SK Bangsar


10. BAJET
Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah
1 Sewa bas 1 bas X RM 250 RM 250.00
2 Makanan
dan minuman
Murid - RM 5 X 40 orang
=RM200.00
RM 200.00
3 Hadiah hamper Tempat 1 x RM 50.00 RM 140.00
1 kumpulan
10 0rang murid
= RM 50.00
Tempat 2 x RM 40.00
= RM 40.00
Tempat 3 x RM 30.00
= RM 30.00
Tempat 4 x RM 20.00 =
RM 20.00
6. Dokumentasi RM 10.00 RM 10.00
Jumlah RM 600.00
11.0 PENUTUP
Pihak kami berharap agar objektif lawatan sambil belajar ini dapat direalisasikan dengan
sebaik-baiknya. Diharap juga murid-murid dapat mewarisi amalan lawatan sambil belajar
yang baik dan berfaedah serta dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan dapat
menerajui generasi muda yang akan datang dalam menghadapi cabara-cabaran alaf baru.
Akhir sekali diharapkan lawatan sambil belajar ini mendapat keberkatan daripada Allah
S.W.T.
CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG
Disediakan oleh,

..
(NORHAZALINA BINTI HASHIM)
PENYELARAS

Anda mungkin juga menyukai