Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level)
Cambridge, UK, power tuuuuuu Taraf A-Level ni sangat tinggi tau, diploma pun
belum bertaraf A-Level lagi tau, STPM dah ada daaa.
Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan
luar negara Cambridge GCE A-Level setaraf tu yang diambil oleh kebanyakan
budak omputih luar negara untuk masuk universiti.
Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM Junior Cambrige.. kekadang
High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.
STPM ni sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di
IPTA kita. Aku ni bekas pelajar STPM 2005 dapat 5 prinsipal tuuu cayalahpointer
pun ok dapat apply kerja kat kerajaan.
Lagi satu STPM ni laku jugak kat luar negara boleh cari makan dan lanjutkan
pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau
3.
Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh cover subjek SPM bagi penggantian
kredit SPM. Tak boleh subjek yang sama di peringkat SPM ganti subjek yang sama di
peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi dari taraf SPM.
Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level.
A-Level (Advanced Level); STPM, tahap lanjutan, di Malaysia dikatakan prinsipal atau
lulus penuh.
O-Level (Ordinary Level); SPM. tahap biasa, di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.
Pembelajaran Di Tingkatan 6
Belajar kat form six ni macam belajar budak universiti, tak boleh harapkan pengajar nak
bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup pembelajarannya
terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera pun kait dengan
sains.
Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan
ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah
dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan
serta kecekapan, insyaAllah pasti berjaya kelak.
Selaraslah dengan kerajaan nak jadikan atau jenamakan semula form six ni seperti yang
diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Zaman dulu form six nilah satusatunya jalan untuk ke universiti tak ada yang lain. Ramai tak dapat form six zaman dulu.
Ianya peringkat pra-u, meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi
kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program
persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran, cara belajar.
Zaman dulu STPM ni buat majlis kalau anak dapat masuk dan berjaya di form six ni.
Sebab nak dapat satu prinsipal tu memang cukup susah.
Masuk form six ni memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani
dan jasmani perlu ada dari awal pembelajaran lagi. Jangan memain, STPM peperiksaan
top 5 tersusah di dunia tau tapi banyak kelebihannya.
Gred STPM
Ini gred STPM bagi yang saja nak tau,
Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00