Anda di halaman 1dari 4

KELEBIHAN MASUK TINGKATAN 6

Selepas keputusan SPM diumumkan, antara perkara yang sering


menjadi pertanyaan adik-adik calon SPM adalah, apakah
kelebihan naik tingkatan 6. Masing-masing cuba memikirkan
strategi dan langkah terbaik bagi menentukan haluan yang lebih
menjamin masa depan. Maka Tingkatan 6 adalah salah satu lagi
pilihan yang tak boleh dipandang sebelah mata oleh mana-mana
pihak. Jom kita tengok apa kelebihan bagi pelajar yang memilih
untuk naik ke Tingkatan 6.
01. Terus Sambung Ijazah
Ada setengah pelajar menganggap, belajar di peringkat Diploma
adalah membuang masa kerana tempoh yang hampir lebih kurang
sama seperti membuat Ijazah. Maka laluan Tingkatan 6 adalah
sangat sesuai bagi mereka ini kerana selepas selesai STPM,
dengan keputusan yang baik, maka boleh lah terus masuk ke IPT
dan dapatkan segulung Ijazah selepas itu.
02. Tempoh Setahun Setengah
Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke
Tingkatan 6 juga adalah merupakan satu pilihan yang bijak kepada
adik-adik pelajar. Jika diambil kira tempoh pembelajaran melalui
Diploma (3 tahun) dan terus sambung ke Ijazah (3 tahun), maka
melalui laluan Tingkatan 6 (1 1/2 tahun) adalah lebih
menjimatkan.

03. Kerja Kursus


Melalui sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang baru, dengan
adanya kerja kursus ini akan lebih banyak membantu pelajar. Ini
kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah, maka kerja
kursus ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin
sebelum diberi gred yang selayaknya oleh para guru. Maka anda
buatlah dengan terbaik mungkin.

04. Murid : Guru


Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar
Tingkatan 6 adalah jauh lebih kecil berbanding persekolahan
biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin
oleh pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan
teliti daripada para guru. Mesti lebih pandai kan lepas nih.. ;)
05. Peluang ke IPT
Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT
adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Sejauh mana
kebenarannya tak pula dipastikan. Walaubagaimanapun ada juga
kebenarannya jika diperhatikan kepada jumlah pelajar Tingkatan 6
yang diterima masuk IPT berbanding laluan lain.
06. Setaraf Diploma
Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah
setaraf dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam
yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
07. Yuran Murah
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa yuran pengajian bagi
Tingkatan 6 adalah jauh lebih murah berbanding yuran pengajian
melalui laluan lain. Bagi pelajar yang mungkin kurang
berkemampuan, pilihan ini adalah antara pilihan yang paling tepat,
buat sementara waktu.
08. Ulang Subjek Gagal
Disebabkan sistem peperiksaan yang sudah tidak sama, maka
sistem Tingkatan 6 yang baru ini membolehkan pelajar untuk
mengulang subjek yang gagal. Mungkin keadaan kurang
mengizinkan pada ketika itu, maka pelajar boleh mencantikkan
lagi keputusan dengan mengambil semula kertas peperiksaan

yang mendapat keputusan yang kurang baik.


09. Kursus Perguruan
Melalui Tingkatan 6 juga, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi
mengikuti kursus perguruan adalah lebih tinggi. Kesesuaian
subjek dan pilihan memberikan advantage kepada pelajar
Tingkatan 6 untuk diutamakan.
10. Biasiswa
Bagi pelajar yang mendapat keputusan STPM yang baik, pelajar
juga lebih mudah untuk ditawarkan biasiswa belajar, termasuk
untuk ke luar negara.

11. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar


Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah disebabkan
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Ini
juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk
mendapatkan ilmu.
12. Perkara Tambahan
Antara perkara tambahan yang boleh juga dikira sebagai
kelebihan naik Tingkatan 6 adalah boleh mengenakan pakaian
biasa semasa menghadiri kelas. Selain daripada itu juga,
disebabkan pelajar Tingkatan 6 merupakan pelajar paling dewasa
dalam kalangan yang berada di sekolah, maka kebiasaannya
mereka akan mendapat layanan yang berbeza berbanding pelajarpelajar lain.
Walau apa pun juga laluan yang anda pilih, utamakan usaha anda

bagi menggapai kejayaan. Kalau kena dengan caranya, maka


laluan Tingkatan 6 ini mungkin merupakan pilihan terbaik anda!

STPM/Tingkatan 6
Kebaikan

Masa yang singkat jika dibanding denga diploma


Sijil STPM juga hampir setaraf diploma dan ada kelebihan
jawatan jika memohon kerja.
Jimat kos kerana tempat belajar disekolah hampir dengan
rumah. ( keadaan biasa )
Ada biasiswa
Lebih senang bagi yang rajin dan pandai mengembangkan isi
serta kreatif mengolah jawapan. kecuali aliran sains.
Boleh terus mohon Ijazah sarjana muda selepas tamat ting 6
Kelemahan

Persekitaran yang biasa disekolah


Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung
mempengaruhi kearah keburukan. ( tidak semua )

Anda mungkin juga menyukai